All About Love

Tuesday, March 15, 2016

Novel PA Lelaki "KEREK" By Rose Eliza

1:30 PM
Novel PA Lelaki "KEREK" By Rose Eliza
abaikan tangan yang x comel tue ya
Assalammualaikum....

Sinopsis Dari Belakang Novel 

Kebahagiaan Tengku Irfan Haiqal diragut selepas dia terlibat dalam satu kemalangan. Dia menyimpan perasaan benci dan dendam. Kehadiran Irdina Asyikin telah merubah keseluruhan hidupnya. Gadis itu suka melawan, degil dan tidak mendengar kata. Ada saja alasan yang diberi oleh gadis itu.

Bagi Irdina Asyikin, menjadi pembantu peribadi kepada Tengku Irfan Haiqal tidak semudah yang disangka. Pemuda itu seorang yang 'kerek', poyo dan suka berubah angin. Mahu tidak mahu, terpaksa juga dia melayan kerenah lelaki 'kerek' itu. Selama beberapa bulan menjadi pembantu peribadi, Irdina Asyikin dikhabarkan dengan satu kebenaran. Sejak dari itu, dia dirantai dan diperhatikan. Demi satu pembebasan, perjanjian perlu dibuat.

Perjanjian apakah yang dibuat oleh Irdina Asyikin? Berjayakah Irdina Asyikin membebaskan diri? Dapatkah Tengku Irfan Haiqal menuntut keadilan buat dirinya sendiri?

Itu sinopsis dari belakang novel...ni pula sedikit perkongsian dari MV...
Irdina seorang gadis yang degil..lepas cakap & suka melawan...Tengku Irfan pula seorang jejaka yang takda perasan...dibelengu dengan rasa dendam dan marah akibat kemalangan yang menyebabkan tangan kanannya cacat...

Irdina pernah memarahi Tengku Irfan  dan kebetulan Tengku Irfan adalah bos barunya..>Dia menjadi PA kepada seorang Lelaki Kerek..namun lama kelamaan rasa benci kedua2nya bertukar sayang....

Namun ayah tengku irfan tak menyenangi Irdina..kerana baginya irdina cuai dalam menjalankan tugas..apabila irdina telah meyebabkan tengku irfan hampir lemas & ditikam ...dikala rasa cinta sudah mula berputik muncul Imelda kekasih lama  Tengku irfan yang akan dikahwinkan dengannya atas keputusan tengku Iqbal(ayahnya)

Irdina membawa hati ke Perak atas bantuan Naufal(kawan baik Tengku Irfan)...selama setahun Tengku Irfan cuba menghubungi irdina namun gagal...dia dibelengu rasa bersalah kerana terkasar(menampar irdina) hanya kerana irdina mahu Tengku irfan merawat tangan kanannya....

Selama setahun itu juga naufal cuba memikat hati irdina namun gagal.Jodoh akhirnya Tengku Irfan menyuarakan hasrat hati melamar Irdina..mulanya dia tak mau menerima kerana Irdina adalah gadis yang menyebabkan kemalangan yang menimpa Tengku Irfan...

Perkahwinan yang diimpikan bukan lah satu kebahagiaan ....Tengku Irfan tahu yang irdina adalah gadis yang dia dendamkan..perkahwinan tersebut di teruskan dengan syarat dan perjanjian....selama 6 bulan sahaja mereka berkahwin dan selepas itu Tengku Irfan akan berkahwin dengan Imelda...

Namun tanpa pengetahuan Tengku Irfan ,,,irdina membuat perjanjian dengan tengku Iqbal...dia hanya memerlukan masa 3 bulan untuk memastikan imelda berkahwin dengan tengku irfan....

Rasa dendam yang ada...namun akhirnya Tengku Irfan mula sedar bahawa irdina adalah wanita yang paling dicintai...namun terlambat apabila irdina melarikan diri genap 3 bulan mereka bersama....

Segalanya terbongkar...rupa2nya Tengku Iqbal adalah orang yang menyebabkan kemalangan yang menimpa tengku irfan...orang suruhan nya tersalah merosakkan brek kereta ...sepatutnya brek kereta imelda & safwan(lelaki yang imelda curang)...namun sebaliknya yang berlaku...

Apabila imelda dapat tahu dia mula mengugut tengku Iqbal...Tengku Iqbal melepaskan segala tuduhan itu kepada Irdina kerana dia tidak mau Tengku Irfan membencinya...dan dia rasa bersalah kepada irdina ,,,tambahan lagi apabila mengetahui yang irdina telah melahirkan anak tengku irfan,iaitu tengku hasif...

Akhirnya mereka kembali bersama,...dan dikurniakan lagi seorang anak perempuan....


Komen MV..cerita agak membosankan pada awalnya..namun bila timbul bibit cinta dan konflik...tanpa sedar membaca dengan titisan air mata...

cuma ada kesalahan nama watak pada penghujung novel ni...MV bagi 4 bintang...

**pergh panjang pula entry ni


Read More

Apa itu Strok Haba Dan Tanda-Tandanya

7:30 AM
Apa itu Strok Haba Dan Tanda-Tandanya
Assalammualaikum...

Pinjam Dari SINI
Mv kongsikan sedikit mengenai Strok Haba...harap dapat membantu semua sekaligus mengambil langkah berjaga-jaga....banyakkan minum air...dan kurangkan aktiviti luar....
Sumber dari SINI


Bila tengok kumpulan yang paling berisiko iaitu kanak2 berumur 5 tahun ke bawah..MV kena ambil langkah berjaga2...sebab syamimi jenis sensitif...cepat terjangkit selsema....batuk dari orang.....dia kalau cuaca panas memang dia akan rimas...

So kawan2 semua yang ada anak2 kecil...harap entry ni membantu anda semua...
Read More

Monday, March 14, 2016

Jerebu Di Sabah

2:09 PM
Jerebu Di Sabah
Assalammualaikum....


sekadar berkongsi 
Hari ni di kota kinabalu..MV dah bagitau yang keadaan di KK sekarang jerebu...panas jangan ckaplah cuma MV tak rasa sebab duduk dalam ofis..ada penghawa dingin..bayangkan orang yang kerja di luar...huhu


abaikan kegilaan ni...hahaha
dan nampak tak gambar keadaan di luar bangunan pejabat MV....selalu langit tue nampak biru jer...kali ni....nampak kabur ...sebab jerebu.....dan yang merisaukan semalam ada dapat wasap pasal kemungkinan dalam masa 5 hari keadaan di Malaysia akan bertambah panas akibat Matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa....

apa2pun kurangkan aktiviti luar....banyakkan minum air...takut nanti kena strok haba macam yang berlaku di Vietnam kalau tak silap...
Read More

10 tahun akan datang

9:52 AM
10 tahun akan datang
Assalammualaikum...

Sumber Facebook
10 tahun akan datang MV dah berumur 41 tahun....wah dah tua hahaha.....suami pula masa ni umur 40 sebab suami MV muda setahun dari MV...masa tue dah tahun 2026...HaikalAyuWaniMimi pun dah semakin membesar 

  1. Haikal 19 tahun 
  2. Ayu 19 tahun 
  3. Wani 16 tahun 
  4. Syamimi 13 Tahun
HaikalAyu dah lepas habis SPM...kalau ada rezeki mungkin masa ni dorang sudah kerja/sedang belajar di Universiti...Wani pula tingkatan 4..syamimi baru melangkah ke alam persekolahan sekolah menengah...

Tak dapat bayangkan mcam mana wajah mereka masa tu...excited pula tiba2...semoga MV diberikan kesihatan yang sempurna untuk menyaksikan detik2 itu.AMin 
Read More

Saturday, March 12, 2016

Replika Ikan Jerung dari Botol @Tanjung Lipat

8:30 AM
Replika Ikan Jerung dari Botol @Tanjung Lipat

Assalammualaikum...
makin sihat my haikalfaiz

semangat dia posing
Kreatif kan...hihi...lama sudah mo pergi akhirnya dapat juga smpi ke tanjung lipat kota kinabalu...macam jauh kan...ni lah ni..kalau sudah weekend..terperap di rumah itu lagi heaven rasanya...dari keluar dengan cuaca yang panas sekarang ni...

sapa pernah pergi sini..angkat tangan?
Read More

Friday, March 11, 2016

Santai Petang

7:30 AM
Santai Petang
Assalammualaikum...


Ini adalah aktiviti santai petang syamimi & wani kalau weekdays....kalau MV tak drive kami akan tunggu Mr Velentine...So masa menunggu tue diisi dengan aktiviti santai budak2 ni....


lari2 setempat....kumpul buah(nda tau buah apa)..then buat macam bowling..paling excited of course lah wani...dulu masa abang kakak sekolah dekat ofis mama ni...dorang senang mau di kawal mungkin sebab dorang sebaya,,,

Syamimi ni...dia jenis tak suka duduk menunggu di ofis..dia lebih suka tunggu diluar..dia boleh main..boleh tengok keliling...samalah juga dengan wani...

Lain anak lain ragamnya..apa2pun ni kira aktiviti pembelajaran dorang lah

Read More

Thursday, March 10, 2016

Keyword Nuffnang Last Week

7:30 AM
Keyword Nuffnang Last Week
Assalammualaikum...

last week punya keyword

Tak banyak tapi nampaknya ada juga orang masuk kat blog sebab cari sesuatu...keyword meletup...meletup lah sangat hahaha.....SMK kota Klias sekolah terbaik STPM 2016... INi entry nya ...tahniah buat ex sekolah dan adik2 calon STPM SMKKK 2016...

ada yang cari pasal keputusan bola....makanan popular di sabah ...replika kapal terbang air asia....MV berbesar hati dapat membantu kamu semua walaupun blog ni taklah sepopular mana...

blog korang mesti lagi mantop kan...
Read More

Wednesday, March 9, 2016

Wordless Wednesday #Telekung Untuk Syamimi#

2:00 PM
Wordless Wednesday #Telekung Untuk Syamimi#
Telekung syamimi..
Assalammualaikum....

tadi MV cerita pasal syamimi ngamuk nak telekung..so ini dia telekung yang biras MV beli...siap ada beg telekung..sama design dgn kakak2 dia punya.

Semoga Syamimi suka...
Read More

Wordless Wednesday #Syamimi And Teddy Bear#

7:30 AM
Wordless Wednesday #Syamimi And Teddy Bear#
Assalammualaikum....

sibuk nak nyanyi

merajuk

sayang patung adik

comel nya dia

sibuk menelek muka patung 

tidur tidur ya patung 
**lepas solat..dia mengamuk..dia mau telekung juga...so MV minta biras MV kat KL belikan telekung untuk dia.....

Read More

Tuesday, March 8, 2016

Selamat Hari Wanita 8 MAc 2016

7:30 AM
Selamat Hari Wanita 8 MAc 2016
Assalammualaikum...

pinjam google
8 Mac setiap tahun adalah sambutan hari wanita sedunia....Berbahagia lah wahai Kaum Wanita...hihi...bukan nak mengada-ngada..cuma terasa juga lah dihargai....So Mv nak ucapkan selamat hari wanita sedunia buat wanita-wanita diluar sana....

Hari Ni MV kursus....so entry lepas ni adalah entry yang telah di schedule.....nnt hari jumaat baru MV BW..tq kamu semua
Read More

Monday, March 7, 2016

Sabah Ke Suku AKhir PIala FA 2016

10:54 AM
Sabah Ke Suku AKhir PIala FA 2016
Assalammualaikum...

Carta Final Piala FA 2016
sumber SINI
Yeah....Sabah ke SUku akhir Piala Fa 2016..macam tak percaya sebab sekarang Sabah Sedang terumbang ambing di saingan Liga Perdana ...Asyik kalah jer..dan sekarang di tempat tercorot dengan sekali memang sahaja...

so masa Sabah Vs ATm  pada sabtu lepas 05.03.2016 kami tak turun stadium...sebab tak tau ada game...dan sebab kedua adalah malas nak pergi..kecewa tengok corak permainan yang erm....sedih sa tau...

tapi terkejut bila Sabah layak Ke Suku AKhir...semangat tau tengok Nais lemak Kopi O untuk tengok cabutan undi bagi menentukan perlawanan suku akhir....dan Sabah akan bertemu Kedah di peringkat Suku Akhir...

Memang cabaran yang penuh liku..hahaha...Kedah kot..kuat tue...kalaulah rezeki menang dengan Kedah..ada JDT menanti..atau PDRM....

Chayok2 Sabah 
Read More

Penggemar Buah Anggur

7:30 AM
Penggemar Buah Anggur
Assalammualaikum...

nampak tak kulit anggur tue
Syamimi bila dah bertambah angka usianya ni..sekarang dah nak masuk 2 tahun 3 bulan...banyak perubahan yang MV nampak..kalau dulu..susah nak suru dia makan buah-buahan..tapi sekarang dia yang cari sendiri kat peti ais ...
Kusyuk buka kulit anggur
sekarang dia suka anggur.....MV makan anggur tak pernah buka kulitnya....tapi syamimi makan siap asingkan kulit...betul2 macam tak sesuai dengan usianya...dia kumpul kulit tue kat tepi,,
dia seorang jer boleh makan anggur..kalau dia nampak orang lain makan ..mesti dia marah...punya kedekut adik ni tau...lucu pun ada..

anggur sedap warna unggu 
dimakan sebiji nak lagi
syamimi pakai baju unggu
makan anggur suka sekali....


hahaha,,sekian pantun 4 kerat ...
Read More

Sunday, March 6, 2016

3.5 pointer

7:30 AM
3.5 pointer
Assalammualaikum...
pinjam dari blog SMK KOTA KLIAS

Tahniah adik MV atas pencapaian STPM 2015 dengan 3.50 pointer...lepas ni teruskan lagi belajar ke menara gading...teringat pula kenangan masa STPM 2004..masa tue MV dapat pointer dalam 2.++ jer...

Pinjam dari blog SMK KOTA KLIAS
nak masuk U kena bersaing atas qouta chinese...harapkan satu-satunya adik yang masih belajar ni sambung belajar ke U...

Ada cadangan tak nak suru dia masuk U apa??MV cadang nak suru dia masuk UPSI...ambik course pendidikan...maaflah kena minta pandangan kawan2 sebab tak pernah ada dalam family yang sambung belajar sampai Universiti////
Read More

Saturday, March 5, 2016

kemarin dan Semalam

7:30 AM
kemarin dan Semalam
Pinjam Dari SINI
Assalammualaikum...

dulu  masa kerja di matrik johor selalu binggung pasal ni...semalam...adalah malam semalam bagi orang sabah..dan kemarin adalah hari sebelum hari ini...lucu juga bah masa di sana dulu...

korang pernah tak jumpa kawan yg dari Sabah yang selalu akan betulkan perkataan semalam dengan kemarin...kalau ada memang kamuorang binggungkan...itu belum lagi ditambah gaya orang sabah yang suka cakap laju macam keretapi....

ok kalau cakap laju itu memang ada cirinya pada diri MV....semalam saya tidur di rumah ,,,,kemarin saya nda pegi kerja...nampak kan disitu...maksudnya kalau semalam itu adalah untuk aktiviti pada malam hari...

kemarin pula aktiviti nya siang hari...itu bagi pemahaman MV lah...kamu sabahan betul kah ni..sebab saya ni pun nda berapa teror...

Read More

Friday, March 4, 2016

Street Breakfast At Jalan Sulaman /Masjid bandaraya Kota KInabalu

7:30 AM
Street Breakfast At Jalan Sulaman /Masjid bandaraya Kota KInabalu
Assalammualaikum..
Pinjam Dari SINI
Di zaman ekonomi tak berapa nak stabil ni..MV puji inisiatif anak muda ini yang tanpa memikirkan malu panas...mereka berniaga seawal pagi dengan harga yang sangat berbaloi...
pinjam dari SINI
Memudahkan urusan orang lain yang mungkin tak sempat nak breakfast dirumah kerana terpaksa keluar rumah seawal selepas subuh...ni kira macam drive thru juga lah ..siap ada deadpool lagi yang menjual...memang havocc betul marketingnya...

Sapa2 ada anak pasti anak minta singgah beli sarapan di sini..Mv tak pernah lagi beli..sebab selalu dah siap sarapan awal dari rumah...

Korang yang dari area tuaran sepanggar dan melalui jalan sulaman ke kota kinabalu ..boleh lah singgah gerai dorang ni
Read More

Thursday, March 3, 2016

"Segmen Teka Teki Benda Uk2"

9:17 AM
 "Segmen Teka Teki Benda Uk2"
Assalammualaikum...

http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/02/segmen-teka-teki-benda-uk2.html
 Teka Apa Yang Ada Dalam Hadiah Tersebut.?
"Dia Becakap Tapi Tak Ada Mulut,
Tak Ada Tangan Tapi Pandai Main Musik
Pandai Menyanyi Menghiburkan Hati,
Issue Semasa Selalu Di Nanti,
Dalam Kenderaan Dan Dalam Rumah Pasti Ada,
Becakap Tak Henti-henti Hanya Dengan Jari Dia Berhenti."
1) Follow Blog Uk Atau Google +
2) Buat Tajuk Post "Segmen Teka Teki Benda Uk2"
3) Copy Semua Coding yang telah disediakan di Box dan Paste ke dalam Ruangan Html dan Publish.
4) Tinggalkan Url Post Dan Jawapan Anda ke Ruangan Komen ini.
Blogger yang Menjawab dengan Betul akan di masukan ke dalam Bloglist Uk.Tarikh Tutup 7-3-2016.

Jawapan Saya :......RADIO.........
Read More

"Segmen Bloglist By Aina"

8:35 AM
"Segmen Bloglist By Aina"

Susu Formula

7:30 AM
Susu Formula
Assalammualaikum...

QasehnyaRaniaFebruary 29, 2016 at 12:15 AM
aamiin
putih melepak ni..
mmg chinese look sangat..

seronokkan tgk dorng mmbesar..
syamimie, susuu badan sampai 2 thn ke mv ?
skrg mnm susu ape..

saya dh sibuk dok survey susu nk bg nnati.. tinggal 6 bulan lagi nak msk 2 tahun dah.. kejap sangat rasa..


Maaf yea cik sue sekali lagi komen cik sue dijadikan entry di blog MV...sebab senang menjawab pertanyaan dan sekali gus ada juga entry untuk hari ni..haha bolehlah kan..idea kadang2 ke laut huhu....
pinjam google
Untuk menjawab pertanyaan pertama...Syamimi menyusu full susu badan smpi umurnya 1 tahun 6 bulan sahaja....lepas tue MV campurkan dengan susu formula dugro buah-buahan 1-3 tahun ...kenapa pilih itu...sebab masa kat taska lama....pengasuh bagi try susu ni...bila dia cakap ok MV pun campurkan...

Kebetulan masa tue..mmg ada masalah nak buat stok perahan susu...lagipun time tue air susu berkurang...di tambah lagi dah masuk bulan puasa....masuk skg dah 8 bulan dia minum susu tu...tapi susu formula ni hanya syamimi minum kat taska...

sabtu ahad cuti umum malam...dia hanya mau minum susu badan...dan MV susukan syamimi susu badan sampailah sekarang umurnya 2 tahun 2 bulan...malahan sekarang susu formula tue kalau di taska dia kadang tak minum langsung...

kalau pengasuh nya marah baru dia minum,....kalau ditanya kenapa tak mau minum dia jawab"adik mau susu mama saja"..see pintar kan dia....ada yang cakap kalau anak sudah umur 2 tahun elok berhentikan susu badan....

Tapi entahlah MV dari AYu wani...dorang berhenti sendiri sebab tau nak dapat adik...cer cik sue tanya doktor ....macam mna...sebab skg ni syamimi still susu badan lagi...MV pun belum jumpa nurse untuk temujanji...

Temujanji syamimi lama lagi....
Read More

Wednesday, March 2, 2016

SMK KOTA KLIAS TERBAIK KEPTUSAN STPM 2015

4:20 PM
SMK KOTA KLIAS TERBAIK KEPTUSAN STPM 2015
Assalammualaikum
credit to here
SMK Kota Klias..Pemeneng 3 anugerah. GPS tertinggi negeri. Lonjakan tertinggi, 100% lulus.. Only in Sabah with gps 3.0. ...ini kata2 cikgu yang mengajar di SMK Kota KLias...wow...sebuah sekolah taraf luar bandar tapi membuat satu kejutan...

credit to here
Kelulusan 100% untuk STPM 2015....dengan GPS 3.30...tahniah buat semua guru-guru dan pelajar STPM 2015...tahniah juga buat adik MV yang buat sakit mulut....dapat 3.50...jom nnt belanja kau...
Adik MV yang lelaki duduk di bawah pegang kertas 3.50
Tumpang bangga sebagai kakak & bekas pelajar SMk Kota Klias....masa MV STPM dapat pointer 2.++ jer...
Read More

"First Segmen Bloglist NURZULFA"

11:37 AM
"First Segmen Bloglist NURZULFA"

Blog MV diLabel Blog MeNgada-Ngada

11:14 AM
Blog MV diLabel Blog MeNgada-Ngada
nampak tak komen tu
Assalammualaikum....

Dek kerana entry INI  blog MV dilabel sebagai blog ngada-ngada oleh cik ANon...hahaha..nak ketawa ada..nak marah pun ada.....mungkin entry MV tue tak membantu dia kot..sampai dia komen macam gitu....relaks ko jo(sabahan selalu guna)....kan ada MV mention di akhir entry 



Sekian tips yang tak berapa nak jadi tips dari MV...kiki..cik sue boleh try tau

Nampak tak di situ...MV sendiri sudah mention yang tips ni tak berapa nak jadi tips...adui nampak kegagalan di situ....

Tips Tocangkan Rambut anak :-
  1. Puji yang dia cantik lepas bertocang
  2. tocangkan rambut adik beradik yang lain automatik dia akan minta tocang juga
Dalam entry MV itu ada bagi 2 tips jer...sebab cik sue tanya mcm mna tips MV tocangkan rambut syamimi...sebab anak dia tak suka....so MV secara jujur bagitau lah...rasanya MV cukup menjawab soalan di situ..

Apa2pun terima kasih Cik ANon kerana membaca blog yang mengada-ngada ni...Thank You



Read More

Tips Tocangkan Rambut Anak

7:30 AM
Tips Tocangkan Rambut Anak
Assalammualaikum...


QasehnyaRaniaMarch 1, 2016 at 6:38 AM
coklat. tapi likat pekat. suka mnm sejuk2.
tp dutch lady strawberri pon sedap. ayah rania suka la..

sy lg suka brand everyday.. fresh milk

comelnya syamimi bertocang. tips mv nk tocangkan rambut anak. rania ckp x suka bila kita ikat rambut die.
pakai hedbnd skrg kjp je bertahan. pas siap2, 2,3 mnit terus dicabut/ ditarikny..
sentap uminya tau..

Tips tocangkan rambut anak.Nampak tak komen cik sue tue...pergh komen orang pun boleh jadi satu entry hahaha....cik sue...masalah yang cik sue hadapi dulu MV pernah hadapi juga...

Masa kakak AYu & Wani...dorang tak suka rambutnya diikat...paling lama 30 minit lepas tue habis terburai ikatan...bila kena dengan syamimi ni..mula2 macam tue juga..tapi bila selalu MV ikat dia jadi suka...

Kadang MV buat style ikatan rambut yang sama untuk dorang semua...MV puji "wah cantiknya rambut adik.."kadang bila dia nampak kakak mula bertocang dia sendiri akan offer diri..

Ditambah lagi bila dia sudah start sekolah di Taska Permata...rata2 kawan2 dia semua bertocang...kena pula pembantu yang jaga tue jenis pandai tocang rambut...makanya masalah payah nak tocang rambut dorang terus selesai....

cer try tocang rambut..then ckap wah comelnya dia..cakap lah cantik mcm barbie..macam elsa...mesti budak2 suka.

Sekian tips yang tak berapa nak jadi tips dari MV...kiki..cik sue boleh try tau


Read More

Tuesday, March 1, 2016

Rabun Dekat

12:49 PM
Rabun Dekat
Assalammualaikum...

sumber dari SINI
Rabun dekat atau hiperopia adalah kesukaran melihat objek dekat.Ia adalah satu masalah normal bagi mata di mana titik tumpuan imej terbentuk di belakang retina. Masalah bertentangan dengan rabun dekat adalah rabun jauh.

Rabun dekat disebabkan imej ditumpukan di belakang retina bukan di atasnya. Ia boleh jadi disebabkan bebola mata yang terlalu kecil atau kuasa menumpu terlalu lemah.

Rabun dekat selalunya ada sejak lahir, tetapi kanak-kanak mempunyai lensa mata yang sangat fleksible yang dapat mengatasi masalah tersebut. Semakin meningkat usia, cermin mata atau kanta sentuh mungkin perlu untuk membetulkan penglihatan. Mereka yang mempunyai anggota keluarga yang ada rabun dekat, lebih cenderung menghadapi rabun dekat.(sumber dari SINI)

ini sedikit maklumat mengenai rabun dekat...MV dah buat kajian & membaca sebab kedua2 anak MV mempunyai masalah ini...

Baru MV tau kenapa dorang ada masalah ni..sebab bapa MV rabun dekat....MV tak pernah buat pemeriksaan mata...dan tak tau ada rabun atau tak..yang pastinya silau itu ada...

Masa mula2 kakak AYu jumpa doktor untuk pemeriksaan mata...apa yang doktor tue terangkan sama apa yang MV baca...ada juling yang boleh dirawat dengan memakai cermin mata....

So kesimpulannya...wani dan ayu sebenarnya memang ada rabun dekat dari kecik...sebab dari apa yg MV baca...orang yang ada rabun dekat ni selalu akan terlanggar benda2 yang dekat....sebab dorang tak nampak benda tue...

Macam kakak Ayu...dia mula pening2 masa umur 6 tahun...sebab tue MV ambik keputusan buat pemeriksaan mata wani bila doktor yang periksa Ayu sarankan agar bawa wani ke Hospital Likas...

So ianya adalah genetik...MV kena buat pemeriksaan mata untuk syamimi bila dia dah berusia 4 tahun...sebagai langkah awal....apa2pun semoga semuanya dipermudahkan...

MV terima apa yang sudah ditakdirkan.Siapa kita untuk mempertikaikanNYa...Semoga kakak ayu & kakak wani..sentiasa kuat..dengan ejekan orang kerana diusia awal sudah mula becermin mata....

Bertabahlah ya anak-anak mama
Read More

Result Temujanji Wani Di Unit ophthalmology,Hospital Wanita & Kanak-kanak,Likas

9:59 AM
Result Temujanji Wani Di Unit ophthalmology,Hospital Wanita & Kanak-kanak,Likas
Assalammualaikum...


Masih ingat entry INI  ... semalam 29.02.2016.. tarikh yang 4 tahun sekali baru jumpa...tahun lompat..so senang nak ingat date ni...so semalam kami dah pergi temujanji wani dengan pakar Ophthalmology di hospital wanita dan kanak-kanak likas.

Sebelum becerita mengenai resultnya MV nak suarakan rasa kesal dan kecewa dengan kebersihan tandas untuk pesakit ....kebetulan masa tu perut MV memulas..so nak pergi lah tandas...

Masyaallah...sekali semua tandas kotor...penuh dengan Tahi...yang ntah dah berapa lama tak flush...niat ok takpa lah nak flush then siram baru guna...sekali air pun xda...masa ni memang dah memulas sangat...

Maaflah yea...pengakuan jujur pula ni..MV nampak tandas OKu...terus masuk then guna...bila dah selesai...nak flush pun problem..MV terpaksa penuhkan air kat ruang kita tekan flush tandas....hahaha....malu kot kita dah membuang then tinggalkan tanpa flush..oh x sanggup MV....

Ok sekian cerita yang agak mengelikan hahaha...ok kita sambung cerita pasa keputusan temujanji wani semalam...

Selesai temujanji wani dengan doctor pakar mata hospital likas...result wani kena pakai spek....rabun dekat dan silau...silau 150/100...rabun dekat 200...adui sama kes mcm si kakak ayu...terus doctor pesan nnt adik besar sikit bawa check mata jg k

So itulah keputusannya....wani akan mula pakai cermin mata sama mcm kakak ayu..sedih juga lah sebab kecik2 dah berspek....mungkin orang akan cakap itulah bagi anak tengok tv dekat2...

Bagilah makan carot....jangan biasakan dia pakai cermin mata nnt degree makin tinggi..inilah yang MV dengar masa kakak ayu mula berspek...ok di sini MV nak terangkan..bukan MV bagi dorang tgk TV dekat2....bukan tak paksa bagi makan n minum jus carrot..susah kalau kita bagi dia buang..kita marah kang lain pula jadinya...

Macam apa yg doktor kakak Ayu pesan once kita dah berspek kena sentiasa pakai..sebab bila on off degree akan cepat naik...lagipun orang yang ada masalah juling macam ni..ada satu keadaan dengan pakai cermin mata....dapat membantu mata supaya tak lari struktur...(maaf tak tau istilah perubatan)

Rabun dekat..iya Wani & ayu dua2 rabun dekat....dan rabun dekat sebenarnya bukanlah rabun orang tua...nnt MV cerita kat entry lain...sebab entry ni dah panjang sangat ni.... 




Read More

Monday, February 29, 2016

Penggemar Susu Dutch Lady Strawberry

8:30 AM
Penggemar Susu Dutch Lady Strawberry
Assalammualaikum....


tak ready mama sudah snap gambar
lagi entry my syamimi....dia ni paling susah kita nak suru minum susu formula...dia lebih suka BF...tapi ada satu kesukaan yang MV rasa jadi kesukaan 4 beradik ni....iaitu susu strawberry dutch lady....
peace versi syamimi 
Anak2 MV suka minum susu strawberry dutch lady ni...tak tau lah kenapa..dari abg kakak ayu kakak wani..dan sekarang syamimi....mungkin sebab warna pink kot...
parut bekas luka 
tapi apa yang MV perasan ni macam mengikut citarasa abah dorang ni...sebab MR Velentine pun suka minum ni...MV tak geng ni sebab MV suka susu putih..

Korang pula???antara susu coklat,strawberry & susu putih mana jadi pilihan?
Read More