All About Love

Monday, January 7, 2019

Peta i-THINK

3:13 PM
Peta i-THINK

Assalammualaikum..

Baru perasan pasal Peta i -THINK ni..mula-mula ada kawan up di Fb kawan dia tanya pasal ni..sekali google rupanya peta minda...pergh budak sekolah sekarang punya istilah..dan tadi masa urus wani...ternampak di belakang buku tulis gambar di atas...

Peta i- THINK ada 8:
  1. peta pelbagai alir
  2. peta bulatan
  3. peta pokok 
  4. peta alir
  5. peta dakap
  6. peta buih berganda
  7. peta buih 
  8. peta titi
Dulu-dulu zaman mv sekolah peta minda ni kita mula guna masa tingkatan..tapi sekrang wani yang darjah 3 sudah mula guna peta minda ni...semakin maju anak-anak sekarang


Read More

Sunday, January 6, 2019

Menu kampung

2:51 PM
Menu kampung


Assalammualaikum 

Menu kampung untuk lunch hari ni.ikan pari bakar ,sayur putih dan lada kicap...kebetulan tadi ke tamu tuaran ..

Mv beli ikan pari 2 piring rm9 ada 7 ekor  semuanya...terus mr velentine request ikan pari bakar...

Ikan pari bakar ni..mv bakar kat kuali tefal jer...balut guna daun pisang ...ikan tu di belah dua...

Bakar tanpa minyak ..kira healthy food lah konon...mv ada juga beli ikan sembilang..rm30 dua ekor...

Itu nanti mau masak kari...siapa febret dia ikan pari bakar?cer angkat tangan...

Read More

Thursday, January 3, 2019

Giveaway SemakanOnline.com Di Mialiana.com

8:38 AM
Giveaway SemakanOnline.com Di Mialiana.com
Assalammualaikum..

Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019 atau BSH 2019 fasa pertama akan dibuat pada 28 Januari nanti. Bantuan tersebut dijangka memanfaatkan lebih 4.1 juta penerima di seluruh Malaysia. Terdapat lima jenis kategori bantuan untuk pembayaran BSH kali ini. (rujuk gambar di bawah)


Pembayaran pertama akan dibuat sebanyak RM300 untuk setiap isi rumah. Baki bayaran BSH yang akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga akan menggunakan kaedah baharu seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019. Urusan kemaskini BSH 2019 akan dibuka semula dalam tempoh terdekat. Setiap penerima wajib kemaskini permohonan masing-masing sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 tahun. 

Untuk maklumat lanjut layari portal Bantuan Sara Hidup di https://bsh.hasil.gov.my



Giveaway ini dianjurkan oleh SemakanOnline.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM350 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.

Read more: http://www.mialiana.com/2019/01/giveaway-semakanonlinecom-di-mialianacom.html#ixzz5bV5vd4rt
Read More

Wednesday, January 2, 2019

Permulaan Tahun 2019

10:10 AM
Permulaan Tahun 2019
Assalammualaikum

Image may contain: one or more people
ok selesai satu kerja
Alhamdulillah hari ini merupakan hari pertama anak-anak MV ke sekolah dan merupakan hari pertama MV bekerja di tahun 2019..oleh kerana tidak bercuti tahun ini untuk uruskan anak-anak..Mv begerak awal hantar anakk ke sekolah tapi MR Velentine yang Drive...

Anak-anak Mv ada satu perangai walaupun bapa ada tetap mau mama dia yang urus.Alhamdulillah tadi sebelum masuk ofis sempat hantar dorang..tunjukan kelas wani di mana..temankan abang dan kakak Ayu ke kelas..

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing
My budak kaca mata dan my baby  besar
lepas tu masuk ofis hantar syamimi pula..adui drama betul anak mv yang satu ni...boleh2 tak mau masuk kelas sebab nampak budak2 nangis...kena buat perjanjian nampaknya dengan si kecil ni...dan hari pertama kerja jak..MV terlupa kunci library...

terpaksa balik rumah ambik kunci semula..hahaha..adoi permulaan yang dramatik sangat...sampai library memulakan haari dengan shelving rak ...di library ada dua seksyen..dewasa dan kanak-kanak..senang hati bila tengok buku sudah siap di kemas..

sekarang sambung katalog buku pula ..semoga dipermudahkan urusan MV hari ini .Amin
Read More

Tuesday, January 1, 2019

Back to school 2019

6:58 PM
Back to school 2019

Assalammualaikum

Back to school 2019..alhamdulillah esok anak anak mv kembali ke sekolah untuk sesi persekolahan 2019

Anak-anak semua dah sekolah..tapi mv tak dapat cuti untuk temankan mereka.mereka kena bedikari sendiri tahun ni..

Cuma part tulis nama di buku dan balut buku mv masih tolong mereka buat.cuma abg haikal dia jenis bedikari ..dia balut dan tulis nama dia sendiri..


So mv balutkan buku kakak ayu dan wani.tapi wani untuk sk agama jer..sekolah sk belum dapat buku teks..

Syamimi pula sudah tabika 6 tahun..semoga dipermudahkan urusan persekolahan anak2 mv..

Good luck upsr dan sru buat haikalayu..dan good luck untuk syamimi mudah-mudahan cepat pandai membaca..

Buat wani...semoga berjaya menyesuaikan diri dengan penilaian melalui pentaksiran guru kerana tahun ni tiada exam untuk tahun 1 hingga 3

Read More

Monday, December 31, 2018

Hadiah Untuk Ayu

8:30 AM
Hadiah Untuk Ayu
Image may contain: phone
Vivo Y71
Assalammualaikum...

Hadiah untuk Kakak Ayu iaitu Handphone Vivo Y71 .Ini janji MV sekiranya dia dapat 8A dalam ujian penilaian kelas kafa dia boleh minta apa saja dan mama cuba tunaikan.Dia minta HP baru.

Hp lama yang dia guna vivo Y21 screennya pecah sudah tapi masih boleh digunakan.Oleh kerana dia berjaya dapat 8A...Mama belikan hp ini sebagai hadiah..Semoga Kakak AYu terus rajin berusaha untuk UPSR & SRU tahun depan...

Untuk Abg Haikal..mama janjikan kalau lulus semua subjek ..Mama akan bagi HP Vivo Y53 yang mama pakai...So abang pun capai target dia dapat 3A 3B 2C....alhamdulillah lulus semua subjek...

Cuma dapat HP ini ada syarat kena patuh...Bermula sesi persekolahan 2019 Handphone akan dipegang oleh mama dan babah ..cuma boleh pegang hp semasa cuti iaitu hari Ahad...melainkan memerlukan hp untuk mencari maklumat mengenai kerja sekolah...tapi itu pun pencarian hanya menggunaka HP mama...

Adil kan...mama sudah tunaikan janji..kamu pula kena penuhi syarat mama...
Read More

Sunday, December 30, 2018

Yit Foh Kopi Tenom

8:30 AM
Yit Foh Kopi Tenom

Image may contain: outdoor

Assalammualaikum...

Datang Tenom nda sah kalau nda beli kopi ..So kami singgah di Yit Foh Kopi beli kopi dan sambil-sambil tue bergambar untuk kenangan.

Masuk di sini free tapi jam 5.00 petang gate dia tutup sudah ...Di sini ada juga bilik macam homestay untuk disewa ...MV nda tanya bayarannya Cuma singgah bergambar di dalam kawasan yang ada payung-payung...

Image may contain: 1 person, outdoor

Oh ya anak-anak..siap test minum kopi lagi..paling sedap kopi campur durian.Yang ini Mr Velentine ada beli...Anak-anak pula ada beli gula-gula dari kopi...sedap macam gula-gula kelapa tapi yang ni rasa kopi..manis-manis pahit



Image may contain: 4 people, people smiling, people standing

Didalam ni ada cafe juga kalau ada yang mau singgah makan..Apa yang menarik di sini...bilik-bilik dimanakan dengan nama minuman macam Cappucino...Memang unik decoration dalam tempat ni...

Image may contain: 5 people, people smiling, stripes and outdoor

Image may contain: 4 people, including Jueliza Jamani, people smiling, stripes

Kamu wajib datang tempat ni kalau ke Tenom..

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing, stripes, child and outdoor
Read More