All About Love

Thursday, December 13, 2018

Pertukaran Waktu Operasi UTC di seluruh Negara

10:51 AM
Pertukaran Waktu Operasi UTC di seluruh Negara
Sumber Google

Assalammuaualaikum...

Mv  Nak berkongsi tentang makluman pertukaran Waktu operasi UTC di seluruh negara bermula 1 Januari 2019 seperti berikut:-

Semenanjung malaysia :-waktu operasi 8.00 pagi hingga 7.00 petang -
rehat 12.15  - 2.45 petang (solat jumaat)
Sabah & WP Labuan :- waktu operasi 8.00 pagi hingga 7.00 petang 
rehat 11.30 - 2.00(solat jumaat)
Sarawak :- waktu operasi 8.00 pagi hingga 7.00 petang 
rehat 11.45 pagi - 2.15 petang(solat jumaat)


Pertukaran ni buat ramai yang mengeluh sebab selalu ramai yang berurusan sebelah malam di UTC..lepas ni hanya sampai jam 7..so kalau perlu berurusan kena ambik cuti lah nampaknya sebab mahu kejar masa ke UTC terkena jammed sebab waktu kemuncak orang balik kerja...

sekian perkongsian untuk hari ini..

Read More

Wednesday, December 12, 2018

Bantuan Sara Hidup 2019

3:34 PM
Bantuan Sara Hidup 2019
Assalammualaikum...

Bantuan sara Hidup 2019 telah diumumkan oleh menteri kewangan dalam pembentangan bajet Malaysia 2018 haritu dengan sedikit perubahan iaitu bantuan hanya disalurkan kepada isi rumah dan kategori bujang telah digugurkan.

Jumlah bantuan adalah mengikut 3 kategori seperti dibawah iaitu:-
  • Isi rumah pendapatan bawah RM2000 akan dapat RM1000
  • Isi rumah pendapatan RM2001-3000 dapat RM750
  • Isi rumah pendapatan RM3001-4000 dapat RM500
Dan perubahan baru pada BSH 2019 bagi keluarga yang  menerima BSH 2019 setiap anak layak mendapat bantuan RM120 terhad kepada 4 orang anak sahaja  dan berumur 18 tahun ke bawah kecuali anak yang berstatus OKU..

Pendaftaran permohonan BSH 2019 akan dibuka pada   bulan Januari 2019 dan semakan status BSH boleh di semak melalui portal rasmi https://bsh.hasil.gov.my/..Selain itu platform lain juga boleh digunakan untuk membuat semakan iaitu :-
  • muat turun aplikasi Semakan Bantuan Sara Hidup Rakyat di Play Store dan App Store
  • Hubungi LHDNM melalui talian 1-800-88-2716
  • Hubungi MOF melalui talian 03-8882 4565/ 4566
  • Pergi ke Cawangan LHDNM yang berhampiran
Bayaran BSH 2019 akan dilakukan secara 3 fasa dan pembayaran adalah mengikut kategori seperti berikut kecuali untuk kategori isi rumah berpendapatan RM3001-RM4000 .

Pembayaran secara berperingkat dibuat membolehkan penerima BSH merancang dan menguruskan BSH dengan berhemah dan cermat.Penerima BSH  yang layak bolehlah menggunakan wang diterima untuk  tujuan seperti :-


  1. Keperluan anak-anak sekolah.Memandangkan anak-anak pun layak menerima RM120 setiap seorang terhad kepada 4 orang anak berumur 18 tahun ke bawah .Ini dapat membantu untuk kelengkapan dan keperluan sesi persekolahan 2019 terutamanya untuk keperluan membeli kasut sekolah memandangkan perubahan kasut putih kepada penggunaan kasut hitam.Walaupun tidak wajib namun ada pihak sekolah mengwajibkan penggunaan kasut hitam kuatkuasa 2019.
  2. BSH juga boleh digunakan untuk persedian sambutan hari raya aidilfitri.BSH dapat meringankan beban keluarga yang berpendapatan rendah untuk menyediakan keperluan dan kelengkapan untuk sambutan hari raya.
  3. Digunakan sebagai modal perniagaan kecil .Contohnya seperti perniagaan kerepek dan kuih muih kerana modalnya sangat rendah.Ianya  sekurang-kurangnya membantu golongan yang berpendapatan rendah untuk memulakan perniagaan dan memberi pendapatan sampingan kepada mereka.
  4. Dijadikan simpanan -walaupun nilai BSH tidak lah sebesar mana namun ianya  boleh disimpan sebagai simpanan kecemasan sekiranya berlaku kecemasan yang memerlukan kos kewangan.Contohnya untuk kos perubatan,kos membaiki kenderaan atau pun untuk keperluan kecemasan yang lain.Jika wang BSH yang diterima disimpan sekurang-kurangnya jika berlaku kes seperti tadi ianya dapat meringkan beban kepada mereka.
Kepada mereka yang layak untuk memohon Bantuan sara Hidup 2019  bolehlah memohon pada januari 2019 nanti dan bolehlah berkongsi maklumat mengenai BSH 2019 ini kepada Keluarga,Sahabat dan jiran tetangga...

Sama-sama kita menyalurkan maklumat sekaligus membantu mereka yang layak ....Kalau bukan kita siapa lagi..kalau bukan sekarang bila lagi.....




Read More

Tuesday, December 11, 2018

Keputusan final Pertama piala suzuki Aff 2018-malaysia vs vietnam-

10:54 PM
Keputusan final Pertama piala suzuki Aff 2018-malaysia vs vietnam-

Assalammualaikum

Keputusan final Pertama piala suzuki Aff 2018 hari ini malaysia vs vietnam berakhir dengan keputusan seri 2-2 ....

Ini bermakna vietnam ada kelebihan away gol ditempat lawan.. malaysia kena dan mesti memang di Hanoi sabtu ini 15.12.18 untuk final kedua piala suzuki aff 2018

Terima kasih pemain harimau malaya kerana bangkit dan menghadiahkan kami keputusan 2-2...macam mana kita kena tinggal 2 kosong kemudian mengejar dan akhirnya berjaya mengikat perlawanan dengan keputusan 2-2

Banyak peluang yang ada namun bukan rezeki malaysia... Takpa lepas ni kita teruskan menyokong untuk game di Hanoi,vietnam

Read More

Final Pertama Piala Suzuki AFF 2018-Malaysia Vs Vietnam-11-12-2018-

10:26 AM
Final Pertama Piala Suzuki AFF 2018-Malaysia Vs Vietnam-11-12-2018-
Assalammualaikum...

Malam ini merupakan Final Pertama Piala Suzuki AFF 2018 di antara Malaysia menentang Vietnam...Untuk Final pertama ...Main di Malaysia dahulu kemudian akan ada perlawanan timbal balik di Vietnam nanti...

Oleh kerana MV di Sabah ...Kami support dari jauh dengan tengok live di TV saja...so mari kita sokong Harimau Malaya kita....Jangan biarkan vietnam menang di Malaysia ....go go harimau malaya
Read More

Monday, December 10, 2018

Baby Gift Hamper By Lovingly Signed

4:23 PM
Baby Gift Hamper By Lovingly Signed
Assalammualaikum...


Lovingly Signed adalah satu laman web terkemuka dari Singapore yang menjual barangan bayi  seluruh dunia dan apa yang menariknya jika kita membeli barang di Lovingly Signed ni kita boleh personalis barangan dengan nama yang kita pilih sendiri dan dibungkus dengan penuh kasih sayang serta dihantar ke depan rumah kita...Menarik kan...itu baru pengenalan...

Kamu yang rasa-rasa mau bagi hadiah kepada Mom to be ataupun sedang menunggu saat kelahiran bayi anda bolehlah cari kelengkapan bayi anda di Sini.Antaranya :-

1.PERSONALISED PINK ELEPHANT BLANKET$67.00 SGD

Personalised Pink Elephant Blanket - Lovingly Signed Personalised Pink Elephant Blanket - Lovingly Signed 

Lawa kan blanket ni siapa ada pilihan warna lain selain pink..siap kita boleh tulis nama anak lagi.Jadi sangat sesuai lah kalau ibu-ibu yang anak dihantar ke Taska atau pengasuh...Kes tertukar barang dapat dielakkan...zaman MV sudah berlalu...dulu MV tulis pakai marker jak nama anak di tuala  hahaha sebab selalu tertukar haha

2.PERSONALISED MAGICAL CHRISTMAS BABY GROW - UNISEX

$39.00 SGD

Personalised Magical Christmas Baby Grow - Unisex - Lovingly Signed  Personalised Magical Christmas Baby Grow - Unisex - Lovingly Signed

Datang dengan pilihan size 0-3 Bulan,3-6 bulan,6-9 bulan dan 9-12 bulan.Diperbuat daripada fabrik cotton 100% .Made in UK .Siapa yang mahu bagi christmas gift boleh pilih ini sebagai hadiah...

3.ETHAN THE FOX TEETHER
$39.00 SGD

Ethan the Fox TeetherEthan the Fox Teether - Lovingly Signed

anak mahu tumbuh gigi atau gatal gusi ...Ethan the Fox Teether sesuai anak anda kerana :-

100% natural rubber.
Helps soothe gums.
Non-toxic food grade paint.(ini sangat penting..non toxic sesuai untuk bayi)
Size - 18cm.(tak kecil sangat sesuai untuk bayi...kalau kecil boleh tertelan kan..yang ni memenag besar...comel pula warnanya)

Pssttt kamuorang ,,,,Sempena Christmas ni setiap pembelian SG$100 akan mendapat patung Santa Claus...wow..comel jak tu patung.anak-anak mesti suka..mak mak yang tengok pun suka inikan pula anak-anak...



So apa langkah yang patut kamu buat first ...Sign up Lovingly Signed  daftar dan kemudian pilih barang yang korang berkenan..then terus buat pembayaran.Oh ya pembayaran melalui paypal @ Googlepay....

Penghantaran adalah percuma di Kawasan Singapore.Penghantaran ke luar adalah di caj SGD $25 dan penghantaran percuma sekiranya pembelian anda mencapai SGD $250 dan mengambil masa 4 hingga 8 hari ...

Sekiranya barang tidak muat...kamu boleh pulangan semula dalam tempoh 14 hari dari tarikh terima barang dan mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan...

Bila terbuka web dorang ni ..tiba-tiba rasa mau ada baby kecil hahaha...adui dugaan betul ..warna yang mereka sediakan sangat soft kebanyakannya....

Kamu boleh follow :-








 
Read More

Jollibee Home of the famous Chickenjoy is now in Kota Kinabalu Sabah

8:52 AM
Jollibee  Home of the famous Chickenjoy is now in Kota Kinabalu Sabah
Assalamualaikum

Dont miss it...come to Centre Point at 15.12.18

 Jollibee, home of the famous Chickenjoy is now in Sabah! The first outlet is opening its doors on the 15th December 2018 (Saturday) at Centre Point Sabah, Kota Kinabalu!

First 200 customers  in line on Opening Day will receive *FREE Jollibee Plush Toy Bag!*

Free For First 200 Customers


Jollibee is the flagship brand of Jollibee Foods Corp (JFC), which is the largest and fastest growing Asian restaurant company in the world.JFC has 14 brands across 20 countries with more than 4300 stores globally, of which over 1300 are Jollibee branches.

 It is famous for its:-
  •  crispylicious and juicylicious Chickenjoy,

  •  its sweet-style Jolly Spaghetti

  • signature Yumburgers








Read More

Sunday, December 9, 2018

Jeruk betik dan jeruk mangga

9:57 PM
Jeruk betik dan jeruk mangga

Assalamualaikum


Di malam hari menyiapkan order jeruk betik dan jeruk mangga... Ini sajalah kemahiran mv hahaha.. Bab menjeruk buah memang menjadi... 


Alhamdulillah hanya tinggal 3 bekas belum bertuan jeruk betik MV... Yg lain sudah berpunya.... Penat?? Memang penat tapi puas bila tengok customer makan jeruk.. Berbaloi... 

Walaupun mv ada kerja tetap... Tapi mencari pendapatan sampingan tu tak salah... Bisnes kecik2 saja bah.... Bikin tambah2 duit dan bikin tabungan... 


Read More