All About Love

Tuesday, July 9, 2019

Review Novel : Cinta Boarding Pass-Batiah Hadi

1:00 PM
Review Novel : Cinta Boarding Pass-Batiah Hadi
Cinta Boarding Pass Cinta Boarding Pass by Batiah Hadi
My rating: 5 of 5 stars

Hanna Zaki dan Thareq Zidan ..perkenalan mereka dalam keadaan yang tidak harmoni...bergaduh di lapangan terbang dan berebut kerusi dalam flight...namun laptop mereka yang tertukar menemukan mereka semula...walaupun masing2 tidak mahu bersua muka lagi...

ketika mereka bertemu semula pun keadaan tidak harmoni menyebabkan Hanna membenci lelaki itu dan dia menerima Hariz sebagai tunangnya atas pilihan keluarga..manakala lain pula bagi Thareq dari sehari ke sehari dia makin mencintai Hanna...

Hanna seperti seseorang yang dikenalinya 10 tahun lepas....sekali lagi pertemuan mereka di perth ketika hanna sudah menjadi tunangan orang..thareq meluahkan perasaan namun hanna tidak dapat menerimanya walaupun hatinya berkata sebaliknya...

hanya kerana gambar yang telah disuper impose ,Hariz memutuskan pertunangan..Thareq menawarkan diri untuk menggantikan tempat hariz membuatkan Hanna membenci kerana pada pendapatnya thareq berkahwin dengannya dengan cara yang keji....

Sehinggalah kejadian kamal yang meculik hanna barulah dia tahu yang fitnah berkenaan gambar adalah kerjanya..kerana dia mula jatuh cinta pada hanna ketika dia bertugas dalam flight di pertemuan pertama hanna dan thareq.,,,

benarlah ..kita mengelak macam mana pun ..kalau sudah itu jodoh kita 10 tahun pun akan bertemu kembali...cepat atau lambat sahaja

View all my reviews
Read More

Sabah Fa Ke Liga Super Malaysia 2020

8:24 AM
Sabah Fa Ke Liga Super Malaysia 2020
Assalammualaikum,,,
sumber google
Kemenangan Sabah 1-0 ke atas Johor DT II pada 5 julai 2019 melayakkan Sabah Fa bersaing di Liga Super Malaysia 2020..Penantian selama 8 tahun akhirnya tercapai jua..Seluruh penyokong Sabah Fa sangat gembira dengan keputusan itu..

Tahniah buat barisan pemain,jurulatih dan kepimpinan SAFA.Semua pihak adalah menyumbang kepada kejayaan ini.Hari ini 09.07.19 Sabah akan menentang Uitm FC di tempat lawan sekiranya Sabah menang malam ni ,,Sabah boleh meraikan kemenangan awal sebagai juara Liga Perdana pada perlawanan terakhir sama di tempat sendiri iaitu 13.07.19 .
Image may contain: 1 person, playing a sport
tahniah buat roky penjaring gol ketika menentang JDT II (sumber FB Sabah FA)
Semoga kemarau 23 tahun tanpa rofi dapat ditamatkan tahun 2019...semoga Sabah Fa terus sukses dan teruskan perjuangan untuk saingan Piala Malaysia 2019..

Sabah boleh ..Tambadu boleh...malam ini jangan lupa Uitm Vs Sabah..Ayuh ayuh Sabahku malam ini kita mesti menang....
Read More

Monday, June 24, 2019

Raya kan Sebulan

10:42 AM
Raya kan Sebulan
Assalammualaikum...

Image may contain: food
semperit susu dan biskut ulat bulu 
Alhamdulillah...raya kan sebulan so ada yang nak menempah lagi MV ambik jak lah untuk tambah pendapatan.Semalam sempat siapkan 2 jenis biskut untuk tempahan...Ada popiah cheese lagi yang mau di buat...

kita buat malam ni lah..ambil mood dulu hihi..Doakan Mv dimurahkan rezeki ya kawan-kawan..Oh ya kalau popiah cheese memang tempahan sentiasa dibuka ..kalau ada yang mau order biskut pun boleh.

Read More

Thursday, June 20, 2019

Kasut Bijak warna Hitam

3:58 PM
Kasut Bijak warna Hitam
Assalammualaikum 

Image may contain: shoes and outdoor
warna hitam sudah kasut bijak 
Kerajaan Negeri Sabah ada bantuan buku tulis,pensil, pakaian seragam sekolah dan kasut sekolah untuk anak-anak yang sekolah rendah.dengan brand BIJAK...Selari dengan perubahan warna kasut sekolah..kasut yang kerajaan bagi untuk tahun ni berwarna hitam...

Kira oklah jimat duit beli kasut..kualiti kasut bijak ni boleh tahan juga lasaknya...tapi ini hanya untuk sekolah di sabah ..kalau sekolah tempat lain MV tak tau pula..anak-anak mv memang pakai jer bantuan baju dan kasut ...

Cumanya semenjak semua berjawatan ni ..kena pakai baju lain ...baju yang dibagi tak digunakan...kalau guna pun untuk kegunaan sekolah agama
Read More

Monday, June 17, 2019

Membiskut lagi

3:39 PM
Membiskut lagi
Image may contain: food

Assalammualaikum...

Hari ni merupakan 13 syawal ..semalam sempat buah dua biskut iaitu tart nenas dan biskut ulat bulu...yang tart nenas tu memang ada tepung lagi itu yang buat,,maklumlah febret anak-anak dan suami

Image may contain: food

yang biskut ulat bulu ada yang order 100 biji..sambil-sambil tue menambah lah biskut untuk di rumah...hujung minggu ni nak siapkan tempahan orang lagi 50 biji biskut ulat bulu,50 biji biskut semperit susu....

hari ni misi mengulung popia pula untuk order popia chese 1.5kg  yang akan diambil pada rabu dan minggu depan semas gaji 
Read More

Thursday, June 13, 2019

Selamat Bersara Datuk Lee Chong Wei

3:35 PM
Selamat Bersara Datuk Lee Chong Wei
Assalammualaikum...

sumber google
13.06.2019 tepat jam 12.30 tengahari tadi Datuk Lee Chong Wei telah mengumumkan yang beliau akan bersara dari dunia sukan badminton.Setelah 19 tahun berjuang untuk negara .

Salute sangat dengan Datuk ,,Dia seorang yang sangat kuat semangat akan merindui saat menyaksikan perlawanannya di kaca TV...semoga bakal ada yang menyambung kegemilangan dan kecemerlangan Datuk Lee Chong wei dalam dunia sukan Badminton.


Tipu lah kalau cakap nda sedih ...sedihlah sebab membesar dengan menyaksikan jatuh bangunnya seorang yang bernama Lee Chong Wei...Merasa kehilangan semestinya bukan hanya MV merasainya...seluruh rakyat malaysia akan kehilangan seorang jaguh sukan badminton....


Terima kasih Datuk atas apa yang telah Datuk berikan buat negara dan penyokong.Semoga Datuk terus sukses dalam kehidupan dan berbahagia bersama keluarga
Read More

Wednesday, June 12, 2019

Kuih raya 2019

7:30 AM
Kuih raya 2019
Assalammualaikum...

Image may contain: food
iini antara kuih yang mv buat dan ada yang dibeli orang
biskut terakhir yang MV buat..biskut arab 
Image may contain: food
tart nenas dan semperit susu
cornflakes madu untuk 3 buah rumah 
Image may contain: food
yang ini pula orderan orang ..popia chese dan semperit susu
yang ni pun orderan orang juga
Image may contain: indoor and food
ini biskut ulat bulu..antara yang paling banyak orang order..MV tahun ni ambil banyak tempahan sebabnya mau tambah pendapatan..


**oh ya MV buat biskut untuk 3 rumah..rumah mertua,rumah mak dan untuk rumah sendiri....untuk raya pertama biskut MV bawa dah habis licin ,,,hahaha..sebab kauntiti tak banyak...ada buat popia mini juga tapi tak tersnap di sini ...

sudah terbiasa buat biskut sendiri ...jadi mmg selalu buat..cumanya baru tahun ni Mv open order biskut ulat bulu,popia chese dan semperit susu....insyaallah ada rezeki tahun depan buka order lagi...tapi kalau raya haji nnt ada yang mau order ...wasap saja...
Read More