All About Love

Tuesday, October 13, 2020

Buku Skrap Bahasa Melayu (Penjodoh Bilangan ) Tahun 1

9:04 AM
Buku Skrap Bahasa Melayu (Penjodoh Bilangan ) Tahun 1

 Assalammualaikum



Satu Sabah PKPB..Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat sehingga 26 oktober 2020 .Jadi kita work from home sambil pantau anak punya sesi pembelajaran online..Ini cerita minggu lepas .Subjek bahasa melayu tahun 1...

advanced budak sekarang tahun 1 sudah start buat buku skrap.Tajuk buku skrap syamimi PENJODOH BILANGAN.Kami buat ikut kreativiti dan bahan-bahan yang ada dalam rumah sahaja..

Penjodoh bilangan yang syamimi pilih 

HELAI 
KEPING 
BUAH 
BIJI
EKOR
 BILAH 

Semua gambar kami cari dari buku lama masa syamimi sekolah tadika..Alhamdulillah selesai satu tugasan 


Read More

Menara KLCC Bentuk 3D

8:44 AM
Menara KLCC Bentuk 3D

 Assalammualaikum






Assalammualaikum

Menara KLCC dibuat menggunakan bentuk-bentuk 3d seperti kubus,kuboid,kon,dan silinder untuk projek matematik syamimi...semuanya hanya menggunakan kertas A4 sahaja yang dijadikan bentuk-bentuk 3d tersebut


kemudian digabungkan menjadi menara KLCC..walaupun tidak segah mana tapi boleh lah kan...selesai satu projek matematik sempena pembelajaran online...



Read More

Tuesday, September 22, 2020

Menang Pertandingan panitia Bahasa Arab dan Pendidikan Islam

3:07 PM
Menang Pertandingan panitia Bahasa Arab dan Pendidikan Islam

 Assalammualaikum



Alhamdulillah rezeki wani..kali ni dia menang Johan untuk panitia arab dan pendidikan islam..gembira dia ...sempena minggu pusat sumber ni empat panitia dia menang..walau hadiah hanya sekeping sijil dan pencil box..tetap buat dia excited

Teruskan lagi wani..semoga lepas ni banyak lagi yg dia boleh ikut




Read More

Monday, September 21, 2020

Review Novel-Sesal Separuh Nyawa (Myra Ameer)

8:34 AM
Review Novel-Sesal Separuh Nyawa (Myra Ameer)

Assalammualaikum...

Review novel Sesal separuh nyawa hasil tulisan Myra Ameer....Novel ini sudah diadaptasi sebagai drama tapi MV tak tengok dramanya...


Ini sinopsis versi MV..

 Bila ibu mereka bermusuhan akhirnya yang menjadi mangsa adalah si anak.Razlan dan Fara dua sekawan yang terpisah kerana permusuhan ibu mereka.Selepas 9 tahun mereka bertemu namun hanya Fara yang mengenali Razlan dan menjadi mangsa bulinya.

Ketika Razlan mula menyedari gadis yang selalu dia buli adalah Fara kawan baiknya dari kecil semuanya berubah.Namun percintaan mereka penuh halangan.Halangan dari kedua ibu mereka dan juga dari Melisa serta Fendi..

Saat mereka hampri berkahwin Razlan menghilangkan diri balik ke amsterdam dan berkahwin dengan adik angkatnya Melisa.Dek kerana kecewa Fara mula menjadi liar.Mabuk dan bertukar lelaki .Selepas 2 tahun Razlan kembali dan sekali lagi mereka hampir berkahwin.

Namun kali ini Fara juga ditinggalkan lagi ,,,mengubat kekecewaan dia membawa diri ke Melaka dan akhirnya berkahwin dengan Farid.Disangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari .Kehadiran Razlan selepas beberapa tahun menghilang membuatkan kehidupan Fara semakin kucar kacir.

Dek kerana dendam akhirnya dia menjadi pemusnah kehidupan Melisa,Fendi dan ibunya sendiri..Dan hubungannya bersama Farid serta Razlan...

Read More

Friday, September 18, 2020

PRU SABAH

3:43 PM
PRU SABAH

 Assalammualaikum...


26.09.2020 merupakan tarikh piliharaya Umum untuk Negeri Sabah.Pejam Celik Pejam Celik rupanya dah nak sampai tarikh yang dinanti..Raykat Sabah akan membuat pilihan untuk kerajaan baru yang mentadbir negeri bagi tempoh 5 tahun ankan datang ...

KAlau kamu di Sabah kamu pasti merasai kemeriahan pilihanraya....di tepi jalan sudah ada perang bendera dan poster ..Merupakan perubahan baru apabila semakin banyak parti yang bertanding...ada satu Dun sampai 11 penjuru...

Namun dalam kita sibuk mau berpilihanraya ada satu yang merisaukan kita..statistik jangkitan Covid19 di Sabah.Kluster benteng,kluster pula dan kelmarin kluster selamat pula.Dalam kesibukan kamu berkempen ingat jaga jarak,pakai pelitup muka

dan buat semua yang akan mengundi ikut sop yang telah ditetapkan ..kita jaga kita..semoga angka Covid19 di Sabah makin menurun .

Read More

Thursday, September 17, 2020

Rempeyek Ranggup Sedap Dan Murah Di Sabah

3:41 PM
Rempeyek Ranggup Sedap Dan Murah Di Sabah

Assalammualaikum...

MV nak iklankan salah satu  jualan mama MV iaitu Rempeyek Ranggup sedan dan murah.Hanya Rm12 sahaja satu kontena yang mana dalam satu kontena ada 50 pcs .Kamu yang berada di kawasan Kota Kinabalu ,Papar , Beaufort ,Kuala Penyu dan Labuan Boleh lah roger-roger MV...

Temphan diambil setiap minggu...Insyaallah asti puas hati..Boleh lah contact Mv di talian yang tertera dalam gambar ...
Read More

Menang Pertandingan Minggu Pusat Sumber Sekolah

3:32 PM
Menang Pertandingan Minggu Pusat Sumber Sekolah

 Assalammualaikum...



Alhamdulillah ,,Anak-anak MV wani dan syamimi masing-masing menang johan untuk pertandingan sempena minggu pusat sumber sekolah mereka.

Syamimi menang Pertandingan Video /Gambar Pakaian Merdeka Terbaik Tahap satu (Panitia Sejarah) dan wani pula menang Pertandingan Cipta Resepi /Masakan Tempatan Secara Atas Talian (Panitia Reka Bentuk & Teknologi).

Nda sangka mereka berdua ni boleh menang.Syukur dengan rezeki ni .Semoga anak-anak semangat lagi join pertandingan selepas ini.Selalu pesan dorang ikut saja pertandingan menang kalah adat pertandingan.Kalau menang itu rezeki kalau kalah kena usaha lagi 


Read More