All About Love

Wednesday, February 27, 2019

Korean Drama -Strong Women Do Bong Soon-

8:31 AM
Korean Drama -Strong Women Do Bong Soon-
Assalammualaikum...
sumber google
Drama korea Strong Women Do Bong Soon ini mengangkat cerita seorang wanita bernama DO Bong Soon yang mempunyai kuasa luar biasa yang diwarisi secara turun menurun .Kuasa itu hanya akan diwarisi anak perempuan.

Namun kuasa akan hilang bila digunakan pada orang yang salah..kerana kuasa luar biasa yang di milikinya ,Ahn min hyuk mengupah dia sebagai bodyguardnya sebab dia menerima ugutan bunuh dari orang yang tidak dikenali.

Strong Woman Do Bong-Soon-p2.jpg
sumber google
Dalam pada masa yang sama sebenarnya , min hyuk jatuh cinta pada bong soon namun bong soon ketika itu mencintai kawan baiknya iaitu Gook Doo seorang anggota polis,Cinta itu pada mulanya hanya sebelah pihak.Namun Ahn min hyuk menyedari yang cinta itu bukan sebelah pihak.

sumber google
tetapi dia berjaya memikat hati bong soon...dalam drama ini adegan romantik dia sweet sangat dan lucu dengan gaya min hyuk yang macho tapi kebudakan....dalam drama ni juga mengisarkan seorang penjenayah yang menculik wanita untuk dijadikan isteri ....

Bong soon berjaya menumpaskan jenayah tersebut namun mangsa seterusnya adalah bong soon ditambah lagi penjenayah mula tahu kelemahan dia.Dan ketika kuasanya hilang...Bong soon dan Min hyuk diuji dengan satu kejadian yang mana mengeratkan lagi hubungan mereka...

kamu tengok drama ni...tak banyak episod ..16 jak..tapi serius boleh hilang stress,,haha
Read More

Monday, February 25, 2019

Aktiviti Hujung Minggu

11:31 AM
Aktiviti Hujung Minggu

Assalammualaikum...


Image may contain: food
betik yang sudah siap dijeruk
Aktiviti Mv hari ahad kelmarin...menjeruk buah betik ..dalam 16 biji buah betik .Siapa cakap buat jeruk tu senang.Proses buka kulit ,potong buah biji...lepas tue menghiris...pergh ambil masa 3 jam juga tau ..sakit pinggang sakit tangan hahaha
siap dimasukkan ke dalam kontena
dan akhirnya siap itulah hasilnya..ada yang order mau rm 30 ...so kebetulan dorang mama bawa banyak teruslah buat ....alang-alang...RM5 sekontena...berbaloi lah dengan penat MV..so jangan pertikai kenapa mahal...itu kira murah sudah rm5 ..ada asamboi lagi...
Image may contain: food
ayam butter banjir tak cukup bahan
siap saja menjeruk...misi menunaikan permintaan anak yang mau ayam butter banjir tapi tak mau daun kari....walaupun mama ni nda teror masak ...mama buat juga..hihi tapi setelah banyak kali masak menu ni..nda perlu sudah mengoogle hahaha...

Image may contain: food
popiah ayam untuk difrozenkan 
kemudian diteruskan dengan mengulung popiah untuk sarapan.Popiah ayam...lama sudah mau buat.tapi button rajin tue nda on.sekali on pula kemarin jadi bersarapan popiah dan berbekal popiah lah anak mv ke sekolah...


sekian entry mv..hahaha melalut betul hari ni..bye
Read More

Friday, February 22, 2019

School 2017 Korean Drama

9:45 AM
School 2017 Korean Drama
Assalammualaikum..

School 2017-p2.jpg
sumber google
Korean drama School 2017 mengisahkan pelajar yang dilayan mengikut gred dan membuat pelajar yang dikenali X mula membuat beberapa perkara yang menyusahkan pihak sekolah namun memberi manfaat kepada pelajar.

Drama ni best walaupun berkisarkan sekolah tetapi menyentuh tentang konflik yang dialami oleh setiap pelajar yang datang dari pelbagai latar belakang dan berbeza taraf kehidupan.

Mengisahkan Eun Ho yang sangat suka melukis kartun sehingga di berjaya membuat webtoon,diikuti Tae woon anak kepada pemilik sekolah yang mengalami konflik selepas kematian kawan baiknya ditambah pula kongkongan dari ayahnya..

Dae whee pelajar pintar yang berusaha untuk memastikan dia berjaya masuk ke universiti dengan bantuan biasiswa kerana bukan keluarga orang kaya.Penindasan berlaku kepada pelajar sekolah yang lebih mementingkan anak orang berada...

Trylah tengok...best...MV ni umur 34 sudah tapi layan cerita budak remaja..hahaha..jangan kecam...sebab mv mcm perasan yg mv masih budak 18 tahun ,,haha ok bai...

MV tengok secara online di view asian dan app vui
Read More

Thursday, February 21, 2019

Aiskrim UniCornetto

2:25 PM
Aiskrim UniCornetto
Image may contain: one or more people
akhirnya dapat juga merasa 
Assalammualaikum

viral pasal aiskrim ni bila ada satu budak perempuan di kutuk katanya pasal aiskrim pun nak batak...mv nda faham batak tu apa..tapi mentang-metanglah size badan budak tu comel..suka sukamu jak kutuk-kutuk dia...

bila tengok aiskrim MV faham perasaan budak perempuan tu...bayangkan MV yang mama budak ni pun excited tengok aiskrim yang warna warni ni...MV siap beli 4 haha...sebab terjumpa pun di stesen minyak Patron haha...

memang sedaplah aiskrim ni..paling bahagia adalah syamimi..sebab dia cakap aiskrim my little pony comel mcm watak dalam my little pony...hihi... 
Read More

Jollibee merancang untuk membuka lebih 100 buah cawangan di Malaysia

7:57 AM
Jollibee merancang untuk membuka lebih 100 buah cawangan di Malaysia
Kota Kinabalu, Malaysia, 20 Februari 2019 – Bagi memenuhi permintaan para peminat di Malaysia, Jollibee Foods Corporation (JFC) – syarikat pengendali restoran Asia yang terbesar dan paling cepat* berkembang di dunia – mengumumkan bahawa mereka akan membuka lebih 100 cawangan Jollibee yang baharu di Malaysia dalam tempoh 10 tahun yang akan datang.
 Image may contain: 7 people, including Jun Zie, Mia Kassim and Safi Suzyaney Shafie, people smiling, people standing
Sebelum melalui perkembangan yang pesat, JFC hanya bermula dengan dua buah kedai aiskrim di Filipina dan kini telah berkembang kepada 14 jenama di 21 buah negara dengan lebih 4,500 buah cawangan di seluruh dunia. Lebih 1,300 buah cawangan tersebut adalah restoran Jollibee.

Jollibee telah menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada para pelanggan apabila cawangan yang pertama dibuka di Centre Point Sabah, Kota Kinabalu pada Disember tahun lepas. Pada hari pembukaan itu, para pelanggan sanggup beratur panjang dan menunggu berjam-jam semata-mata mahu menikmati Chickenjoy daripada Jollibee, yang hidangan ayam yang enak ini telah mendapat sambutan di peringkat antarabangsa termasuk mendiang chef selebriti yang terkenal, Anthony Bourdain. Barisan yang panjang ini sebenarnya telah berterusan selama seminggu selepas pelancaran.

Encik Tony Tan Caktiong, Pengerusi dan Pengasas JFC, semasa pembukaan rasmi hari ini berkata: “Kami sangat gembira dengan sambutan yang diterima daripada para pelanggan sempena pembukaan cawangan pertama kami di Malaysia. Perkembangan ini memberi semangat kepada kami untuk memperkenalkan menu yang enak dan perkhidmatan kami yang mesra kepada lebih ramai warga Malaysia”.
 Image may contain: 3 people, people smiling, people sitting and hat
Jollibee telah berjaya menakluki pelbagai pasaran dan juga selera. Ini dapat dilihat daripada sambutan yang diterima oleh jenama ini di banyak negara. Di negara asal iaitu Filipina, jenama ini adalah lebih besar daripada gabungan dua pesaingnya yang terdekat. Restoran makanan segera yang paling cepat berkembang ini sudah pun memiliki 100 buah cawangan di Vietnam. Jollibee juga merupakan restoran makanan segera nombor satu di Brunei. Di Hong Kong dan Singapura, separuh daripada pelanggan adalah terdiri daripada warga tempatan.
Image may contain: 1 person
Dennis Flores, Presiden dan Ketua Perniagaan Antarabangsa JF

“Rancangan pengembangan perniagaan kami bukan sahaja akan mengukuhkan lagi kedudukan Jollibee, malah akan turut menyumbang kepada ekonomi dan peluang pekerjaan tempatan. Buat masa ini kami ada seramai 45 orang kakitangan di cawangan Centre Point Sabah. Kami menjangkakan akan mengambil secara purata 30 orang kakitangan tempatan bagi setiap cawangan Jollibee yang baharu, bergantung pada saiz restoran,” tambah Dennis Flores, Presiden dan Ketua Perniagaan Antarabangsa JFC - EMEAA.
Image may contain: 5 people, people smiling, people standing
sumbangan kepada Caring for the Future Malaysia

Bagi berkongsi kegembiraan pembukaan restoran di Malaysia, Jollibee turut berbesar hati dengan sumbangan derma kepada rumah amal Caring for the Future Malaysia untuk menyokong kanak-kanak di bawah penjagaan badan amal ini. Jollibee sebelum ini telah menjemput kanak-kanak dari rumah amal ini ke restorannya di Centre Point Sabah untuk menikmati hidangan makanan dan menyertai pelbagai aktiviti yang menghiburkan mereka.

“Kami di Jollibee berpegang pada falsafah untuk memberi balik sumbangan kepada komuniti yang menyokong kami. Kami sentiasa komited untuk membawa kegembiraan dan sokongan kepada kanak-kanak dan keluarga yang kurang bernasib baik di mana sahaja restoran kami beroperasi,” tambah Flores.

*Terbesar daripada segi modal pasaran, paling pesat berkembang daripada segi rangkaian cawangan

###


Photo 1: (Left – right) Jollibee inaugurates its milestone store in Malaysia. In photo are (L-R): Shahzul Zulkefli (Jollibee Malaysia Restaurant Manager), Dennis Flores (JFC President and Head of International Business-EMEAA), Patrick Chong (Golden Beeworks Sdn Bhd Director), YB Assafal P. Alian (Assistant Minister from the Ministry of Sabah Tourism), Tony Tan Caktiong (Founder and Chairman of JFC), H.E. Charles Jose (Philippine Ambassador to Malaysia), Jennie Chua (Shareholder of Golden Beeworks Sdn Bhd), Col. Jamal Salleh, (Director of Golden Beeworks Sdn Bhd), Mr. Kenny Chan (Deputy Chief Director, Finance Department of DBKK), and Richard Wong (Director of Golden Beeworks Sdn Bhd) during the ribbon cutting ceremony.


Photo 2: 
Jollibee celebrates the inauguration of its milestone Malaysia store with an iconic Chickenjoy Toast.
In photo from left – right:
(Front row) Patrick Chong (Director of Golden Beeworks Sdn Bhd), Jennie Chua (Shareholder of Golden Beeworks Sdn Bhd), YB Assafal P. Alian (Assistant Minister from the Ministry of Sabah Tourism), Tony Tan Caktiong (Founder and Chairman of JFC), H. E. Charles Jose (Philippine Ambassador to Malaysia), and Col. Jamal Salleh, (Director of Golden Beeworks Sdn Bhd).

(Back row) Mr. Joseph Abuan (a friend of JFC), Dennis Flores (President and Head of International Business, JFC EMEAA), Shahzul Zulkefli (Restaurant Manager), Mr. Kenny Chan, Deputy Chief Director (Finance Department of DBKK), Mr. Edward Arandia (Vice President and Head for Jollibee International Marketing РEMEAA), Mr. Rodel Alcantara (AVP and Head for International Business of Brunei, Singapore, Malaysia and Europe), Mr. Mitsuhiko Abe (President, Caring for Future Malaysia), Ms. Pauline Lao (Head of Media and Corporate Communications, JFC), Ms. Rosa Katrina Banzon (Commercial Attach̩, Philippine Trade and Investment Center, Kuala Lumpur), and Mr. Richard Wong (Director of Golden Beeworks Sdn Bhd)


Photo 3: Jollibee executives, led by JFC President and Head for International Business – EMEAA Dennis Flores, and Golden Beeworks Directors Col. Mohd Jamal Salleh, Patrick Chong, and Richard Wong, hosted a fun-filled afternoon of activities for the children of Caring For the Future Malaysia (CFFM) at the Jollibee store in Centre Point Sabah. Jollibee partnered with CFFM as a way of giving back to the community, in line with its commitment to spread joy to everyone.

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing and indoor

Image may contain: 8 people, people smiling, people standing and indoor
Image may contain: drink
pineapple juice
Image may contain: food


Image may contain: food
jolly Spagethi






Tentang Jollibee Foods Corporation

Jollibee Foods Corporation merupakan syarikat restoran Asia yang terbesar dan paling cepat berkembang di dunia. 

Ia beroperasi di 21 buah negara, dengan lebih daripada 4,500 kedai di seluruh dunia dengan cawangan di Filipina, Amerika Syarikat, Kanada, China, United Kingdom, Itali, Vietnam, Brunei, Singapura, Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu, Qatar, Oman, Kuwait, Bahrain, Indonesia, Costa Rica, Mesir, El Salvador, Panama and kini di Malaysia. Syarikat ini mempunyai 8 jenama yang di milik penuh (Jollibee, Chowking, Greenwich, Red Ribbon, Mang Inasal, Yonghe King, Hong Zhuang Yuan dan Smashburger), 2 jenama francais (Burger King di Filipina dan Dunkin 'Donuts di wilayah-wilayah tertentu di China), dan pemilikan 60% dalam SuperFoods Group yang memiliki jenama Highland Coffee dan PHO24.

JFC mempunyai pelaburan dalam Titan Dining LP, entiti induk muktamad bagi Tim Ho Wan Pte. Ltd (Franchisee Induk Tim Ho Wan di rantau Asia Pasifik tidak termasuk Hong Kong); dan usaha sama perniagaan dengan Chef Rick Bayless yang pernah memenangi pelbagai anugerah, untuk membina perniagaan restoran kasual segera Mexico di Amerika Syarikat. JFC baru-baru ini telah menandatangani perjanjian usaha sama untuk membuka Panda Express di Filipina.

Jollibee Foods Corporation telah dinamakan sebagai syarikat Filipina yang paling dikagumi oleh Asian Wall Street Journal selama lapan tahun berturut-turut dan diberi penghormatan sebagai salah satu daripada '200 Syarikat Terbaik Di Bawah Satu Billion di Asia' dan salah satu daripada 'Fab 50 Companies Asia' oleh Majalah Forbes Asia.

Jollibee Foods Corporation telah mengembangkan jenama yang memberikan pengalaman menikmati hidangan yang menyenangkan kepada para pelanggannya di seluruh dunia, sejajar dengan misi untuk memberi makanan yang hebat dan menyebarkan kegembiraan makan kepada semua orang.


Tentang Jollibee

Jollibee adalah jenama utama Jollibee Foods Corporation. Terkenal dengan hidangan ayam goreng Chickenjoy, Jolly Spaghetti dan Yumburger, Jollibee adalah peneraju utama pasaran di Filipina, dengan rangkaian cawangan yang lebih besar berbanding gabungan dua pesaingnya. Jollibee merupakan QSR yang paling cepat berkembang di Vietnam dengan lebih dari 100 buah cawangan, dan QSR nombor satu di Brunei. Jenama ini juga telah menyaksikan kejayaan dalam memenuhi pasaran utama di Singapura dan Hong Kong di mana kira-kira separuh daripada pelanggannya terdiri daripada warga tempatan. Jenama telah memulakan pelan pengembangan antarabangsa secara pantas.

Jollibee mempunyai lebih daripada 200 buah cawangan antarabangsa termasuk di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Itali, Vietnam, Singapura, Brunei, Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu, Qatar, Oman, Kuwait, Bahrain, Malaysia, dan wilayah khas Hong Kong dan Macau. 

Chickenjoy Jollibee telah dinamakan sebagai antara ayam goreng yang paling lazat oleh penerbitan yang dipercayai seperti South China Morning Post dan Foodbeast. Ia juga telah dinamakan sebagai antara rangkaian makanan segera antarabangsa yang teratas oleh Thrillist dan The Daily Meal.


Read More

Wednesday, February 20, 2019

Review Novel : Falling In love -sya ryanna

7:54 AM
Review Novel : Falling In love -sya ryanna
Falling In love Falling In love by Sya Ryanna
My rating: 4 of 5 stars

Yasmeen Zalikha dan Raykal Ashraf perkenalan melalui satu kemalangan yang mana mendekatkan lagi perhubungan mereka walaupun yasmeen tidak menyukai si Playboy itu.Demi menjauhkan diri daripada Iskandar si bekas kekasih Yasmeen menerima Raykal menjadi tunangannya.

benarlah berhubungan dengan orang terkenal ini memang banyak dugaannya...ditambah lagi raykal mempunyai sisi gelap yang perlu rakyal perlukan bantuan yasmeen untuk kembali ke jalanNya.satu kesilapan Rakyal memadamkan cinta yasmeen .Ketika mereka bernikah pun tiada langsung rasa cinta buat suaminya,

Namun sedikit demi sedikit rasa cinta itu hadir ,saat cinta sdh mekar kepercayaan Yasmeen hancur dengan pengakuan Ellina.Bukan saja hatinya hancur namun dia juga kehilangan anak yang dikandungkannya..

Yasmeen membawa diri ke China membawa hati yang luka dan penuh kebencian terhadap suaminya sendiri,,,,7 Bulan berlalu namun rasa benci itu tetap ada ..ketika dia mengambil keputusan untuk berpisah ...

Raykal yang pandai memujuk akhirnya memarakkan semula cinta dihatinya..namun rupanya kebahagiaan mereka di cemburui iskandar dan Ellina.Mampukah mereka berdua melawan dan bertahan dengan dugaan yang mereka terima..

Kena baca novel ni..cuma bagi MV jalan cerita terlalu panjang dengan sesi merajuk dan outstation..tapi overall di bahagian klimaks memang menarik....

View all my reviews
Read More

Tuesday, February 19, 2019

Review novel:Bila Lagu Cinta Bergema by Wardina Aisyah

7:27 AM
Review novel:Bila Lagu Cinta Bergema by Wardina Aisyah

Bila Lagu Cinta BergemaBila Lagu Cinta Bergema by Wardina Aisyah
My rating: 5 of 5 stars

Balkish hebatnya dugaan yang dia terima.Hariz kenapa mudahnya menuduh tanpa usul periksa.Status anak tiri membuatkan kish membesar menumpang kasih dengan bekas pekerja ayahnya.

Kemunculan Hariz yang menagih cinta kena timingnya dengan permintaan ibunya yang mahu dia berkahwin bagi menjaga rumahtangga batrisya kakak balkish...

Perkahwinan yg dibina tanpa cinta demi permintaan ibunya membuatkan dia menerima hariz tanpa perasaan cinta...namun indahnya bercinta selepas perkahwinan...

Bahagia yang disangka sampai ke hujungnya ...rupanya hanya di pertengahan...mama mentua dan adik ipar yang membenci..

Bekas kekasih hariz yang menagih kasih...ditambah lagi calon menantu pilihan mama mentuanya...hanya dengan beberapa keping gambar..

Balkish kehilangan cinta,sayang dan kepercayaan daripada hariz...bukan hanya itu dia kehilangan benih cintanya...

Mampukah rumah tangga mereka diselamatkan

View all my reviews
Read More