All About Love

Monday, July 22, 2019

Review: Projek Thriller: UBAT by NAIM TAMDJIS

4:18 PM
Review: Projek Thriller: UBAT by NAIM TAMDJIS
Projek Thriller: UBAT Projek Thriller: UBAT by Naim Tamdjis
My rating: 5 of 5 stars

3 cerita iaitu

UBETOK – NAIM TAMDJIS
Seorang pembunuh upahan ditugaskan untuk menculik seorang ahli sains yang menghasilkan Ubetok demi kemewahan hidupnya namun akhirnya dia memilih untuk berkorban untuk menyelamatkan beribu pesakit kanser dengan mengadaikan nyawanya sendiri



POTRET SYAPUTRA – S.KAUSARI
Hanya kerana dia selalu nampak sesuatu yang orang lain tak nampak dia dianggap gila dna terpaksa makan ubat walaupun hakikatnya semua yang dia lihat itu adalah suatu kebenaran yang berkait rapat dengan dirinya

TABU – RESMANSHAH

Sedar sahaja daripada koma dia dikejutkan dengan keadaan negara seperti diserang zombie.Ditinggalkan satu nota alamat sebuah rumah yang mana penghuninya adalah seorang ibu yang mempunya anak seiras dia.Ancaman daripada tentera Isreal memaksa dia bertahan dan meyerang..Akhirnya satu rahsia terungkai,rupa-rupanya wajah yang seiras itu bukan satu kebetulan tapi suatu ikatan.



**best baca bila sudah baca satu tajuk rasa mau tau penghujungnya...terutamanya TABU

View all my reviews
Read More

Thursday, July 11, 2019

Review Novel: Projek Thriller: BAYI by Fitri Hussin

10:52 AM
Review Novel: Projek Thriller: BAYI by Fitri Hussin
Projek Thriller: BAYI Projek Thriller: BAYI by Fitri Hussin
My rating: 5 of 5 stars

3 cerita dalam satu novel..

PRODIGI – Fitri Hussin

Mengisahkan kelahiran seorang bayi yang dinamakan Sofea yang memiliki sepasang mata yang mempunya kuasa melihat kejadian pada masa akan datang dan bayi tersebut menjadi keutamaan agensi palang sehingga berlakunya beberapa serangan.Iqbal seorang ahli gengDaulat diberi mandat untuk menyelamatkan sofea daripada jatuh ke tangan agensi palang.Kenapa Sofea sangat penting bagi mereka dan siapa Iqbal sebenarnya.

Bayi Karnivor – Syaida Ilmuna

Pembunuhan bersiri yang sangat misteri mangsa ditebuk dileher dan darahnya disedut kebanyakan mangsa adalah wanita.Inspektor Nia dan Hariz menjadi pegawai yang menyiasat kes tersebut.walaupun pesalahnya sudah diketahui namun tujuan dia mengambil darah tidak diketahui..kesudahan tragis menanti nia dan hariz

Novel untuk Atikah – Resmanshah
Atikah si pembunuh bersiri bertemu dengan Fairus adik kepada detektif yang sedang menyiasat kes pembunuhan yang dia lakukan..namun ada satu kes pembunuhan yang lebih kurang serupa cumanya penuh misteri...akhirnya membongkar segala-galanya...

View all my reviews
Read More

Wednesday, July 10, 2019

Sabah FA Juara Liga Perdana 2019

10:19 AM
Sabah FA Juara Liga Perdana 2019
Assalammualaikum


Dengan kemenangan 2-1 keatas Uitm Fc pada perlawanan semalam Sabah secara rasminya menjadi juara Liga Perdana 2019 walaupun masih ada 2 baki perlawanan iaitu menentang Kelantan di stadium likas pada 13.07.2019 sabtu ni dan perlawanan terakhir menentang Terengganu di tempat lawan...

Akhirnya penantian 23 tahun tanpa trofi tamat tahun 2019.semoga Sabah Fa Terus sukses dalam saingan Liga super 2020...Apa yang MV harapkan barisan pemain yang sedia ada sekarang janganlah dibuang kerana mereka semualah yang sudah berusaha menaikkan Sabah Ke Liga Super dan menjadi juara..


Tahniah Sabah...Tahniah SAFA..Tahniah Julius Ating dan semua pemain Sabah Fa...Tambadau boleh
Read More

Review Novel : Ulam Kasih Sambal Cinta-Norzailina Nordin

7:00 AM
Review Novel : Ulam Kasih Sambal Cinta-Norzailina Nordin
Ulam Kasih Sambal Cinta Ulam Kasih Sambal Cinta by Norzailina Nordin
My rating: 5 of 5 stars

Chef pastry dan chef masakan melayu..pertemuan pertama saja sudah tidak mengembirakan adelia kerana ditegur puding karamelnya pahit .Yang mengeur pula adalah seorang lelaki iaitu Chef Syed Idlan...tidak cukup disitu mereka kebetulan bekerja menjadi dhef di hotel yang sama...

bak kata orang tua,janganbenci seseorang nanti kita suka...itulah yang terjadi ....rasa benci dan geram bertukar menjadi cinta dan sayang...namun kehadiran Chef Joanna dan Ammar menjadi penghaang dalam percintaan mereka...

kerana cemburu dan sakit hati,percintaan itu terputus di pertengahan..di tambah lagi campur tangan ayah Chef Joanna ,chef adelia dipindahkan ke Hotel mereka di cawangan Johor.Gambar percutian di Bali melihatkan kemesraan idlan dan joanna sampai ke pengetahuan adelia...

idlan pula salah sangka yang adelia tinggal berdua dengan ammar ketika pengambaran program memasaknya...kerana sakit hati adelia menukar nombor telefon.kerana satu peristiwa idlan baru sedar yang dia salah..

Joanna bukan calon isteri yang paling sesuai...mampukah dia mencari adelia kembali...mahu kah dia menerima idlan semula atau adelia gembira bersama dengan ammar...jangan lupa baca novel ni ...memang best

View all my reviews
Read More

Tuesday, July 9, 2019

Review Novel : Cinta Boarding Pass-Batiah Hadi

1:00 PM
Review Novel : Cinta Boarding Pass-Batiah Hadi
Cinta Boarding Pass Cinta Boarding Pass by Batiah Hadi
My rating: 5 of 5 stars

Hanna Zaki dan Thareq Zidan ..perkenalan mereka dalam keadaan yang tidak harmoni...bergaduh di lapangan terbang dan berebut kerusi dalam flight...namun laptop mereka yang tertukar menemukan mereka semula...walaupun masing2 tidak mahu bersua muka lagi...

ketika mereka bertemu semula pun keadaan tidak harmoni menyebabkan Hanna membenci lelaki itu dan dia menerima Hariz sebagai tunangnya atas pilihan keluarga..manakala lain pula bagi Thareq dari sehari ke sehari dia makin mencintai Hanna...

Hanna seperti seseorang yang dikenalinya 10 tahun lepas....sekali lagi pertemuan mereka di perth ketika hanna sudah menjadi tunangan orang..thareq meluahkan perasaan namun hanna tidak dapat menerimanya walaupun hatinya berkata sebaliknya...

hanya kerana gambar yang telah disuper impose ,Hariz memutuskan pertunangan..Thareq menawarkan diri untuk menggantikan tempat hariz membuatkan Hanna membenci kerana pada pendapatnya thareq berkahwin dengannya dengan cara yang keji....

Sehinggalah kejadian kamal yang meculik hanna barulah dia tahu yang fitnah berkenaan gambar adalah kerjanya..kerana dia mula jatuh cinta pada hanna ketika dia bertugas dalam flight di pertemuan pertama hanna dan thareq.,,,

benarlah ..kita mengelak macam mana pun ..kalau sudah itu jodoh kita 10 tahun pun akan bertemu kembali...cepat atau lambat sahaja

View all my reviews
Read More

Sabah Fa Ke Liga Super Malaysia 2020

8:24 AM
Sabah Fa Ke Liga Super Malaysia 2020
Assalammualaikum,,,
sumber google
Kemenangan Sabah 1-0 ke atas Johor DT II pada 5 julai 2019 melayakkan Sabah Fa bersaing di Liga Super Malaysia 2020..Penantian selama 8 tahun akhirnya tercapai jua..Seluruh penyokong Sabah Fa sangat gembira dengan keputusan itu..

Tahniah buat barisan pemain,jurulatih dan kepimpinan SAFA.Semua pihak adalah menyumbang kepada kejayaan ini.Hari ini 09.07.19 Sabah akan menentang Uitm FC di tempat lawan sekiranya Sabah menang malam ni ,,Sabah boleh meraikan kemenangan awal sebagai juara Liga Perdana pada perlawanan terakhir sama di tempat sendiri iaitu 13.07.19 .
Image may contain: 1 person, playing a sport
tahniah buat roky penjaring gol ketika menentang JDT II (sumber FB Sabah FA)
Semoga kemarau 23 tahun tanpa rofi dapat ditamatkan tahun 2019...semoga Sabah Fa terus sukses dan teruskan perjuangan untuk saingan Piala Malaysia 2019..

Sabah boleh ..Tambadu boleh...malam ini jangan lupa Uitm Vs Sabah..Ayuh ayuh Sabahku malam ini kita mesti menang....
Read More

Monday, June 24, 2019

Raya kan Sebulan

10:42 AM
Raya kan Sebulan
Assalammualaikum...

Image may contain: food
semperit susu dan biskut ulat bulu 
Alhamdulillah...raya kan sebulan so ada yang nak menempah lagi MV ambik jak lah untuk tambah pendapatan.Semalam sempat siapkan 2 jenis biskut untuk tempahan...Ada popiah cheese lagi yang mau di buat...

kita buat malam ni lah..ambil mood dulu hihi..Doakan Mv dimurahkan rezeki ya kawan-kawan..Oh ya kalau popiah cheese memang tempahan sentiasa dibuka ..kalau ada yang mau order biskut pun boleh.

Read More