All About Love

Monday, March 11, 2019

Korean Drama-The Heirs-

1:00 PM
Korean Drama-The Heirs-
Assalammualaikum

sumber google
Mengisahkan kisah seorang anak luar nikah bernama Kim Tan dan Seorang gadis bernama Eun Sang yang dari keluarga miskin dan mempunyai seorang ibu yang bisu...menyentuh juga kisah anak-anak lain seperti Young Do ,Rachel....

Bagi MV kisah ni lebih pada cerita kekeluargaan dan tekanan anak-anak yang mempunyai keluarga yang tidak lengkap ..Macam Kim Tan ,ibunya merupakan seorang perempuan simpanan ...ayahnya mendaftarkan ibu tiri Kim Tan sebagai ibunya ,,,

Eun Sang pula terpaksa bekerja sambil belajaruntuk menampung kehidupan mereka..dan ibunya bekerja sebagai pembantu rumah di rumah keluarga Kim Tan.Dalam drama ini juga kedudukan darjat menjadikan seseorang itu mangsa buli di sekolah..

perebutan kuasa antara Ibu tiri dan Abang Kim Tan merapatkan hubungan mereka dua beradik sekaligus menyatukan keluarga Kim Tan.Perkahwinan antara ayah Young Do dan Rachel yang dibatalkan merapatkan semula hubungan antara mereka bersama orang tua...

drama ni lama sudah...dibintangi oleh Lee Min Ho dan Park Shin Hye...boleh lah layan kalau yang memang suka drama air mata...haha 
Read More

Thursday, March 7, 2019

Daulat Tuanku

10:13 PM
Daulat Tuanku

Assalammualaikum

Alhamdulillah hajat anak-anak mau melihat YDPA dan Tuanku Permaisuri tertunai sudah.Petang tadi anak mv bersama dalam program kunjungan YDPA ke Masjid Bandaraya Kota kinabalu


Mereka kata bukan selalu kita dapat melihat Yang Dipertuan Agung secara berdepan sebab selalu kita tengok di tv jak kan...

Tadi anak-anak memuji...tangan YDPA dan permaisuri haluslah,lembut lepas sejuk. Gembira dorang dapat sembahyang Maghrib berjemaah dengan Sultan dan Tuanku Permaisuri...



Mv simpan kenangan yang terindah ini di dalam blog dan laman sosial yang lain untuk tatapan dan kenangan anak-anak



Read More

Monday, March 4, 2019

Korean Drama -The Masters Sun

1:00 PM
Korean Drama -The Masters Sun
Assalammualaikum...
The Master's Sun-p1.jpg
pinjam google
.The Masters Sun..Mengisahkan seorang wanita yang boleh melihat hantu dan menyebabkan kehidupannya tidak terurus kerana sering diganggu hantu.Namun ianya berubah apabila Tea Gong Sil bertemu dengan Presiden Joo Joong Woo.

Apabila lelaki tersebut menyentuh Gong sil ,,,,Hantu yang ada berdekatannya hilang.akhirnya dia memutuskan untuk berkerja di Kingdom syarikat milik Joong woo demi untuk mendekatkan diri dengannya.

Pelbagai peristiwa yang terjadi, akhirnya kelebihan Gong Sil melihat hantu sedikit sebanyak membantu Joong Woo..yang mana akhirnya mula menimbulkan rasa cinta di hati,,,namun bagaimana cinta mereka bersatu kamu kena tengok,,,

Bagi Mv drama ni best sebab hanya cinta yang diketengahkan tetapi ..masalah setiap hantu yang muncul,,,Drama ni 17 Episod sahaja ,boleh tengok di Viu app atau Facebook
Read More

Review Novel : Akad Dua Hati by Zan Zarida

7:54 AM
Review Novel : Akad Dua Hati by Zan Zarida
Akad Dua Hati Akad Dua Hati by Zan Zarida
My rating: 5 of 5 stars


"bertemu tanpa rasa cinta..berpisah dengan rasa cinta"

Zain Arash dan Miya Adeena.Benarlah kata orang tua-tua,jangan mudah membenci nanti jatuh hati itulah yang terjai pada Miya Adeena dan yang parahnya ketika dia mula merasai cinta .Arash berpaling dan memilih cinta lain.

Zain Arash lelaki yang tak mengenal erti putus asa,tak romantik tapi caranya untuk mendapatkan sesuatu sangat annoying bagi Miya.Namun ketentuan Jodoh siapa Miya untuk menidakkannya.Khalif Zikri lelaki yang cuba mengetuk pintu hati Miya yang hanya untuk Arash.

Berdepan dengan Khalif mengingatkan dia dengan Arash.Bezanya lelaki ini terlalu pandai bermain kata.Ayat yang keluar dari mulutnya semuanya manis-manis belaka.Sekali lagi Miya diajak ‘Berkolaborasi’ tapi kali ini dengan Khalif.

‘Berkolaborasi’ dalam percintaan seperti berbisnes..adui otak dua lelaki ini memang tak diduga.Ketika Miya sudah membuat keputusan untuk memilih Khalif tiba-tiba Arash juga menghantar rombongan ...

Siapa yang patut Miya pilih untuk ‘Berkolaborasi’.. Arash Atau Khalif???rupanya mereka cucu pakcik payung,,,dan Akhirnya dia memilih si "Tikus Mondok"....nak tau sapa "Tikus Mondok" kena baca novel ni,,,,

View all my reviews.


**boleh secara terus melalui penulis di Facebook Zan Zarida
Read More

Wednesday, February 27, 2019

Korean Drama -Strong Women Do Bong Soon-

8:31 AM
Korean Drama -Strong Women Do Bong Soon-
Assalammualaikum...
sumber google
Drama korea Strong Women Do Bong Soon ini mengangkat cerita seorang wanita bernama DO Bong Soon yang mempunyai kuasa luar biasa yang diwarisi secara turun menurun .Kuasa itu hanya akan diwarisi anak perempuan.

Namun kuasa akan hilang bila digunakan pada orang yang salah..kerana kuasa luar biasa yang di milikinya ,Ahn min hyuk mengupah dia sebagai bodyguardnya sebab dia menerima ugutan bunuh dari orang yang tidak dikenali.

Strong Woman Do Bong-Soon-p2.jpg
sumber google
Dalam pada masa yang sama sebenarnya , min hyuk jatuh cinta pada bong soon namun bong soon ketika itu mencintai kawan baiknya iaitu Gook Doo seorang anggota polis,Cinta itu pada mulanya hanya sebelah pihak.Namun Ahn min hyuk menyedari yang cinta itu bukan sebelah pihak.

sumber google
tetapi dia berjaya memikat hati bong soon...dalam drama ini adegan romantik dia sweet sangat dan lucu dengan gaya min hyuk yang macho tapi kebudakan....dalam drama ni juga mengisarkan seorang penjenayah yang menculik wanita untuk dijadikan isteri ....

Bong soon berjaya menumpaskan jenayah tersebut namun mangsa seterusnya adalah bong soon ditambah lagi penjenayah mula tahu kelemahan dia.Dan ketika kuasanya hilang...Bong soon dan Min hyuk diuji dengan satu kejadian yang mana mengeratkan lagi hubungan mereka...

kamu tengok drama ni...tak banyak episod ..16 jak..tapi serius boleh hilang stress,,haha
Read More

Monday, February 25, 2019

Aktiviti Hujung Minggu

11:31 AM
Aktiviti Hujung Minggu

Assalammualaikum...


Image may contain: food
betik yang sudah siap dijeruk
Aktiviti Mv hari ahad kelmarin...menjeruk buah betik ..dalam 16 biji buah betik .Siapa cakap buat jeruk tu senang.Proses buka kulit ,potong buah biji...lepas tue menghiris...pergh ambil masa 3 jam juga tau ..sakit pinggang sakit tangan hahaha
siap dimasukkan ke dalam kontena
dan akhirnya siap itulah hasilnya..ada yang order mau rm 30 ...so kebetulan dorang mama bawa banyak teruslah buat ....alang-alang...RM5 sekontena...berbaloi lah dengan penat MV..so jangan pertikai kenapa mahal...itu kira murah sudah rm5 ..ada asamboi lagi...
Image may contain: food
ayam butter banjir tak cukup bahan
siap saja menjeruk...misi menunaikan permintaan anak yang mau ayam butter banjir tapi tak mau daun kari....walaupun mama ni nda teror masak ...mama buat juga..hihi tapi setelah banyak kali masak menu ni..nda perlu sudah mengoogle hahaha...

Image may contain: food
popiah ayam untuk difrozenkan 
kemudian diteruskan dengan mengulung popiah untuk sarapan.Popiah ayam...lama sudah mau buat.tapi button rajin tue nda on.sekali on pula kemarin jadi bersarapan popiah dan berbekal popiah lah anak mv ke sekolah...


sekian entry mv..hahaha melalut betul hari ni..bye
Read More

Friday, February 22, 2019

School 2017 Korean Drama

9:45 AM
School 2017 Korean Drama
Assalammualaikum..

School 2017-p2.jpg
sumber google
Korean drama School 2017 mengisahkan pelajar yang dilayan mengikut gred dan membuat pelajar yang dikenali X mula membuat beberapa perkara yang menyusahkan pihak sekolah namun memberi manfaat kepada pelajar.

Drama ni best walaupun berkisarkan sekolah tetapi menyentuh tentang konflik yang dialami oleh setiap pelajar yang datang dari pelbagai latar belakang dan berbeza taraf kehidupan.

Mengisahkan Eun Ho yang sangat suka melukis kartun sehingga di berjaya membuat webtoon,diikuti Tae woon anak kepada pemilik sekolah yang mengalami konflik selepas kematian kawan baiknya ditambah pula kongkongan dari ayahnya..

Dae whee pelajar pintar yang berusaha untuk memastikan dia berjaya masuk ke universiti dengan bantuan biasiswa kerana bukan keluarga orang kaya.Penindasan berlaku kepada pelajar sekolah yang lebih mementingkan anak orang berada...

Trylah tengok...best...MV ni umur 34 sudah tapi layan cerita budak remaja..hahaha..jangan kecam...sebab mv mcm perasan yg mv masih budak 18 tahun ,,haha ok bai...

MV tengok secara online di view asian dan app vui
Read More