All About Love

Friday, March 2, 2018

Sabah Vs JDT -Piala Fa - Pusingan 2 2018

2:27 PM
Sabah Vs JDT -Piala Fa - Pusingan 2 2018
Yeah dah ada tiket untuk game esok

Assalammualaikum....

Perlawanan Piala Fa 2018 Pusingan kedua Sabah menentang JDT...menyambut kedatangan JDT ke  Stadium Likas Sabah..

Perlawanan yang dijangka sengit hahaha..sengit dengan sokongan padu penyokong Sabah..Manakala JDT sapa tak kenal..pasukan terkuat dan paling mantap di Malaysia...

Beli tiket awal sebab takut x sempat kalau beli esok..sebab tiket hanya 20, 000 jer di jual..hari ni 10, 000 esok 10, 000 ...sebab masa lawan Sarawak haritu hampir 10 000 penonton dlam 9+++ macam tue

Marilah kita support pasukan pilihan kita..MV semestinya Sabah Fa ..Sabah Rhinos..chayok2


Read More

Thursday, March 1, 2018

Pendaftaran Pra Sekolah Dan Tahun 1 Sesi 2019

9:35 AM
Pendaftaran Pra Sekolah Dan Tahun 1 Sesi 2019
Assalammualaikum

Bermula 1 Mac 2018,permohanan pra sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia 2019 di eprasekolah.moe.gov.my dan permohonan darjah 1 2019 di public.moe.gov.my akan dibuka.

Untuk pendaftaran tahun 1 akan dibuka pada pukul 10 pagi...macam kami di sabah..pendaftaran secara manual ...iaitu dengan ambik borang di sekolah yang kita pilih nanti sekolah yang akan hantar ke pejabat pendidikan...

Tahun ni Syamimi sudah 5 tahun...maknanya MV kena daftar permohonan darjah 1 dia tahun ni...iaitu daftar 2 tahun awal...tadi MV dah call sekolah yang MV nak hantar...tengahari ni minta suami ambik borang masa ambik haikalayuwani...

Korang yang ada anak lahir:-


  1.  pada tahun 2012 sekarang berumur 6 tahun
  2.  pada tahun 2013 sekarang berumur 5 tahun 
  3.  pada 1.1.2014( berusia 4 Tahun)
bolehlah buat pendaftaran darjah 1 mengikut tempat..macam Sabah masih lagi manual..so kena pergi sekolah yang kita nak hantar anak nanti..jangan lambat takut jadi pendaftaran lewat ..

nanti dapat sekolah yang jauh dari rumah...semoga dipermudahkan urusan yan kawan-kwan semua
Read More

Monday, February 26, 2018

Review Novel Sahaja Aku Menikahimu -mas Yura-

2:27 PM
Review Novel Sahaja Aku Menikahimu -mas Yura-

Assalammualaikum

Cinta itu datang tanpa diduga..dari rasa benci akhirnya menjadi cinta.satu ikatan pernikahan tanpa sekelumit perasaan cinta di antara mereka..

Fayyad dan ezahra...sangat berlawan perwatakan mereka...namun disatukan menjadi suami isteri hanya kerana permintaan Tan Sri Khalid..

Dia menginginkan Ezahra berubah ..dari seorang gadis pemarah...kaki kelab dan sombong...manakala Fayyad pula seorang anak kampung yang penuh dengan didikan agama..

benar ...wanita baik utk lelaki baik...tapi kalau xda lelaki baik untuk membimbing wanita yg org gelar tak baik macam mana wanita itu menjadi baik...

berdasarkan pegangan dan rasa sayang terhadap Tan Sri khalid akhirnya Fayyad bersetuju untuk berkahwon dengan ezahra..

bila cinta itu sudah berputik datang pula kekasih lama Hairi menagih cinta ezahra...ditambah lagi kedinginan mak mertua....

satu tragedi berlaku menyebabkan salah faham antara ezahra dengan Fayyad serta ibunya...bila eZahra di bandingkan dengan Zahira..bila Fayyad mula goyah...

Ezahra kecewa dan perlu ruang untuk bersendiri..benar..bukan semua sempurna..yang dibimbing ada egonya..yang membimbing pun sama...

Read More

Saturday, February 24, 2018

Sabah vs Sarawak Liga Perdana 2018-24.02.2018

8:07 PM
Sabah vs Sarawak Liga Perdana 2018-24.02.2018

Assalammualaikum

24.02.2018 Sabah vs Sarawak perlawanan bola sepak liga Perdana Malaysia 2018 bertempat di Stadium Likas Kota Kinabalu Sabah,,,

Melayan tetamu Sarawak ...borneo game orang bilang...sapa ada di stadium malam ni..kalau nampak mv say hi saja(macam orang kenal MV hahaha perasan)

So marilah kita layan bola di Stadium malam ni ..chayok2 sabah ..

Read More

Thursday, February 22, 2018

Lagu Tadika Kemas-TABIKA KEMAS KITA

11:38 AM
Lagu Tadika Kemas-TABIKA KEMAS KITA

ASSALAMMUALAIKUM..



KITA BELAJAR MEMBACA 
MENULIS DAN MENGIRA 
MELUKIS BERSAMA WARNA 
DI TABIKA KEMAS KITA 

BELAJAR DI TABIKA KITA 
BERSAMA KAWAN-KAWAN SEMUA
GURU MENGAJAR DAN MENDIDIK 
JADI CERIA CERGAS DAN CERDIK 

KAMI ANAK-ANAK MALAYSIA 
KAMILAH PEWARIS NEGARA
BERUSAHA HINGGA BERJAYA
 UNTUK MALAYSIA YANG TERCINTA

MV BERKONGSI LAGU TABIKA KEMAS YANG BARU....MENARIK LIRIK DAN MUZIKNYA....INI SEMUA SYAMIMI PUNYA ANGKARA...DIA MAIN LAGU NI DI YOU TUBE...BILA DIA NYANYI MAMA RASA NDA BOLEH MOVE ON ...

SEBAB SUARA DIA COMEL SANGAT NYANYI LAGU NI..HAHAHA....
Read More

Wednesday, February 21, 2018

Ajar Anak Kenal Huruf Dan Nombor

12:23 PM
Ajar Anak Kenal Huruf Dan Nombor

Assalammualaikum...

belajar tulis nombor 4 dan 5
Ajar anak kenal huruf dan nombor bukan hanya tugas seorang cikgu tetapi juga tugas ibubapa...Syamimi sekarang dah tadika 5 tahun di Kemas..dengan silibus pelajaran yang mencabar era ini...MV kena pastikan syamimi kenal huruf dan nombor di usia 5 tahun..dan membaca di usia 6 tahun ...

ini kerana sekolah darjah satu nanti anak akan berhadapan dengan Linus..itu adalah persiapan paling penting yang kena ada pada anak iaitu...kena pandai membaca dan kenal huruf dan nombor...

belajar tulis nama dalam huruf besar
Kalau nak harapkan cikgu memang tak boleh sebab cikgu takkan dapat fokus semua muridnya..pendekatan ini lah yang MV ambik dari zaman Abang haikal hinggalah ke Syamimi.ajar mereka di rumah selain dari sekolah...

walaupun taklah ajar macam sekolah...namun dengan bantuan ibubapa insyaallah proses pembelajaran itu menjadi mudah dan beterusan di rumah...namun bukanlah mau paksa anak-anak..just supaya anak boleh kenal huruf kenal nombor..boleh membaca dan mengira kira oklah...

kenal huruf a besar dan kecil
so tahun ni misi MV nak ajar syamimi pula...supaya dia boleh mengenal nombor dan huruf serta boleh membaca di usia 6 tahun...syamimi ni kalau ikut bulan baru 4 tahun 2 bulan...so minat dia nak belajar tue belum lagi...

macam kakak ayu dan wani..dorang mula mau belajar bila usia genap 5 tahun...jadi MV kena usaha sikit dengan syamimi ni..walaupun cikgu dia xda lah komplen tapi supaya dia cepat membaca,.
kenal huruf b dan c
Sekaligus nak bagi tangan dia lembut dan perbaiki tulisan dia.,,kalau bab mewarna dan melukis no hal..sebab dia memang sudah pandai melukis dan mewarna..betul nak ajar anak bukan mudah..tapi tak mustahil kalau kita usaha
kenal nombor 2 dan tiga
Read More

Monday, February 19, 2018

Program Kami Cinta Rasulullah

12:36 PM
Program Kami Cinta Rasulullah
Assalammualaikum...

Wani memang tempat ketiga sajak Tahap Satu 
Program Kami Cinta Rasulullah di Sekolah agama anak-anak MV yang dibuat pada awal februari lagi dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan...antaranya pertandingan :-

  • sajak 
  • tilawah
  • hafazan
  • azan
  • khutbah
  • becerita
  • selawat 
  • perbarisan
  • mewarna
  • busana muslimah 
Melibatkan semua pelajar,,Macam abang Haikal dia ikut pertandingan selawat dan perbarisan...Kakak Ayu ikut Perbarisan dan kakak wani ikut pertandingan sajak..mereka di asingkan mengikut kumpulan berdasarkan nama kelas tapi diwakili dengan warna juga...

macam kakak ayu kumpulan saidina umar dengan warna merah...dorang bang haikal dan kakak wani saidina Ali dengan warna kuning....
team saidina Umar..
Kumpulan Saidina Ali menang Selawat dan Perbarisan...Saidina Umar tempat kedua untuk  kedua2 acara tersebut...kakak Ayyu menjadi pemegang sepanduk untuk team saidina Umar...Kakak Ayu cakap menteri-menteri(hahaha padahal pengarah dan pengerusi Masjid) semua kalau bergambar cari dia ...sebab dia pakai baju merah...Merah umno ...hahaha...
with ustaz Jabir dan Ustazah Norasita
Kakak Wani pula dapat tempat ketiga pertandingan sajak...happy dia dapat nombor tiga ...percubaan pertama...bilangnya next time dia mau ikut lagi ...best bah sajak ni...anak Mv yang seorang ni tak takut,...nak berdepan dengan orang ramai ...

sampai kakak ayu cakap dia tak tau malu haha,,,macam lagu atmosfera tu....kawan mv pula cakap dia macam MV masa zaman sekolah....pentas dan MV berpisah tiada,hahaha
Team Saidina Ali 
Program seumpama ini sangat memberi makna dan pengajaran untuk anak-anak..semoga program ini berterusan lagi pada masa hadapan
Ready To Perarakan 
Read More

Thursday, February 15, 2018

Aktiviti Hujung Minggu

7:30 AM
Aktiviti Hujung Minggu
Assalammualaikum...


Image may contain: 4 people, people smiling, people sitting, child and outdoor
lepas dari playground
Aktiviti hujung minggu kami minggu lepas..hari sabtu bawa anak2 main di playground...saja kasi puas2 dorang main..hari ahad pula cadang mau jogging sekali dorang ajak hiking...bukit pilihan..Bukit padang...mak ai semput MV...

Dengan badan yang ble tahan berlemak...syukur berjaya juga sampai ke puncaknya....tabik spring dengan syamimi....berjaya hiking tanpa minta air minum ...itu namanya hiking unplan...paling fit yang pasti kakak ayu lah...

yeahh kami berjaya tawan bukit padang
Kami semput naik tangga dia sudah di atas ...mak ai..laju betul....mama of course semput bersama dengan abang haikal dan syamimi..wani pun ble tahan fit....

Part turun pun wani dengan kakak Ayu tinggalkan mama dengan abang haikal...hihi..dorang bilang ok lepas ni kita naik lagi k,...

posing empat beradik 
jom lah kita naik..demi untuk menguruskan badan abang dan mama,....chayok
my buah hati

peneman setia

Read More

Wednesday, February 14, 2018

Liga Perdana Malaysia 2018

7:30 AM
Liga Perdana Malaysia 2018
Perlawanan ketiga Sabah menentang PDRM pada 09.02.18
Assalammualaikum...

Liga Perdana Malaysia 2018....berkongsi sedikit cerita kami penyokong Sabah Rhinos....yang beraksi di Liga Perdana Malaysia 2018..3 Perlawanan...2 perlawanan di tempat sendiri alhamdulillah semuanya menang...

1 perlawanan di tempat lawan..berkeputusan seri..menempatkan Sabah di kedudukan kedudukan liga di bawah pendahulu liga iaitu Felda United dengan 9 mata...

24.02.2018 bersamaan Sabtu Sabah akan menanti kedatangan Sarawak di Stadium Likas...bah jom Sabahan kita support team Sabah FA di bawah bimbingan anak jati Sabah Julius Ating yang juga merupakan bekas pemain Sabah..

Chayok2 Sabah...
layan dorang yang mau posing di sini..ala2 model gitu 
Read More

Tuesday, February 13, 2018

Jug tupperware

9:00 AM
Jug tupperware

Assalammualaikum

Menambah koleksi tupperware di rumah hihi...mv beli jug tupperware ni sebab memikirkan syamimi ..dia selalu jer masa nak tuang air..terus tumpah satu jug hahaha..

Lost control katanya ..nak minta tolong abang kakak ..sekejap adik...last last adik tuang sendiri then tertumpah

So dengan adanya jug ni ...senang utk dia...sebab penutupnya ni bila kita tuang penutup tidak akan terbuka...

Sebab dia macam penutup botol...kita boleh tutup atau buka..lagi satu air dalam botol ni kalau panas atau sejuk..boleh tahan kepanasan dan kesejukannya...

Not bad lah dengan harga member ..dapatlah dua jug ni Rm 57...dari harga asal Rm76...korang ada yang dah ada jug ni

Read More

Tuesday, February 6, 2018

Review Novel : Imam Mudaku Romantik-Izzah Haneefa

7:48 AM
Review Novel : Imam Mudaku Romantik-Izzah Haneefa
Imam Mudaku Romantik Imam Mudaku Romantik by Izzah Haneefa
My rating: 4 of 5 stars

Imam Mudaku Romantik..BUkan sekadar novel cinta namun penuh dengan persoalan dan ilmu agama...Mengisahkan Muhammad Faqih seorang ustaz dan imam muda yang menjadi pemandu di rumah Laila Khalisah yang mana sebenarnya mengwujudkan rasa cinta di hati namun tidak diluahkan...

Siapa sangka pemandunya adalah seorang ustaz dan Imam Muda...Tan Sri Kamarul meminta Faqih menjadi ustaznya untuk belajar tentang agama islam yang telah lama ditinggalkan amalannya...dan siapa juga sangka anak muda yan begelar ustaz itu adalah jiran belakang rumah mereka..ditambah lagi anak musuh perniagaannya..

Namun demi anak tersayang...Tan Sri Kamarul membuang rasa ego...dan akhirnya Faqih dan Khalisah diijabkabulkan....perkahwinan yang mendatangkan bahagia buat mereka namun derita buat adriana...benci buat syuhadah...

Rasa benci itu turut dirasai Khalis abg khalisah..sehingga sanggup bersubahat dengan Izham bekas tunang khalisah..Sungguh fitnah itu kesannya membuat derita...Bila ibu mertua sudah termakan cerita fitnah...habis Khalisah menjadi mangsa dan kebencian dimata ibu faqih...

Namun kuasa Allah...segalanya terbongkar...khalis dan izham mendapat balasan setimpal dengan apa yang mereka lakukan...syukur rumahtangga yang di bina masih mampu bertahan...

View all my reviews
Read More

Thursday, February 1, 2018

Penghujung Januari yang gembira

8:51 AM
Penghujung Januari yang gembira
Assalammualaikum

31.01.2018 Alhamdulillah adik mv selamat melahirkan seorang anak lelaki setelah 3 tahun menunggu...syukur atas kurniaan mu Ya Allah ...

Walaupun sedikit huru hara menyambut kelahiran baru ni...due adik sepatutnya 27.02.18...tiba2 adik mv mengalami tekanan darah tinggi isnin tu..bila selasa check masih tinggi terus warded di hospital likas...

Adik disarankan bersalin awal sebab doc check baby perut baby agak kecik...si ibu pula tekanan darah tak turun2..terus doctor bagi cadangan bersalin secara paksa melalui masuk ubat...

Melalui cerita adik mv lepas masuk ubat..selasa 30.1.2018 bukaan baru 1cm..sampai doctor cakap kalau pagi nanti bukaan 1cm juga masih terpaksa oprate...

Pukul 6.30 pagi check bukaan sdh 5cm ..masa tu siap wasap di group sakit..sampai rasa mau nangis dan tendang katil haha tapi dia tahan ..

Sampai lah part dia cakap sakit perut macam mau berak..kami pun nda sangka rupanya wasap dia yg tu mmg dia mau melahirkan sudah..

Al kisahnya  adik cakap doktor dan nurse tu pervaya yg dia mau bersalin sdh sebab pukul 6.30 check baru 5cm...takkan lah sdh mau bersalin lama lagi mama doktor tu cakap

Nurse pun sama siap marah lagi...terus adik cakap sya macam rasa kepala dia di bawa sudah..bila nurse tu tengok ..baru dia kelam kabut mau pakai sarung tangan...

Siap cakap aiyoo tak sempat sebab dia nampak kepala....adik terus jer teran ...alhamdulillah 7.47 am selamat melahirkan ...sekarang adik masih dalam pantauan sebab tekanan darah mau dimonitor


Read More

Sunday, January 28, 2018

Celebrate birthday at Pantai Tanjung Aru,Sabah

2:12 PM
Celebrate birthday at Pantai Tanjung Aru,Sabah

Assalammualaikum


28.01.18 genaplah usia abg haikal 11 tahun.Alhamduliah syukur padaNya Kerana mengurniakan satu2nya kumbang di antara 3 kuntum bunga..

Birthday kali ni lain dari yang lain...kali buat sambutan outdoor tapi masih konsep kecil-kecilan..sambut dengan family kecil kami saja..
Lokasi pilihan Pantai Tanjung Aru..bbq ,mandi pantai dan potong kek...tukang masak tetap dan berpencen mr velentine hahaha...mv tukang tgk anak2 mandi laut saja..

Sekali sekala tunaikan permintaan dorang yang mau mandi pantai..berendam semua..haha...dan yang peling terkesan...syamimi..dia punya muka sunburn sdh...

Menu kami hari ni simple saja..sayap bakar,sosej,nasi putih,kek chesse dan jeruk mangga betik asamboi..cukuplah utk celebrate birthday boy
..


Dan hadiah seikhlas hati dari mama dan babah untuk abang..ganti jam abang yang sdh rosak ..semoga abang menjadi anak yang soleh ,dan mendengar kata..menjadi abang yang akan menjaga dan mempertahankan 3 bunga mama.amin
Read More

Thursday, January 25, 2018

Kekasih Paksa rela

11:19 PM
Kekasih Paksa rela

Assalammualaikum

Buka facebook malam ni semua update status marahkan Hanan Khaira ...suka jer buat hal tanpa maklumkan suami...

Yang si izamil pula berkawan tapi lepas tu ada niat disebaliknya...hahaha pak cik bos lagi kesian...wife asyik nak bawa gaduh

Wife muda pula jadi rebutan ..mana doa x angin hahahaha..berjaya nampaknya drama ni dihayati oleh penonton..

Semua cakap apalah hanan ni..biar kena tinggal..hish b***hnya budak ni..itu belum lagi yang angin di ruang tamu rumah masing2.. Hahaha

Ini semua kekaskh paksa rela punya angkara...mv pun follow juga...syok juga ...tak sabar mau tgk bila kebenaran akan terbongkar..

Macam mana hubungan pakcik bos,hanan dan rosnaida...

Read More

Tuesday, January 23, 2018

Sentap

10:06 AM
Sentap
Assalammualaikum...


Kadang tak habis fikir dengan sesetengah orang ni.kita cakap  Sikit sentap padahal benda tu kita cakap dengan Baik dan benda tu memang benar

Terutamanya kalau di laman sosial.Lain kita maksudkan lain pula  Penerimaanya pada yang membaca dan menerima apa yang kita sampaikan..


Bila fikir balik..abaikan saja orang yang asyik Nak menyentap ni...asyik nak jaga hati dia jer lepas ni ambik pendekatan ...

Dengan orang yg sikit2 sentap ni..x payah lah kita nak berhuha huha...kang senyum sikit pun sentap..kita positifkan saja...

Cari orang yang positif insyaallah kita pun sentiasa akan berfikiran positif...
Read More

Monday, January 22, 2018

Review Novel : Cik PA Glamor By Mama Bella

7:43 AM
Review Novel : Cik PA Glamor By Mama Bella
Cik PA Glamor Cik PA Glamor by Mama Bella
My rating: 5 of 5 stars

Cik Pa Glamor..Mengisahkan sepasang suami isteri yang bekerja sebagai tukang kupas kulit udang dan pembuat martabak permaisuri di kurniakan anak selepas 20 tahun menunggu ...sepasang kembar dilahirkan pada usia kandungan 7 bulan...

Zara dan Ghina..kembar seiras yang cuma dibezakan dengan tahi lalat pemanis di bawah bibir Ghina.Berbeza karektar...Zara seorang yang sangat nakal,agresif dan gedik..Ghina pula seorang yang lemah lembut dan mendengar kata..

Perhubungan mereka sangat tidak rapat kerana Zara sentiasa berdendam dengan Zara...dari zaman tadika,sekolah , kolej dan alam pekerjaan...Cita-cita zara untuk menjadi pramugari tidak tercapai kerana sikapnya yang pentingkan diri sendiri...

Ghina menolong Zara menjadi PA di tempatnya bekerja...Di sanalah Zara belajar erti kehidupan dan sedikit demi sedikit merubah dirinya,,,,dari seorang yang gedik akhirnya dia menjadi seorang gadis yang menjaga tingkah laku...

walaupun Zara membenci Ghina ...namun jauh di sudut hatinya dia sangat syangkan adik kembarnya....Kehidupan memang tak selalu indah..apatah lagi bila kita sentiasa di bandingkan dengan orang yang berwajah sama seperti kita...

Itulah yang dihadapai oleh zara...namun kesabaran Ghina akhirnya merubah kakak kembarnya menjadi seorang yang berbeza ....

View all my reviews
Read More

Review Novel: Perjalanan by Nirmala Nur

7:41 AM
Review Novel: Perjalanan by Nirmala Nur
Perjalanan Perjalanan by Nirmala Nur
My rating: 5 of 5 stars

Perjalanan mengisahkan seorang pemuda yang dalam perjalananpulang ke kampung dari ibu kota Kuala Lumpur sambil mengimbas kembali tentang kehidupannya.

Cerpen pendek ni menceritakan kehidupan yang terjadi di kehidupan sebenar...mengenai kisah cinta ..permasalahan yang selalu kita hadapi...

tentang cinta yang tak kesampaian tentang kisah cinta pekerja atasan dengan pekerja bawahan..yang mana si lelaki jauh beza usia dengan si wanita..wanita pula main tangkap muat sahaja kerana memiliki rupa paras yang sederhana...

baca cerpen ...kalau dihayati sebaiknya..pasti kita merasa apa yang lelaki ini rasa....


View all my reviews
Read More

Friday, January 19, 2018

Bahan bacaan bulan januari 2018

3:58 PM
Bahan bacaan bulan januari 2018

assalammualaikum

3 buku untuk di baca melalui app pnm e-reader

Retina
Cik pa glamor
Perjalanan

Ini bahan bacaan untuk januari ...harapnya sempat lah membaca...awal tahun ni padat sangat jadual..awal lagi sudah audit eksa...

(*entry pendek di hari jumaat)

Read More

Wednesday, January 17, 2018

Yazer Yusof - Teruja

7:32 AM
Yazer Yusof - Teruja

Assalammualaikum 

Jaga dari tidur
teringat hanya suaramu 
ku toleh arah kiri 
masih ada kau bersamaku 
sayangku 
penawar hatiku 

cinta aku dan kamu 
takkan berubah 
jangan kau ragu 

cinta tak putus ada 
selami jiwaku 
buat ku teruja 

masih ku inginkan 
senyuman manis bibirmu 
masih ku perlukan 
pelukan darimu sayangku 
penawar hatiku 

cinta aku dan kamu 
takkan berubah 
jangan kau ragu 

cinta tak putus ada 
selami jiwaku 
buat ku teruja 

Lagi lagu yang menarik ...mula-mula ingat sapa yang nyanyi rupanya yazer af3...satu lagu anak sabah ...dengar ni pun di radio era sabah....menarik lagu ni...suara yazer pun sedap di dengar..unik 


Read More

Tuesday, January 16, 2018

RUBISA TIASIN - CINTA TERBAIK

4:15 PM
RUBISA TIASIN - CINTA TERBAIK

Assalammualaikum...

Lama mencari siapa pemilik suara lagu cinta terbaik ni ...

sungguh sepinya malam ini
buat aku benar merindumu
sedang ku menangis merenung bulan
bisakah sampainya rinduku

dalam hatiku bertanya
adakah kau merinduku disana
oh, cepatlah malam yang dingin
perit menanggung rasa ini

oh angin malam mengapa
terlalu panjangnya malam
buat aku tak keruan
hilang sabar di hati

ku harus lelapkan mataku
agarku dapat bertemu mu
walau dalam mimpi
kerna cintaku terbaik buatmu

bisakah sampainya rinduku
dalam hatiku bertanya
adakah kau merinduku di sana

oh, cepatlah malam yang dingin
perit menanggung rasa ini
oh angin malam mengapa
terlalu panjangnya malam
buat aku tak keruan

hilang sabar di hati
ku harus lelapkan mataku
agarku dapat bertemu mu

cepatlah malam yang dingin
perit menanggung rasa ini
oh angin malam mengapa
terlalu panjangnya malam
buat aku tak keruan
hilang sabar di hati

ku harus lelapkan mataku
agarku dapat bertemu mu
walau dalam mimpi
kerna cintaku terbaik buatmu

hoo, kerna cintaku terbaik buatmu

rupa-rupanya lagu Rubisa ..patut lah jarang dengar di radio lain..selalu dengar di radio era sabah ...mv suka suara rubisa dan lirik lagunuya
Read More

Monday, January 15, 2018

Barang Sekolah Jenama Smiggle

4:27 PM
Barang Sekolah Jenama Smiggle
pinjam google 
Assalammualaikum 


Cerita dgn anak2 tadi pasal sekolah wani mengadu kawan minta duit..terus panjang aduan smpi masuk part pkai barang branded jenama #smiggle mustahil belanja sekolah xda drg bilang..mama blur apa tu smiggle hahaha..tadi terbaca d status kawan...omg pencil box saja pun sdh rm75..patut lah anak2 bilang berjenama..

Ini alkisah cerita barang sekolah berjenama Smiggle..mula-mula MV tak tau pun apa  jenama tue..jumaat lepas bila balik sekolah macam biasa MV akan  tanya apa dorang buat belajar apa..apa yang jadi...

terus wani cakap kawan minta duit sebab nampak duit wani rm5.00,,katanya babah tiada duit kecil.babah bagi rm5.00 sekali dengan duit belanja sekolah agama..kawan nampak dia minta belanja ...

Wani tak mau bagi...masa belajar subjek english teacher bagi ayat we must help other..lebih kurang macam tue lah ayatnya..terus kawan tadi ejek wani.."nah berdosa nda mau belanja kawan"

Wani pun cakap lah...pakai barang smiggle..tapi mustahil tiada kena bagi duit belanja..dia pun bawa rm5.00 mama tapi pagi2 lagi dia kasi habis sudah...lepas tue sesi curhat tapi bertukar sesi bertukar pendapat..antara kakak ayu wani dan abang haikal,,,

kesimpulan dorang..barang smiggle tue mahal dan berjenama..mama pun blur apa itu smiggle bila malamnya nampak status pasal tue...rm75 untuk pencil box...ok fine ini betul-betul berjenama...

hahahaha....nampaknya kena selalu sembang dengan anak-anak untuk tahu apa trend dorang sekarang..terasa diri ini tua hahaha...



Read More

Koleksi bacaan Untuk Anak Tahun 2018

4:17 PM
Koleksi bacaan Untuk Anak Tahun 2018
No automatic alt text available.


Assalammualaikum...

Menambah Koleksi Bahan Bacaan Anak MV tahun 2018..kali ni mereka memilih buku bahasa english..kebetulan kami pegi Signature di Kompleks Karamunsing..pergi cari buku teks Pendidikan Islam tapi x jumpa...

Dorang ternampak ruangan clearance Sales Buku RM3.00 so dorang ambik 4 tajuk:

A Very rewarding adventure 
little chick 
here comes dad 
bedtime for the little dragons
The Happy Family


Semua Harga RM3.00 kecuali buku Kaedah Mahir Membaca Bacalah Anakku untuk syamimi berharga rm8.90..oh ya anak-anak MV kalau buku memang rajin sangat shoping..ambik sikit dulu ..gaji nanti reward dorang buku lagi


**januari yang busy..audit eksa..audit akaun..perhimpunan perdana bersama YAB Ketua Menteri Sabah pagi tadi...pergh...chayok3
Read More

Friday, January 12, 2018

Review Novel : SANCTUARIA by Shaz Johar

8:24 AM
Review Novel : SANCTUARIA by Shaz Johar
SANCTUARIA SANCTUARIA by Shaz Johar
My rating: 4 of 5 stars

Assalammualaikum


Sanctuaria mengisahkan satu tempat yang diwujudkan untuk orang-orang yang ingin bebas daripada anutan agama mereka atau paling tepat tempat yang mengamalkan ajaran sesat.Siapa yang masuk ke sana tidak akan dapat keluar semula dalam keadaaan selamat.

Tempat yang menyimpan pelbagai tanda tanya..kenapa pihak berkuasa seolah2 menutup mata dengan kewujudan tempat seperti ini.Semua penghuni di situ mempunyai kisah silam mereka yang tersendiri.

Yang Arif ketua Sanctuaria mempunyai kisah zaman kecilnya,yusri seorang anak muda yang lari dari kampung kerana mempunyai hubungan dengan isteri orang.Tia seorang wanita buta yang berkahwin dengan orang kuat Yang Arif iaitu O kerana O berjanji akan memulihkan penglihatan Tia namun sebaliknya dia menjadi buta dan terkurung di sana.

Sumalee ,kunci kenapa Sanctuaria tidak diserbu pihak berkuasa.Sumalee isteri Yang Arif seorang warga Thailand yang dikhabarkan telah mati dibunuh kerana mempunyai hubungan sulit dengan kerabat di raja..

Tia,orang yang menghancurkan kehidupan Yang Arif...siapa sangka dia membuatkan sanctuaria musnah.Yang Arif pula membuat keputusan yang mengemparkan negara.Yusri dan Tia berkahwin namun siapa yang datang membawa cendawan merah??

(adakah novel ni bersambung...),,MV baca guna app pnm e-reader



View all my reviews
Read More

Monday, January 8, 2018

Kesal Seorang Ibu Yang Bekerja

12:19 PM
Kesal Seorang Ibu Yang Bekerja
credit buat Datuk Dr. Zurinah Hassan
Assalammualaikum

Kesal Seorang Ibu Yang Bekerja 

Anakku 
maafkanlah ibu 
meninggalkanmu setiap pagi 
melepaskan pelukanmu 
ketika kau ingin bermanja 

di meje ini mengadap kertas-kertas 
di meja ini mengadap tugas-tugas
sesekali terganggu oleh matamu yang redup 
sesekali terpanggil oleh suaramu yang sayup

Sekecil itu 
aku sudah meminta pengertianmu 
yang kita tidak dapat bermanja dengan hidup.


(**ini yang MV lalui di saat MV terpaksa menghantar anak seusia 3 bulan ke Taska...semoga anak-anak MV mengerti dan memahami pengorbanan ni)
Read More

Nasi AYam Katanya

11:05 AM
Nasi AYam Katanya
Assalammualaikum

Image may contain: food
nasi ayam stim bersama sup kundur
NAsi ayam stim bersama sup kundur...permintaan dari abang haikal...katanya lama sudah mama nda masak nasi ayam...Jadi Sabtu lepas mama tunaikan permintaannya..kalau ikutkan malam jumaat tue mau masak sudah nasi ayam,

Tapi satu kejadian yang berlaku ke atas kakak Ayu buat MV sekeluarga terkejut dan berurusan lama di balai polis.Betullah orang cakap.orang ni jangan kita pandang dari luaran.Nampak baik berbaju melayu berkopiah..apatah lagi dalam masjid..

Memang tak sangka lah kejadian tue boleh berlaku..Syukurlah Allah masih melindungi anak MV daripada kecelakaan...kecewa dengan penerimaan pihak polis ...takpe lah...pelakunya pasti akan ditemui juga nanti....oh ya berbalik kepada nasi ayam tadi

Resepi macam biasa simple jer...buat nasi ayam stim dan sup kundur...kalau nasi ayam mcm ni anak cakap mama teror ..sedap lagi dari yang di kedai..hahaha..bangga mama...ni resepi turun temurun dari mama dan bapa MV...

walaupun x sesedap yang mereka buat tapi anak cakap mama pandai macam ahmah dan ahtong(maknanya berjaya lah tue kan)
Read More

Saturday, January 6, 2018

Redeem Day Kak Kiah Cake House

7:30 AM
Redeem Day Kak Kiah Cake House
Assalammualaikunm


Image may contain: 4 people, people smiling
Bawa kakak Ayu dan wani redeem dar for lesung pipitmu lawa bussku

Alhamdulillah...rezeki tahun baru...kali kedua berpeluang redeem kak dari Kak Kiah Coffee House..Kali ni redeem day for lesung pipitmu lawa bussku!!!

Anak-anak MV semua ada lesung pipit...cumanya abang haikal tak nampak sangat...dia marah baru nampak..jadi MV bawa kakak Ayu dan wani sahaja..Syamimi tiada time ni..dia di sekolah makanya dapat lah dorang air chinese tea dan 1 slice cake seorang...

Saja bagi dorang happy..MV bawa dorang pergi redeem di Kak Kiah cake house di kingfisher...terima kasih bagi peluang macam ni kat orang ramai....semoga terus dimurahkan rezeki.Amin
Read More

Friday, January 5, 2018

Review Novel: SAMAR-Dayang Noor

9:14 AM
Review Novel: SAMAR-Dayang Noor
SAMAR SAMAR by Dayang Noor
My rating: 4 of 5 stars


Kisah kehidupan orang atasan...kehidupan yang bersalut dengan dosa. Kisah ALina menjadi pelacur kerana dijual ayah sendiri..Kisah Kelly si Pembunuh upahan yang licik yang sentiasa berubah watak..Kisah Juan anak yang dibuang ibubapanya..Kisah Atirah si janda muda...Kisah Datuk Sahar dan keluarganya....

Mereka semua dari latar belakang yang berbeza tapi berhubung kait dengan kisah Keluarga Datuk Sahar.Siapa sangka Juan adalah anak saudara athirah...Dan siapa juga menyangka 2 anak lelaki Datuk sahar bukan anak kandungnya...

Itu semua kerana kesilapan Datin Saedah yang tewas dengan hawa nafsunya...Alina dan Kelly pula ada hubung kaitnya dengan anak2 Lelaki datuk Sahar,,,Datuk sahar membunuh Datin Saedah sebelum dibunuh kelly...

Cuma nasib juan tidak diketahui..kerana novel ni endingnya adalah juan berhadapan dengan 2 orang bapa saudaranya dan Kelly aka azwa yang pernah menjadi teman tidurnya.Dia cuma berharap kak Alina mampu meyelamatkanya

View all my reviews
Read More

Tahun Baru 2018

7:30 AM
Tahun Baru 2018
Assalammualaikum...

semua sudah bersekolah...
Alhamdulillah..sudah 5.1.2018 sekarang..lima hari di tahun 2018.Permulaan baru bagi syamimi yang melangkah ke tabika..Suasana baru juga buat haikalayuwani yang berpindah sekolah..semuanya bersekolah di sekolah baru yang satu sesi...

Alhamdulillah anak-anak dapat menyesuaikan diri dengan suasana sekolah baru..dan dapat kawan baru...buat syamimi mungkin tiada perubahan sebab masih sekolah yang sama cuma berbeza kelas dan uniform sahaja

cermin mata baru 
untuk tahun baru...semua kelengkapan MV sediakan tak lupa juga untuk cermin mata baru buat haikalayuwani.rm58 frame sekali kanta di one and optic 1borneo ...alhamdulillah dapat buat yang murah dan berkualiti....


Read More