Tuesday, June 6, 2017
Monday, June 5, 2017
Suamiku ketua gengster-qhayra qhayriesa-
Mrs Velentine
11:18 PM
Suamiku ketua gengster
Assalammualaikum...
suamiku ketua gengster |
Suamiku ketua gengster tulisan qhayra qhayriesa...
"Dia belasah orang aku tak suka, dia kata cinta aku pula gabra"
Tengku ishaan danish ceo muda menjadi pujaan merangkap ketua gengster yang mendambakan gadis yang sebaya kakaknya..
Nurul sarah sulaiman ....gadis keturunan biasa...menjadi cikgu peribadi ishaan ketika spm...merangkap kawan baik tengku iris kakak kpd tengku ishaan...
Keinginan dan keegoan tengku ishaan untuk memiliki sarah menjadikan sarah membencinya...
Bukan hanya sarah!!tetapi dahlan dan dellina....2 insan yg terluka dengan perkahwinan koboi mereka...
Siapa dellina???kenapa dia membenci sarah dan juga mahu memiliki ishaan....
**hidup jika berlandaskan dendam takkan ke mana dan xkan bahagia...
.
**jodoh dan takdir yang Allah tentukan pasti adalah yg terbaek untuk kita
Throwback Sukan Sekolah
Mrs Velentine
3:42 PM
sukan sekolah
geng rumah biru |
throwback hari sukan sekolah anak-anak MV...kakak ayu dan wani ikut acara larian...si abang tak..tapi peranan dia hari tu sungguh tak sangka MV...dia disuruh jaga makanan untuk rumah sukan biru....setianya dia menjaga makanan....salute abg haikal...
oh ya gmbr ni jak yang dapat sebab yg pergi kawankan anak-anak ni..Mr velentine..MV tak dapat tengok..tengok kat video jer...wani menang emas untuk acara yang dia ikut...4x50 m...kakak Ayu hanya mampu tempat ke-4 ..takpa try lagi akan datang
ready to run |
Koleksi Menu berbuka
Mrs Velentine
10:54 AM
Koleksi Menu berbuka
sup ayam(menu 9 ramadhan) |
terung bakar + ayam goreng tepung (menu 9 ramadan) |
kambing bakar homemade (menu 7 ramadan) |
mee goreng basah (menu 6 ramadan) |
**alhamdulillah masih mampu masak untuk berbuka
Saturday, June 3, 2017
Banjir beaufort
Mrs Velentine
11:55 PM
Assalammualaikum
Banjir di beaufort..tadi berkesempatan balik ke kampung untuk berbuka puasa dengan keluarga mv...
Hujan lebat semalam menyebabkan empangan di tenom di buka dan menyebabkan paras air sungai padas beaufort naik..
Ia menyebabkan banjir dibeberapa kawasan kampung terutamanya di jalan melalugus,limbawang,mempagar dan kampung yg berdekatan sungai padas..
Banjir di beaufort kali ni meragut nyawa seorang kanak-kanak berusia 3 tahun..di bawa arus deras ketika bermain air banjir...
Tadi masa mv balik pun air masih naik di jalan melalugus....ada beberapa rumah sudah dimasuki air..
Mari kita doakan keselamatan penduduk di beaufort.Amin
Friday, June 2, 2017
Suami yang ku benci~ e-man sufi~
Assalammualaikum
"seseorang itu dicintai bukan kerana kesempurnaannya,tetapi dia kelihatan sempurna kerana dia dicintai.."
Perkahwinan seorang Ceo dan penjual burger yang Dirancang demi menjaga maruah keluarga .
Hannah maryam seorang ceo terpaksa berkahwin dgn uwais ukasyah atas kehendak tuk ayah dan supaya jawatan ceo tetap menjadi miliknya.
Perkahwinan yg dibina dgn rasa benci dan dendam antara hannah dan uwais yang mana akhirnya melahirkan bibit cinta antara mereka..
Orang tua2 cakap jangan terlalu membenci seseorang nanti jadi suka.bila baca novel ni terus teringat kata2 tu
Mv suka jalan cerita novel ni.ada suka duka lawak agama dan kekeluargaan.