All About Love

Tuesday, March 21, 2017

Model Kanak-kanak Cilik

7:30 AM
Model Kanak-kanak Cilik
BILA DIA SIBUK MAU POSING DENGAN PATUNG
Assalammualaikum,,,,

Ini cerita kami ahad lepas..Misi mencari baju uniform babah..sebab mau kursus di keningau...banyak2 shopping mall...alih2 di 1borneo juga yang kami jumpa baju tue....sungguh penat jak kunun..ke servay,ke tong..tup tup parkson di 1borneo yang ada ...haha..sayang minyak...

Nampak kamu orang gambar di atas,,,,ntah apa anginnya...excited dia posing dengan patung dengan baju2 yang pelbagai....siap di pegang lagi tangan patung tue....mula2 dia cakap"mama ambil gambar adik sama patung ni"

sekali dia cari lagi patung lain....mak ai...semua patung dia pegi berposing...macam-macam gaya ada...abah sibuk cari baju dia sibuk jadi model kanak-kanak pula...syamimi oh syamimi ada-ada saja gayamu ni adik....

gambar yang diambil lebih dari 9 keping tapi MV kongsikan yang ni saja....layankan saja lah karenahnya....
Read More

Monday, March 20, 2017

Urusan hati cik drama queen-Areila Sahimi

8:49 AM
Urusan hati cik drama queen-Areila Sahimi
Assalammualaikum..
Done Urusan Hati Cik drama queen
Urusan Hati Cik Drama Queen..Mengisahkan Syazlin seorang gadis yang kecewa apabila lelaki (faris)yang dicintai memilih untuk berkhawin dengan wanita lain. Kemunculan si jiran hensem iaitu Fadlan membuatkan hidupnya berubah.

Rupa-rupanya fadhlan adalah anak kepada ibu tirinya Syazlin,perasaan benci berubah menjadi sayang.Begitu juga hubungan syazlin dengan ayah dan ibu tirinya(che yam)...takut fadhlan buat benda yang faris lakukan dia tekad meluahkan isi hati dengan 3 helai surat yang di tabur bedak wangi.

Namun semua hanya memalukan apabila fadlan sebenarnya sudah mempunya kekasih hati iaitu Hanisah dan melamarnya menjadi isteri. Satu tragedi berlaku yang menyebabkan hanisah meningal dunia .

Syazlin berusaha merawat hati fadhlan..macam2 usaha dia lakukan...dan akhirnya kalau sudah jodoh pasti bersatu jua..hashtaq #tilljannah...hihi..


**mau tau apa yang syazlin buat?kenapa fadhlan akhirnya membuat kepitisan untuk berkahwin dengan syazlin.... kena baca novel tulisan areila sahimi....walaupun sudah tengok drama...bila baca novel lain ceritanya...

MV lebih suka versi novel....

Read More

Syamimi &Reben

7:30 AM
Syamimi &Reben
posing si adik comel ....
Assalammualaikum...


Syamimi posing dengan reben yang dibuat sendiri hasil bantuan cikgu praktikal di taskanya...adui bah anak comel betul gaya mu ni...entry pembuka untuk minggu ni..kita mulakan dengan peneman mama sepanjang cuti sekolah.....

Abang kakak semua bercuti dikampung...So mama dan syamimi sajalah ya....
Read More

Sunday, March 19, 2017

Elica menang battle 4 mentor milenia,Anna tersingkir

11:01 PM
Elica menang battle 4 mentor milenia,Anna tersingkir

Assalammualaikum..

Tahniah sekali lagi elica protege akim menang battle keempat mentor milenia...diakui elica memang buat persembahan yang terbaek...2 minggu berturut2 menang..

Qalisya dan ana berada di bottom 2..pada awalnya datuk hattan memilih untuk singkirkan dua peserta..

Tetapi tiba2 datuk hattan terpaksa memilih qalisya apabila pihak produksi meminta hanya seorang sahaja yang disingkirkan..

So malam ni akim menang dan kehilangan seorang protege...akim dan black hanya tinggal seorang protege...

Bagi mv patutnya dua2 tersingkir sebab minggu sebelumnya sdh 2 orang diselamatkan..adalah tidak adil bgi anna..

Tapi mv bukanlah juri...semoga anna berjaya dalam apa jua yang diceburinya

Read More