All About Love

Tuesday, February 14, 2017

Pengalaman Free diapers Syamimi

8:55 AM
Pengalaman Free diapers Syamimi
Assalammualaikum...


ADEEYAFebruary 9, 2017 at 9:24 AM
Hehehe. Seronoknyaa free diapers. Susah tak?




Pengalaman free diapers syamimi susah tak?misi bermula pada 15 oktober 2016 itu pun hanya bermula pada weekend...shingga lah misi free pampers sebelah siang berjaya pada 18 disember 2016

bermula dari tue MV dah stop bgi dia pakai pampers sebelah pagi..pakai waktu malam jak..tapi itu pun bila pagi bangun pampers tak basah....jadi MV ambik keputusan ...tak bgi dia pakai pampers waktu malam pada januari ...



Dan akhirnya berjaya ...so syamimi free pampers ambik masa 3 bulan sahaja....paling singkat ....MV pun tak sangka secepat ni...syamimi betul2 beri kerjasama dalam misi ni....

Tahniah adik
Read More

Monday, February 13, 2017

Misteri wan peah

11:08 PM
Misteri wan peah

Assalammualaikum

SINOPSIS MISTERI WAN PEAH

Kisah misteri seorang wanita tua yang tinggal di Kampung Kuala Pari Hilir. Dek sikapnya yang aneh, sering menyendiri dan tidak pernah senyum selain suka duduk dalam gelap membuatkan penduduk kampung menganggap Wan Peah (Normah Damanhuri) membela saka.
Akibat satu peristiwa dimana tiga rakan karib iaitu Yeh Kumbang (Acap Tokan), Li Kelubi (Zee Tokan) dan Ghani Gagap (Faiz Tapaw) telah disergah oleh Wan Peah sehingga mereka jatuh sakit, Wan Peah diherdik dan dicaci oleh penduduk kampung. Mereka mengatakan Wan Peah menggunakan ilmu hitam dan dia diberi amaran untuk tidak keluar rumah langsung.
Selama 12 tahun orang kampung tidak melihat kelibat Wan Peah, sehingga mereka berfikir bahawa Wan Peah sudah meninggal dunia. Tiada siapa peduli kerana mereka juga tidak berani untuk mendekati rumah Wan Peah.
Kemunculan Cik Siti (Sasqia Dahuri), merupakan janda anak seorang berpindah ke kampung itu bersama anaknya, Aisyah (Indah Emerlda DFKL) serta adiknya Nurin (Sweet Farhana). Lebih mengejutkan apabila Cik Siti berpindah ke rumah kosong bersebelahan dengan rumah Wan Peah.
Satu demi satu perkara pelik berlaku kepada Cik Siti dan keluarganya sejak Cik Siti berpindah ke situ. Bermula dengan peristiwa Aisyah yang hilang semasa bersiar-siar bersama Nurin dan akhirnya ditemui di tingkat bawah rumah Wan Peah. Orang kampung beranggapan bahawa hantu Wan Peah sudah mula mengganggu penduduk di situ kerana sering juga dilihat berjalan di kawasan kampung.
Farhan (Ariff Aziz), anak kepada Tok Hashim dan Mak Timah sudah pulang menetap di kampung itu. Dia bertugas sebagai guru ganti kepada kelas yang ditinggalkan oleh Cik Siti. Apabila Cik Siti kembali semula ke sekolah, mereka mula rapat
Perkara ini menyebabkan Cikgu Zaiton (Sherry Al-hadad) yang sememangnya cemburu kepada Cik Siti mula membawa mulut kononnya Cik Siti mengadakan cerita tentang hantu Wan Peah untuk menarik perhatian orang kampung. Perbuatan jahat Cikgu Zaiton turut disokong Mak Timah. Perhubungan mereka tidak akan mendapat restu Mak Timah sekiranya Farhan memilih Cik Siti.
Disebabkan itu, Cik Siti tekad untuk mencari kebenaran tentang Wan Peah. Cik Siti meminta bantuan tiga sekawan itu, namun kerana peristiwa silam mereka takut. Dapatkah Cik Siti merungkai kebenaran tentang misteri Wan Peah? Adakah benar Wan Peah sudah meninggal dunia dan rohnya yang telah mengganggu orang kampung kerana dirinya dihina?(sumber myinfotaip)

**best ceta.. Dalam takut Ada lawaknya..baru episode 1.

Read More

Misi Capai Berat Badan Ideal

9:53 AM
Misi Capai Berat Badan Ideal
hasil 13 hari 
Assalammualaikum,,,

Misi capai berat badan ideal ...dimulakan semula pada 01.02.2017....mula sebab rasa badan makin berisi.....pada bulan oktober 2015...MV memulakan misi menurunkan berat badan dari 75kg dan berjaya dapat turunkan sehingga 63kg,,,,

Tapi dek kerana lupa daratan...hahaha...dan  tanpa senaman...berat badan turun naik...kadang...65..kdang 64...dan terbaru 67.5kg....so mengambil keputusan menurunkan berat ....

Takut nanti baju nda muat...hahaha,,,,selama 13 hari ...akhirnya MV berjaya menurunkan sebanyak 2.7 kg....oklah not bad kan ,,,,misi MV mau capai 55kg..tapi terlalu jauh nak dicapai...

So untuk permulaan MV tetapkan...untuk capai 60kg....berjaya atau tidak bergantung dengan semangat dan displin....sebab sebelum ni..MV berjaya turunkan 12 kg...takkan sekarang tak boleh kan....

Doakan MV ya kawan2...
Read More