All About Love

Monday, June 24, 2019

Raya kan Sebulan

10:42 AM
Raya kan Sebulan
Assalammualaikum...

Image may contain: food
semperit susu dan biskut ulat bulu 
Alhamdulillah...raya kan sebulan so ada yang nak menempah lagi MV ambik jak lah untuk tambah pendapatan.Semalam sempat siapkan 2 jenis biskut untuk tempahan...Ada popiah cheese lagi yang mau di buat...

kita buat malam ni lah..ambil mood dulu hihi..Doakan Mv dimurahkan rezeki ya kawan-kawan..Oh ya kalau popiah cheese memang tempahan sentiasa dibuka ..kalau ada yang mau order biskut pun boleh.

Read More

Thursday, June 20, 2019

Kasut Bijak warna Hitam

3:58 PM
Kasut Bijak warna Hitam
Assalammualaikum 

Image may contain: shoes and outdoor
warna hitam sudah kasut bijak 
Kerajaan Negeri Sabah ada bantuan buku tulis,pensil, pakaian seragam sekolah dan kasut sekolah untuk anak-anak yang sekolah rendah.dengan brand BIJAK...Selari dengan perubahan warna kasut sekolah..kasut yang kerajaan bagi untuk tahun ni berwarna hitam...

Kira oklah jimat duit beli kasut..kualiti kasut bijak ni boleh tahan juga lasaknya...tapi ini hanya untuk sekolah di sabah ..kalau sekolah tempat lain MV tak tau pula..anak-anak mv memang pakai jer bantuan baju dan kasut ...

Cumanya semenjak semua berjawatan ni ..kena pakai baju lain ...baju yang dibagi tak digunakan...kalau guna pun untuk kegunaan sekolah agama
Read More

Monday, June 17, 2019

Membiskut lagi

3:39 PM
Membiskut lagi
Image may contain: food

Assalammualaikum...

Hari ni merupakan 13 syawal ..semalam sempat buah dua biskut iaitu tart nenas dan biskut ulat bulu...yang tart nenas tu memang ada tepung lagi itu yang buat,,maklumlah febret anak-anak dan suami

Image may contain: food

yang biskut ulat bulu ada yang order 100 biji..sambil-sambil tue menambah lah biskut untuk di rumah...hujung minggu ni nak siapkan tempahan orang lagi 50 biji biskut ulat bulu,50 biji biskut semperit susu....

hari ni misi mengulung popia pula untuk order popia chese 1.5kg  yang akan diambil pada rabu dan minggu depan semas gaji 
Read More

Thursday, June 13, 2019

Selamat Bersara Datuk Lee Chong Wei

3:35 PM
Selamat Bersara Datuk Lee Chong Wei
Assalammualaikum...

sumber google
13.06.2019 tepat jam 12.30 tengahari tadi Datuk Lee Chong Wei telah mengumumkan yang beliau akan bersara dari dunia sukan badminton.Setelah 19 tahun berjuang untuk negara .

Salute sangat dengan Datuk ,,Dia seorang yang sangat kuat semangat akan merindui saat menyaksikan perlawanannya di kaca TV...semoga bakal ada yang menyambung kegemilangan dan kecemerlangan Datuk Lee Chong wei dalam dunia sukan Badminton.


Tipu lah kalau cakap nda sedih ...sedihlah sebab membesar dengan menyaksikan jatuh bangunnya seorang yang bernama Lee Chong Wei...Merasa kehilangan semestinya bukan hanya MV merasainya...seluruh rakyat malaysia akan kehilangan seorang jaguh sukan badminton....


Terima kasih Datuk atas apa yang telah Datuk berikan buat negara dan penyokong.Semoga Datuk terus sukses dalam kehidupan dan berbahagia bersama keluarga
Read More

Wednesday, June 12, 2019

Kuih raya 2019

7:30 AM
Kuih raya 2019
Assalammualaikum...

Image may contain: food
iini antara kuih yang mv buat dan ada yang dibeli orang
biskut terakhir yang MV buat..biskut arab 
Image may contain: food
tart nenas dan semperit susu
cornflakes madu untuk 3 buah rumah 
Image may contain: food
yang ini pula orderan orang ..popia chese dan semperit susu
yang ni pun orderan orang juga
Image may contain: indoor and food
ini biskut ulat bulu..antara yang paling banyak orang order..MV tahun ni ambil banyak tempahan sebabnya mau tambah pendapatan..


**oh ya MV buat biskut untuk 3 rumah..rumah mertua,rumah mak dan untuk rumah sendiri....untuk raya pertama biskut MV bawa dah habis licin ,,,hahaha..sebab kauntiti tak banyak...ada buat popia mini juga tapi tak tersnap di sini ...

sudah terbiasa buat biskut sendiri ...jadi mmg selalu buat..cumanya baru tahun ni Mv open order biskut ulat bulu,popia chese dan semperit susu....insyaallah ada rezeki tahun depan buka order lagi...tapi kalau raya haji nnt ada yang mau order ...wasap saja...
Read More

Tuesday, June 11, 2019

Selamat hari raya 2019

3:40 PM
Selamat hari raya 2019
Assalammualaikum

Alhamdulillah hari ini merupakan syawal ke 8 ,MV pula sudah kebali bekerja.Blog pun lama menyepi sepanjang puasa agak sibuk menyiapkan tempahan biskut raya.Tak banyak mana tapi boleh lah dapat membantu persediaan raya..

Tahun ini berkesempatan balik kampung suami dan kampung mv walaupun tempohnya hanya sekejap...raya pertama di kampung suami raya kedua kami balik kk singgah rumah ambil baju untuk ke kampung Mv iaitu beaufort..
Image may contain: 6 people, including Safi Suzyaney Shafie, people smiling, outdoor
raya kedua,,kuning,hitam,pink(ini masa di kundasang acara wajib tiap tahun bergambar disini)
almaklumlah anak ramai ni...jadi jalan paling senang cuma bawa baju yang mau di pakai di kampung suami...yang mau pakai di kampung MV tinggalkan dulu...singgah rumah tinggalkan kuarkan barang dari ranau..masukkan yang untuk beaufort punya....

Image may contain: 6 people, including Safi Suzyaney Shafie, people smiling, people standing
raya ketiga ..beaufort tema warna Oren
Raya ketiga di beaufort agak busy sedikit sebab adik lelaki MV yang nombor dua bungso berkahwin,Nikahnya jam 10 pagi,,,sandingnya malam di rumah pengantin perempuan .kiranya tahun ni banyak baju sedondonlah....

Image may contain: 19 people, including Mohd Azwie Yap, Hani Rahman, Rupinah Jinal and Safi Suzyaney Shafie, people smiling, people standing
majlis kawin adik ..tema pink peach
untuk majlis kawin adik tue pink peach....untuk raya pertama biru hijau,raya kedua kuning,pink ,hitam dan pagi raya ketiga tema oren...pagi sebelum majlis nikah ada sesi photoshot..si  pengantin ada ambik jurugambar...
Image may contain: 6 people, including Safi Suzyaney Shafie, people smiling, people sitting
raya pertama di lohan ..tema biru + hijau..
jadi kesempatan diambil untuk bergambar family.buat kenangan.Tak terlambat rasanya MV ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin buat semua pembaca blog mv(adakah??hihi) dan semua kawan-kawan blogger
.
Read More

Wednesday, May 22, 2019

Review Novel: With All My Heart-Adeeba Eryna

10:25 AM
Review Novel: With All My Heart-Adeeba Eryna
With All My Heart With All My Heart by Adeeba Eryna
My rating: 5 of 5 stars

Syafira Arrisa menjadi anak angkat keluarga Adam Hariz.Namun satu peristiwa membuatkan dia membawa diri ke Korea.Apabila dia kembali lamaran daripada Adam membuatkan dia serba salah namun diterima jua kerana Adam adalah lelaki yang dia cintai.

Kebahagiaan nyata buka seperti yang diharapkan ,,seminggu sebelum majlis perkahwinan mereka Adam memilih bernikah dengan Azura,ketika itu semua yang Syafira impikan hancur musnah. Tekad Adam yang masih mahu melangsungkan perkahwinan membawa duka buat syafira

dia dibenci ibu angkat merangkap ibu mertua,dia terpaksa berdepan dengan madu yang ingin menyingkirkannya,ditambah lagi cemburu adam terhadap lelaki yang berada di sekelilingnya.

ketika dia sudah mula menerima takdir perkahwinannya,dia dihalau oleh Adam...hanya kerana salah faham.Dia membawa diri bersama benih cinta yang baru menjadi,,,bagaimana Adam terpaksa memujuk dan mencari...

best novel ni...korang patut baca

View all my reviews
Read More