All About Love

Tuesday, February 21, 2017

Burger kampung

11:53 AM
Burger kampung

Assalammualaikum

Burger kampung..burger telur plus sosej.. Buat Bekal anak ke sekolah semalam... Buat Bekal simple jer...

Sebab Kat kantin Mahal sangat makanan.. Kentang goreng rm0.50 dalam 6 kerat jer.. Air pun rm1.00

So mmg tahun ni Mv bagi anak2 bawa Bekal pgi Ptg... Yg simple2 ..buat mana yg mampu...

Lagipun serik dgn kes keracunan makanan dulu..

Read More

Monday, February 20, 2017

Capan

3:35 PM
Capan

Assalammualaikum

Gajah hasil kerja pendidikn kesenian wani melalui #capan Nda sangka jari kita boleh jadi seekor gajah

Capan Ialah teknikal mengecap dengan menggunakan objek yang Tidak diolah. Misalnya tangan, daun Dan botol.

Untuk hasilkan gajah ni Adalah dengan menggunakan tangan, berusaha, Warna Air.. Maka terhasillah gajah Warna MERAH ni hihi

Ada rupa gajah tak kawan2?

Read More

Gastric

10:25 AM
Gastric

Assalammualaikum

El Hari ni.. Bawa abg haikal Yg sakit.... Gastric... Masuk Hari keempat... Bawa ke hospital likas Atas saranan klinik 1malaysia Sulaman sentral

Terpaksa cutikan syamimi juga.... Dia mo ko sekolah Tapi mv cuti..nnt jadi 2 Kli kerja kena pegi Ambik Dia ...

Doakan abg haikal cepat sembuh ya. Amin ..dia ni Jenis x melawan sakit.. ASYIK Mengikut Rasa sakit..

Kalau masih X sihat jg kena dtg hospital semula..ni dah 3 hari ponteng sekolah..

Read More

Sunday, February 19, 2017

Cherpen Band - Kali Ini

7:30 AM
Cherpen Band - Kali Ini


Assalammualaikum,,,,

Layan lagu ni....

andai kita temu saat itu 
semua raga akan menjadi milikku
rangka lihatlah pada
di sisi kegelapan 

yang di hujung tersimpan ikhlas 
maafkanlah aku 
bila tidak sempurna mengkhianatimu

bergenang mata membacakan 
semua kisah yang telah engkau lalui 
tiada apapun yang dapat 
menandingi dirimu 
kekasih hati selamanya 

maafkanlah aku 
bila tidak sempurna mengkhianatimu
mohon jangan lupa 
ingat aku selalu dalam lenamu 









Read More

Saturday, February 18, 2017

INNOCENT DEFENDANT-Korean Drama-

11:30 AM
INNOCENT DEFENDANT-Korean Drama-
Assalammualaikum...

Park Jung-Woo is a prosecutor at Seoul Central District Prosecutors' Office. One day, he wakes up and finds himself in locked up at the police station. He has temporary amnesia. Park Jung-Woo is falsely accused and is sentenced to death. He must struggle to prove his innocence.

Image result for innocent defendant
sumber google
Seorang Pendakwaraya di penjara atas kesalahan membunuh isteri dan anaknya,ditambah lagi dia menghidapi temporary amnesia. Bagaimana dia mahu membuktikan yang dia tak bersalah.Siapa perancang untuk semua ni..

Anak beliau sebenarnya belum mati..dan banduan yang dia ajar cara-cara mempertahankan diri dalam sesi perbicaraan sebenarnya adalah penculik anaknya...


**Tengah follow drama ni..menarik..main kat one hd astro setiap selasa dan rabu
Read More

EGONYA KITA DENGAN ANAK!

9:05 AM

EGONYA KITA DENGAN ANAK!

Assalammualaikum

EGONYA KITA DENGAN ANAK!

Sebelum kita keluar ke pejabat kita membebel pada anak kerana lambat bersiap. Sampai di sekolah anak maklumkan ada surat yang dia lupa berikan semalam. Lagi sekali anak dileteri.

Anak salam dan masuk ke kelas dengan keadaan emosi yang terguris. Dah dua kali kena marah. Kalau tak bagitahu pasal surat tu pun takpe fikirnya. Buat kena marah je.

Seharian dia di sekolah bersama kawan-kawan dan guru. Bila habis sekolah, dia tinggal di taska atau rumah pengasuh. Sementara menunggu ibu dan ayah balik..

Bila matahari semakin hilang cahayanya, baru ibu dan ayah datang jemput.

Dah 8/9 jam tak jumpa ibu ayahnya. Banyak yang dia nak kongsikan. Waktu ibu dan ayahnya sedang bercakap, waktu itu juga mereka excited nak cerita dan bertanya itu dan ini. Nak bagitahu cikgu puji dia pandai, nak bagitahu kawan puji kotak pensil yang ibu baru belikan

Tapi mereka dimarahi kerana dikatakan menyibuk waktu orang tua nak bercakap. Mereka menunduk dan masuk ke bilik. Bergurau pulak dengan adik-adik. Kecoh bunyinya. Tetiba wajah si ayah tersembul di muka pintu. Kena marah lagi sebab bising waktu ayah nak tengok berita. Ayah suruh baca buku.

Tengah-tengah belek buku, teringat lukisan cantik tadi. Berlari nak tunjuk kat ibu didapur. Tetiba terlanggar pulak bucu meja. Jatuh dan pecah berderai gelas atas meja. Sekali lagi anak ini dimarahi dan dileteri.

Dan anak ini akhirnya tidur dalam keadaan dia tertanya-tanya adakah ibu dan ayahnya menyayanginya atau tidak. Tiap hari, pasti ada saja salah dan silap mereka. Pasti ada yang tidak kena.

Itu senario yang selalu kita hadapi. Malahan saya sendiri mengalaminya. Sungguh tinggi ego kita. Sungguh kita sangat mementingkan diri.

Anak ini belum matang. Belum tahu berfikir seperti orang dewasa. Bila ibu dan ayah pulang mereka benar-benar ingin merasai kehadiran kita. Ingin dipeluk dan berkongsi cerita. Tapi apa yang mereka dapat???

Bila mereka besar dan lebih selesa berkongsi cerita dengan teman-teman, jangan kita persoalkan kenapa. Kerana waktu mereka ingin benar-benar berkongsi dengan kita, kita menafikan hak mereka.

Keegoan itu langsung tak menjadikan kita ibu bapa yang hebat.

Emosi dan amarah hanya mengundang salah tafsir si anak

Jika kita berasa penat dengan urusan kerja seharian, bagaimana pula dengan anak-anak? Jam 7.30 dah terpacak di sekolah. Pagi sekolah agama dan petangnya pula sekolah kebangsaan. Tidak penatkah mereka?

Kita keluar bekerja tanpa membawa beban berkilo. Tapi mereka bagaimana? Berat beg sekolah saja sudah 5 kg.

Ingatlah, anak itu satu anugerah. Bukan tempat melempias lelah.

* peringatan untuk saya dan sahabat semua.🌹💐

Read More

(OST Surga Yang Tak Dirindukan 2) Surga Yang Kurindukan

7:30 AM
(OST Surga Yang Tak Dirindukan 2) Surga Yang Kurindukan



Assalammualaikum....

Bagaimana seorang isteri meminta bekas madunya untuk merima suaminya kembali..wow....nak kena tengok ni baru tau jalan ceritanya...
Read More