All About Love

Thursday, April 11, 2013

Epilog Cinta Khirana

1:30 PM
Epilog Cinta Khirana
Assalammualaikum...
Pinjam google
Epilog Cinta khirana drama slot samarinda yang mengantikan drama bangkitnya seorang perempuan yang berakhir semalam.Drama ini juga merupakan adaptasi daripada novel iaitu novel Mencari Jalan Ke Syurga tulisan Hasliza Ismail.

Drama ini mengandingkan Tasha Shilla dengan Mahali Jasuli..opps gurau jak bah..hehehe...Tasha Shilla akan digandingkan dengan nazim Othman dan aliff aziz...Aliff Aziz??

MV tak pernah tengok lakonan dia jadi teringin juga nak tengok...Dan MV kongsikan sedikit sinopsis daripada Novel Mencari Jalan Ke Syurga :


Satu kemalangan tragis telah meragut semua yang Khirana miliki; memorinya dan juga insan tercinta. Setelah dua tahun koma, dia bangkit semula lalu bertatih untuk memulakan hidup baharu dan berubah menjadi insan yang berbeza.

Namun, kemunculan Shahrul Azwan telah memaksa Khirana berhadapan dengan dosa semalamnya. Kebencian dan dendam kesumat lelaki itu membuatkan Khirana berjuang untuk mengembalikan semula ingatannya. Bayangan hitam mula menghantui diri dan cuba untuk menyesatkan laluannya. Dugaan yang datang bertimpa-timpa hampir melemahkan imannya.

Di mata Shahrul Azwan, Khirana adalah seorang perempuan jalang yang telah menghancurkan maruah keluarganya. Hutang nyawa mesti dibalas dengan nyawa! Namun dia buntu apabila setiap kali menyakiti wanita itu, hatinya turut sama terluka. Keperibadian Khirana telah meruntuhkan tembok kebencian di dalam dirinya. Bila hati sudah tertawan, dia terpaksa memilih di antara keluarga dan cintanya. Walau jalan mana yang dipilih, kesudahannya pasti menuntut satu jiwa sebagai pertaruhan.

Sinopsis macam menarik..dan MV macam pernah baca novel ni(**itulah terlampau banyak sudah novel yang dibaca sampai lupa sudah)

Malam ni Epilog Cinta khirana akan mula ditayangkan di TV3 slot samarinda.
Read More

Pou Kakak AYu..

11:30 AM
Pou Kakak AYu..
Assalammualaikum..

Pou Kakak Ayu
MV anak beranak tengah main game ni..yang paling suka adalah wani...dan dia namakan pou ni "Pou Kakak AYu",,hahaha..pandai dia..terus melenting si kakak bila dengar..

Ayu : "kenapa pula nama dia pou kakak Ayu...nape nda nama ani"

Wani : "Iyalah Ni kan Tab ani..jadi pou ni mana boleh guna nama ani..guna nama kakaklah,,nanti kalau mama kasi ambil game ni di Tab kakak..baru guna nama ani"

Andu bah terlampau pintar ni adik wani...sampai kakak pun mengalah,,Wani ni memang..Galaxy Tab MV dia bilang dia punya....Kakak & abang nda boleh main sebab Kakak sama abang ada tab juga mama beli...punyalah pandai kan...

Memang HaikalAyu ada tab..tapi Tablet Pc Android jer...yang 2++,,,yang guna wifi..jadi Mama dorang ni ada masa mau kasi cari game...mau masuk video belajar pun belum sempat,

Kakak sama abang sabar ok..nanti mama cari pou game ni...**kamu ada pou game tak???
Read More

Kesudahan Bangkitnya Seorang Perempuan

9:33 AM
Kesudahan Bangkitnya Seorang Perempuan
Assalammualaikum...

Akhirnya semalam berakhir sudah Bangkitnya seorang Perempuan...Penuh dengan pengajaran ending cerita ni semalam dan apa yang paling penting adalah happy ending...

Azah meninggal dunia akibat terjatuh ketika menyerang misya.Manakala Suffian pula dipenjara 5 tahun kerana didakwa membunuh tanpa niat...Bagi MV drama ni mengangkat 2 wanita iaitu balqis & Khatijah..di mana ketabahan Khatijah yang terpaksa menerima suaminya yang selalu saja menipu...

Khatijah yang menerima misya menjadi madunya..walaupun hatinya terluka...memang sangat besar watak khatijah bagi MV....begitu juga misya...seorang wanita yang hidup dengan penuh dosa akibat masa silamnya akhirnya insaf dan membesarkan anaknya bersama Khatijah...

Hukum karma..Ya itulah yang terjadi pada Radzi..setelah dia melihat balqis berjaya dalam hidupnya...Radzi semakin gila bayang akan balqis..sehingga terbongkar rahsia yang selama ini membuatkan balqis dihina...Ya akhirnya isteri Radzi tau yang dia merogol balqis dan akhirnya isteri Radzi meninggal dunia ,,manakala radzi pula menjadi tidak waras....

Balqis pula berjaya membuka butik dan membuka butik di kampung untuk wanita kampungnya....MV ingatkan dia pilih luqman..sasapen jer..tapi rupa2nya dia Pilih Azlan..yes happy ending..Kamu Suka kesudahan drama ni???

Kalau kamu tanya MV..MV suka!!
Read More

Mari Mengundi!!

7:00 AM
Mari Mengundi!!
Assalammualaikum..


Tau lagu ni???lagu yang nabil nyanyi dalam iklan daftar pengundi.,,,dan MV kongsikan buat kamu semua...biar naik semangat nak mengundi 05. mei 2013 nanti....

Jom nyanyi sama2...hahaha...ada2 jer MV ni kan...

**sorry sejak akhir2 ni MV tak ke blog kamu..kalau ada pun kena gilir...tak selaju dulu sebab tugas semakin bertambah..harap kalian faham

Read More

Novel-Encik Abangku Romantik-

12:30 AM
Novel-Encik Abangku Romantik-
Assalammualaikum...

Suka cover dia cantik
MV mencari novel siti Rosmizah cinta kau dan aku..tapi malangnya di Sabah ni tiada jadi MV ambil lah 4 novel yang MV berkenan..Mencari novel siti nur dhuha pun tiada jadi ambil novel lain..

Novel pertama yang MV ingin kongsikan ialah Encik Abangku Romantik tulisan elle mardiana....MV tertarik baca sinopsis di belakang novel ini:


Kahwin? Minta maaflah! Widelia mahu jadi lawyer dan mak andam glamor terlebih dahulu. Berapa ramai pun lelaki yang mama mahu kenalkan, dia tetap tidak akan terima. Alasannya not my taste! Tapi… lelaki bernama Haikal tu lain daripada yang lain. Walau Wedia jawab tak suka, dia terus kejar dan paksa gadis itu jatuh cinta padanya. Agresif betul mamat tu! Muka temboklah katakan…

Iqbal juga sukakan Widea. Tapi cuma simpan dalam hati saja. Tak berani konon! Helo, encik abang... Zaman sekarang kalau sudah tangkap cinta kenalah terus kata suka. Nanti melepas… gigit jari, padan muka! Masalahnya sekarang… Widea tetap kata, jangan buang masa. Buatlah apa pun, dia belum nak tukar status! Tapi Haikal, terus push, push, push! Iqbal pula… dalam hati ada taman bengong sorang-sorang.

Widelia… apa sebenarnya yang kau mahu?

Siapa yang pernah baca novel ni??apa komen korang??

Read More

Wednesday, April 10, 2013

Sweet 17th Birthday...

8:00 PM
Sweet 17th Birthday...
Assalammualaikum...
adik MV yang baju hitam
Happy birthday to My adik..Mohd Azwie Yap..Happy sweet 17..Lelaki ada sweet 17 juga kah???ok jak bah kan...

NI adik nombor dua bongsu...Kami panggil dia Titi(**dalam bahasa cina adik),,tahun ni dia SPM...badan dia agak berisi sikit.tapi percayakah kamu ramai peminat dia ni..(**apa yang dorang pandang agaknya),,hehehe
curi dari Fb dia
Dia minta beli slang beg sebagai hadiah...Insyaallah kakak mu ni akan cari untuk kau..tunggu saja....

Selamat hari jadi buat adikku mohd azwie...semoga dimurahkan rezeki..dikurniakan kesihatan yang sempurna dan berjaya dalam peperiksaan SPM 2013..bah belajar rajin2...jangan ingat main game,handphone & awek ok...jangan melawan cakap mama & bapa...dan paling penting jangan kuat merayau..belajar....

Happy Birthday To You...




Read More

Pilihan Raya Umum ke-13 05.Mei.2013

4:05 PM
Pilihan Raya Umum ke-13 05.Mei.2013
Assalammualaikum..

Akhirnya tarikh yang MV nantikan akan tiba jua..05 mei 2013...telah diumumkan tarikh mengundi untuk Pilihanraya Umum yang ke-13(PRU 13)....Ya 05.mei 2013 jatuh pada hari ahad...

Pastinya MV semakin Excited..hehehe...tak sabar rasanya nak pangkah..dan tak sabar nak kena calit dengan dakwat hitam yang kekal sehingga 2 minggu...Nah siapa yang cukup umur tue pegilah mengundi...

macam lagu nabil"mari lah mari pergi mengundi..."hehe..pastinya kempen telah bermula...dan pastinya berkibar bendera di tepi jalan..dengan dacingnya...dengan bulan...roket dan lambang mata 1...

Tapi kalau di Sabah ni pastinya orang akan sebut"ini kalilah"..dan ada juga yang pasang kain rentang"bangunan untuk sabah..."macam-macamlah...meriah juga..tapi kalau boleh berkempen tu jangan sampai memecah belahkan ukhwah kita yang sedia terjalin//

Paling penting sila set tarikh 05 MEI 2013 ni mana-mana..takut2 ada yang lupa...ok 05.mei 2013 tau..jangan lupa..

**saya dah besar jadi kena pergi mengundi(**tiru iklan)
Read More