All About Love

Friday, November 30, 2018

Pemakaian Kasut Sekolah dan Stokin 2019

8:50 AM
Pemakaian Kasut Sekolah dan Stokin 2019

Assalammualaikum...


Pemakaian Kasut Sekolah dan Stokin 2019 ni MV dapat dari group whatsapp PIBG sekolah anak MV....untuk 2019 hingga 2020 pemakaian kasut bewarna putih masih dibenarkan,,,,dan pemakaian kasut bewarna hitam juga dibenarkan...

maksudnya untuk tempoh 2 tahun akan datang ...bukanlah perubahan drastik ibubapa kena belikan kasut bewarna hitam....tetapi ada etika pemakaian kasur dan stokin iaitu:-


  1. kasut putih + stokin putih
  2. kasut hitam + stokin hitam


sekiranya anak-anak memakai kasut hitam...dan stokin warna putih...adalah salah....dan pada tahun 2021 pemakaian kasut hitam berkuatkuasa sepenuhnya..so ibubapa yang sudah terbeli stok kasut putih atau hitam untuk tahun depan jangan risau ...sebab kedua-dua warna kasut masih boleh digunakan....
Read More

Thursday, November 29, 2018

Intermittent Fasting

11:21 AM
Intermittent Fasting
Assalammualaikum...

Intermittent Fasting iaitu berpuasa selama 16jam makan 8 jam ..semua tiba-tiba kecoh pasal ini sebab Lisa Surihani bagitau yang dia kurus sebab amalkan diet IF ni...kalau di Facebook sebenarnya memang dah ada group Diet IF ni klik SINI  untuk joined secara percuma untuk sesiapa yang berminat untuk mencuba...

Petang semalam...ada satu video yang MV share di Facebook tentang kebaikan Intermittent Fasting oleh Dr Jue ..Klik sini untuk videonya ....apa yang Doktor ini share puasa 16 jam makan 8 jam mampu cegah kanser...

Mv baru juga mula dengan IF diet ni...tak sampai sebulan lagi ...semoga MV berjaya mengurangkan berat badan....

melalui video yang MV tonton semalam...antara kebaikan IF ni adalah :-

  1. Perubahan fungsi sel hormon iaitu Insulin drop ...Kita sedia maklum insulan adalah tidak bagus untuk badan ....so apabila kurang insulin dalam badan ...fat sel tidak akan berlaku 
  2. HSG(Grow Hormon)-membuat pengamal IF awet muda dan grow hormon meningkat 5 kali ganda dan akan menguruskan badan.
  3. Cellular repair
  4. genetik tahan lama iaitu jangka hayat
  5. brown fat banyak akan menyebabkan pembakaran white fat berlaku
  6. meningkatkan metobalisme
dan banyak lagi...ini yang MV ada tulis untuk panduan..korang kalau nak tau lebih lanjut..boleh tengok video yang MV sebut..

oh ya..sepanjang IF kita boleh minum air kosong,teh tanpa gula,green tea atau kopi tanpa gula... korang ada tak yang buat IF..cuba share
Read More

Wednesday, November 28, 2018

Nombor kedudukan dalam kelas bukan penentu

1:16 PM
Nombor kedudukan dalam kelas bukan penentu
Assalammualaikum...

No automatic alt text available.
ini result percubaan UPKK yang diguna pakai untuk keputusan ujian akhir tahun di sekolah agama anak

Penghujung tahun ramai yang berkongsi keputusan peperiksaan anak-anak....tahniah buat anak-anak anda yang berjaya naik ke pentas menerima anugerah....MV ucapkan tahniah juga buat anak-anak MV yang tidak berkesempatan naik ke pentas tahun ini...sebab di Sekolah rendah mereka tiada di buat majlis anugerah ..kenapa??panjang ceritanya hihi

MV cuma nak becerita sekarang ni tentang nombor kedudukan dalam kelas bukan penentu ...MV kongsikan result kakak Ayu di kelas sekolah agama....nampak tak 21/23 ,,,,,nak penghujung dah kan...dengan result keseluruhan 5A 3B,,,

mula-mula dia dapat keputusan macam ni  masa mula2 awal persekolahan tahun ni ..dia agak down..MV pun down..sebab org tanya anak dapat nombor berapa ....kita sebut jak..nombor yang tanya sdh buat muka riak ..sebab nombor anaknya kecil....

Bila Mr Velentine mula bersuara ..logik bah fikir..anak di kelas yang memang pandai2,,,dia nombor begitu pun result dia bukan gagal tapi lulus....peratus pun bukan rendah..start dari haritu MV sudah tak pandang nombor...MV lebih pentingkan gred purata dan peratus...


So pada kamu yang anak tak naik pentas tapi keputusan anak-anak meningkat..satu jak MV nak cakap..ucapkan lah juga tahniah..dan berikan mereka hadiah sebagai penaik semangat,,hadiah tak semestinya yang mahal....anak-anak ni asal dapat hadiah memang bahagia sudah 


Read More

Thursday, October 25, 2018

Sambal Petai Udang

10:37 AM
Sambal Petai Udang
Image may contain: food
Percubaan Pertama
Assalammualaikum..

Blog dah nak bersawang...mak ai...teruknya.Hari ni MV nak kongsi pengalaman MV memasak Sambal Petai Udang buat pertama kalinya..Serius sebelum memang tidak pernah masak yang berasaskan Petai...Kebetulan Mr Velentine beli petai dari kawan sekerja katanya sayang mau makan kan...abang beli lah...

dia nda tau yang bininya ni nda pernah masak petai hahaha....so semalam adalah kali pertama masak dan ya Ampun sedap yang amat hahaha...itu Anak dan suami yang cakap...dorang cakap sedap sambal ni..walaupun hakikatnya dorang nda makan pun petainya,,,pahit kunun..

Mv makan seorang lah petainya....rasa sambal mimi bilang pedas tapi sedap...sampai mau tambah nasi 2 pinggan..itu anak kecil memang suka makan pedas ....resepi simple jer semalam...

Macam buat sambal nasi lemak...beza MV masukkan udang dengan petai....perghhh teringat rasa sedap itu(**haha puji diri sendiri) ..Siapa peminat petai...kita geng walaupun saya berada jauh di Sabah haha
Read More

Wednesday, October 10, 2018

Review: I Love You, Stupid!-Melur Jelita

9:29 AM
Review: I Love You, Stupid!-Melur Jelita

Monday, October 1, 2018

Sabah Ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2018

4:22 PM
Sabah Ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2018
Image may contain: 4 people, people smiling, people standing
Mv bersama Pemain import Sabah...Ogawa,hector ramos dan francis kasonde

Assalammualaikum....

Alhamdulillah rezeki Sabah Fa ke separuh akhir apabila menang 1-0 di Stadium Likas pada perlawanan timbal balik di Sabah 29.09.2018 dan agregat 2-2 dan sabah layak ke separuh akhir dengan kelebihan gol di tempat lawan...

Sabah akan menentang Perak pada perlawanan Separuh Akhir Piala Malaysia tu nanti ....Ayo Penyokong Sabah rhinos mari kita sokong pasukan kita ...penuhkan stadium macam masa lawan Kelantan last week hari tu...

Chayok2..harap2 dapat lah tengok Sabah ke Final Piala Malaysia...mengulang zaman kegemilangan jurulatih sabah iaitu Julius Ating, borhan Ajui dan suharmin yusof...

#kemonsabah #radutatapradu #sabahtanahairku #sabahboleh...
Read More

Wednesday, September 12, 2018

Review Novel: Encik Montel Paling Sweet-Aini Effariza

10:36 AM
Review Novel: Encik Montel Paling Sweet-Aini Effariza
Encik Montel Paling Sweet Encik Montel Paling Sweet by Aini Effariza
My rating: 4 of 5 stars

Kamelia Dan Daniel..dua sahabat karib ..namun Daniel menyimpan perasaan terhadap Kamelia yang mana pernah menyebabkan hubungan persahabatan mereka terputus. Kamelia pula diuji pada ketika dia sakit dia ditinggalkan oleh Hakimi tunang yang paling dia cintai....

Hati Kamelia rosak...dan ada seorang penderma hati misteri yang mendermakan hatinya tanpa mau dia dikenali atau diberikan sebarang Ganjaran...namun sesuatu yang sangat pelik apabila hati baru lebih mendamaikan ketika dia bersama Daniel....

Haikal ,si konsultant yang ego mempunyai dendam terhadap Daniel dan Kemelia adalah batu loncatan untuk membalas dendam tersebut...Iri hati ddengan apa yang Daniel miliki membuatkan dia merancang untk membalas dendam

Namun dendam itu bukanlah dendam yang akan menyakitkan Daniel dan Kamelia namun sebaliknya,,,,Apatah lagi apabila identiti si penderma Hati telah diketahui...Siapa dan kenapa dia sanggup berbuat begitu....

**mengharapkan novel ini ada sambungannya..sebab mau tau ending antara mereka berdua,,hihi

View all my reviews
Read More