All About Love

Tuesday, October 31, 2017

Review: Mrs. Maidku-Syaza Arisha

9:10 AM
Review: Mrs. Maidku-Syaza Arisha
Mrs. Maidku Mrs. Maidku by Syaza Arisha
My rating: 5 of 5 stars


"Syarat pertama!jangan pernah sentuh aku ! Syarat Kedua, Jangan pernah menuntut hak kau ! Ketiga,jangan nak control aku sangat !"-Syazana

"Dan syarat aku hanya mudah,jangan pernah keluar atau berhubungan dengan lelaki lain!"-Encik Hairul

Syazana menjadi orang gaji hanya untuk mencari keluarga kandungnya.Namun bertemu si majikan yang menyakitkan hati..Tanpa diduga si majikan Hairul adalah adik kepada bekas kekasihnya Ikmal...satu demi satu kebohongan dilakukan ....demi mengelakkan fitnah dari jiran tetangga dan mengelak dari ikmal yang mula menagih kasih dan mengungkit kisah lama...

Dicintai majikan sendiri bukan semudah yang disangka...apatah lagi berkahwin tanpa kerelaan dan terpaksa,,,Bila sudah mencinta dugaan mula melanda....Satu persatu dugaan mendatang....Ikmal yang tanpa jemu menagih cinta,Encik Riz yang mula menunjukkan rasa, Ain Qirana yang tiba-tiba datang kembali mencari hairul...di tambah kebencian bapa mertua yang memaksa dia meninggalkan suami sendiri demi rumah anak yatim tempat dia membesar...

LAri jauh mana...Syaz dan Riz semakin dekat...ada satu rahsia yang mengaitkan mereka...Hairul mampukah dia membuang ego dan memujuk isteri merangkap mrs.maidnya???

Kena baca novel ni..memang best,,,simple tak melalut....


Read More

Saturday, October 28, 2017

Review novel Anding ayangan-Ramlee Awang Mursyid

11:29 PM
Review novel Anding ayangan-Ramlee Awang Mursyid

Assalammualaikum

anding ayangan..sebuah kisah dongeng yg diceritakan oleh nyian si lelaki yang dianggap tak waras ...apa yang diceritakan oleh nyian mengenai anding ayangan benar terjadi di sana...bagaimana chahaya dan furqan ayubi dalam kisah anding ayangan ...

damit yang menjadi pendengar setia akhirnya terbawa ke alam cerita dongeng tersebut bersama nyian dan di sana bertemu chahaya...

berbeza dgn furqan yang terkeluar ke alam realiti dek kerana dongeng yg nyian sampaikan..bertukar dunia namun kejahatan yang bakal ditempuhi tetap sama

tak sabar mau tgu sambungan novel ni...bahasa yg digunakan dalam novel mengajar mv bahasa brunei dgn lebih mendalam

Read More

Intipati Pembentangan Bajet 2018

8:47 AM
Intipati Pembentangan Bajet 2018

Assalammualaikum..

Mv kongsikan sedikit intipati pembentangan bajet 2018 berkenaan penjawat awam dan wanita

Demi menghargai sumbangan para penjawat awam, khabar
gembira yang ditunggu-tunggu itu sudah pun tiba. Saya
mengumumkan:

Pertama: Kenaikan pangkat time-based kali kedua bagi
kumpulan pelaksana untuk tempoh 13 tahun,
selepas kenaikan kali pertama;

Kedua: Penjawat awam yang dibersarakan atas sebab
kesihatan, akan menerima faedah persaraan
seolah-olah pegawai berkhidmat sehingga umur
persaraan wajib;

Ketiga: Membenarkan Gantian Cuti Rehat melebihi 150
hari digunakan sebagai cuti rehat pada tahun
persaraan;

Keempat: Menaikkan kadar Cuti Rehat Khas bagi Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan daripada tujuh hari
kepada 10 hari setahun;

Kelima: Kerajaan buat pertama kalinya, bersetuju
memberikan kemudahan tujuh hari cuti tanpa
rekod sepanjang tempoh perkhidmatan bagi
menunaikan umrah;

Keenam: Untuk memberi fleksibiliti, Kerajaan akan
menambah satu lagi Waktu Kerja Berperingkat
iaitu bermula jam 9 pagi hingga 6 petang;

Ketujuh: Pakar Perubatan Gred UD54 dan ke atas, yang
telah diwartakan sekurang-kurangnya 4 tahun,
serta memenuhi syarat tertentu, akan diberi
kelonggaran satu hari seminggu untuk
melaksanakan Waktu Kerja Fleksi;

Kelapan: Penjawat awam wanita yang mengandung lima
bulan ke atas, dibenarkan pulang lebih awal
sejam.
Bagi melengkapi hasrat ini, suami yang bekerja
Kerajaan juga dibenarkan pulang lebih awal
sejam,… syaratnya, suami dan isteri mestilah
bekerja di lokasi yang berdekatan;

Kesembilan: Meningkatkan kelayakan cuti bersalin daripada
300 hari kepada 360 hari sepanjang
perkhidmatan, tertakluk kepada maksimum 90
hari setahun;

Kesepuluh: Pembelajaran sepanjang hayat pegawai
perkhidmatan awam dengan melaksanakan Kursus
Sarjana dan PhD secara in-house;

Kesebelas: Menaikkan kadar pencen terendah kepada 1,000
ringgit sebulan melibatkan lebih 50 ribu pesara
awam, dengan sekurang-kurangnya 25 tahun
tempoh perkhidmatan; dan

Kedua belas: Pemanjangan kemudahan perubatan untuk ibu
dan bapa kepada pesara Kerajaan.

Kesemua langkah di atas berkuat kuasa mulai 1 Januari 2018.

2018 tahun memperkasa kan wanita ..ada 5 semuanya
1.penglibatan 30% wanita dalam pengarah glc(lbh kurng lupa2 ingat)
2. Cuti bersalin swasta di samalan dgn kerajaan iaitu 90 hari
3.latihan usahawan
4.pengecualian cukai pendapatan 12 bulan berturut
5.untuk penjawat awam wanita mengandung 5 bln ke atas blh balik awal sejam dari waktu pilihan(suami kalau gov kena jarak tmpt kerja berdekatan)


Alhamdulillah..bayaran khas kewangan juga turut diberikan kepada ketua kampung@tok batin,imam,bilal,tok siak,guru kafa dan takmir..bayaran khas 1500 akan dibayar 2 kali iaitu pada jan 2018 (1000) dan raya(500)

Bayi yang dilahirkan tahun 2018 juga akan mendapa amanah dana anak malaysia(ADAM) sebanyak rm200.
Read More

Cara Cashout 8share

7:00 AM
Cara Cashout 8share
Jumlah terkini 
 Assalammualaikum...

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit,,,ya bermula dengan 0.20 akhirnya dapat lah RM58.00,,,MV buat cashout 8share awal bulan ni...MV cashout RM59.00 ..RM1 dipotong untuk charge bank...

Tak Lama pun masa di ambil hanya 3 minggu macam tue...dan sekarang jumlah yang terkumpul RM33.38..itu yang MV SC...tapi bila check lagi tadi dah naik ke 34.18 sen...Lagi RM15.82 sen dah boleh cashout,,,


Ni yang Cashout 2.10.2017 dah masuk acc cimb bank MV

Kalau Rajin dapat cashout bulan 12 ni...lagipun sekarang tengah ada 3 mission sedang berlansung setiap satu mission reward RM5.00...kalau ada rezeki menang dapat lah Cashout...

Korang yang join 8share tue join lah mission baru ni ..mana lah tahu rezeki kan sebab untuk setiap mission 50 pemenang di cari,,, Kak Pip try lah join ya...

Kalau korang nak cashout 8share...senang jer ...Setiap isnin minggu pertama dan ketiga setiap bulan...cashout korang akan diproses ..biasanya paling lama pun sebulan...tak pernah lebih dari itu..

Read More

Friday, October 27, 2017

Pembentangan Bajet 2018

3:02 PM
Pembentangan Bajet 2018
Assalammualaikum,.,,


Image may contain: 11 people, text

27 Oktober 2017 ..Pembentangan Bajet 2018 akan berlangsung pada Jam 3.05 Petang,,yang berada di rumah ..boleh menonton terus di Televisyen anda...terpulang mau tengok channel berapa..buat yang berada di pejabat atau dalam perjalanan boleh dengar melalui Radio ...

Yang Menjadi persoalan di Media sosial seperti MV...apakah warna tema baju PM kita hari ni..hahaha ada jak kan benda lucu yang dorang fikir...MV mula2 teka biru tapi 2010 dah pakai..kali ni teka coklat lah...sebab kawan cakap raya tue baju dia pakai Coklat...

Nah ambik kau terjebak sekalian...kamu pun cuba lah meneka..apa2pun ..berharap semoga apa yang dibentangkan menjadi berita baik dan mengembirakan rakyat ,,,

Jom tengok live streaming Pembentangan Bajet 2018 Di SINI
Read More

HOME BROWNIES KOTA KINABALU

9:08 AM
HOME BROWNIES KOTA KINABALU
Assalammualaikum



Kamu suka manisan dan pengemar brownies.Kamu Patut cuba brownies dari Home Brownies Kota Kinabalu ..Pelbagai jenis Brownies yang di sediakan dengan harga yang berpatutan .Korang boleh pilih ikut citarasa yang kamu kehendaki.

Jenis dan harga brownies minipack:
1) Plain RM12.90
2) Almond @ Oreo RM13.90
3) Nutella @ Walnut Caramel RM14.90
4) Cheese RM15.90
Almond


Yang ni Nutella ....anak-anak MV suka sangat makan..sedap katanya..terasa coklatnya
Plain 

ada 6 jenis brownies yang boleh kita pilih 
Oreo 
Jenis dan harga brownies bigbox:
1) Plain RM33.00
2) Almond RM35.00
3) Oreo RM35.00
4) Nutella RM45.00
5) Walnut RM40.00
6) Walnut Caramel RM42.00
7) Cheese RM50.00 (only available for bigbox)
8) Mix 3flavor RM45.00
Saiz brownies 10x10
Potong 30pcs








Brownies ini sangat sesuai dijadikan kek birthday dan manisan semasa majlis..MV pernah buat brownies jadi kek birthday masa birthday wani dulu...korang yang nakkan kelainan bolehlah try brownies sebagai kek ....pasti menyelerakan


Tempahan di terima pada 2@3hari sebelum hari penghantaran iaitu Setiap hari  Rabu & Jumaat.Home Brownies Juga membuka peluang perniagaan bagi sesiapa yang ingin mendapatkan pendapatan sampingan dengan menjadi agen Home Brownies dengan Minimum 5pack untuk brownies minipack

Segala keterangan lebih lanjut boleh berhubung di 
Instagram : @home_brownies
Whatsapp :0111 0540 024

Read More

Thursday, October 26, 2017

Sila Pukau Suami Anda-Syed Yusainee Syed Yahya

11:48 AM
Sila Pukau Suami Anda-Syed Yusainee Syed Yahya


Assalammualaikum...

Antara Koleksi Baru di Perpustakaan MV yang menarik perhatian untuk di baca...Buku bertajuk "Sila Pukau Suami Anda" tulisan Syed Yusainee Syed Yahya...baca mukadimahnya nampak menarik...

Bila MV siap katalog buku nanti MV baca..sekarang tengah siapkan katalog dulu 
Read More