Layan lagu si Sparta Kook..one man...hilangkan tension sebenarnya...Tension bila ada orang disekeliling kita yang jadi batu api..yang talam dua muka...gunting dalam lipatan... Tension dengan orang yang selalu fikir dia adalah yang terbaek...tak boleh menerima teguran...yang dia tau mencari salah orang lain... Tension dengan orang yang hanya tahu menuduh...tanpa usul periksa..tanpa bersua muka apa ketidakpuasannya...menuding jari kepada orang lain atas kesalahan yang dia sendiri tidak tahu sama ada dia lakukan... Tension dengan orang yang mulut macam longkang..berbicara tanpa memikirkan orang lain...berbicara seolah2 dia yang betul....tanpa memikirkan benda yang diperkatakan... Tension menerima dan menghadapi situasi yang membuat diri kita hilang keceriaan dek kerana seorang insan yang merasakan dirinya adalah segalanya.... Buat orang yang mengwujudkan suasana tension ini...muhasabah diri sendiri dulu...fikir semasak2nya....jangan sewenang2nya menyalahkan!!menyerabutkan!!mengucar-kacirkan hidup orang lain... Tolong cermin diri kamu sendiri....jangan terlalu egois...Arggghhh sesungguhnya kita adalah manusia biasa yang punya kelemahan jangan fikir ANDA seorang yang sangat sempurna!!! **Keyword hari ini tension....sesungguhnya MV xda mood
**lagu ni ost drama Love YOu Mr Arrogant...dan semalam tengok episod kedua..menyampah dengan watak hanez suraya..huhu,,korang suka tak lagu ni..maaf hari ni akan kurang BW sebab pagi tadi MV ada mesyuarat..petang ni pun ada satu lagi mesyuarat..Jom isi tabung HAW..tq
Cinta Jannah last hari ni..MV & family mmg dok berkumpul tengok ceta ni..jangan tak tau yea my Hubby pun peminat setia drama ni...katanya sweet..hohoho..dalam hati ada taman juga cik abg MV ni.. MV pula tertarik dengan watak izaryl...mengidamkan baby boy katakan..hahaha tapi kalau yg keluar baby girl pun MV terima seadanya...Tertarik dengan jalan cerita drama ni yang menampilkan watak kakak yang jahat & membenci adiknya sendiri..watak Balqis(Reen Rahim) dan ayah yang memilih kasih ...huhu Semalam ceritanya izaryl dah ceraikan damia..tapi bila tengok sedutan episod akan datang confius juga sebab depa still bersama lagi...kesian kat jannah...huhu...paling sedih bila Izaryl cakap"ini mungkin sudah takdirnya sebab dia gunakan cara yang sama untuk berkahwin dengan jannah iaitu dengan menipu yang dia sudah menodai jannah",,, Tak sabar nak tgu episod malam ni...dengar khabar endingnya sedih..alah tak mau lah sedih2...nak yang happy ending macam teduhan kasih....huhu....dek kerana drama cinta jannah ni..MV tersuka dengan lagu misha omar angin syurga yang jadi OST cinta jannah..
Jom layan lagu angin syurga dr misha omar buat kamu semua yang meminati drama cinta jannah..
Layan lagu sarang surowo...ini penangan Sparta Kook dalam running man...hehehe...MV ni sejak preggy ni layan running man..tapi tengok yang lama punya kat TV2 setiap sabtu 4.30 petang..
Nak tau MV tak suka sangat Sparta ni dalam running man...hehe..MV suka tengok gary & Ji Hyo(**Running man lama lah katakan yang baru takk tengok lagi ni)..
Boleh ker berangan nak baby mcm jong kook ni..mata sepet..hahaha...dan antara sebab kenapa tiba2 entry KPop ni adalah disebabkan komen di entry INI
Mcm dagu Kim Joong Kook. Hihihi. Perut tak nampak sgt, so tak boleh nak geram ;D
Pergh perasan jap disamakan dengan dagu Kim Jong Kook..hahaha,....layan jer mak buyung ni yea kawan2..
Vs
Sumber En.Google
haha..sandi ni MV kan..boleh2 Versus dengan artis korea hari tue Vs dengan christiano ronaldo..ni skg dengan artis korea..kamu layan jak lah...hehehe...
Sedang layan lagu ni sambil buat sebutharga pembelian buku..sebenarnya pening menyerang ni...rasa mual dari tadi pagi..huhu....rasanya mcm nak lelapkan mata kejap tapi!!
rasanya tak akan dapat kot...MV sedar diri sikit kamu sedang berada di Pejabat sayang oi...bukan dirumah...berat dah tengkok MV ni...ada sesiapa yang boleh bantu...huhu....i need somebody to help me....
Suka lagu ni masa tengok cerita demi dia...Tengok ceta tue sebab Kakak AYu cakap dia suka si Zack(Joey)...comel katanya,,hahaha....kakak2x... Maknya pula suka tengok elfira loy....hehehe..
Bila Aku kaya Hari hari Hari Raya.... Aku bungkuskan semua Hadiahkan pada Mama MV suka lagu ni...dengar bila haikal nyanyi tadi pagi...sebab kawan MV pasang lagu ni...lagu Altimet Feat Awi Rafael....sangat2 suka....dengar lagu ni sambil katalog buku....misi mengkatalog buku bermula... Chayok2 MV..
Lagu Aku Yang dulu dari budak yang namanya Tegar..Budak dari seberang negara jiran kita iaitu Indonesia...My HaikalAyuwani sangat suka lagu ni.... AKu yang dulu bukannya yang sekarang Dulu ditendang skg ku di sayang dulu dulu dulu ku menderita sekarang aku bahagia.... Itu antara liriknya...kalau hayati betul2 boleh menitis air mata...bagi anak2 dengar pasti dorang suka..Mv tau lagu ni dari kakak MV
Ingat lagi dengan lagu nasyid Raihan????MV membesar dengan lagu2 Raihan...Iman Mutiara...dan lagu yang ni iaitu Puji-pujian paling MV hafal sampai sekarang...dan semalam MV dodoikan wani dengan lagu ni.... Wani suka dengar MV nyanyi lagu Raihan ni...siap suruh MV nyanyi bukan sekali tapi berkali-kali..apa2 jelah wani yang penting wani suka lagu yang mama nyanyi.... Dan MV tujukan lagu ni buat semua kawan2 blogger..salam jumaat