All About Love

Tuesday, January 17, 2017

GIVEAWAY: JOM BACA BUKU - NOVEL PERCUMA!!!

11:36 AM
GIVEAWAY: JOM BACA BUKU - NOVEL PERCUMA!!!
klik banner untuk join 
Assalammualaikum..


Join..manalah tau kan dapat novel free,,hihi...MV pilih novel Wajah Seiras cinta yang dihadiahkan oleh Sha...

Sedikit sinopsis..

Mengesahkan tentang Jamal, halimatul, Alim tiga kawan yang mengusahakan utama production.. Yang mana Jamal dengan projek "jejak misteri" yang ditolak ideanya oleh halimatul yang lebih mahukn Cerita fakta bukan dongeng..Sehingga lah halimatul mula diganggu Oleh mimpi mengenai watak2 Yg Ada dlam skrip Jamal.. Diganggu Oleh awang (jin kufur) yang menjelma sebagai Jamal hnya Kerana mengganggap halimatul itu puteri seri kenanga.. Novel ni menceritakan mengenai  2 Alam iaitu Alam Bunian Dan Alam kita.. Jamal Alim Dan atul terperangkap di Alam Bunian hnya Kerana wajah seiras cinta.Ketaksuban Jamal mengundang Bahaya ..mengiyakan yang kononnya dia di Untak(watak dalam skripnya) yang mana jg merupakan musuh ketat awang.
Awang ,untak ,matanah, puteri seri  kenanga, Nujum, Dayang utama apalah watak jin yang Berasal Dari pengkalan ipah.. Teruna si Ketua jin Dan dayang utama Adalah 2 jin yang Memeluk islam..Kejadian Jamal, Alim, atul, shidi terperangkap d Alam Bunian sehingga menyebabkan gangguan di dunia nyata.. Apabila Iblis Tidak mahu melepaskan mereka ..gangguan Dari matanah menyebabkan keadaan Pelik berlaku d hospital.. Pengakhiran yang penuh misteri. Jamal hilng ingatan.. Hnya mengingati pengkalan ipa.. Atul ,khadijah, dyg utama masing2 mencintai Alim.Kisah misteri hnya beberapa detik di Waktu menjelang Pagi d hospital meninggalkan pertanyaan  yang misteri.


***MV suka novel sebab lain dari yang lain

Read More

Welcoming January GiveAway.

10:26 AM
Welcoming January GiveAway.
Assalammualaikum,,,,

Mencuba nasib...last day hari ni...

WELCOMING JANUARY GIVEAWAY

Welcoming January GiveAway 07-17 January 2017

JOIN WELCOMING JANUARY GIVEAWAY :

1. Tulis entry dengan tajuk Welcoming January GiveAway
2. Like FB Page : EcaDwinkyAsha Blog
3. Letakkan link entry korang di SINI.



Read More

Penjelasan Bekenaan Dakwaan Tepung Gandum Mengandungi Bahan Peluntur

8:15 AM
Penjelasan Bekenaan Dakwaan Tepung Gandum Mengandungi Bahan Peluntur
Assalammualaikum

Merujuk kepada entry MV yang INI..niat bukan untuk meyebarkan cerita...kan MV ada tulis...sekadar dakwaan....


Terima kasih lah kepada  Anonymous yang tinggalkan komen mengenai 

xbtol https://m.facebook.com/HabHalalJakim/photos/a.744506395708636.1073741846.232206486938632/748443201981622/?type=3 on Tepung kandungan Clorox


PENJELASAN BERKENAAN TULAR (VIRAL) DAKWAAN TEPUNG GANDUM MENGANDUNGI PELUNTUR BERACUN (BENZOYL PEROXIDE)

15 RABIULAKHIR 1438 H
14 JANUARI 2017 M

Dakwaan berkenaan penggunaan peluntur beracun (Benzoyl Peroxide) dan persoalan status halal dalam produk-produk tersebut kembali dikongsi oleh netizen di media sosial ini.

Untuk makluman pengguna, produk-produk tersebut mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan ianya merupakan tular (viral) berulang sejak tahun 2011 yang pernah dijelaskan oleh pihak kami sebelum ini.

Sampel produk tersebut juga pernah dihantar oleh pihak kami ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM) dan didapati tiada kesan DNA babi.

Berkenaan isu peluntur beracun (Benzoyl Peroxide) dalam produk berkenaan pula, penggunaan bahan kimia benzoyl peroxide dalam tepung gandum sebagai kondisioner makanan memang dibenarkan di negara ini tetapi tidak melebihi 50 miligram (mg) / kilogram (kg).

Menurut kajian yang pernah dijalankan oleh Jawatankuasa Pakar mengenai Aditif (JECFA) di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) ke atas benzoyl peroxide mendapati penggunaan bahan kimia tersebut dalam makanan tidak mendatangkan kemudharatan.

Selain itu, benzoyl peroxide bukan karsinogenik atau bahan yang boleh menyebabkan barah. Laporan JECFA menyatakan semasa pemprosesan makanan, hampir keseluruhan benzoyl peroxide akan ditukar kepada asid benzoik dan pengambilan tepung gandum yang dirawat dengan benzoyl peroxide hampir menyerupai pengambilan makanan yang mengandungi asid benzoik iaitu sejenis bahan pengawet yang dibenarkan dalam pelbagai makanan di bawah Peraturan-peraturan Makanan (PPM) 1985 dan ia juga tidak menyebabkan barah.

Laporan JECFA juga menyatakan pengambilan benzoyl peroxide juga boleh menyebabkan jangkitan pada kulit tetapi ia bukan akibat pengambilan melalui makanan sebaliknya melalui kesan rawatan kulit.

Justeru, pengguna tidak perlu khuatir dengan produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia kerana penggunaan benzoyl peroxide tersebut adalah mengikut peraturan dan standard yang telah ditetapkan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jadilah pengguna dan penyebar yang bijak dengan meneliti dan merujuk sesuatu isu terlebih dahulu kepada pihak yang berwibawa sebelum melakukan sebarang sebaran dan perkongsian di media sosial ini.

Untuk mengetahui produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia boleh layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar myJakim.

Bagi sebarang kemusykilan dan penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular (viral) boleh layari laman FB Bahagian Hab Halal, JAKIM di https://m.facebook.com/HabHalalJakim/

Unit Hal Ehwal Korporat,
Bahagian Hab Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

 pr_halal.islam@1govuc.gov.my
 03-8892 5000/1(sumber dari Bahagian Hab Halal,JAKIM)


**semoga membantu sesama kita .....
Read More

Monday, January 16, 2017

[VIDEO] Resipi Kuih Keria Gula Melaka

2:25 PM
[VIDEO] Resipi Kuih Keria Gula Melaka
Assalammualaikum,,,
206d
credit to http://says.com/
[VIDEO] Resipi Kuih Keria Gula Melaka .....viral kuih keria gula melaka yang nak kena beratur.... meh MV kongsikan resepinya :-

Bahan-bahan:
- 500g keledek putih (direbus) 
- ¾ cawan tepung gandum 
- 1 sudu kecil baking powder 
- ½ sudu kecil garam 
- ¼ cawan air 
- 150g gula melaka 
- 1 sudu besar gula 

Cara-cara: 
1. Lenyekkan keledek. 
2. Masukkan tepung, baking powder dan garam. 
3. Gaul hingga menjadi doh. 
4. Bentukkan menjadi kuih keria. 
5. Goreng hingga perang. 
6. Dalam kuali yang lain, panaskan air, gula melaka dan gula. 
7. Gaul hingga pekat, dan masukkan kuih keria. 
8. Teruskan mengacau hingga kering. 
9. Hidang!(sumber SINI)
Read More

Tepung kandungan Clorox

9:40 AM
Tepung kandungan Clorox
Assalammualaikum..


Pendedahan dilakukan sendiri oleh setiausaha PPIM tentang bahayanya tepung yang selalu kita guna.

Soalan: mana boleh tak beli tepung bunga cempaka atau cap lily... tepung ni paling murah kot. macam tu habis la duit modal saya tahun ni nak berniaga bulan puasa naik berganda sebab tepung Faiza mahal sket..

Jawapan: apa yang cik akan akan dapat sebagai pulangan nanti apabila cik menghidangkan barangan masakan cik yang dihidang kan kepada orang ramai menggunakan tepung yang membuatkan penyakit kanser dan barah pada hari tua mereka? 

Kenapa tak rampas je dah tahu bahaya? Banyak Barang Bahaya Tetapi,dijual secara sah,tak ada orang kisah,seperti rokok. Yang Penting Bayar Cukai

Boikot Tepung kandungan Clorox yang membawa kepada penyakit kanser atau barah:
1.Tepung Cap Sauh
2.Tepung Cap Wau
3.Tepung Cap Bunga Cempaka
4.Tepung Cap Lily
5.Tepung Cap Blue Key

Tepung yang selamat digunakan dan tiada bahan peluntur clorox adalah:
1.Tepung Faiza
2.Tepung Cap Bidara

Sebarkan !!
Berubahlah Demi Anak2 Kita !(sumber whatsapp)


Tepung kandungan Clorox..menakutkan betul sekarang ni...bahan makanan pun ada terkandung bahan peluntur...kita tunggu hasil siasatan kementerian kesihatan...buat masa ni....baru sekadar dakwaan...
Image result for tepung cap rama-rama
sumber google
kalau di Sabah ni kami pakai tepung cap rama2...selamat bah kan.....


Read More

Sunday, January 15, 2017

Salma juara epik 3 juara

11:27 PM
Salma juara epik 3 juara

Assalammualaikum

Tahniah Salma pemenang epik 3 juara.. Tahniah juga Kudien Dan Azizul..tahniah buat Ajai...

Hasil didikannya Inilah dia juara kita.. Salma... Memang Salma layak.. Mv suka duet dia dengan Azlan.. Terutamanya Masa dia Mnyanyi Lagu hukum karma.

Tahniah Salma... Orang Sabah support Salma...

Read More

Pentas epik 3 juara

8:33 PM
Pentas epik 3 juara

Assalammualaikum

Malam ini Pentas epik 3 juara menyaksikan 3 juara kategori balada rock Dan irama Malaysia iaitu dalma, Kudien Dan Azizul Akan bersaing SEKALI Lagi malam ini untuk menentukan sapa yang Akan menjadi juara..

3 persembahan iaitu persembahan solo.  Persembahan duet dengan artis undangan iaitu salma dengan Azlan typewriter, Azizul dengan Misha Omar, Kudien Mv lupa pula hihi..

Lepas tu Ada battle trio ANTARA MEREKA.. Kamu Rasa sapa Menang?
Salma?  Kudien? Atau Azizul?

Read More