All About Love

Wednesday, October 2, 2013

Leessang Ft. Eugene The Of SEEYA - Tears (Monday Couple Version)

9:30 AM
Leessang Ft. Eugene The Of SEEYA - Tears (Monday Couple Version)
Assalammualaikum...


Ni semua dek kerana Running Man....couple monday Ji hyo & gary...so sweet tapi nak tengok dorang betul2 bercinta memang tak jadi kenyataan sebab Ji Hyo sudah ada boyfriend....huhu

Tapi kan bila tengok video ni MV tejatuh hati dengan lagunya..dan babak antara gary & ji hyo buat MV tersenyum...

Hish sejak mengandung ni mmg febret korea song & drama...kenapakah???
Read More

Wordless Wednesday # Happy Annivesary Wafmie#

7:30 AM
Wordless Wednesday # Happy Annivesary Wafmie#
Assalammualaikum


Our ANnivesary Cake(**HaikalAYuWani tanya sape yang harijadi hehehe)

**Celebrate our big day with Durian chesse Cake and our beloved son & daughter
Read More

Tuesday, October 1, 2013

Herbert Chavez Si Superman Filipina

12:17 PM
Herbert Chavez Si Superman Filipina
Assalammualaikum..

Terbaca pasal mamat filipina ni yang namanya Herbert Chaves yang telah menjalani 19 kali pembedahan plastik untuk kelihatan seperti superman....dek kerana terlampau taksub dengan watak superhero superman....Herbert Chaves mengubah hampir 90 % wajah & tubuhnya sejak berusia 16 tahun lagi...


Sumber Dari Google
Tengok jer wajah asalnya dengan wajahnya yang terkini jauh beza kan....ada juga orang yang taksub mcm ni yer???itu nasib baik superman..kalau dia taksub dengan Spiderman,Ultraman,Hulk,batman dan sewaktu dengannya mcm mana???

JOm layan gambar2 clon superman ni yang MV ambik dari google 

Sumber Dari Google

Sumber Dari Google

Sumber Dari Google

Avid fan: In June 2013 Guinness recognised Herbert for having the largest collection of Superman memorabilia with 1,253 items
Sumber Dari Google
Dan last sekali cer tengok video dia konon2 jadi superman..hehehe


TAbung HAW

Read More

Giveaway Butik Comel Collection

10:24 AM
 Giveaway Butik Comel Collection
Assalammualaikum..

MV Join GA dar  GSF iaitu Yumida..simple..dan hadiah nya pun menarik  

SYARAT PENYERTAAN:
1. Blogger yang tinggal di Malaysia
2. Follow blog Yumida
3. Add to circle Google+ Yumida Huda (bagi yang ada akaun Google+)
4. Masukkan blog Yumida ke dalam bloglist anda
5. Like page Yumida dan sponsor (Butik Comel Collection)

 

6. Share salah satu gambar di page Butik Comel Collection(dah share INI)
7. Buat entri bertajuk: Giveaway Butik Comel Collection
KLIK BANNER UNTUK JOIN

HADIAH:
1) Baucar RM200
2) Baucar RM150
3) Baucar RM100
Saguhati: 2 pemenang x Baucar RM50

Hadiah ditaja oleh Butik Comel Collection

PEMILIHAN PEMENANG:
-menggunakan random.org

SEMUA PESERTA BERPELUANG UNTUK MENANG
JOM JOIN RERAMAI!

Read More

Tak Payah Nak Suntik Dagu!!

7:30 AM
Tak Payah Nak Suntik Dagu!!
Assalammualaikum...

Dagu My HAW mmg runcing2..(**perasan)
MV mula-mula tak perasan pasal ni...yg MV tau dagu MV runcing jer..wakakaka..perasan...tapi bila semalam Ofismate MV tegur baru MV perasan..dia tegur masa tue kat lif..

Kawan MV : "Dagu anak kau suzy semua jenis panjang(**Runcing)
MV   : "Iya kan Fen...baru sa perasan..(**baru perasan keistimewaan anak2 MV)
Kawan MV : "nda payah mau suntik2 dagu..mcm yang orang sekarang buat...

Serius MV nda perasan pasal ni..yang MV tau Anak-anak MV semua berbulu mata panjang ikut MY hubby...yang mata sepet haikal..yg mata macam kartun anime wani...tapi pasal dagu mmg tak pernah orang tegur...

Bila MV tengok pic HaikalAYuWani..Yup mmg depa ada dagu yang runcing lah..hehehe...(**alah ni pun boleh jadi entry ker Puan MV oi)>.hahahaha....mestilah...lepas ni ada feat dengan Kim Jong Kook Lah...hahaha
Read More

Monday, September 30, 2013

Hantu Tv

4:44 PM
Hantu Tv
Assalammualaikum...
antara komen kawan2 kat FB
Hantu TV????hahaha...ini semua gara2 TV ter"on" sendiri dua hari berturut-turut...bila difikirkan mungkin betul timer..tapi kenapa baru jer terjadi..sedangkan Remote TV dan Astro mmg tak pernah diganggu settingnya....

Lagipun kalaulah timer takkan lah pulak teron sekali dengan Astro siap dengan volume yang sangat besar....dan tayangan pada malam sabtu tue Teduhan kasih..tersenyum sendiri MV sambil pandang suami...

Dan malam ahad tue..hanya hubby  yang terbangun...volume mmg besar sedangkan masa off tv & astro volume masa tue dalam belas2..ni sekali dia ter"on" volume sampi 50...

Memang lah pelik..sebelum2 ni takde pulak jadi benda mcm ni...tapi dulu masa mula2 pindah rumah yg sekarang ni,,pernah juga jadi kejadian macam ni...Baby walker wani tiba2 berbunyi tanpa disentuh..sedangkan kalau ikut betul baterinya dah kong...see...

APa2pun MV taklah rasa takut cuma pelik..sebab nape tiba2 jer benda ni jadi...dahlah tue..nasib baik masa tue Hubby dah balik dari ot...kalau tak mau nangis dia buatnya..hahahaha....

Memang Hebat hantu TV ni kan..wakakaka

Tabung HAW
Read More

Hempas Anak Demi"Game"!!!!

12:54 PM
Hempas Anak Demi"Game"!!!!
Assalammualaikum..

Credit to Datuk Dr Maznah Hamid
Harian Metro: Seorang bapa tergamak menghempas anak lelakinya berusia enam tahun ke lantai selain membelasahnya hanya kerana kanak-kanak itu tertutup permainan dalam talian yang dimuat turun dalam tablet milik lelaki itu di rumah mereka di Selayang, kelmarin.

Malah, isterinya yang cuba menghalang perbuatan kejam suaminya turut menerima tempias apabila dihambur dengan kata-kata kesat selain turut dibelasah menyebabkan anak beranak itu cedera di kepala dan lebam seluruh badan.

Sumber berkata, lelaki berusia 40-an itu meninggalkan rumah kira-kira jam 5 petang dengan tablet yang terpasang.

Sebaik pulang semula ke rumah jam 6.30 petang, lelaki itu melihat anaknya sedang bermain dengan tablet berkenaan.

Dia bertambah marah apabila anak tunggalnya itu menutup permainan dalam talian yang sedang dimuat turun menyebabkan lelaki itu mengamuk.

Sumber berkata, suspek yang bagaikan dirasuk bertindak ganas dengan menampar dan mengangkat anaknya itu sebelum menghempasnya menyebabkan kanak-kanak itu meraung kesakitan.

“Isterinya yang cuba menghalang perbuatan suaminya dan meminta lelaki itu bertenang, namun gagal apabila suspek turut memukul isterinya beberapa minit.

“Tidak cukup dengan itu, dia yang gagal mengawal kemarahan turut menendang kipas angin sehingga rosak sebelum cuba memijak anaknya, namun berjaya diselamatkan isterinya,” katanya.

Itulah satu lagi kisah kehidupan masa kini. Ingatlah apabila kira redha atas sesuatu yang mengecewakan kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka.

Duhai sahabat, bersabarlah dan terus melangkah. Apabila kita diuji..bersabarlah, apabila kita diberi kesenangan...bersyukurlah!(credit to 
Datuk Dr Maznah Hamid  dan Harian Metro)

*** APa nak jadi sekarang ni..hanya kerana Game sanggup menghempas & membelasah anak yang belum tau apa2....huhu

TAbung HAW
Read More