All About Love

Tuesday, January 8, 2019

Come!Jang Bo Ri -Korean Drama

3:38 PM
Come!Jang Bo Ri -Korean Drama
Assalammualaikum..

Jang Bo-ri is Here! (왔다! 장보리).jpeg
sumber google

Come!Jang Bo Ri atau juga dikenali Jang Bo Ri Is Here mengisahkan kehidupan Do Bo Ri dan Yun Min Jung..Bo ri Anak yang dibesarkan oleh ibu Min Jung bagi menutup kes langgar yang melibatkan Bo RI (Eun Bi) sehingga dia hilang ingatan,,,

Bo RI sebenarnya merupakan anak dan cucu kepada pembuat HanBok yang terkenal...Bagaimana Min Jung sanggup mengaku anak yatim untuk menjadi pelajar tajaan keluarga Eun Bi..

Bukan setakat itu ...Min Jung sanggup meninggalkan kekasihnya kerana tahu yang dia bukan lagi anak orang kaya...dia mempergunakan Ibunya untuk memperalatkan Bo Ri dengan memaksa ibunya mengikut apa saja yang dia suruh...

Dendam si bekas kekasih min jung iaitu Moon Ji Sang akhirnya memusnahkan kehidupan Min Jung..bukan itu sahaja...kebenaran yang Bo RI adalah Eun Bi juga menyakitkan hati min jung sehingga dia sanggup berbuat apa saja...

Bo ri pula sangat bahagia kerana Lee Jae Hwa adalah teman rapatnya...memang jodoh sudah tertulis..walaupun pada mulanya hubungan mereka ditentang kerana Status Bo Ri yang mempunyai anak..akan tetapi anak tersebut sebenarnya adalah anak Min Jung...

Bestlah drama ni..Ada 52 episod semuanya...mengisahkan mengenai konflik kekeluargaan..Bagaimana kasih dan sayang seorang anak angkat terhadap ibunya..pengorbanan seorang ibu demi anaknya..

Memang terbaiklah...
Read More

Monday, January 7, 2019

Sabah Guna Hak Sendiri Berkait Larangan Merokok Di Premis Makanan

5:00 PM
Sabah Guna Hak Sendiri Berkait Larangan Merokok Di Premis Makanan

Assalammualaikum...

Tajuk Akhbar di New Sabah Times.."SABAH GUNA HAK SENDIRI"...penangguhan larangan merokok di premis makanan di Sabah sehingga mendapat kata sepakat daripada Kabinet,,,

Baru mau rasa bahagia makan di kedai makan tanpa gangguan asap rokok...bila terbaca berita ini agak kecewa jugalah..harap-harap keputusan kabinet memberikan kebaikan buat semua rakyat..

Mv sangat bersetuju dengan larangan merokok di premis makanan sebab utamanya ialah perokok tak menghormati pelanggan lain yang datang untuk menjamu selera bukannya untuk menghidu asap rokok...

apa-apa pun kita tunggu aoa keputusan Kabinet mengenai larangan ini.



Read More

Peta i-THINK

3:13 PM
Peta i-THINK

Assalammualaikum..

Baru perasan pasal Peta i -THINK ni..mula-mula ada kawan up di Fb kawan dia tanya pasal ni..sekali google rupanya peta minda...pergh budak sekolah sekarang punya istilah..dan tadi masa urus wani...ternampak di belakang buku tulis gambar di atas...

Peta i- THINK ada 8:
  1. peta pelbagai alir
  2. peta bulatan
  3. peta pokok 
  4. peta alir
  5. peta dakap
  6. peta buih berganda
  7. peta buih 
  8. peta titi
Dulu-dulu zaman mv sekolah peta minda ni kita mula guna masa tingkatan..tapi sekrang wani yang darjah 3 sudah mula guna peta minda ni...semakin maju anak-anak sekarang


Read More

Sunday, January 6, 2019

Menu kampung

2:51 PM
Menu kampung


Assalammualaikum 

Menu kampung untuk lunch hari ni.ikan pari bakar ,sayur putih dan lada kicap...kebetulan tadi ke tamu tuaran ..

Mv beli ikan pari 2 piring rm9 ada 7 ekor  semuanya...terus mr velentine request ikan pari bakar...

Ikan pari bakar ni..mv bakar kat kuali tefal jer...balut guna daun pisang ...ikan tu di belah dua...

Bakar tanpa minyak ..kira healthy food lah konon...mv ada juga beli ikan sembilang..rm30 dua ekor...

Itu nanti mau masak kari...siapa febret dia ikan pari bakar?cer angkat tangan...

Read More

Thursday, January 3, 2019

Giveaway SemakanOnline.com Di Mialiana.com

8:38 AM
Giveaway SemakanOnline.com Di Mialiana.com
Assalammualaikum..

Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019 atau BSH 2019 fasa pertama akan dibuat pada 28 Januari nanti. Bantuan tersebut dijangka memanfaatkan lebih 4.1 juta penerima di seluruh Malaysia. Terdapat lima jenis kategori bantuan untuk pembayaran BSH kali ini. (rujuk gambar di bawah)


Pembayaran pertama akan dibuat sebanyak RM300 untuk setiap isi rumah. Baki bayaran BSH yang akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga akan menggunakan kaedah baharu seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019. Urusan kemaskini BSH 2019 akan dibuka semula dalam tempoh terdekat. Setiap penerima wajib kemaskini permohonan masing-masing sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 tahun. 

Untuk maklumat lanjut layari portal Bantuan Sara Hidup di https://bsh.hasil.gov.my



Giveaway ini dianjurkan oleh SemakanOnline.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM350 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.

Read more: http://www.mialiana.com/2019/01/giveaway-semakanonlinecom-di-mialianacom.html#ixzz5bV5vd4rt
Read More

Wednesday, January 2, 2019

Permulaan Tahun 2019

10:10 AM
Permulaan Tahun 2019
Assalammualaikum

Image may contain: one or more people
ok selesai satu kerja
Alhamdulillah hari ini merupakan hari pertama anak-anak MV ke sekolah dan merupakan hari pertama MV bekerja di tahun 2019..oleh kerana tidak bercuti tahun ini untuk uruskan anak-anak..Mv begerak awal hantar anakk ke sekolah tapi MR Velentine yang Drive...

Anak-anak Mv ada satu perangai walaupun bapa ada tetap mau mama dia yang urus.Alhamdulillah tadi sebelum masuk ofis sempat hantar dorang..tunjukan kelas wani di mana..temankan abang dan kakak Ayu ke kelas..

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing
My budak kaca mata dan my baby  besar
lepas tu masuk ofis hantar syamimi pula..adui drama betul anak mv yang satu ni...boleh2 tak mau masuk kelas sebab nampak budak2 nangis...kena buat perjanjian nampaknya dengan si kecil ni...dan hari pertama kerja jak..MV terlupa kunci library...

terpaksa balik rumah ambik kunci semula..hahaha..adoi permulaan yang dramatik sangat...sampai library memulakan haari dengan shelving rak ...di library ada dua seksyen..dewasa dan kanak-kanak..senang hati bila tengok buku sudah siap di kemas..

sekarang sambung katalog buku pula ..semoga dipermudahkan urusan MV hari ini .Amin
Read More

Tuesday, January 1, 2019

Back to school 2019

6:58 PM
Back to school 2019

Assalammualaikum

Back to school 2019..alhamdulillah esok anak anak mv kembali ke sekolah untuk sesi persekolahan 2019

Anak-anak semua dah sekolah..tapi mv tak dapat cuti untuk temankan mereka.mereka kena bedikari sendiri tahun ni..

Cuma part tulis nama di buku dan balut buku mv masih tolong mereka buat.cuma abg haikal dia jenis bedikari ..dia balut dan tulis nama dia sendiri..


So mv balutkan buku kakak ayu dan wani.tapi wani untuk sk agama jer..sekolah sk belum dapat buku teks..

Syamimi pula sudah tabika 6 tahun..semoga dipermudahkan urusan persekolahan anak2 mv..

Good luck upsr dan sru buat haikalayu..dan good luck untuk syamimi mudah-mudahan cepat pandai membaca..

Buat wani...semoga berjaya menyesuaikan diri dengan penilaian melalui pentaksiran guru kerana tahun ni tiada exam untuk tahun 1 hingga 3

Read More