Jangan suka menilai dan menghukum orang dari cerita orang lain . Selalunya ni lah yang kita lakukan..MV pun pernah melakukan kesalahan ini....menilai orang dari cerita yang kita dengar dari orang lain...
Bila kena pada diri sendiri baru tau mcm mana perasaan orang yang kena dulu..Maafkan MV sekiranya ada sesiapa yang pernah MV buat begini...
Berbalik pada tajuk kita...sekarang makin berleluasa pula kan..macam jadi trend..bukan saja di alam realiti tetapi juga alam maya... nampak jak satu post tue terus viral...macam kes surat lin dan untuk chong wei haritu ..haha..dengan MV sekali terjebak....
Bila kita mendengar dan terus menghukum kalau bendanya betul takpa...kalau hanya rekaan bukan kah kita bersalah ,,,,Muhasabah diri supaya tidak melakukan kesalahan seperti ini lagi.
Raya haji tak lama lagi ... So MV open order kuih jala..atau kuih karas orang semenanjung sebut..Kalau di Sabah lebih dikenali sebagai kuih jala....Ni projek mama MV...dia memang teror bab kuih tradisional ni...
Kuih jala ni dijamin ranggup dan sedap...RM10 ada 25 biji..Boleh cod area beaufort to kota kinabalu....kalau ke area lain yang perlu pos tak dijamin..sebab takut hancur..
27.08.2016 akhirnya majlis sambutan harijadi wani bersama Mama MV, Makcik MV dan anak saudara MV yang dirancang selamat dibuat di kediaman mak cik MV di Kampung Klias Kecil.Tambah meriah dengan kehadiran ahli keluarga....
dengan Menu yang simple :-
Soto
rojak
kelupis
Satay
kek
memang meriah oh... tambah meriah apabila menu semuanya homemade..termasuklah keknya....sempat ambil beberapa gambar untuk di jadikan kenangan...Datuk MV gembira bila dia dapat bersama-sama dengan anak2,menantu,cucu dan cicitnya
MV agak lewat balik sebab MV kerja lagi .....Dalam jam 9 baru majlis di mulakan...tanpa jemput orang lain..majlis kami sekeluarga saja..majlis kecil-kecilan....Lepas ni akan ada lagi sambutan birthday ramai2..bulan 9,10,11 dan 12...
Mau jadi macam mamanya kali ni anak...kaki selfie....siap pakai blezer mama lagi...dalam bilik mama juga..nasib baik lah nda terselfie meja yang berselerak ,,,,haha,,,,
Sayangku Kapten HaikalFaiz sebenarnya..bukanlah sayangku Kapten Mukhris...masa Karnival Kerjaya Spa sabah 2016.Ada booth daripada tentera..So bawa dorang melawat booth.. dan dorang tertarik dengan beg tentera yang ada telefon ni..berat dalam 4 kg....
So MV pun tanya lah petugas di kaunter...bolehkah orang rabun ni mohon tentera...."biasanya puan boleh kalau rabun selepas menjadi anggota..kalau sebelum jadi anggota memang tak boleh"..itulah jawapan abang sado semalam...
Dan maknanya my hero ni tak boleh masuk unit beruniform lah...kena masuk kerjaya lain lah ya abg haikal...tapi kan kalau yang macam Kapten Mukhriz dalam drama sayangku kapten Mukhriz tue... KAGAT...orang rabun boleh masuk tak????