All About Love

Tuesday, March 7, 2023

Kedudukan Liga Super 2023

10:56 AM
Kedudukan Liga Super 2023

 Assalammualaikum 



Setelah 3 perlawanan tangga teratas liga sekrang adalah JDT ,,kemenangan besar 7-0 ke atas Negeri Sembilan malam semalam membezakan kedudukan mereka dengan Sabah yang juga berkongsi mata yang sama

JDT mempunya kelebihan mendahului liga kerana berkelebihan 12 gol tanpa bolos,,Manakala Sabah pula dengan jaringan 9 gol tapi bolos 2 gol..so perbezaan gol tu yg membuat sabah di tangga kedua,,

Game semalam kesian juga tengok Negeri sembilan kena belasah 7-0..tapi satu pujian buat keeper mereka dan penyokong ,,,keeper bersungguh-sungguh jaga supaya tak bolos banyak gol ,,,dan penyokong mereka setia tunggu sampai habis game

penat yang amat,,Layak dapat MOTM








Read More

Tuesday, October 11, 2022

Perbarisan Sempena Hari Jadi Rasmi TYT Sabah Ke-69

11:40 AM
Perbarisan Sempena Hari Jadi Rasmi TYT Sabah Ke-69

 Assalammualaikum


Lamanya  tak update apa-apa dalam blog ni,,,kekangan masa dan kerja membuatkan blog ni semakin bersawang.

Hari ini merajinkan udpate sedikit tentang Perbarisan Sempena Hari Jadi Rasmi TYT Sabah Ke-69 pada 1.10.2022 baru-baru ni.Setelah dua tahun tiada sambutan disebabkan pandemik Covid-19..alhamdulillah berkesempatan juga lagi join 


Macam biasa pejabat MV terlibat dengan perbarisan dan bertanding dalam kategori Jabatan kerja tidak beruniform...tapi tiada rezeki kami untuk tahun ni.Almaklumlah semua bukan ada basic kawad kaki hihi..



sebelum ni baru juga habis kawad sempena merdeka..orang bilang baru muka mau bagus dari surnburn last2 terbakar balik..takpalah itu semua pengorbanan,,,nanti kita kasi cerah balik saja kan ...yang penting ambil pengalaman dan jadikan kenangan ,,,




manalah tau lepas ni kena pindah ...mesti rindu program2 macam ni ...seronok sebenarnya sebab masa ni lah kita punya komitmen dan displin boleh dilihat,,,insyaallah sekiranya masih umur panjang dan masih berkhidmat di pejabat ini ...MV akan tetap join perbarisan ni 












Read More

Tuesday, June 7, 2022

Menu Simple Untuk Mini Open House Raya

3:49 PM
Menu Simple Untuk Mini Open House Raya

 


Assalammualaikum...

Lama tidak update blog ni..memang tahap bersawang betul sudah ni.Raya baru jer berlabuh tirainya.Alhamdulillah dapat beraya bersama keluarga dan sahabat setelah dua tahun kita tak beraya semeriah tahun ini.

acar

Walaupun tahun raya terkejut hihi..tapi masih tahap meriah. Harini MV nak share menu simple untuk Mini Open House MV semasa raya .Ini menu semasa keluarga MV dari Beaufort datang untuk beraya.

Nasi briani(**pes tak jumpa so Mv buat Pes sendiri)

MV masak nasi briani,kari kambing,ayam masak sos,hati lembu masak merah dan soto daging .Semua menu ikut resepi campak-campak versi MV hahaha...Untuk nasi puas cari pes nasi briani tapi tak jumpa so MV buat pes sendiri guna bahan yang ada dalam rumah..

Nasi MV masak kat dapur gas jer guna periuk deseni..kiranya memang betul-betul resepi ikut suka kau lah ni hahaha

Ayam masak sos

ayam MV goreng kat air fryer dulu lepas tu baru uang kuah sos...lepas tu masak sikit hati lembu masak merah...rupa sama jer kan dua2 ni hahahaha

hati lembu masak merah 

soto daging

utk soto MV masak guna desseni pressure cooker...senang cepat jer daging lembut...untuk kari kambing pun MV guna PC desseni juga bila dah lembut MV sambung masak kat dapur gas,,

nasi briani ,acar dan kari kambing 











Read More

Saturday, October 16, 2021

Hasil kerja Pendidikan Seni Visal Tahun 5

8:00 AM
Hasil kerja Pendidikan Seni Visal Tahun 5

 

antara hasil kerja 
Assalammualaikum 

Semenjak PDPR ni...betul-betul macam jadi cikgu sambil belajar bersama anak.Hari ini MV mau kongsikan antara hasil kerja pendidikan seni visual anak MV yang tahun 5 . Zaman kita dulu masa tahun 5 melukis saja kan.



jaket buku
budak sekarang pergh mencabar betul tugasan seni dorang ni...kenalah sebagai ibu membantu apa yang patut...kalau lagi macam MV yang memang tak berseni..hasil kerjanya kadang lucu saja tengok

sayangi habitat kita


roket angkasa
kena kreatif sajalah sebab kadang-kadang bahan ada yang tiada dalam rumah..jadi pandailah ganti apa yang boleh diguna pakai...siapa minat seni?MV  minat tapi xda bakat haha

pasu mini


Read More

Friday, October 15, 2021

Projek PBL Sains Tahun 5-Model buruj

9:53 AM
Projek PBL Sains Tahun 5-Model buruj

 

Buruj Biduk

Assalammualaikum...

Hari ini Mv mau bercerita tentang projek PBL sains Tahun 5 iaitu model buruj.Bahan yang digunakan adalah batang lidi dan tanah liat serta capaian internet untuk mencari info berkenaan model buruj.


Buruj belantik


kami gunakan saja bahan yang ada dirumah .Kalau nak lebih mudah kena guna lidi yang kecil dan halus sikit dari yang kami guna ni.Mv dan wani buat 3 model buruj saja iaitu buruj biduk,pari dan belantik.

Mahu buat lagi yang lain tapi ini saja mampu hihi...ada tak anak ,anak saudara atau adik kamu yang buat projek yang sama???

buruj pari 






Read More

Wednesday, October 13, 2021

Lengkap 2 dos vaksin

10:44 AM
Lengkap 2 dos vaksin

 


Assalamualaikum 

Lama tidak mengupdate blog.Kekangan masa bekerja dan pdpr anak-anak sampai tidak sempat mahu update apa-apa di blog.Alhamdulillah har ini mahu berkongsi cerita my Kembar Tahun Haikalayu yang sudah lengkap dua dos vaksin..



Di Sabah awal diumumkan untuk budak umur 18 hingga 12 tahun ambil vaksin...16.9.2021 haritu terus bawa dorang ni ambil dos pertama...masing-masing excited ..al maklumlah lama sudah terkurung d rumah ...


7.10.2021 haritu mereka berdua sd lengkap dua dos...tapi kena tetap duduk dirumah saebab tempoh 14 hari dri tarikh tue imun badan akan lemah...tapi lengkap dua dos pun..budak2 ni tetap duduk di rumah ...kalau ada penting baru lah keluar...


Semoga keadaan negara kita pulih kembali .Amin


Read More

Friday, December 11, 2020

Suara

9:38 AM
Suara

 Assalamualaikum


Suara itu menyapa aku

merayu dan mendayu2

Terkadang merintih sayu

Hingga meruntuhkan tembok KESABARANKU

Sesekali ia tertawa

Terhibur hatiku yang lara

Sentiasa ada menemani aku

Saat aku perlu seseorang disisiku

Ia sentiasa ada disitu

Suara itu sangat membantuku

Mengharungi hidup yang penuh liku

Suara yang sangat perlu

Ku harap kau akan tetap disitu

Dan tak pernah jemu bersamaku

Tetaplah terus bersamaku 

Menempuh apa saja yang berlaku

Suaramu dan cintamu

Semoga terus bersatu 

Menjadi kekuatan dalam hidupku


-Mv-




Read More