All About Love

Wednesday, September 27, 2017

Anak lelaki jangan dirajakan

8:30 AM
Anak lelaki jangan dirajakan
Assalamualaikum 

Anak lelaki jangan dirajakan sangat.

Penyapu tak pernah sentuh, pinggan sendiri tak pernah basuh, tuang air pun menyuruh-nyuruh dari jauh, ya dari jauh. Sambil enak menonton TV.

Jangan begitu, anak lelaki kena biasakan berkhidmat. Kerana jadi lelaki bukan perkara nikmat. Di pundaknya tergalas tanggungjawab nan berat.

Jika dari kecil tak dibiasakan berkhidmat apa kau mahu lihat dia membesar penuh empati terhadap ummat?

Ya, anak lelaki memang mudah dijaga dari segi zahiriahnya tapi tidak dari segi pembangunan dalam dirinya.
Jagalah anak lelaki kita.

Dari kecil lagi harus ditanam hormat pada ibunya, pada kakak adik perempuannya sendiri.
Ketika remaja jangan dibiar menyentuh anak dara sesuka hati.
Ketika dewasa jangan dilepas bebas usung anak dara orang ke sana sini.

Ketika menjadi suami biar dia tahu tanggungjawabnya dan selesaikan masalah dalam rumahtangganya sendiri.

Ketika menjadi bapa biar dia jadi bapa yang penuh jati diri.
Ia tak mudah tapi tak mustahil. Ia bermula dari rumah. bagaimana kita tanam rasa tanggungjawab dan takutkan Tuhan dalam dirinya.

Sehingga tingkat taqwanya sampai ke tahap ketika wanita sendiri datang menyerah diri dan kehormatan, dia mampu menolak dengan berkata,
"Tidak. Sesungguhnya aku takutkan Allah."

Dan dia berlari sejauhnya bukan kerana dia tidak 'jantan' tapi kerana dia takutkan balasan Tuhan.

Kenalkan anak lelaki kita dengan Rasulullah saw lelaki agung yang 1400 tahun lalu sudah tunjukkan contoh terbaik peranan seorang lelaki di rumah dan di tengah masyarakat.
Baginda seorang lelaki yang gagah di medan perang namun masih mampu menjahit bajunya sendiri.

Baginda lelaki yang sama yang menangis bila tanpa sengaja terpandang aurat wanita ajnabi.
Jangan biar anak lelaki kita bila ia besar kelak tercari-cari dan tersalah memilih idola. Yang dikagumi lelaki kaki pukul, yang disorak lelaki pemeras wanita, yang diikut lelaki buaya wanita keliling pinggang.

Yang menulis ni tiada lagi anak lelaki tapi andai Allah nak uji Dia tak tunggu kita sampaikan atau tidak. Pasti Dia menguji dengan ilmuNya.
Maka saling kita beri peringatan.

Hanya pada Allah kita mohon agar diberi petunjuk dalam mendidik anak lelaki kita supaya kelak mereka jadi pelindung bukan pemusnah, mereka jadi pemimpin bukan pemerintah.

Bak kata Abuya Hamka,
"Anak lelaki tak boleh dihiraukan panjang, hidupnya ialah berjuang.
Jikalau perahunya telah ia kayuh ketengah ia tak boleh bersurut pulang,

Meskipun bagaimana besar gelombang,
Biarkan kemudi patah biarlah layar robek itu lebih mulia daripada membalik haluan pulang."
Ya, anak lelaki hidupnya buat berjuang.

#kakBungaKongsi
#bolehShareJanganCopy


**MV dapat dari whatsapp..yang ni memang Mv buat...abang haikal satun-satunya anak lelaki MV..tapi MV tak bagi dia rasa dia special sebab tue MV suru dia buat apa yang orang perempuan buat..

supaya bila besar nanti dia tau macam mana penatnya kita orang perempuan...menyapu masak nasi itu memang MV dah ajar...lepas tue..makan pinggan kena basuh..bilik tidur,,tak kemas ...MV akan berleter suru dia kemas....

biar dia rasa sekarang mama selalu marah..insyaallah satu masa nnt dia akan faham kenapa mama ajar dia semua ni 
Read More

Jumlah cashout 8share

7:30 AM
Jumlah cashout 8share
Rm1072 sudah hasil cashout MV
Assalammualaikum...

8share ada function baru ..iaitu Cashout..kira macam sejarah cashout yang pernah kita buat lah....Macam MV  alhamdulillah rupanya sudah rm1072 pernah MV cashout,,,,sepanjang 5 tahun...

Setahun Cashout 2 kali...walaupun sikit tapi bila dicampur-campur..jadi banyakkan..hihi...ini hasil MV ..korang punya mesti lagi ohsem kan...MV ni setakat iklan kat wall sendiri yang klik pun x seramai orang popular..tapi alhamdulillah merasa lah juga .....
Read More

Tuesday, September 26, 2017

Aku Mahu Hidup - Telemovie 2017

9:46 AM
Aku Mahu Hidup - Telemovie 2017

Assalammualaikum

Drama Aku mau hidup Arahan Raja Mukhriz yang disiarkan semalam(25.09.2017) di tv9 membuatkan hati MV tersentuh..pengorbanan seorang abang terhadap adik-adiknya...pengorbanan seorang ibu demi menyelamatkan anak-anaknya

Drama ni juga menyentuh masalah penjualan dadah...bagaimana Kadir terpaksa menjual Dadah demi membayar hutang ayahnya yang dipenjara juga kerana menjual dadah...Kadir dan umi yang berhenti sekolah untuk mencari kerja demi Adik mereka Amir...

Tapi si adik pula tidak memahami niat abangnya..dia pula sibuk mau bekerja mencari pendapatan bagi membantu abangnya...Sehingga lah satu tragedi apabila Amir mati sebab pengambilan dadah secara belebihan oleh orang yang suru Kadir jual dadah

Masa tu baru lah terbongkar..kenapa mak dorang ni tinggalkan mereka ..sebab dia terpaksa berkahwin dengan si pengedar dadah demi membayar hutang suaminya dan supaya anak-anak dia tak diganggu...

sian sedih tengok drama ni semalam..huhu..sapa layan juga drama ni angkat tangan 


Read More

Busana Tradisional

7:30 AM
Busana Tradisional
Assalammualaikum..

Image may contain: 3 people, people smiling, indoor
adik mengantuk lagi 
Busana Tradisional...21.09.2017 sekolah anak-anak MV buat majlis Sambutan Hari Malaysia...Seperti tahun sebelumnya kalau ada sambutan macam ni akan ada pelbagai aktiviti yang diadakan...

Antaranya Pertandingan nyanyian antara kelas...setiap kelas akan mempersembahkan lagu untuk dipertandingkan...macam kelas Wani dorang nyanyi 2 lagu warisan dan aku negaraku ..Kelas HaikalAyu pula lagu fight song ....

Selain itu, pertandingan busana tradisional pun di adakan pada hari tersebut..semangatnya wani ayu siap minta jahit baju lagi..wani cheongsam dan ayu kebaya..abang haikal mv tak jahitkan sebab dia pakai baju melayu teluk belangga...

Tapi yang menyedihkan bila dorang mengadu ..ala kenapa kami nda kena pilih ikut pertandingan...yang menang pakai baju kurta..itu bukan tradisonal...alahai anak..nda apa lah ..

kita just have fun...dan belajar apa itu tradisional...


Read More