Monday, September 11, 2017
Nursery Rhymes-Baby Shark-
Review: Gila! Aku Suka Dia?-Fatrim SYah
My rating: 5 of 5 stars
"Jodoh itu bukan tentang berapa lama usia hubungan kita atau berapa lama kita saling mengenali antara satu sama lain.Jodoh adalah tentang betapa redanya hati kita diletakkan pada jalan takdir yang telah Allah susun"
3 sekawan..satu title "bujang terlajak"..usaha mencari jodoh membuatkan mereka seolah2 terdesak..main sambar saja yang ada depan mata..tanpa tahu itu cinta atau sebaliknya.
Shazlan,Bob dan joe... 3 bujang terlajak yang berjaya dari segi kerjaya tapi gagal dalam percintaan...berusaha mencari jodoh..rupanya jodoh yang ada sebenarnya dekat sahaja...
Orang kata.."kalau suka kena luahkan..jangan pendam saja..nanti terlepas"..novel ni tak berat sangat tapi sarat dengan mesejnya...Siapa kata perempuan andartu sahaja yg selalu jadi bahan..si bujang terlajak pun sama ok....
MV bagi 5 bintang untuk novel ni....ohsem lah #fatrimsyah....keep it up
View all my reviews
Sunday, September 10, 2017
Saturday, September 9, 2017
Terus Mencintai Siti Nordiana( Official lyrics video)
Agnes Keith House Sandakan
Friday, September 8, 2017
Borneo Sun Bear Conservation Sandakan
sian haikalayuwani..semua muka separuh haha |
posing sini untuk kenangan |
posing dengan cinta hati |
dapat juga nampak beruang madu ni |
Judika - Mama Papa Larang
Thursday, September 7, 2017
Segmen 24 Jam Bloglist #27 Mialiana.com
- Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
- Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #27 Mialiana.com
- Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
- Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
10 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 September 2017.
Penulis Zan Zarida
MV memang suka dengan tulisan dia..walaupun baru baca 2 buah novel beliau..tapi MV suka..sebab jalan cerita yang simple dan dantai tue tak menyerabutkan kepala untuk berfikir...
Sumber dari Zan Zarida |
Sumber dari Zan Zarida |
Wednesday, September 6, 2017
Sepilok Sandakan
Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Gambar Zaki Bijak Ketika ingin bertolak ke Sabah. |
''Program ini diinspirasikan rakan saya dari Finland yang pernah menumpang di rumah saya semasa mengembara.
Menerusi laman Facebook beliau Zaki Bijak kini beliau telah 50% mengeliligi Kepulauan Sabah. Dan bakal menamatkan kembara Borneo Sabah dan masuk kepulauan Sarawak Pula. Sepanjang perjalananan beliau juga, beliau banyak memuji masyarakat Sabah yang sangat prihatin dan bantuan dari pelbagai bentuk beliau dapat. Alhamdulilah Orang Sabah Bagus Bah !!!!
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak. |
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak. |
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak. |
Kalau-kalau nampak beliau jangan segan-segan hulurkan bantuan tau.. Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik dari yang menerima. Bukan wang ringgit yang dipinta namun nilai kemanusia itu lebih bermakna.
Jum kita support Zaki Bijak dalam misi ''CANCER FIGHTER'' Jelajah Borneo Dengan RM1 #cancerbukantikeruntukmati.
Segala pertanyaan atau bantuan yang ingin disalurkan ( mana tahu beliau singgah di perkampungan kamu ) boleh la berhubung terus dengan beliau. PM je kat facebook Zaki Bijak.
Kredit : Sabahanblogger.com
Tuesday, September 5, 2017
Restoran Sim Sim 88 Sandakan
antara menu yang diorder |
betullah tempat yang kami berhenti mula-mula..restoran memang dekat-dekat area rumah orang...sapa sangka kan..masa mula-mula google restoran ni terjumpa satu komen..katanya tempat ni ok tapi baunya agak kurang menyenangkan...
Bagi MV tempat ni ok..cuma bab makanan kurang sikit..sebab udang yang kami pesan tak fresh ada bau sikit...tapi bab harga MV puas hati...ikan stim halia,udang stim,sotong sos,corn sup with isi ketam yang fresh, dan sayur kailan ikan masin...
Suami bayar RM158..bagi MV berbaloi lah...sebab ikan tue ikan merah....kalau kat KK mau rm2++ juga untuk 5 menu ni...syamimi paling suka corn sup...dia bilang "kenapa mama nda pernah order ni masa kita makan di Gayang " hahaha..see dia lupa lah tue...dulu masa order dia tak pandai makan...dah besar ni boleh lupa...
MV dan anak-anak ambik kesempatan bergambar di tepi sana..sebagai kenang-kenangan..iyalah namanya saja orang Sabah tapi baru first time ke Sandakan...untuk gambar ni suami yang Ambil..dia tak mau masuk katanya...hahaha
**first day kami di Sandakan..ada satu view yang MV nampak...drive thru di MCD panjang hahaha....malam pun masih panjang....anak2 MV nak ke sana tapi MV malas...drg bukannya apa ..mau kumpul mainan jer dari set happy meal...
Review: Alahai, Mat Salih!
Alahai, Mat Salih! by Zan Zarida
My rating: 5 of 5 stars
Alkisahnya mencari cinta pandang pertama...hanya berpandu sekeping gambar tanpa mengetahui nama dan keberadaannya di mana.Mat Salih fasih berbahasa Melayu namun kadang tak memahami apa yang didengar.
Zafri si Mat Salih yang mendambakan Aira sebagai teman hidupnya...Si bunga yang dipuja rupanya berada di depan mata.Takdir menguji mereka...dah di depan mata nak kejar pun payah..Aira gadis keras kepala,panas baran dan kepala angin ...
Lari dari Lokman duda anak 3..akhirnya mempertemukan jodoh aira dan zafri...Dalam satu majlis yang akad nikah yang betul betul simple..ambik kau sekali nikah kat pejabat agama dek desakan Abang Long Aira...
Bila dah berumahtangga adui susahnya lah nak pikat isteri yang ada depan mata...sungguh dia gila bayang dengan isteri sendiri..Sofea si anak kecil mengeratkan lagi hubungan mereka.Kenapa begitu mudah aira menerima Sofea berbanding Zafri...
Satu rahsia yang Aira simpan..Satu Amanah yang Zafri pikul.Namun ianya berkait rapat antara Zafri,Aira dan sofea!!
Apa rahsia yang Aira simpan?Amanah apa yang Zafri pikul?baca novel ni untuk tau kesudahan kisah cinta Mat Salih dan Si Bunga Aira
View all my reviews
(**MV beli novel ni dari Blogger sha...harga yang sangat berpatutan..)
Bercuti Ke Sandakan
Bercuti ke Sandakan...ni percutian yang tak dirancang....dek kerana suami terlepas cakap..nnt kita jalan-jalan ke sandakan...makanya anak-anak menagih janji....kebetulan cuti merdeka dan raya aji tu lama..MV dan suami pilih bercuti time tue..
30 hb kami bertolak ke Ranau selepas balik kerja.sebab abang Haikal cuti sekolah di ranau..Kami tidur di ranau then pada 31 ogos sambutan merdeka kami bertolak ke Sandakan..kami dengar Sabah FM untuk sambutan merdeka...terasa macam berada di KK pula...
Kami sampai sandakan dalam jam 2.30 petang...Hotel yang Suami booking pada 01 hingga 02...tapi oleh kerana ada yang dapat ganti on call suami...jadi kami gerak sehari awal....dan hotel yang suami bboking tue penuh..
Bermula lah perjalanan kami mencari hotel..Suami MV ni bab hotel memang cerewet...dia nak hotel yang senang cari parking...last2 kami pilih King Park Hotel...Sebab ada dobi dan kedai serbaneka berdekatan ...
Keesokan harinya kami checkout then nak check in ke hotel yang dah di booking tapi mengecewakan..sebab belum ada available room masa tue..jam 2.00 petang baru boleh check in..sudahlah anak-anak kepenatan dari berjalan ke Sepilok....
Google punya google...kami jumpa Hotel Pavillion...satu malam RM178..Family Room...oklah suami cakap kesian anak...kemarin tak nampak ni hotel sebab taulah orang tak tau jalan hahaha.....itu pun kami waze ..terus cakap..lah masuk sandakan jak nampak sudah ni hotel apa dah ...haha
Bila nak check in...suami tanya ada Government Rate...petugas kaunter tue jawab"ada ...kalau gov.rate RM158" kurang lagi rm20.00 MV puji satf hotel Pavillion ni...sopan santun jak menjawab..berbanding hotel yang MV booking..bercakap tue macam nak tak nak...cakap bila dah ada ready room akan call...erm xdanya call...kesian...
Mungkin sebab dia tengok MV dan suami tak mampu kot bayar hotel...tak apalah...oh ya...salah timing ok bercuti time ni..banyak restoran tutup ...hahaha sebab cuti merdeka dan raya aji...hari first kami makan di 88 sim sim restoran..
Esoknya pegi Sepilok, tengok beruang madu, rumah agnes,,,,tak pergi banyak tempat pun..syamimi asyik ngomel penat...gambar pun dia cakap penat... huhu bertabahlah...(**oleh kerana beraya kat tempat orang..syukurlah dapat beli lemang kat tepi jalan..merasa juga sambut raya haha)
Friday, September 1, 2017
Thursday, August 31, 2017
Cuti umum sempena Kemenangan menjuarai sukan sea 2017
Assalamualaikum
Selamat hari merdeka 60 Tahun
Assalamualaikum
Salam kemerdekaan yang ke 60 buat negara kita Malaysia.. Negaraku sehati sejiwa.. Sambutan kemerdekaan seperti tahun sebelumnya..
Pasti ada perarakan perbarisan di setiap negeri.. Sabah pun tidak ketinggalan.. Pejabat mv pun join juga tapi seperti sebelumnya mv tak join sebab kena jaga library..
komitmen utk latihan dan raptai tu yang mv tak dapat lagipun library x boleh tutup.. Mv kongsikan keputusan pertandingan Perbarisan hari kebangsaan peringkat negeri SABAH
Hadiah ptdgn Kawad
Sek.rendah
3- sk st francis convern
2- srk sacred heart kk
1- sk sei gaya (sbt)
Sek menengah
3- pkbm darat smk badin tuaran
2- pkbm darat smk bandaraya
1- pusat ting.6 smk putatan
IPTA/IPTS
3- kolej sains ksihatan bsekutu kk
2- komander ksatria uitm sabah
1- askar wataniah politeknik kk
Swasta / Commersil
3 - desa group of Company
2- sesb
1- taman2 sabah
Ptubuhn Bkn Krjn / psatuan
3- kelab 1 msia japen sabah
2- persatuan kwln kslmtn msia
1- psayuan pandu puteri caw sabah
Etnik Sabah
3- PKBSS (pstuan bajau suluk sabah)
2- psatuan komulakan lotud sabah
1- psatuan bajau samah sabah
Jbtn Krjan Tdk Bpakain Seragam Rasmi
7- KBS sabah
6- jbtn hidupan liar
5- jbtn ktua menteri
4- kmtrian krjan tpt & prumahan
3- KPM & HEP
2- kmtrian pbgnn prindustrian
1- JKR
Jbtn Kerajaan Bpakain Rasmi
3- jabatan sularelawan msia (rela)
2- polis bantuan ums
1- Jbtm pguatkuasa dbkk
Tahniah buat semua pemenang.. Salam kemerdekaan dan salam aidil adha
Wednesday, August 30, 2017
Perak Untuk Bola Sepak Sukan Sea 2017
Perak untuk Malaysia bola sepak Sukan Sea 2017..Own goal oleh Penjaga Gol Haziq Nazli....hanya kerana satu kesilapan iaitu tumbukan terus dipersalahkan..MV tak salahkan sangat dia...
Ni pandangan MV ya..sebab ada kawan MV pun tak setuju dengan pandangan MV ni....kesilapan sebenarnya dari Sapawi....patutnya bola tue dia boleh bagi ke atas tapi dia buang keluar dan dapat lah sepakan penjuru....
Gol terhasil daripada sepakan Penjuru...cuma di tambah lagi kesilapan penjaga gol..kesian dia semua salahkan dia...itu pandangan MV ya...kalau taks etuju jangan kecam..kita berhak bagi pendapat ....
Apa-apapun tahniah buat Malaysia ..atas kertas memang dah Thailand pasukan Febret...lagi pun Thailand adalah juara bertahan..semangat yang pasukan Malaysia bagi semalam memang best...
Ketiadaan Ultras Malaya ...pemain ke 12 iaitu penyokong memberi impak juga ....bagi MV lah...tak pasti lah dengan yang lain...apa yang penting sekarang Malaysia dah capai sasaran 111 pingat emas,,,
Kedudukan carta pungutan pingat pun Malaysia masih di atas dengan 140 pingat emas...jadi berbanggalah kita rakyat malaysia ...ayuh Bangkit bersama
Tabika Kemas KPKPS Juara Gerak Kreatif Hari Potensi Kemas Negeri Sabah 2017
tahniah anak2 dan cikgu2 |
Tuesday, August 29, 2017
Malaysia Vs Thailand Final Bola Sepak Sukan Sea 2017
Penentuan Ibu segala Pingat untuk sukan sea 2017....Malaysia Vs Thailand Final Bola Sepak Sukan Sea 2017 pada hari ni 29.08.2017 bertempat di Stadium shah Alam...sebelum perlawanan lagi dah banyak kontroversi..
Peyokong Bola Sepak Malaysia ramai yang tak dapat tiket...lepas nak beli tiket kena beratur...dah beratur tup2 tiket habis..dah tu boleh pulak limit tiket seorang 5 tiket aduyai...dah habis tiket tue..bolah pulak ada yang jual tiket dengan harga yang lebih mahal...
Ada-ada saja kan...tapi tahniah buat pasukan Sukan Sea Malaysia yang dah berjaya mencapai target 111 pingat emas...tahniah...kalau menang lagi bola malam ni lagilah gumbira yang amat....
Jom jangan lupa temujanji kita ya malam ni...di rumah masing2...sapa yang kat Stadium.Behave ya...
ole-ole from Langkawi
Monday, August 28, 2017
My mini library
Sunday, August 27, 2017
Margasatwa-saidee nor azam-
"Kerana cinta, dia terus hidup." |
Saturday, August 26, 2017
Malaysia layak ke final bola sepak sukan sea 2017
Friday, August 25, 2017
Merdeka!Merdeka! Blogger Contest by Lazada
Thursday, August 24, 2017
Zainatul Husniah Raih Pingat Perak Acara 200 M
sumber Berita Tv9 |
(**entry dari tadi pagi kat draft...huhu..hilang sudah idea mau menaip jadi kita publish sajalah kan)