All About Love

Saturday, September 13, 2014

selfie di Kehijauan

8:00 AM
selfie di Kehijauan
Assalammualaikum...

ada iras tak???
ni namanya kopi susu...hihi...



Tajuk entry jer dah metafora kan....hahaha...selfie di kehijauan...mesti korang fikir pemandangan or tempat yang mendamaikan..sekali masuk jer blog terpampang MV n Huby serba hijau sedang selfie..hihi

Saja jer kasi gempak..hahaha.....perasan tak MV punya caption gambar kopi susu????sebab hubby berkulit gelap MV cerah dulu masa couple ada kawan cakap nnt lahir anak jadi kopi susu...hihi...

Nilah hasilnya kopi + susu...hahaha
oklah selamat hujung minggu
Read More

Friday, September 12, 2014

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

10:20 AM
Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Assalammualaikum...

Di Sini Lahirnya Sebuah CInta Yang murni abadi sejati....itu antara lirik lagu Warisan ...betul kah lirik tue..ahaks...main taip jer..Tema kemerdekaan MALAYsia 57 Tahun..DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA...

Seriously MV sangat suka tema tahun ni..kebetulan pula MV berkesempatan bertugas pada sambutan hari kemerdekaan peringkat Negeri Sabah....memang perasaan masa sambutan tue bercampur baur....

Gembira ada..sedih pun ada..terfikir keharmonian dan keamanan yang kita kecapi sekarang ini adakah akan terus berkekalan begini..atau nanti musnah dek kerana tiada perpaduan dan persefahaman lagi...emo pula masa tue hihi.. 

Apa2pun MV doakan semoga Malaysia akan terus Aman dan damai.

ayu join juga sambutan..nak dia tau apa itu erti merdeka
masa ni nak tunggu perbarisan

selfie with ayu
Read More

Thursday, September 11, 2014

UPSR SAINS 018 2014 DITANGGUHKAN

9:36 AM
UPSR SAINS 018 2014 DITANGGUHKAN
Assalammualaikum...

Photo: Ujian mata pelajaran Sains #UPSR esok, 11 Sept 2014, DITANGGUHKAN
sumber dari Mary Yap Kain Ching
Heboh semalam kertas soalan sains UPSR 2014 bocor...mula2 dapat kat wasap group mcm tak percaya..sebab sebelum ni ada soalan BM berbaur perkauman yang disebarkan....namun ianya hanya fitnah...

Tapi bila tengok berita semalam terus rasa kecewa...mana integriti orang yang diamanahkan dan diberi kepercayaan untuk menyediakan soalan tersebut...dek kerana mengejar kejayaan dunia sanggup buat orang sekeliling susah...

AKhirnya SAINS 018 UPSR 2014 ditangguhkan pada 30.9.2014...kesian kat budak2 yang tak bersalah....semoga adik2 ulang kaji lagi untuk sains ni yea..INsyaallah ada hikmah disebalik semua ini...

Pada yang bertanggungjawab..renung2kan dan selamat beramal
Read More

Wednesday, September 10, 2014

Anak Penawar Stress

5:22 PM
Anak Penawar Stress
Assalammualaikum...

Stress hari ni...stress dengan orang yang tak pernah fikir tentang orang lain...yang hanya fikir dia,dia,dan dia sahaja......tak pernah kah kau sedari aku yang kau sakiti....pergh  siap nyanyi lagi...namun syukurlah setelah diluahkan kepada suami,bekas tempat sekerja akhirnya stress itu beransur hilang...

Apatah lagi bila terlihat gambar syamimi kat hp...terus ingat dia jer....
mata sepet....doktor cakap mcm korea
dia geram nak makan
paling suka bila dapat duduk atas badan mama
kat taska org tisur dia main
tengok nak pula dia pandang kamera..
.
pergh sombong uollls
penawar duka lara kami sekeluarga....hihi stress hilang bila ingat dia....syamimi skg dah makin pandai..cuma skg dia dah taknak susu badan dr botol...kalo kat taska dalam 10 oz jer dia minum...itu pun ikut mood dia....

Takpelah yang penting sihat...skg dah nak belajar berdiri....dah pandai dah pegang sana pegang sini..panjat sana panjat sini...cuma gigi tak keluar lagi...21.09.2014 ni dah masuk 9 bulan sekejap jer..tak sedar....

Oh tak sabar nak jumpa syamimi.....kejap lagi tgu hubby sampai..bye..semua..sorry busy lately..nnt ada masa BW kamu semua ok..tq pada yg sudi dtg n tinggal jejak




Read More