All About Love

Thursday, September 14, 2017

Kebakaran Asrama Lelaki Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Kampung Datuk Keramat Kuala lumpur

2:19 PM
Kebakaran Asrama Lelaki Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Kampung Datuk Keramat Kuala lumpur
Assalammualaikum....

Salam Takziah buat semua keluarga mangsa Kebakaran Asrama Lelaki Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Kampung Datuk Keramat Kuala lumpur pagi tadi...Lebih kurang 20 orang maut dan yang lain dalam keadaan kritikal...

Itu mengikut apa yang Mv baca di internet..kesahihan belum dapat dipastikan..."Sesungguhnya syurga menantimu "..Mari kita sedekah bacaan surah Al-Fatihah buat semua yang terkorban...

Buat keluarga mangsa semoga tabah menghadapi dugaan dan ujian ini...Cuma MV sedikit terkilan dengan gambar mayat yang tersebar di media sosial...aduh tolong hormati keluarga mangsa...Janganlah disebarkan 



Read More

Cucur Sosej

12:14 PM
Cucur Sosej

Assalammualaikum...

Cucur sosej ni sarapan anak MV hari sabtu lepas....masing-masing mengadu lapar..jadi paling cepat nilah lah....

Sosej MV potong dadu....lepas tu bancuh tepung then goreng....mula-mula syamimi bising..dia nak makan telur mata....tapi mama buat cucur pulak....nda sedap dia bilang...sedih mama dengar huhu....

Tapi bila makan...ambik kau non stop licin..kena lagi dengan sambal cicah mamanya buat....pedas2 manis...terus cakap..wah mama pandai masak lah....sedap kuih cucur mama..

ok nampaknya berjaya memenangi hati anak dengan cucur sosej...
Read More

Sambutan Hari Merdeka Tabika & Taska Kemas KPKPS 2017

9:02 AM
Sambutan Hari Merdeka Tabika & Taska Kemas KPKPS 2017
Assalammualaikum....
Image may contain: 2 people, child
muka xda senyum
11.09.2017 bersamaan Isnin merupakan sambutan hari kemerdekaan Tabika Dan Taska Permata Kemas KPKPS..sambutan ni dibuat serentak di seluruh Malaysia....dengan hashtag

 #mohngetehmerdekaKKLW
#imkemas
#kemas4u
#KKLW

Taska Permata tempat syamimi pun join sambutan ni...Seperti biasa Ajk akan dijemput hadir untuk memeriahkan lagi sambutan merdeka ,,,MV selaku pengerusi meluangkan masa bersama-sama mereka....


Image may contain: 5 people, people standing
bersedia untuk perarakan 
Majlis sambutan dimulakan dengan perarakan anak-anak di dalam premis bangunan sahaja..perarakan sambil menyanyi lagu Tanggal 31 oleh kanak-kanak....walaupun hanya dalam premis tapi meriah dengan semangat kanak-kanak yang excited nak sambut merdeka....

Selepas perarakan, ada nyanyian lagu :-

Jalur gemilang 
Aku negaraku -Faizal Tahir
1 Malaysia 

Semangat anak-anak ni menyanyi.....selepas nyanyian dan ikrar..ada sambutan hari lahir untuk tabika...sambutan dari bulan april hingga ogos...majlis diteruskan dengan pertandingan mewarna untuk kategori Tabika dan Taska...Image may contain: 5 people, people standingImage may contain: 5 people, people standing


posing dengan hadiah 
Image may contain: 3 people, people smiling, people sitting, child and indoor

pelajar taska permata kemas KPKPS

Masa yang diberi untuk mewarna  adalah selama 45 minit...Kali ni MV dah tak tolong syamimi mewarna..dia just mewarna sendiri..sebab dia dah pandai..cuma mereka dibantu oleh cikgu untuk mewarna bendera dengan warna yang betul...

Syamimi macam biasa lah...kalau nak mewarna semua nak warna warni ..jadi hari pertandingan dia rasa tak puas hati..sebab dia kena ikut warna yang betul..hahaha..lucu jak adik ni ...kali ni dia siap juga mewarna...tapi kalau korang perasan bendera yang kecik tu ...semua dia warna merah..haha..itu tanda dia sudah penat...

wajah-wajah penyambung warisan 
happy menang no.1 
Kali MV bangga dengan Dia sebab dia siapkan kertasnya sendiri tanpa bantuan..dan akhirnya dia menang tempat pertama kategori taska...Happy yang amat syamimi..siap cakap.."cikgu sarah sebut nama adik...tapi adik takut cikgu sarah sebut nama orang lain..."

Patut lah masa nama dia kena sebut dia duduk ..tapi muka dia senyum..MV panggil baru dia berdiri...hihi....syamimi oh syamimi....siap dia bagitau abah dia.."babah adik menang mewarna"
kek merdeka dan birthday tabika 
semua syok pegang bendera

barisan AJK yang hadir 

Hasil syamimi mewarna dan menang no.1

Sambutan kemerdekaan seperti ini bagus untuk menerapkan semangat kenegaraan dan semangat cintakan negara untuk anak-anak kecil kita...kerana mereka adalah penyambung warisan kita....kita kena terapkan semangat kemerdekaan ini dari usia kecil mereka 

mimi with adik kesayangan dia Ajud

Image may contain: 2 people, people standing
Mama dan Mimi..kebetulan Mama yang bagi hadiah 
16.09.2017 ni adalah sambutan hari Malaysia yang akan di buat di Kompleks Sukan Likas,.untuk orang-orang Sabah boleh lah datang ke sambutan ini..pelbagai acara menarik menanti anda...

Image may contain: 12 people, people standing
anak-anak taska permata kpkps

Image may contain: 14 people, people smiling, people sitting
Ajk with anak-anak taska permata
Read More

Wednesday, September 13, 2017

(OST TITIAN CINTA) Asfan Shah - Sumpah Cintaku

4:25 PM
(OST TITIAN CINTA) Asfan Shah - Sumpah Cintaku


Assalammualaikum..

Tersuka lagu ni masa tengok drama Titian Cinta semalam....sebab pelakonnya MV suka Zul Ariffin hahaha....lakonan dia lain macam sikit....bukan pasal dia hensem kah apa...tapi aura dia tue... ok jom layan lagu Sumpah cintaku dari Asfan
Read More