All About Love

Tuesday, April 28, 2020

Menu Berbuka Puasa Kedua

9:05 AM
Menu Berbuka Puasa Kedua
Assalammualaikum
Image may contain: food


Alhamdulillah .Menu berbuka puasa kedua :

Ayam penyet 
Ayam Belado 
Sagu gula melaka
Jus tembikai 

Image may contain: food
sagu gula melaka


Mencuba untuk menyediakan juadah walaupun tak sehebat mana....


Read More

Friday, April 24, 2020

Menu Berbuka Puasa Pertama

8:26 PM
Menu Berbuka Puasa Pertama
Assalammualaikum

Image may contain: people eating, food and indoor
Rojak Bihun Ayam 
Alhamdulillah ...selesai menyediakan juadah berbuka puasa untuk anak-anak dan suami.MV tak dapat berpuasa jadi MV jadi tukang masak sahaja.Ini adalah kali pertama bagi MV untuk sediakan 2 menu  ini iaitu rojak bihun ayam dan kuih tepung pelita.


Resepi kuah rojak simple sangat membantu.Terima kasih ibunda tercinta dan kakak tersayang,Sebelum minta resepi ni takut tak jadi tapi mama pesan kalau tidak jadi ikut saja macam PM cakap...kalau masak tak jadi share jer kat FB Page Masak Apa Hari Ni Tak Jadi Offical ...

Syukur percubaan pertama menjadi...dan untuk kuih pelita ini atas bantuan haikalayu..dorang berdua buat bekas dari daun pisang.MV sediakan tepung ...kali ni berpuasa di musim pkp memang banyak masa sempat untuk sediakan kuih muih....walaupun resepi google hihi

Image may contain: food
Kuih Tepung Pelita
Read More

Thursday, April 23, 2020

Selamat Menyambut Bulan Ramadan

9:14 PM
Selamat Menyambut Bulan Ramadan
Assalammualaikum...

Esok merupakan 1 ramadhan .Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menyambut ramadhan walaupun ramadhan kali ini berbeza dari sebelumnya,Terawih kali ini semuanya dari rumah sendiri..Tanpa bazar ramadhan.

Mv doakan semua kawan-kawan menyambut bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini dengan redha.Dan marilah kita berdoa agar Covid19 ni segera menghilang
Read More

Jom Baca Bersama 10 Minit 2020

9:10 PM
Jom Baca Bersama 10 Minit 2020
Assalammualaikum


Image may contain: one or more people

Image may contain: 2 people, people sitting


Image may contain: 2 people, including Rupinah Jinal, people sitting

Image may contain: 1 person

Image may contain: 3 people, including Lya Awg CyBebo, text


Seperti tahun sebelumnya tarikh 23 april  merupakan hari program Jom Baca Bersama 10 minit..tahun ini lain sikit program ini.Selalunya library MV akan buat program bersama dengan pejabat.Namun Memandangkan PKP ni, semua buat dari rumah.


Kebetulan sekolah anak-anak pun terlibat jadi sangat memudahkan kerja mama sebagai pembantu pustakawan yang di bawah seliaan Perpustakaan Negara Malaysia.Work from house..alhamdulillah terima kasih buat rakan pejabat yang support program ini

Read More

Thursday, February 13, 2020

Pembedahan apendiks

7:42 AM
Pembedahan apendiks
Assalammualaikum



Image may contain: one or more people and indoor
Selepas pembedahan 
Khamis (6.02.2020) Mv dapat panggilan daripada penyelia asrama Abang Haikal yang abang akan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth oleh Klinik Kesihatan Kinarut sebab saspek Apendiks..MV tunggu di HQE sebab abang dihantar ambulans dari Kinarut.

Image may contain: indoor

Sampai HQE dalam jam 9.30 malam abang masuk bilik bedah ...dia punya takut habis tangan mama dia genggam ...takut nda bius satu badan apa dah....walaupun sebenarnya dalam hati mamanya pun ada kerisauan ..
Image may contain: 2 people, including Suzyaney Yap, selfie and close-up
Menunggu untuk masuk ke dewan bedah 
Alhamdulillah jam 1.30 pagi abang dihantar semula ke wad selepas pembedahan dan sedar sudah...ini kali kedua MV jaga abang masuk wad...kali pertama masa  tahun 2 di Hospital Likas....

Jumaat abang boleh balik sudah dan diberikan cuti selama 8 hari ..Jadinya abang akan balik asrama ahad ni .Hari ni abang ada temujanji buka jahitan..Doakan kesihatan abang haikal ya kawan2 semua.
Read More

Wednesday, January 29, 2020

Aufa Cafe & Restaurant Kota Samarahan

8:48 AM
Aufa Cafe & Restaurant Kota Samarahan
Assalammualaikum....

No photo description available.
grand openingnya 
Image may contain: one or more people and outdoor
RM6.50 sahaja untuk makan tengahari 
Aufa Cafe & Restaurant Kota Samarahan adalah sebuah restoran yang menawarkan harga makanan tetap dan boleh ambil apa lauk sahaja..Mula beroperasi pada 10 Januari 2020 .Pemilik restoran ni juga adalah penjual kek Aufa Kek Lapis...

Image may contain: food
kuih bom 
Image may contain: food
karipap 

Image may contain: food
mee goreng 
Image may contain: food
bihun goreng 
Untuk Sarapan hanya bayar RM5 sahaja dan kamu  boleh makan apa saja dan free minuman .Waktu breakfast jam 7.30 am hingga 9.30 pagi.Antara menunya adalah seperti gambar diatas...

Untuk makan tengahari hanya RM6.50 kamu boleh makan apa saja dan free minuman...Pelbagai lauk pauk disediakan...

Image may contain: foodImage may contain: foodImage may contain: foodImage may contain: foodImage may contain: food


Selain dari Nasi campur terdapat juga menu istimewa di Aufa Cafe ni iaitu Soto Sabah style...

Image may contain: food
Soto Daging (RM5)
Image may contain: food
Soto Ayam (Rm4)
Menu pun berubah-ubah ya untuk nasi campur setiap hari..Orang Kota Samarahan Boleh Berkunjung ke sini ...Harga sangat berbaloi ....Jangan lepaskan peluang  kalau anda di kawasan berdekatan bolehlah try, cuba dan test....

MV tolong promote kawan punya bisnes..semoga mereka dimurahkan dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah .AMin
Read More

Review Novel : Demi Rindumu By Diya Jamal

8:21 AM
Review Novel : Demi Rindumu By Diya Jamal
Demi Rindumu Demi Rindumu by Diya Jamal
My rating: 5 of 5 stars

Haznik dan Nurhana bertemu hanya beberapa kali namun akhirnya membuat keputusan untuk berkahwin demi menentang keputusan abang Hana...Hanya kerana keputusan abangnya ingin berkahwin dengan perempuan yang pernah merosakkan pertunangannya..

Tanpa dia sedar sebenarnya Abangnya hanya ingin membalas dendam terhadap perempuan tersebut,Perkahwinan yang dibina tanpa cinta antara Haznik dan Hana bahagia sehinggalah Hana keguguran dan menyalahkan Nik..

Namun salah faham itu selesai dengan bantuan keluarga Hana dan Suraya kakak Nik.Walaupun begitu ada satu rahsia yang Hana simpan tanpa pengetahuan semua..Iaitu dia bukan keguguran 2 kali tapi lebih dari itu....

Disebabkan itu Hana membuat keputusan untuk pergi dari Malaysia dan meninggalkan Nik...Kerana dia mau Nik Bahagia tanpa dia...

Kenapa Hana Selalu keguguran?dan bahagia Nik dan hana??

**Kamu baca novel ni memang best

View all my reviews
Read More