Wednesday, March 16, 2016
Kursus Kreativiti Di tempat kerja At Intan Sabah
Assalammualaikum.....
Minggu lepas MV menghadiri kursus kreativiti di tempat kerja selama 3 hari di Kampus Intan Sabah.Tujuan utama nak join kursus ni sebab nak tambah kreativiti..al maklumlah tak sekreatif mana....lagipun seksyen kanak-kanak di library adalah tanggungjawab MV...
bagi MV kursus ni lain dari yang lain sebab sepanjang 3 hari kursus kami dibenarkan berpakaian sukan..so memang tak payah fikir mau iron baju lah...lepas tue cari kenalkan diri punya kreatif...kami di minta untuk menyanyi untuk kenalkan diri...
Kumpulan MV iaitu ANak KAmpung ..ambik lagu Anak kampung sebagai muzik pilihan....dan lirik bagi MV
Nama Saya Suzyanna berasala dari labuan bertugas di SUP pakai kasut size nombor 8....hahaha....MV bab nyanyi pitching ke laut....
antara aktiviti yang kami buat....pertandingan pancing belon..pancing dibuat daripa suratkhabar,tali & masking tape...kumpulan kami berjaya selesaikan nya pada percubaan kedua..teka ayat pun kumpulan kami berjaya buat,,,,
kemudian ada aktiviti buat jambatan daripada lego...mula2 punya percubaan gagal...cubaan kali kedua baru berjaya..tak sngka...jabatan kami buat tue dapat komen dari fasi"saya rasa macam tengah berada di luar negara bersama orang tersayang"
kami juga buat menara straw...paling tinggi dan ada marshmallow di atasnya...semua kumpulan berjaya buat....tahniah...tak sangka boleh buat.....ada satu segmen MV tak sempat ambik gmbar...di mana kami diminta untuk mengabungkan 9 objek jadi satu barang,,,
barang itu dikira produk dan harus dipasar....nanti MV try cari gambarnya ...dan kongsikan.....dan bila balik dari kursus ni tiba2 rasa diri ni kreatif...anak MV minta lukiskan lukisan...dan dengan senang lukisan siap...
ni jambatan lego anak kampung 6to9 |
terus dalam hati aik kenapa senang jak mau lukis hari ni ..hahahaha...betullah kata fasilitator tue,.,untuk menjadi seoarang yang kreatif..kita kena positif..jangan ada negatif thinking......
Semoga apa yang MV belajar dalam kursus ni membantu dalam proses kerja MV ..Insyaallah ......terima kasih buat semua peserta yang sporting & happening..terima kasih juha buat Intan Sabah kerana memberi peluang Untuk MV menghadiri kursus ini
Semoga kita semua berjumpa lagi next time....Insyaallah
Tuesday, March 15, 2016
Novel PA Lelaki "KEREK" By Rose Eliza
abaikan tangan yang x comel tue ya |
Sinopsis Dari Belakang Novel
Kebahagiaan Tengku Irfan Haiqal diragut selepas dia terlibat dalam satu kemalangan. Dia menyimpan perasaan benci dan dendam. Kehadiran Irdina Asyikin telah merubah keseluruhan hidupnya. Gadis itu suka melawan, degil dan tidak mendengar kata. Ada saja alasan yang diberi oleh gadis itu.
Bagi Irdina Asyikin, menjadi pembantu peribadi kepada Tengku Irfan Haiqal tidak semudah yang disangka. Pemuda itu seorang yang 'kerek', poyo dan suka berubah angin. Mahu tidak mahu, terpaksa juga dia melayan kerenah lelaki 'kerek' itu. Selama beberapa bulan menjadi pembantu peribadi, Irdina Asyikin dikhabarkan dengan satu kebenaran. Sejak dari itu, dia dirantai dan diperhatikan. Demi satu pembebasan, perjanjian perlu dibuat.
Perjanjian apakah yang dibuat oleh Irdina Asyikin? Berjayakah Irdina Asyikin membebaskan diri? Dapatkah Tengku Irfan Haiqal menuntut keadilan buat dirinya sendiri?
Itu sinopsis dari belakang novel...ni pula sedikit perkongsian dari MV...
Irdina seorang gadis yang degil..lepas cakap & suka melawan...Tengku Irfan pula seorang jejaka yang takda perasan...dibelengu dengan rasa dendam dan marah akibat kemalangan yang menyebabkan tangan kanannya cacat...
Irdina pernah memarahi Tengku Irfan dan kebetulan Tengku Irfan adalah bos barunya..>Dia menjadi PA kepada seorang Lelaki Kerek..namun lama kelamaan rasa benci kedua2nya bertukar sayang....
Namun ayah tengku irfan tak menyenangi Irdina..kerana baginya irdina cuai dalam menjalankan tugas..apabila irdina telah meyebabkan tengku irfan hampir lemas & ditikam ...dikala rasa cinta sudah mula berputik muncul Imelda kekasih lama Tengku irfan yang akan dikahwinkan dengannya atas keputusan tengku Iqbal(ayahnya)
Irdina membawa hati ke Perak atas bantuan Naufal(kawan baik Tengku Irfan)...selama setahun Tengku Irfan cuba menghubungi irdina namun gagal...dia dibelengu rasa bersalah kerana terkasar(menampar irdina) hanya kerana irdina mahu Tengku irfan merawat tangan kanannya....
Selama setahun itu juga naufal cuba memikat hati irdina namun gagal.Jodoh akhirnya Tengku Irfan menyuarakan hasrat hati melamar Irdina..mulanya dia tak mau menerima kerana Irdina adalah gadis yang menyebabkan kemalangan yang menimpa Tengku Irfan...
Perkahwinan yang diimpikan bukan lah satu kebahagiaan ....Tengku Irfan tahu yang irdina adalah gadis yang dia dendamkan..perkahwinan tersebut di teruskan dengan syarat dan perjanjian....selama 6 bulan sahaja mereka berkahwin dan selepas itu Tengku Irfan akan berkahwin dengan Imelda...
Namun tanpa pengetahuan Tengku Irfan ,,,irdina membuat perjanjian dengan tengku Iqbal...dia hanya memerlukan masa 3 bulan untuk memastikan imelda berkahwin dengan tengku irfan....
Rasa dendam yang ada...namun akhirnya Tengku Irfan mula sedar bahawa irdina adalah wanita yang paling dicintai...namun terlambat apabila irdina melarikan diri genap 3 bulan mereka bersama....
Segalanya terbongkar...rupa2nya Tengku Iqbal adalah orang yang menyebabkan kemalangan yang menimpa tengku irfan...orang suruhan nya tersalah merosakkan brek kereta ...sepatutnya brek kereta imelda & safwan(lelaki yang imelda curang)...namun sebaliknya yang berlaku...
Apabila imelda dapat tahu dia mula mengugut tengku Iqbal...Tengku Iqbal melepaskan segala tuduhan itu kepada Irdina kerana dia tidak mau Tengku Irfan membencinya...dan dia rasa bersalah kepada irdina ,,,tambahan lagi apabila mengetahui yang irdina telah melahirkan anak tengku irfan,iaitu tengku hasif...
Akhirnya mereka kembali bersama,...dan dikurniakan lagi seorang anak perempuan....
Komen MV..cerita agak membosankan pada awalnya..namun bila timbul bibit cinta dan konflik...tanpa sedar membaca dengan titisan air mata...
cuma ada kesalahan nama watak pada penghujung novel ni...MV bagi 4 bintang...
**pergh panjang pula entry ni
Apa itu Strok Haba Dan Tanda-Tandanya
Mrs Velentine
7:30 AM
tanda-tanda strok haba
Assalammualaikum...
Mv kongsikan sedikit mengenai Strok Haba...harap dapat membantu semua sekaligus mengambil langkah berjaga-jaga....banyakkan minum air...dan kurangkan aktiviti luar....
Pinjam Dari SINI |
Sumber dari SINI Bila tengok kumpulan yang paling berisiko iaitu kanak2 berumur 5 tahun ke bawah..MV kena ambil langkah berjaga2...sebab syamimi jenis sensitif...cepat terjangkit selsema....batuk dari orang.....dia kalau cuaca panas memang dia akan rimas... So kawan2 semua yang ada anak2 kecil...harap entry ni membantu anda semua... |
Monday, March 14, 2016
Jerebu Di Sabah
Mrs Velentine
2:09 PM
strok haba
Assalammualaikum....
Hari ni di kota kinabalu..MV dah bagitau yang keadaan di KK sekarang jerebu...panas jangan ckaplah cuma MV tak rasa sebab duduk dalam ofis..ada penghawa dingin..bayangkan orang yang kerja di luar...huhu
dan nampak tak gambar keadaan di luar bangunan pejabat MV....selalu langit tue nampak biru jer...kali ni....nampak kabur ...sebab jerebu.....dan yang merisaukan semalam ada dapat wasap pasal kemungkinan dalam masa 5 hari keadaan di Malaysia akan bertambah panas akibat Matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa....
apa2pun kurangkan aktiviti luar....banyakkan minum air...takut nanti kena strok haba macam yang berlaku di Vietnam kalau tak silap...
sekadar berkongsi |
abaikan kegilaan ni...hahaha |
apa2pun kurangkan aktiviti luar....banyakkan minum air...takut nanti kena strok haba macam yang berlaku di Vietnam kalau tak silap...
10 tahun akan datang
Mrs Velentine
9:52 AM
Assalammualaikum...
10 tahun akan datang MV dah berumur 41 tahun....wah dah tua hahaha.....suami pula masa ni umur 40 sebab suami MV muda setahun dari MV...masa tue dah tahun 2026...HaikalAyuWaniMimi pun dah semakin membesar
Sumber Facebook |
- Haikal 19 tahun
- Ayu 19 tahun
- Wani 16 tahun
- Syamimi 13 Tahun
HaikalAyu dah lepas habis SPM...kalau ada rezeki mungkin masa ni dorang sudah kerja/sedang belajar di Universiti...Wani pula tingkatan 4..syamimi baru melangkah ke alam persekolahan sekolah menengah...
Tak dapat bayangkan mcam mana wajah mereka masa tu...excited pula tiba2...semoga MV diberikan kesihatan yang sempurna untuk menyaksikan detik2 itu.AMin
Saturday, March 12, 2016
Replika Ikan Jerung dari Botol @Tanjung Lipat
Assalammualaikum...
makin sihat my haikalfaiz |
semangat dia posing |
sapa pernah pergi sini..angkat tangan?