All About Love

Monday, April 15, 2013

Kit Jom Bertindak

11:50 AM
Kit Jom Bertindak
Assalammualaikum



Naik keja tadi pagi ada ni atas meja
Pernah dengar Kit Jom Bertindak??..MV daftar hari tue..tup tup pagi tadi masa naik  keja dapat kotak dari Jom bertindak Kit Tindakan...Opps maaf yea ni bukan entry politik cuma nak kongsikan mengenai apa yang MV dapat
antara isi dalam box
MV daftar di  Sini...dan MV dapat 1 kotak yang ada pen sticker,buku panduan jom bertindak (panduan mengundi)...macam kat gambar di atas...Terima kasih bagi benda kat MV ..MV rasa benda ni membantu sebab buku tue berkongsi panduan mengundi...

Tau2 jelah MV ni belum ada pengalaman...So sangat membantu lah..antara isi kandungan buku ialah:
  • Adakah anda boleh mengundi??
  • semakan status pemilih anda
  • siapakah yang tidak layak mengundi?
  • maklumat mengenai calon2 pilihan Najib Razak
  • Tips berguna untuk mengundi 
  • cara untuk mengundi
  • soalan-soalan popular
  • cara mengundi dengan betul
  • pembetulan maklumat terpilih

Sengaja ambil kabur..hehe

Ada yang dapat Kit Jom bertindak???korang ada daftar tak????



***Perasan tak ada patung kecil warna kuning...itu ole2 dr vietnam my bos bagi..Tq cik Mar..psst tambah lagi kit ni percumalah tak yah beli


Read More

Seiras Tak??

11:02 AM
Seiras Tak??

Assalammualaikum...

Jumaat lepas MV bercuti..cuti ke Labuan sahaja...sebab dekat hahaha..naik ferry jer..lagipun dah lama tak balik kampung...anak2 terpaksa cuti jumaat lepas..tapi yang bestnya kakak ayu rajin sungguh bawa buku untuk baca di kereta..alhamdulillah

MV pergi ditemankan adik MV alah yang sweet 17 hari tue..tunggu dia balik sekolah then kami naik ferry dari Menumbok Ke Labuan..Ferry wawasan perdana jam 4.30 pm..sampai Labuan dalam 6 setengah petang mcm tue...

MV bawa anak2 jalan..nanti MV kongsikan gambarnya...MV tinggal kat hote Pulau Labuan 2 jer...Sebenarnya MV nak kongsikan dengan kamu semua gambar Dayana...Anak saudara MV..Umurnya 10 bulan...

Kenapa MV nak kongsikan gambar dayana??Jom tengok di bawah:



Wani sayang Dayana
Ni dayana Adik sepupu wani
Jeling sebab tengok muka sama
Sama tak muka dayana dengan Wani???bagi MV sama seiras cuma beza tang mata..my hubby cakap muka dorang sama..adik MV pun cakap mcm tue..MUngkin sebab MV dengan adik seiras kot tue yang anak ada iras2...

Wani suka dengan dayana..siap peluk cium lagi..Wani ni tak kawan baby tau...tapi dengan dayanan dia kawan..siap belek2 muka dayana sebab hairan..pas tue tengok muka di cermin..hahahaha



Gambar kat atas ni gambar wani masa kecik..agak berisi...mata besar dan bulat...dayana pula mata sepet...Pada pendapat korang rupa mereka seiras tak??
Read More

Bintang Mencari Bintang Battle 2 Kumpulan A-Juara Bowl-

8:23 AM
Bintang Mencari Bintang Battle 2 Kumpulan A-Juara Bowl-
Assalammualaikum...

Tahniah buat Bowl kerana menang battle ke-2 BMB semalam..Persembahan anak didik bersama sifu sememangnya satu konsep yang menarik.....Siapa sangka Bowl yang mendapat markah paling rendah masa battle pertama menjadi juara dengan markah 68.4%..mengalahkan peserta febret Achey yang juga juara battle 1 dengan beza 3 markah...


MV ingatkan achey yang menang sebab dari cara achey melawak semalam..tapi Mungkin bowl pengundi sms kot...sebab Achey dapat full markah dr juri awam...tahniah lah rezeki kamu berdua..dan tahniah juga buat afdlin shauki u r the best bro...

Sekarang giliran MV pula nak berikan komen..hahaha...saja jadi juri ke-4..hehehe:


  • Bowl- persembahan mengenai bomba praktikal yang terperangkap dalam lif..hahaha..mmg masa ni MV terhibur sangat..siapa sangka Bowl boleh melawak dengan sifu mereka...tak nampak mcm afdlin overshadow doranf..terbaek..nyanyian pun bolehlah..MV suka tarian dorang cun...
  • Big too- lawak yang penuh dengan pelajaran bagi MV..namun aura Sabri Yunus mmg terserlah walaupun dia hanya duduk..lawak tue lawak tapi MV tak nampak keserasian dorang..dorang nampak takut2 dengan sifu mereka...tapi MV suka tagline mereka semalam"respect each other"
  • Kelawak-mengambil konsep upin ipin kot...menggunakan nama akal dan hati..hati punya persembahan ok tapi akal mak ai...terjerit...dan Raja Azura dengan watak tomboy mcm dalam drama mat despatch...bagi MV Sifu ok cuma anak buah kena usaha lagi
  • Tapaw-MV suka konsep dorang...cerita dalam tren pasal dua pemuda yang x nak bagi orang tua duduk..alih2 orang tua tue manager tempat mereka nak pergi temuduga..MV suka FBI...dia lawak tapi biasa2 jer...SHah & Faiz black puji nyanyian best....cuma jangan terjerit2..MV setuju dengan Idham
  • Achey-cerita pasal mekanik..MV nampak achey menyerlah dari Sifu..sampai orang tak tau sape sifu sape anak didik..hehehe...MV bagi 5 star...dan nyanyian terbaek tapi xda rezeki nak menang...takpe
  • Tocai- si penjual ubat di tepi jalan..MV suka si penjual ubat tradisional berbanding yang seorang lagi...dan penampilan Lan mula menenggelamkan Tocai...tapi tetap best...
Dan markah semalam adalah seperti berikut:
  • Bowl - 68.4
  • Big Too - 51.5
  • Kelawak-41.4
  • Tapaw-55
  • Achey -65
  • Tocai - 5+
Sorry markah ada yang MV lupa..hehehe...tahniah bowl dan tahniah juga achey kerana achey masih berada di kedudukan teratas kumpulan A..diikuti Tapaw,bowl,big too,tocai,kelawak
Read More

Sunday, April 14, 2013

Novel-Beautiful Asmara-

11:00 AM
Novel-Beautiful Asmara-
Assalammualaikum


cover dia unik kan...
Husna, Khaleeda dan Widad menggelarnya ‘fashionista’ dek kerana tabiat yang suka melaram. Walaupun suka bergaya, Fira tetap biasa-biasa sahaja dan sangat selesa mengaku yang dia bukan minah urban.

Sejak dulu lagi Fira sudah rapat dengan Jazli, juga sekampung dengannya. Sekalipun lelaki itu berada jauh di perantauan, gadis itu tetap setia menunggu. Namun terlalu banyak kisah misteri yang menjadi latar perhubungan mereka, ada kala membuat Fira berasa ngeri untuk melangkah ke depan. Jazli pulang dan sepatutnya mereka berbahagia, tetapi kisah cinta mereka tidak semudah menyusun huruf alif baa taa.

Kemunculan lelaki selebriti yang bermulut ‘longkang’, bersama seorang teman ‘nerd’ di kampungnya, menimbulkan pelbagai episod drama dalam hidup Fira. Mungkin betul agaknya Reez Putra yang dikatakan tidak berperasaan itu mempunyai masalah dalaman akibat pengalaman yang pernah dilaluinya. Kini, Reez ghairah untuk memaparkan sebuah program realiti di kaca TV. Apa pula kaitannya dengan kisah cinta Fira-Jazli? Tentu sekali membingungkan bila Reez hilang dengan tiba-tiba sahaja. Ke mana pula perginya? Siapa pula gerangan Muz yang turut muncul ketika Fira dalam kekalutan?

Beautiful Asmara akan membawa anda berkenalan lalu menyelami hati dan jiwa watak-watak, ada yang ceria, ada pula yang pelik karakternya. Isu rating, hits dan gosip menjadi persoalan sensasi. Yang pasti, anda akan berteka-teki untuk melengkapkan mainan ‘puzzle’ yang terbentang dalam novel ini.


Sinopsis dari belakang novel...MV ni memang suka baca novel..tak kisahlah penulisnya terkenal atau tidak..asalkan novel itu menarik sudah cukup....

Pernah baca novel ni???

Read More

Bintang Mencari Bintang Battle 2 Kumpulan A

7:30 AM
Bintang Mencari Bintang Battle 2 Kumpulan A
Assalammualaikum...

BMB kembali ke udara..chewah...macam2 lah MV...Minggu ni adalah battle 2 bagi kumpulan A iaitu Achey,Tapaw,bowl,big too,kelawak,dan tocai.PAda pusingan battle yang pertama Achey menjuarai dengan markah yang cukup selesa iaitu 75 markah...

Manakala bowl anak didik Afdlin Shauki mengumpul markah terendah 3+...kumpulan bowl kena buat sesuatu..bak kata ajai"yang banduan suara sesak senak dan ke laut..yang polis belum lagi senak tapi akan2 ke arah itu"

Kak Ogy pula cakap mereka kurang latihan & bro Ar badul pula tak faham apa yg dorang buat,,,Minggu BMB akan melihat anak didik menyampaikan lawak bersama-sama dengan sifu mereka...

Bagaimana kah persembahan mereka???Mampukah Ahcey menjuarai battle kedua???Nak sangat tengok perubahan bowl & kelawak...

Jangan lupa saksikan Bintang Mencari Bintang hari ahad jam 9.00 malam di tv3..dan komik BMB jam 5.00 petang.
Read More

Keputusan penuh liga super 13.04.2013

5:06 AM
Keputusan penuh liga super 13.04.2013
Assalammualaikum

kelantan vs Atm - 1-3
Selangor vs felda united-2-0
negeri sembilan vs lion xii-1-1
Pahang vs t-team - 2-1

MISI BALAS DENDAM BERJAYA..ATM MENANG 3-1  KE ATAS KELANTAN SEKALIGUS MELEBURKAN REKOD TANPA KALAH KELANTAN DI KOTA BHARU,,,PENYOKONG ATM PASTINYA GEMBIRA KEKALAHAN PADA PERLAWANAN LEPAS BERJAYA DITEBUS,

SELANGOR MENANG 2-0 DAN KEKAL DI TANGGA KEDUA LIGA..,MANAKALA LION XII TERUS KEKAL MENJADI PENDAHULU LIGA WALAUPUN HANYA SERI 1-1 DENGAN NEGERI SEMBILAN....

PAHANG PULA MENANG 2-1 MENGALAHKAN T-TEAM...PAHANG NI KALAU TEMPAT SENDIRI MMG KUAT,,HEHE,,
Read More

Saturday, April 13, 2013

Keluhan Abang Pujian Kakak

3:30 PM
Keluhan Abang Pujian Kakak
Assalammualaikum..

"mama kenapa si Kakak selalu kena puji cikgu".itulah keluhan my haikal...adui inilah yang harus MV tanggung sebab mereka sebaya,...bukan kembar..kalau kembar mungkin lagi banyak persoalannya..

MV : "kena puji macam mana?? abang tak kena puji??siapa lagi yang cikgu puji??"

Haikal : "CIkgu cakap si kakak pandai,lepas tue tiap kali cikgu tanya soalan Kakak,ogey,aina kena suruh diam"

MV : "kenapa??"

Haikal :"sebab dorang sudah pandai..kalau tak dapat jawab baru cikgu suruh dorang jawab"

EHm begitulah yang abang selalu rungutkan...BUkan MV memuji Kakak AYu tapi MV nampak perubahan masa tahun lepas lagi...cara dia belajar dan menerima apa yang di ajar cepat..bukan maksud MV abang haikal tak pandai..cuma MV tengok kakak AYu lebih serius untuk belajar...

Selalunya dia akan ajar Abang Haikal..MV selalu cakap..kalau abang mau pandai membaca kena duduk depan..jangan ingat main..ABC..suku kata kena selalu baca,,,ni ingat main jer...mungkin inilah bezanya anak lelaki dan perempuan..

Cuma MV harap Abang Haikal tak lemah semangat..dan jadikan Kakak Sebagai pembakar semanagt dia untuk terus berjaya...Oh ya..sekarang Kakak AYu sudah boleh membaca perkataan yang simple...begitu juga abang Haikal tapi abang Haikal kena banyak praktik lagi...

Ini Apa?
Ini Ubi.


Ubi ada apa?

Ubi ada Isi.

Happy bila tengok dorang sudah boleh membunyikan apa yang ada di buku...Doakan HaikalAYu akan terus berjaya yea kawan-kawan...dan satu lagi My haikalayu sekarang pandai speaking sudah..

"hello good morning"
"How are you today"
"I'm fine"

Teruskan berbahasa inggeris My jantung Hati



Read More