All About Love

Monday, September 30, 2013

Hantu Tv

4:44 PM
Hantu Tv
Assalammualaikum...
antara komen kawan2 kat FB
Hantu TV????hahaha...ini semua gara2 TV ter"on" sendiri dua hari berturut-turut...bila difikirkan mungkin betul timer..tapi kenapa baru jer terjadi..sedangkan Remote TV dan Astro mmg tak pernah diganggu settingnya....

Lagipun kalaulah timer takkan lah pulak teron sekali dengan Astro siap dengan volume yang sangat besar....dan tayangan pada malam sabtu tue Teduhan kasih..tersenyum sendiri MV sambil pandang suami...

Dan malam ahad tue..hanya hubby  yang terbangun...volume mmg besar sedangkan masa off tv & astro volume masa tue dalam belas2..ni sekali dia ter"on" volume sampi 50...

Memang lah pelik..sebelum2 ni takde pulak jadi benda mcm ni...tapi dulu masa mula2 pindah rumah yg sekarang ni,,pernah juga jadi kejadian macam ni...Baby walker wani tiba2 berbunyi tanpa disentuh..sedangkan kalau ikut betul baterinya dah kong...see...

APa2pun MV taklah rasa takut cuma pelik..sebab nape tiba2 jer benda ni jadi...dahlah tue..nasib baik masa tue Hubby dah balik dari ot...kalau tak mau nangis dia buatnya..hahahaha....

Memang Hebat hantu TV ni kan..wakakaka

Tabung HAW
Read More

Hempas Anak Demi"Game"!!!!

12:54 PM
Hempas Anak Demi"Game"!!!!
Assalammualaikum..

Credit to Datuk Dr Maznah Hamid
Harian Metro: Seorang bapa tergamak menghempas anak lelakinya berusia enam tahun ke lantai selain membelasahnya hanya kerana kanak-kanak itu tertutup permainan dalam talian yang dimuat turun dalam tablet milik lelaki itu di rumah mereka di Selayang, kelmarin.

Malah, isterinya yang cuba menghalang perbuatan kejam suaminya turut menerima tempias apabila dihambur dengan kata-kata kesat selain turut dibelasah menyebabkan anak beranak itu cedera di kepala dan lebam seluruh badan.

Sumber berkata, lelaki berusia 40-an itu meninggalkan rumah kira-kira jam 5 petang dengan tablet yang terpasang.

Sebaik pulang semula ke rumah jam 6.30 petang, lelaki itu melihat anaknya sedang bermain dengan tablet berkenaan.

Dia bertambah marah apabila anak tunggalnya itu menutup permainan dalam talian yang sedang dimuat turun menyebabkan lelaki itu mengamuk.

Sumber berkata, suspek yang bagaikan dirasuk bertindak ganas dengan menampar dan mengangkat anaknya itu sebelum menghempasnya menyebabkan kanak-kanak itu meraung kesakitan.

“Isterinya yang cuba menghalang perbuatan suaminya dan meminta lelaki itu bertenang, namun gagal apabila suspek turut memukul isterinya beberapa minit.

“Tidak cukup dengan itu, dia yang gagal mengawal kemarahan turut menendang kipas angin sehingga rosak sebelum cuba memijak anaknya, namun berjaya diselamatkan isterinya,” katanya.

Itulah satu lagi kisah kehidupan masa kini. Ingatlah apabila kira redha atas sesuatu yang mengecewakan kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka.

Duhai sahabat, bersabarlah dan terus melangkah. Apabila kita diuji..bersabarlah, apabila kita diberi kesenangan...bersyukurlah!(credit to 
Datuk Dr Maznah Hamid  dan Harian Metro)

*** APa nak jadi sekarang ni..hanya kerana Game sanggup menghempas & membelasah anak yang belum tau apa2....huhu

TAbung HAW
Read More

Outing At Tanjung ARu Beach

12:33 PM
Outing At Tanjung ARu Beach
Assalammualaikum..


My Jantung Hati with Free Style


Alolo sweet bangat


abaikan muka MV yang tak berapa nak cute tue


angin kuat masa ni..nak hujan


My Bam Bam WAni


Kakak Ayu Yang Pintar
Gambar ni gambar semalam masa outing dengan anak2...outing tau kakak AYu bukan Dating..dia bilang kalau keluar jalan2 ni orang panggil dating..hehehe..kakak Dating tue untuk mama & abah jer...

Kalau dengan kamu wahai permata hati terus jadi outing..hehe...sebenarnya tak plan nak pegi tanjung aru beach ni..sebab plannya hanya Hubby nak bawa makan kat Asia City..tup2 kebetulan hari jumaat & sabtu Hubby keja jadi masanya untuk release tension pula...

Dan semestinya destinasi tujuan kami adalah Tanjung Aru Beach,,kami pergi third beach..seperti biasa mesti beli jagung dan kacang..makan2 kat pantai..semalam ombak mmg kuat,,,dan tak lama kat situ hujan pun turun...

Kebetulan pula semalam last Hari Peladang Dan Penternak..jadi singgah jap Bawa HaikaAYuwani tengok binatang...ada kambing,lembu daging,lembu susu,seladang,kambing biri2..burung kasawari...

Depa dok ngomel..awat bau tahi...anak oh anak...mmg sudah namanya kandang haiwan..bau tahi lah..hehehe...hajat di hati nak tengok n singgah di rumah etnik,,tapi dah tutup...so kempunan lah jawabnya..

uollss perasan tak....Wani makin bam bam..tengok pipi dia geram jer,,,,iyalah makan mesti dua pinggan apa tak bam bam..cukup pula kasih sayang..hehehe....

Psst dah lama tak ceta HAikalAYu...uooollllssssss nak tau yang kakak AYu sekarang dah pandai membaca,,,lepas tue boleh lah dia baca blog mama dia ni..abg haikal pandai sikit2...kena rajin berlatih sebab dia asyik dengan TV....

Jom tambah tabung HAW...***kerja terbengkalai hari ni..pc buat hal lagi..org ICT ni tak turun2 lagi nak baiki...

TAbung HAW



Read More

Saturday, September 28, 2013

Mark Adam - Pencuri

2:00 PM
Mark Adam - Pencuri
Assalammualaikum...


**kalau pagi tadi kita dengar yg versi english jom dengar versi malay pulak...hehehehe
Read More

MARK ADAM - Thief / Pencuri

7:30 AM
MARK ADAM - Thief / Pencuri

Friday, September 27, 2013

"Segmen 1st Mama"

1:03 PM
"Segmen 1st Mama"
Assalammualaikum..


KLIK SINI UNTUK JOIN 
A) Mulakan dengan menepek gambar yang direka khas ini di entry anda. 
B) Linkkan terus ke blog mama lah.. seperti biasa anda selalu buat tu...
C) Jangan lupa follow mama, semuanya seperti biasa juga...
D) Nak buat entry atau tidak mama tak kisah... janji anda join cukup dah..
E) Letak tajuk " Segmen 1st Mama "
F) Like Facebook mama ye, sebelah tu je.. hihi (Takde fb pun takpe)
G) Tinggalkan URL blog anda diruang komen.



**Jom Join Tarikh Tutup 30.09.2013,,senang jer kan tak susah mana pun.. 

Read More

Ost Love You Mr Arrogant-Tetap Menantimu (Nomad)-

12:24 PM
Ost Love You Mr Arrogant-Tetap Menantimu (Nomad)-
Assalammualaikum.



Aku menyedari telah jatuh cinta 
Tapi aku tak bisa mengungkapkan 
Terasa bahagiaku mencintaimu 
Walaupun kau belum mencintaiku

Aku di sini kan selalu menunggu 
Yang selalu ada di setiap waktumu 
Selalu menanti jawapanmu 
Untuk cinta yang terakhir

Semakin ku bisa untuk menyayangi 
Semakin ku bisa untuk mengerti 
Dari semua hidupmu yang penuh duka 
Kan ku hapus semua menjadi indah

Aku di sini kan selalu menunggu 
Yang selalu ada di setiap waktumu 
Selalu menanti jawapanmu 
Untuk cintamu

Tak akan pernah hilang rasaku 
Cinta yang membawa dalam hatiku 
Bagai mata yang tak terpejam 
Aku tetap menantimu 
Aku tetap menantimu 
Aku kan tetap menantimu

**lagu ni ost drama Love YOu Mr Arrogant...dan semalam tengok episod kedua..menyampah dengan watak hanez suraya..huhu,,korang suka tak lagu ni..maaf hari ni akan kurang BW sebab pagi tadi MV ada mesyuarat..petang ni pun ada satu lagi mesyuarat..Jom isi tabung HAW..tq


TABUNG HAW
Read More