All About Love

Sunday, December 23, 2012

Kesan Pure Marine Collagen

2:00 PM
Kesan Pure Marine Collagen
Assalammualaikum...

Hari tue MV ada buat entry yang MV sdh mula gunakan Pure MArine Collagen..dan kali ni MV mau kongsikan apa kesannya penggunaan PUre marine collagen ni setelah 3 minggu mengunakan collagen ni..

MV amalkan minum collagen ni setiap hari sebanyak dua kali secara konsisten...dan apa yg MV rasa selepas guna ialah apabila buang air besar...kalau dulu MV ada sembelit tp skg MV nda mengalami sembelit ni sudah....

Sakit2 sendi yg MV alami pun semakin baik...Dan apabila MV letak kat muka..serius mmg menyegarkan dan yang paling berkesan jerawat mengecut bila letak collagen....

MV nda mau lah cakap yg MV pakai collagen ni kulit MV bertambah cantik..nnt org bilang perasan...huhu..

Dan kalau minum collagen ni akan buat kita kurang rasa lapar...Jadi mmg sesuai pada yg nak mengurangkan berat badan...hehehe....

Kalau berminat nak try collagen ni just PM MV di komen...
Read More

Singapura Juara Piala AFF suzuki 2012

10:10 AM
Singapura Juara Piala AFF suzuki 2012
Assalammualaikum...

Semalam berlangsung perlawanan Final pusingan ke-2 Piala Suzuki AFF 2012 antara Thailand Vs SIngapura..Dengan berbekalkan kelebihan 2 gol ketika Final pusingan pertama di Singapura nampaknya nasib singapura sama seperti Harimau Malaya,,,

Terpaksa berdepan dengan permainan yg pengadilannya yg berat sebelah...huhuhu..apa dah..kenapa MV cakap berat sebelah..sebab pemain thailand jatuh jer wisel berbunyi tp ada 1 masa tue 3 pemain singapura sudah terjatuh tp permainan masih diteruskan...

SIngapura hanya mampu bertahan pada separuh masa pertama..dan di awal permainan separuh masa kedua nampaknya Thailand berjaya menjaringkan gol..menjadikan kedudukan secara agregat 2-3...

Namun Singapura memenangi perlawanan semalam secara agregat 3-2 apabila kedudukan 1-0 kekal hingga ke wisel penamat,,Tahniah SIngapura...dan Thailand,,,huhu,,jangan buat jahat sama org lain kali..hahaha(jahatnya MV)

 
Read More

Hargai Isteri & Ibu Kamu

9:00 AM
Hargai Isteri & Ibu Kamu

Assalammualaikum..

MV kongsikan apa yg Mv terbaca di facebook...tentang perbualan di antara seorang kaunselor dengan seorang suami yg bekerjaya tentang isterinya(seorang suri rumah).Jom baca dibawah:

Kaunselor: Apakah pekerjaan En Zainal?
En Zainal: Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor: Halimah pula?
En Zainal: Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor: Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
En Zainal: Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor: Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
En Zainal: Pukul 5 pagi
dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor: Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
En Zainal: Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor: Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.

Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting! Ingat tu sahabat sekalian :) 

Hargailah seorang isteri mahupun ibu anda. Kerana pengorbanannya tidak ternilai dan tidak dapat diganti dengan duet sekalipun. Say Alhamdulillah to Allah sebab memberikan ibu / isteri yang baik buat kita dan hargailah mereka walaupun dengan ucapan Terima Kasih.
Semoga bermanfaat

**Jadi hargai isteri & ibu kamu semua
Read More

Saturday, December 22, 2012

London Mari

1:00 PM
London Mari
Assalammualaikum...

London mari..nda dapat sampai london dapat key chain pun jadilah hehehe...iyalah kan nak harap diri sendiri yg ke LOndon entah bila lah kan...baik pergi umrah dulu lagi bagus..kan3x...

Tapi kalau suddah ada duit lebih dan mampu pergi..pergilah..hehehe...ok sebenarnya saja mau update pasal key chain berbentuk kunci yg MV dapat drpd Bos yg baru balik bercuti d London...

Sebenarnya sdh lama draf tp takde masa mau publish..hehehe..dulu pernah dapat key chain eifel tower masa ada pegawai yg ke PAris...iyalah org memberi kita menerima..hehehe

Gift dr bos

itu bendera london
Cantik kan keychain ni....tak dapat pegi london dapat keychain pun jadilah...
Read More