All About Love

Monday, June 15, 2015

Koleksi 69 & 70 Tudung AJ

3:30 PM
Koleksi 69 & 70 Tudung AJ
Assalammualaikum...

pink label untuk MV n kakak AYu
Menambah koleksi tudung AJ....beli 2 aj pink label jumaat lepas...MV punya warna hijau..kakak AYu warna peach.....

Kakak AYu pilih sendiri...dia cakap yg ni dia punya..mama x ble pakai..ahaks..so mama kalau nak pakai kena pinjam dengan kakak AYu dululah....

dengan bertambah dua koleksi maka 70 helai sudah koleksi tudung aidijuma MV...baru 70 orang lain dah beratus2..hihi(ayat sedapkan hati...kihkih)
Read More

Selamat Pengantin Baru

10:28 AM
Selamat Pengantin Baru

Assalammualaikum

Di hari pernikahan adik MV

Sempat posing sikit jer
13 Jun 2015..tamatlah zaman bujang adik MV..disatukan dengan jejaka pilihan hati pada 2.30 petang dengan sekali akad..MV doakan semoga perkahwinan ni kekal hingga jannah...ni adik perempuan MV yang bongsu...lepas ni semua anak perempuan mak n bapa tiada lagi yang bujang....

Majlis perkahwinan akan diadakan pada raya ke3..temanya torqouise..semoga dipermudahkan majlisnya nnti...Insyaallah
Read More

Sunday, June 14, 2015

Hidayahmu ramadhan-Samarinda TV3-

8:30 AM
Hidayahmu ramadhan-Samarinda TV3-
Assalammualaikum..

sumber google
Hidayah dan Nazir adalah sepupu yang sangat rapat walaupun mereka berasal daripada latar belakang yang berbeza. Ibu bapa mereka jarang berhubung kerana orang tua Nazir memandang rendah terhadap keluarga Hidayah yang miskin. Selepas 11 tahun, Nazir kini graduan universiti yang sedang mengikuti semester terakhir manakala Hidayah pula seorang pelajar Tingkatan Enam. Hidayah bercita-cita untuk menyambung pelajarannya di menara gading seperti Nazir. Namun segalanya berubah kerana ibu bapanya meninggal dunia dalam kemalangan. Ibu bapa Nazir enggan menjaga Hidayah. Jadi, Nazir mula memberi perhatian keatas Hidayah dan mereka sering berkongsi masalah. Ibu Nazir mahu memisahkan mereka berdua kerana tidak rela memberi Hidayah sebagai menantunya jika Nazir mula menyanyangi Hidayah seperti teman istimewanya.(credit SINI)

Cerita ni MV suka...kenapa...mengisahkan hubungan adik beradik yang hanya bedasarkan pangkat dan harta...di permulaan cerita...bapa hidayah meninggal Pak Long Hidayah bagi pinjam duit rm2000.00...

Lepas jer selesai pengebumian arwah ayah hidayah...Pak Long terus kira duit sumbangan dari orang kampung..masa tu RM475.60....terus Pak Long ambik RM450.00 untuk potong hutang rm2000 tinggal 1550...perghh kalau lah jadi kat kita mcam mna....

Lepas tue sampai hati pula biarkan adik sendri kesusahan..dihalau..dihina...terlalu ikutkan kata si isteri...Masyaallah...moga dijauhkan dari golongan seperti ini...

Sapa yang tengok ceta ni..mesti menangis kan tengok episod 1 n 2...huhu....sapa yang x tengok..cerita ni main kat tv3 slot samarinda...jam 10.00 mlm...
Read More

Saturday, June 13, 2015

DRama Maid Astro Ria

8:30 AM
DRama Maid Astro Ria
Assalammualaikum..
pinjam google 
Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.


Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?(sinopsis kulit novel)

Drama baru MAID astro ria mulai 15 jun 2015 jam 10.00 malam setiap isnin hingga jumaat..lakonan Zul Ariffin Dan ayda jebat....

MV tak pernah baca lagi novel ni..tapi org cakap best..nak cari kat sabah ni susah sikit..sapa ada novel ni pinjam blh tak hihi
Read More