All About Love

Saturday, October 31, 2020

Urticaria atau Gegata

2:51 PM
Urticaria atau Gegata

 Assalammualaikum


serah diri ke Hospital 
Assalammualaikum 

macam ni lah yang MV kena

INFO: Apa itu urticaria?

  • Masalah kulit yang sangat lazim.
  • Turut dikenali sebagai kelopak garam.
  • Bahasa perubatannya yang lain adalah 'wheals' dan 'hives'.
  • Dianggarkan 10-20 peratus penduduk negara ini pernah menghadapi penyakit ini pada satu-satu masa.
  • Boleh terjadi kepada semua, tidak kira umur, jantina atau bangsa.

Ciri ruam ini:

  • Bengkak pada kulit dengan saiz yang berbeza.

CIRI LAIN:

  • Naik dalam beberapa minit sebaik saja terkena pencetusnya.
  • Ia pula surut dengan sendirinya (tanpa sebarang parut) selepas beberapa jam saja (tidak lebih dari 24 jam).(sumber SINI)


Inilah yang MV sedang alami sekarang ,sudah masuk hari ketiga seksaanya ya ampun.Terutamanya waktu malam..Hari khamis malam sudah ke Hospital Queen Elizebeth II ..bengkak sudah surut cuma gatal memang tak boleh tahan...

Malam memang paling menyeksakan..Ada yang cakap kena gegata ini ada yang sekejap ...sebab dulu MV pun pernah kena tapi tak lama.Kali ni punya dah tiga hari huhu...


Read More

Popiah Ayam dan Dimsum

2:38 PM
Popiah Ayam dan Dimsum

 


Assalammualaikum...

Hari mood rajin datang,jadi terhasillah stok dimsum dan popiah ayam.Oh ya semenjak PKPB  memang MV selalu buat popiah kemudian frozenkan..nak makan baru goreng.Dimsum pula saja-saja lah belajar buat .

anak -anak suka makan jadi mama kena belajar..Bolehlah lepas untuk dimakan anak-anak ..kalau untuk jual tak kot sebab tak lawa hahaha


Dah jadi mak orang ni dari tak pandai masak macam-macam dah boleh masak.Asalkan rajin kan ..tak tau resepi boleh google kan..korang pun sama macam MV ker?

Read More

Monday, October 26, 2020

Pertandingan Bicara Buku 2020

1:35 PM
Pertandingan Bicara Buku 2020


Assalammualaikum...

Ini adalah video syamimi mengikuti pertandingan Bicara Buku 20 anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia- Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan .Cikgu dia suruh ikut pertandingan ini.MV pun setuju untuk pengalaman buat Syamimi.

Kalau tidak menang pun tidak apa janji dia berani mencuba ,

 

Read More

Thursday, October 22, 2020

Belajar Nombor 1 Hingga 10 dalam bahasa Arab

9:13 AM
Belajar Nombor 1 Hingga 10 dalam bahasa Arab



Assalammualaikum

Belajar nombor 1 hingga 10 dalam bahasa Arab.Ini tugasan bahasa Arab syamimi untuk sekolah agama pada hari selasa.Syamimi kena menulis nombor 1 hingga 10 dalam buku tulis kemudian membuat hafalan untuk nombor 1 hingga 10.

Alhamdulillah syamimi dapat hafal walaupun pada awalnya agak sukar  untuk hafal kesemua 10 nombor...mahu hafal yg 1 hingga 5 senang saja..sekali cabarannya bila 6 hingga 10 ..tapi she can do it ....




 

Read More

Tuesday, October 20, 2020

Cabaran Ibubapa menjadi guru semasa PKPB

8:56 AM
Cabaran Ibubapa menjadi guru semasa PKPB

 Assalammualaikum...

Masih lagi PKPB(PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT) di Sabah sehingga 26 Oktober 2020 .pembelajaran secara online anak-anak adalah cabaran kepada ibubapa .Kenapa?pertama mengujui kesabaran.

Part ni MV sangat tabik pada insan yang bernama GURU sebab mereka boleh mengajar berpuluh-puluh murid dalam satu kelas sedangkan kita yang menjadi guru semasa PKPB ini mahu ajar anak seorang pun boleh bergaduh,,hahaha

Macam MV ada empat orang anak yang perlu dipantau .Tahun 1 dan 4,tingkatan 1 dua orang.Paling mencabar bagi MV bila kena ajar matematik tingkatan 1 . Silibus sekarang dah tak sama macam kita dulu ,,,sekrang tingkatan 1 dah belajar persamaan linear dan ungkapan algebra.Memang menguji minda kita juga lah ,...dalam masa yg sama kita dapat guna ilmu yang kita belajar dulu..tengok masih ingat ker tak haha

Kalau untuk yang sekolah rendah tak susah sangat sebab silibus tahun 1 dan 4 ni lebih kurang jer. Cuma kalau kelas syamimi lebih pada video dan kreativiti..itu belum campur kelas sekolah agama syamimi dan wani.

Sebab itu MV kalau homework harini kena settle harini sebab kalau bertangguh akan jadi banyak..kebetulan BDR jadi boleh pantau anak-anak..tapi kalau kena time kerja lepas balik kerja terus settlekan homework anak.

Korang pula macam mana cerita PKPB anda?

Read More

Tuesday, October 13, 2020

Buku Skrap Bahasa Melayu (Penjodoh Bilangan ) Tahun 1

9:04 AM
Buku Skrap Bahasa Melayu (Penjodoh Bilangan ) Tahun 1

 Assalammualaikum



Satu Sabah PKPB..Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat sehingga 26 oktober 2020 .Jadi kita work from home sambil pantau anak punya sesi pembelajaran online..Ini cerita minggu lepas .Subjek bahasa melayu tahun 1...

advanced budak sekarang tahun 1 sudah start buat buku skrap.Tajuk buku skrap syamimi PENJODOH BILANGAN.Kami buat ikut kreativiti dan bahan-bahan yang ada dalam rumah sahaja..

Penjodoh bilangan yang syamimi pilih 

HELAI 
KEPING 
BUAH 
BIJI
EKOR
 BILAH 

Semua gambar kami cari dari buku lama masa syamimi sekolah tadika..Alhamdulillah selesai satu tugasan 


Read More

Menara KLCC Bentuk 3D

8:44 AM
Menara KLCC Bentuk 3D

 Assalammualaikum






Assalammualaikum

Menara KLCC dibuat menggunakan bentuk-bentuk 3d seperti kubus,kuboid,kon,dan silinder untuk projek matematik syamimi...semuanya hanya menggunakan kertas A4 sahaja yang dijadikan bentuk-bentuk 3d tersebut


kemudian digabungkan menjadi menara KLCC..walaupun tidak segah mana tapi boleh lah kan...selesai satu projek matematik sempena pembelajaran online...



Read More