Followers

Wednesday, August 31, 2016

Nilai Duit


Assalammualaikum...

Duit tak boleh bawak mati 
tapi tak ada duit rasa nak mati 

duti tak boleh beli kasih sayang 
tapi kasih sayang hilang kalau takda duit

duit tak boleh beli tidur 
tak ada duit tidur pun tak lena

duit tak boleh beli kesihatan
tapi nak sihat perlu duit

duit tak boleh beli kebijaksanaan
tapi nak dapatkan ilmu perlu duit

orang bodoh nampak cerdik bila ada duit 
orang cerdik nampak bodoh bila tak ada duit

Duit bukan segalanya 
Tapi segalanya perlu duit 


***semuanya perlukan duit..cuma jangan biarkan duit menguasai hidup dan pemikiran kita..

Selamat menyambut kemerdekaan yang ke 59 tahun .

Tuesday, August 30, 2016

Open Order Kuih Jala /Kuih karas

Assalammualaikum

Kuih jala/kuih karas
Raya haji tak lama lagi ... So MV open order kuih jala..atau kuih karas orang semenanjung sebut..Kalau di Sabah lebih dikenali sebagai kuih jala....Ni projek mama MV...dia memang teror bab kuih tradisional ni...

Kuih jala ni dijamin ranggup dan sedap...RM10 ada 25 biji..Boleh cod area beaufort to kota kinabalu....kalau ke area lain yang perlu pos tak dijamin..sebab takut hancur..

Berminat boleh PM 

Facebook MV
boleh Wasap 0168040362 


Sambutan Hari Jadi Wani Di Kampung

sedikit gambar dirakam buat kenangan 
Assalammmualaikum....

27.08.2016 akhirnya majlis sambutan harijadi wani bersama Mama MV, Makcik MV dan anak saudara MV yang dirancang selamat dibuat di kediaman mak cik MV di Kampung Klias Kecil.Tambah meriah dengan kehadiran ahli keluarga....

dengan Menu yang simple :-

Soto 
rojak
kelupis 
Satay
kek

memang meriah oh... tambah meriah apabila menu semuanya homemade..termasuklah keknya....sempat ambil beberapa gambar untuk di jadikan kenangan...Datuk MV gembira bila dia dapat bersama-sama dengan anak2,menantu,cucu dan cicitnya

MV agak lewat balik sebab MV kerja lagi .....Dalam jam 9 baru majlis di mulakan...tanpa jemput orang lain..majlis kami sekeluarga saja..majlis kecil-kecilan....Lepas ni akan ada lagi sambutan birthday ramai2..bulan 9,10,11 dan 12...

Monday, August 29, 2016

Nak Jadi macam mama

Budak selfie di Hp mama
Assalammualaikum...

Mau jadi macam mamanya kali ni anak...kaki selfie....siap pakai blezer mama lagi...dalam bilik mama juga..nasib baik lah nda terselfie meja yang berselerak ,,,,haha,,,,


**mood BW..

Sunday, August 28, 2016

Sayangku Kapten Mukhriz

Assalammualaikum...
mampu berangan sajalah 


Sayangku Kapten HaikalFaiz sebenarnya..bukanlah sayangku Kapten Mukhris...masa Karnival Kerjaya Spa sabah 2016.Ada booth daripada tentera..So bawa dorang melawat booth.. dan dorang tertarik dengan beg tentera yang ada telefon ni..berat dalam 4 kg....

So MV pun tanya lah petugas di kaunter...bolehkah orang rabun ni mohon tentera...."biasanya puan boleh kalau rabun selepas menjadi anggota..kalau sebelum jadi anggota memang tak boleh"..itulah jawapan abang sado semalam...

Dan maknanya my hero ni tak boleh masuk unit beruniform lah...kena masuk kerjaya lain lah ya abg haikal...tapi kan kalau yang macam Kapten Mukhriz dalam drama sayangku kapten Mukhriz tue... KAGAT...orang rabun boleh masuk tak????

Siapa yang boleh menjawab kepada persoalan ini?

Saturday, August 27, 2016

A Mother A Friend

snap by wani
Assalammualaikum....

Seorang ibu dan juga seorang kawan kepada 4 orang anak yang berusia 9-3 tahun bukanlah sesuatu yang mudah.Di tambah lagi sebagai ibu yang bekerja ...balik rumah sambung jadi suri rumah ...ianya bukan sesuatu yang mudah...

rasa nikmatnya kalau dapat berehat 5 minit dengan berbaring tanpa gangguan..tak payah lama lah..5 minit pun cukup bahagia sudah..alhamdulillah sekarang my kembar tahun sudah boleh di harap...

menyapu,masak nasi,jemur kain,kemas pinggan ....walaupun kadang2 mau disuruh...berusaha mengajar dorang cara buat kerja rumah dari kecil...dan bagi beli dorang jam..supaya dorang tau masa itu berharga,,,,

by the way comel tak MV..hahaha ok bye..larik jauh2

Friday, August 26, 2016

Bagaimana Dunia melihat satu kesilapan?

Assalammualaikum
*9 × 1 = 7*
9 × 2 = 18
9 × 3 = 27
9 × 4 = 36
9 × 5 = 45
9 × 6 = 54
9 × 7 = 63
9 × 8 = 72
9 × 9 = 81
9 × 10 = 90


Apabila dia telah selesai, dia memandang kepada pelajarnya, dan mereka semua ketawa pada beliau. kerana jawapan yg pertama itu yang merupakan jawapan yg salah.

Kemudian guru itu berkata,

" Saya menulis jawapan pertama itu salah dengan sengaja.. kerana saya mahu anda untuk belajar sesuatu yang penting.

"Ini adalah untuk memberitahu anda bahawa bagaimana dunia di luar sana akan melayan anda.

"Anda boleh lihat yang saya tulis dengan TEPAT sekali utk 9 jawapan yg lain, tetapi tiada seorang pun yang mengucapkan tahniah kepada saya untuk itu!

Anda semua ketawa dan mengkritik saya kerana satu perkara salah yang saya lakukan.
Jadikan ini suatu pelajaran.

"Dunia tidak akan menghargai kebaikan yang kamu buat walaupun satu juta kali, tetapi akan mengkritik anda jika hanya sekali sahaja kesilapan yg kamu buat.."

**Begitulah yang selalu kita hadapi...bila kita buat satu kesilapan terus orang tak nampak semua kebaikan yang pernah kita buat sebelum ini.Orang nampak benda yang salah itu sahaja.walaupun kesilapan itu hanya kesilapan kecil.


Thursday, August 25, 2016

Bibir Merah

Pandai betul bergaya
Assalammualaikum....

Syamimi...See bibir nya ...nampak kamu..pandai tul begaya...ni di conteng2 muka oleh pengasuh taskanya...syamimi ni suka tengok orang ada makeup..jadi kalau dia di bagi gincu memang excited,,,,

baru2 ni nda simpan sdh gincu dlam beg sebab dia conteng tangan dia...dia buat mcam pen...so lepas tue memang  gincu nda sdh bawa dalam beg...

anak comel ni..banyak akal...kadang2 warna dan barang sekolah kakak pun dia pegi ambil..buat main....

Wednesday, August 24, 2016

Karnival kerjaya suruhanjaya perkhidmatan awam Sabah 2016

Assalammualaikum

Suruhanjaya perkhidmatan swam sabah Alan mengadakan Karnival kerjaya suruhanjaya perkhidmatan awam Sabah 2016 pads ketetapan berikut:-

25.08.2016(khamis)
Bertempat Di kompleks pentadbiran kerajaan persekutuan Sabah atau lebih dikenali sebagai mini putrajaya.

Kepada Semua yang sedang mencari peluang pekerjaan boleh lah datang. Antara yang disediakan Oleh suruhanjaya perkhidmatan awam(spa):

1.pendaftaran online
2.semakan status permohonan
3.taklimat mengenai tips menjawab exam secara talian

Terdapat juga booth daripada agensi kerajaan yang lain seperti :

1.bomba
2.suruhanjaya perkhidmatan pelajaran
3.pdrm
4.aadk
5.task force 450
6.jabatan perangkaan Malaysia Cawangan Negeri sabah
7.dan beberapa agensi lain

Program derma Darah juga turut Dibuat pada Hari tersebut. So sesiapa yang Berniat nak menderma bolehlah datang.

Marilah kita memeriahkan Lagi Karnival kerjaya suruhanjaya perkhidmatan awam Sabah 2016.

Bengkel Pemantapan Personaliti & Penjenamaan Perkhidmatan Awam



Assalammualaikum...

sempat juga bergambar dengan Suhaimi Sulaiman 
Bengkel Pemantapan Personaliti & Penjenamaan Perkhidmatan Awam bertempat di Intan Sabah dan penceramah bagi bengkel ini Encik Suhaimi Sulaiman ... Siapa tak kenal..dulunya pembaca berita TV3...kemudian beralih ke astro awani....

Antara apa yang MV dapat dalam bengkel ni:-


  1. kita kena ada brand kita sendiri untuk orang kenal kita.
  2. kita kena sentiasa menjadi sebutan
  3. kita kena nampak cerdik
  4. Kita kena Look "loveable"
  5. dalam kehidupan kita perlu ada ruang tertentu
  6. Teknik penceritaan "selling tactic" perlu untuk kita berjaya dalam apa yang kit abuat
  7. Orang yang selalu sibuk kerjanya sentiasa siap berbanding orang yang banyak komplain "banyaknya kerja aku" orang yang macam ni kerjanya selalu tak siap.
  8. KIta juga kena selalu share knowledge dengan orang .




Gambar yang sempat di ambil 
Bagi MV ni satu bengkel yang amat berbaloi kita pergi..banyak input yang kita dapat...satu yang penting...bila kita positif dengan apa yang orang sampaikan..hasilnya akan positif juga,Bayar RM30 tapi dapat ilmu dan inspirasi dari ikon seperti Suhaimi Sulaiman memang sangat berbaloi.

Terima kasih kepada jabatan MV bagi peluang menghadiri bengkel ni.Terima kasih juga kepada Intan Sabah menganjurkan program seperti ini.

Tuesday, August 23, 2016

“Giveaway Amsterdam by SpendaLusuh”

Assalammualaikum...




Mencuba nasib..dah lama x menang contest ni..hahaha

Segmen 12 Jam Bloglist #22 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan September dan Oktober 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Ogos 2016, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #22 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Ogos 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Budak ini makin bam bam


Assalammualaikum....

Syamimi 2 tahun 8 bulan 2 hari....alhamdulillah syamimi makin kuat selera makan...makin berisi lah nampak.Nampak lah chubby sikit..Walaupun beratnya hanya 13 kg sahaja... Tak memilih makan...masak lah apa saja semua dia makan kecuali sayur.bab ni payah sikit dia cuma makan sayur taugeh...

sayur lain dia nda pandang pun..buah-buahan pun dia pandai sudah makan...febretnya anggur dan jangan tak tau syamimi ni hantu durian.....perkembangan bahasa pun alhamdulillah semakin lurus cakapnya....

Tahun depan boleh ajar suku kata sudah ni.... tahun ni ajar kenal binatang buah-buahan nombor dan kenal huruf dulu...doakan semoga syamimi membesar 
dengan sihat yea..

Monday, August 22, 2016

"Book Giveaway by Abam Kie and Friends"

Assalammualaikum...



Join GA ni...manalah tau ada rezeki dapat novel kan..tau lah si kaki novel ni...Doakan MV yea

Sekitar Sambutan Birthday Wani 19.08.2016


Assalammualaikum....

Sekitar sambutan birthday wani di sekolah with kawan-kawan dan cikgu.kek yang di request oleh wani..yam chese deco winx club(**pari2 blue bilangnya)...with simple goodies for friend..enough bilangnya...

Mula-mula rancang mama x turun untuk celebrate..cuma minta cikgu wasapkan gambar saja.tapi bila nda dia bercakap itu ada sayunya so mama turun juga ke sekolah sambut birthdaynya..

Kebetulan memang masa tue mama free sudah....terima kasih buat cikgu2 yang menjayakan majlis sambutan birthday wani ni...excited dia....tq for snap picture,,,will miss this moment ....



Kali ni no sambutan di rumah sebab sabtu ni kami buat celebrate birthday di kampung with mama MV dan makcik MV...nanti will up entry ...

Hadiah buat wani...nanti MV update...hadiah yang biasa2 jer...

Sunday, August 21, 2016

KEJADIAN BOT TERBALIK DAN KARAM DI MUARA RAMPAYAN LAUT. KOTA BELUD.

Assalammualaikum

SELAMAT PETANG YDH TN KPD,  TUAN2.

MAKLUMAN TERKINI KEJADIAN BOT TERBALIK DAN KARAM DI MUARA RAMPAYAN LAUT. KOTA BELUD.

🔸BOT KAYU BERUKURAN 28 KAKI, ENJIN BOAT 40HP X2.

🔸MANGSA
- 5 LELAKI DEWASA
- 3 PEREMPUAN DEWASA
- 2 KANAK-KANAK

➖BOATMAN
- EDILIS BIN ALAGI/ 62 THN
(KPT: 540703-12-5027)
-MOHD AZUUIE BIN EDILIS
17 THN

➖PENUMPANG
- 2 GURU LELAKI
- 2 GURU WANITA
- SUAMI ISTERI BERSAMA 2 ORANG ANAK. (ORG KG MANTANANI)

🔸MASA KEJADIAN L/K 1530HRS.

🔸PUNCA BOT KARAM
- ENJIN BOT TELAH MATI DAN OMBAK YG BESAR MENYEBABKAN BOT KARAM.

🔸LOKASI KEJADIAN L/KURANG 250 METER DARI DARAT

🔸SETAKAT INI :-
- (9) MANGSA TELAH DISELAMATKAN WALAU BAGAIMANAPUN (1) MANGSA MERUPAKAN GURU WANITA SK MANTANANI TELAH DISAHKAN MENINGGAL DUNIA DI HOSPITAL KB.

➖MANGSA YG BERADA DI HOSPITAL:-
- 6 ORANG
= 2 L/DEWASA
= 2 W/DEWASA
= 2 KANAK-KANAK

➖MANGSA YD DIRAWAT DALAM KENDERAAN AMBULANS DI LOKASI.
- 2 ORANG
= 1 L/DEWASA( BOATMAN)
= 1 P/DEWASA (CIKGU)
= 1 L/ DEWASA (ANAK BOATMAN)

➖MANGSA YG BELUM DI SELAMATKAN.
- 1/L/ DEWASA ( GURU BESAR SK MANTANANI)
- DISYAKI MANGSA TELAH MENINGGAL DUNIA.
- MASIH DIUSAHAKAN UNTUK DIBAWA KE DARAT KERANA DISEBABKAN OMBAK BESAR

➖DETAIL MANGSA2 LAIN  BELUM DIPEROLEHI.

PERKEMBANGAN TERKINI AKAN MENYUSUL

TKASIH TUAN.

*info Dari wasap.. Salam kak takziah Dan Al-fatihah.

Risau pula.. Adik Mv Yg ustaz kafa Naik bot utk mengajar. Semoga dilindungi hendaknya. Amin

Saturday, August 20, 2016

Tahniah Datuk Lee chong wei pemenang pingat perak badminton olimpik Rio 2016

Assalammualaikum

18-21,18-21.. Berakhir Sudah..tahniah Chen long. Datuk Lee chong wei Walaupun X menang datuk #heromalaysia

teringin mau tengok DLCW menang emas Tapi bukan rezeki dia Dan bukan rezeki kita rakyat Malaysia untuk merasainya
#weloveyoudatukleechongwei #datukleechongweiisourhero

Berehat lah wahai #heromalaysia.. BAM prestasi DLCW  sangat membanggakan.. Namun sekiranya beliau bersara Siapa kah pelapisnya?

Buat  emas olimpik kita Cuba Lagi di Tokyo 2020

#chongweiourhero

Salam takziah

Assalammualaikum

19.08.2016 perginya seorang sahabat menemui penciptanya. Al-fatihah. Semoga tenang di sana Dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman

Merasai kehilangan ini Kerana sempat bersembang d fb melalui chat pada jam 12 Lbh Hari yang  Sama.

Takziah Buat keluarga arwah..kami #induksimorib2007pembantuperpustakaan sentiasa Akan mengingati arwah.

Banyak kenangan yang telah tercipta

Perak untuk Bergu lelaki badminton olimpik Rio 2016

Assalammualaikum

21-16,11-21,21-23 peluang menang emas badminton olimpik Rio 2016  terlepas apabila pasangan bergu lelaki kita gagal menggunakan 2 peluang Yg Ada.

Kini hnya tgl datuk Lee chong wei  Sahaja untuk menghadiahkan pingat emas kpd Malaysia...

Bukan rezeki...

Friday, August 19, 2016

Datuk Lee chong wei ke final badminton olimpik Rio 2016

Assalammualaikum

15-21,21-11,22-21..Datuk Lee chong wei ke final badminton olimpik Rio 2016 dengn perlawanan penuh dramatic yang membuatkan jantung Mv berdegup laju...

Permainan di rubber set yang sangat mendebarkan.. Akhirnya badi Lin Dan berjya Diatasi Oleh DLCW... perak dalam genggaman.. Fighting for gold. Go go DLCW..

Dalam jam 10.50 malam ni final bergu lelaki badminton olimpik Rio 2016.. Go go for gold

*abaikn gambar  tu agak messy

Happy Birthday wani syazwana 6 years old

Assalammualaikum

19.08.2016 happy Birthday to you wani syazwana binti Velentine.. You turns 6 years old. Semoga menjadi anak yang solehah Dan mendengar Kata. Mama abah abang kakak adik sayang wani. Semoga wani membesar  dengan sihat Dan berjaya dunia akhirat. Amin

Thursday, August 18, 2016

Pandalela rinong Dan nur dhabitah layak ke final sukan terjun 10 meter wanita olimpik Rio 2016

Assalammualaikum

Acara terjun 10 meter perempuan susan olimpik menyaksikan dia wakil Malaysia layak ke final iaitu Pandalela rinong Dan nur dhabitah...

Namun agak kecewa dengn  terjunan Pandalela  untuk 2 terjunan Yg terakhir..begitu jg dgn dhabitah.. Mv harap mereka berdua mmpu mengatasi kesilapan itu...

Final Akan berlansung pada sebelah petang yang mna Klo tempat kita mungkin awal Pagi kot

Mari sama2 kita doakan kejayaan merdeka berdua

Semarakan Bulan Kemerdekaan

tudung aj merdeka edition
Assalammualaikum....

Semarakkan bulan kemerdekaan ....selalu kita pasang bendera kat premis kerajaan..kat rumah ..di kereta...kali ni...Mari semarakan bulan kemerdekaan dengan tudung aj edisi merdeka ni...

Semangat patriotik sikit....korang ada tak koleksi tudung aj yang ni.Mv pula dah lupa nama tudung aj ni....terpaksa scrol balik entry INI... Aj pink LOve Klcc...tue dia nama...tapi apasal MV rasa tudung ni bukan pink hahaha....


Korang ada tak aj ni?

Wednesday, August 17, 2016

Datuk Lee chong wei ke Separuh akhirnya badminton olimpik Rio 2016

Assalammualaikum

Tahniah #DLCW MARA ke Separuh akhirnya badminton olimpik Rio 2016... Dengan kemenangan straight set..

Set pertama 21-9.. Cuma Set kedua nmpk beberapa kesilapan dibuat Oleh Datuk Lee chong wei ...

Diharap DLCW dapat memperbaiki kesilapan nya... Tahniah keep fighting  for gold men single  olimpik Rio 2016..

10.50 malam ni.. Menanti final mix double.. Adakh pingt perak bertukar menjadi emas.. Mari sama2 kita nantikan

Pingat Kedua Malaysia Di Sukan Olimpik Rio 2016

Assalammualaikum...


Pinjam Dari FB
Tahniah buat pasukan Malaysia  Sukan Olimpik Rio 2016..Pingat kedua untuk Malaysia melalu acara berbasikal keirin lelaki iaitu Azizulhasni Awang dengan merangkul pingat gangsa sekaligus melakar sejarah menjadi pelumba basikal yang pertama meraih pingat di sukan olimpik...
Kejayaan yang sangat berharga selepas kemaraan Beregu Campuran ke final badminton dan kejayaan beregu lelaki badminton ke final semalam mengalahkan pasangan dari China...2 pingat perak yang pasti dalam genggaman...

Cuma adakah pingat itu akan bertukar warna kepada emas??sama2 kita nantikan perlawanan akhir beregu campuran badminton sukan olimpik rio pada 11.30 malam ni menentang pasangan dari Indonesia ...sebelum tue pada 7.30 malam Datuk Lee Chong Wei akan turun beraksi untuk perlawanan suku akhir menentang pemain dari chinese taipei...

Sama2 kita doakan kejayaan atlet negara kita 

Maintain Cute

badan tak membesar tinggi jer
Assalammualaikum...

KIsah maintain cute ni bukan kisah MV tapi kisah anak dara MV...yang asyik mengomel..mama baju dan seluar semua sempit..actualy bukan sempit pun cuma dia memanjang..

Jadi baju itu pendek atau singkat..itu jer....kalau ckap size...erm baju n seluar besar lagi cuma....panjang jer yang makin menyingkat.....tapi meninggi pun masih juga kategori budak barisan hadapan..hahaha

Tuesday, August 16, 2016

Bergu lelaki badminton ke final olimpik Rio 2016

Assalammualaikum

Alhamdulillah.. Syukur.. Tahniah Buat bergu lelaki badminton olimpik Rio 2016...mengalahkan  pasangan Dari China dengan permainan sehingga ke rubber set..

Sangat2 mendebarkan.. Jantung pun berdegup laju. Tahniah buat pasangan bergu lelaki kita..

2 pingat  perak dalam genggaman.. Fighting for gold badminton olimpik Rio 2016.. Chayok3x

Datuk Lee Chong wei pula Yg dinanti. Semoga kayak ke final juga.. Keep fighting  DLCW..

Beregu Campuran Badminton Layak Ke Final Olimpik Rio 2016

Assalammualaikum...

Pinjam google 
21-12, 21-19...pasangan beregu  campuran badminton Malaysia layak ke Final mengalahkan pasangan dari china  xu chen dan ma jin di perlawanan yang berlangsung pagi tadi.sempat tengok set pertama jer..lepas tue gerak ke pejabat...

Sambung dengar kat kereta melalui Hot FM..pergh memang menjerit dalam kereta bila dengar Malaysia layak ke Final...memang mencatat sejarah apabila beregu campuran kita layak ke Final kali ni..

Sekaligus menjanjikan pingat perak dalam gengaman..sebab itu yang pasti..Kami rakyat Malaysia..mendoakan kejayaan atlet kita ini...Fighting for Gold .....Chayok2x...Lawan di Final nanti anatara Indonesia atau China..

For Chan Peng Soon-Goh Liu Ying ...keep fighting...go go for gold...mari sama2 kita sokong atlet kita ni

Monday, August 15, 2016

Merawat bibir pecah

Assalammualaikum....

Image result for bibir pecah
gambar hiasan(pinjam google)
Apabila cuaca terlalu  kita akan selalu berdepan dengan masalah bibir pecah atau merekah iaitu bibir hilang kelembapan.ini biasa terjadi sekiranya kita kurang mengambil air masak yang secukupnya untuk badan.

Jom try petua merawat bibir pecah yang MV kongsikan ni:-

  1. air kelapa muda(1 gelas)
  2. sebiji telur ayam kampung 
**kacau telur ke dalam air kepala dan kacau sehingga sebati.kemudian minumlah ketika cuaca panas.try lah..tapi MV macam tak berani pula nak try ahaha

Sunday, August 14, 2016

Masalah

Assalammualaikum..


Kita tidak lari dari menghadapi masalah.Cumanya macam mana kita berdepan masalah,macam mana kita urus kan masalah itu.Tipulah kan kalau cakap sya tak pernah ada masalah.

Masalah peribadi,masalah kerja ,masalah rumah tangga apa-apa sajalah masalah yang ada.Orang cakap berdepan dengan masalah ni menjadikan kita lebih matang dalam kehidupan...

Ada orang yang kalau dia ada masalah orang tak tahu yang dia ada masalah .Sebab dia tutup semua masalahnya dengan senyuman.berlagak seperti biasa.Iya itu MV..MV memang tak pernah lari dari masalah.

Tapi nak bagitau orang yang kita tue ada masalah bagi MV tidak. Misal nya kita ada masalah di rumah..datang kerja takkan nak bawa perasan serabut tue kan..sebaiknya biarkan lah masalah rumah itu tinggal di rumah sahaja....

Begitu juga bila sebut pasal masalah kerja..jangan bawa balik ke rumah...kadang2 pelik juga dengan sesetengah orang yang suka bawa masalah dan mencampur adukkannya.


(**masalah itu satu hikmah dan ujian yang mematangkan kalau kita selesaikan dengan baik)

Saturday, August 13, 2016

Kegunaan Air beras

Assalammualaikum...

Pinjam Google
Air  beras pun ada banyak kegunaanya.MV kongsikan kegunaan air beras . Alah air beras yang kita cuci sebelum nak masak beras jadi nasi...air tue boleh digunakan semula untuk :-

  1. membasuh ikan
  2. kemudian siramkan ke atas pokok bunga. Pokok bunga akan tumbuh subur.
Mv belum pernah cuba.tapi MV terbaca di majalah mingguan wanita.So benda yang baik macam ni kena kongsi.Terutamanya pada kaum wanita.

Nanti korang try lah...MV pun nak try lah siram bunga kat rumah tue..(**yang ada pokok lidah buaya jak haha)

Friday, August 12, 2016

Gastrik Lagi

cepat sembuh abang 
Assalammualaikum...

My haikal gastrik lagi...hari ni masuk hari ke 4 sudah..2 kali sudah bawa ke klinik..Mula2 klinik satu malaysia sulaman sentral..Makan ubat yang doktor bagi tapi tiada kesan..

Semalam bawa ke Premai Poliklinik di Indah Permai..hari ni makan ubat still masa tue...kalau yang ni pun x jalan...pilihan akhir..Hospital Likas lah jawabnya...MV doakan anak MV yang sorang ni cepat sembuh////Amin 

Hilangkan Bau Makanan Dalam Bekas Plastik

Image result for makanan dalam bekas plastik
pinjam google..sekadar gambar hiasan
Assalammualaikum...

Selalu kita guna bekas makanan plastik kan...makanan berminyak dan berbau kuat selalunya meninggalkan kesan di bekas makanan yang kia guna.Bila sudah dicuci  pun kadang-kadang masih ada bau dan kesan minyak kan.

Jom cuba petua ni:

Masukkan bebarapa sudu garam bersama air suam ke dalam bekas plastik dan biarkan selama beberapa minit.Kemudian cuci dengan pencuci.Bau dan minyak pasti hilang...


Jom cuba...MV dapat petua ni dari majalah Mingguan Wanita

Thursday, August 11, 2016

Father Vs Daughters

Assalammualaikum...

syamimi & abah
Seiras tak??copy paste betul kan..syamimi ni muka dia lebih iras2 abah dia....walaupun ramai yang cakap iras MV...sekali terjumpa gambar ni ...dari kad islam abah dia...umur waktu tue 1 tahun...

sama juga macam gambar syamimi..masa setahun juga...memang sama...dengan mulut yg kecil..kening yang halus...tang hidung hihi...

anak beranak lah katanya

Wednesday, August 10, 2016

Selamat Ulang Tahun Mama

Assalammualaikum...


Sannah helwah ma...
10.08.2016...selamat hari lahir mama...terima kasih kerana melahirkan,menjaga ,mendidik dan membesarkan kami dengan penuh sabar .....

semoga mama dimurahkan rezeki..dikurniakan kesihatan yang sempurna,,Nanti hujung bulan kita celebrate sama2 mama dayang...abang danish dan wani...

Transformers

Assalammualaikum...

MV salah seorang daripadanya
Setuju dengan gambar ni..hahaha...bila seorang wanita sudah bergelar isteri maka lepas tue akan menjadi transformer lah..hahaha...

Tuesday, August 9, 2016

Peminat Jagung Rebus

sedap mama masak pandai dorang bilang 
Assalammualaikum..

Andu bah ..pandai mama masak jagung anak2 MV bilang..hahaha...rebus saja bah itu anak...air tangan ibu simple2 pun sodap..

Monday, August 8, 2016

Data Tak Hilang

Assalammualaikum...

Salam bulan kemerdekaan.... menjawab pertanyaan atau pun kekeliruan kawan2 tentang entry INI...ramai yangtakut kalau reset statistic tue data yang kita save tue akan hilang ker...

MV memang selalu buat..jangan risau memang data customer atau apa yg kamu simpn tak hilang....malah melajukan lagi hp kamu....cuba lah try...

Mencuba Tutorial Shawl


Assalammualaikum...
akhirnya berjaya juga buat gaya shawl mcm ni
macam cantik jak haha
**hahaha entry gedik sebenarnya..mau bagitau yeahhh MV dah teror pakai shawl 

Sunday, August 7, 2016

Ezad Lazim - Demi Cinta

Assalammualaikum...



Ku sedar ku berdosa
Kerna sering menyakitimu
Membuatkan kau terluka
Berteman rasa kecewa

Walau berdepan derita
Kau selalu terus setia
Dan bertahan demi cinta
Yang pernah ku janji dulu

Besar salahku pada dirimu
Tak terbanding kasih yang kau beri
Dan tetap menggenggam erat cinta

Sayang kaulah cahaya
Menyuluh jalanku untuk kembali
Dan pegang pada tali cinta
Yang pernah ku lafaz dahulu

Sayang buka hatimu
Biar ku rawat segala deritamu
Agar kita mampu terus hidup
Nikmati bahagia

Walau berdepan derita
Kau selalu terus setia
Dan bertahan demi cinta
Yang pernah ku janji dulu

Besar salahku pada dirimu
Tak terbanding kasih yang kau beri
Dan tetap menggenggam erat cinta

Sayang kaulah cahaya
Menyuluh jalanku untuk kembali
Dan pegang pada tali cinta
Yang pernah ku lafaz dahulu

Sayang buka hatimu
Biar ku rawat segala deritamu
Agar kita mampu terus hidup
Nikmati bahagia

Sayang kaulah cahaya
Menyuluh jalanku untuk kembali
Dan pegang pada tali cinta
Yang pernah ku lafaz dahulu

Sayang buka hatimu
Biar ku rawat segala deritamu
Agar kita mampu terus hidup
Nikmati bahagia

Bahagia


**suka lagu ni...ada cerita yang di sampaikan..kisah hidupnya yang tersalah jalan..dan kembali

Saturday, August 6, 2016

Ku Rela di Benci -Aiman Tino



Assalammualaikum....

Ku Tertawa Kau menangis
Engkau tertawa Aku menangis
Karena dirimu Oh sayangku

Kesudahan Tiada henti
Hanya yang tinggal Didalam mimpimu
Ternanti-nanti

Sering kali Aku diuji
Air mataku Terus mengalir
Membasahi Didadaku

Hanya Ratapan Didalam hati
Semoga tercipta Kesudahan
Yang dinanti

Ku Inginku dibenci Olehmu
Agar kenangan manis
Terus terpadam Selamanya

Menghitung Menunggu mati
Agar kau Jumpa yang dinanti
Semoga Pemberianku ini
Terbaik untukmu

Tak sanggup Ku dibohongi
Ku rela Di jemput Ilahi
Kerna dia Ku sanggup pergi
Hanya disana Kekal dan abadi

*Music

Ku Inginku dibenci Olehmu
Agar kenangan manis
Terus terpadam Selamanya

Menghitung Menunggu mati
Agar kau Jumpa yang dinanti
Semoga Pemberianku ini
Terbaik untukmu

Tak sanggup Ku dibohongi
Ku rela Di jemput Ilahi
Kerna dia Ku sanggup pergi
Hanya disana Kekal dan abadi

Hanya disana Kekal dan abadi


**tersuka lagu ni tanpa sengaja...

Friday, August 5, 2016

Tak perlu left group

Assalammualaikum...

Hari ni MV kongsikan Satu cara untuk elakkan hp kita hang atau jem disebabkan terlalu  banyak group whatsApp..!Biasalah korang mesti ada lebih dari 5 group kan....

Ini caranya:
1. Pergi ke whatsApp ```'settings'```
2. Pastu tekan ```'data usage'```
3. Pastu tekan ```'network ```
4. Akhir sekali ```'reset statistics'```

ok siap ....Dia cuci semua fail yang kita guna sebelum ni..! Jangan bimbang..! Dia tak kacau fail lain..!
Sebelum pergi ke ```reset statistics``` cuba tengok sebelah kiri..! Beribu-ribu kb kita dah guna..!
Lepas tu terus tekan yang paling bawah tu..! Reset statistict..! Semua nombor kb tu jadi 0..! Barulah laju..!

Rajin-rajinlah cuci, baru laju..! Selamat mencuba..! Tak payah left group..!

**dulu selalu hang..sekarang tidak lagi..jom lah cuba

G-shock Pink

G-Shock pink untuk mama tapi
Assalammualaikum...

Jam G-shock pink..ladies sangat kan.,..bukan beli yang ori tak mampu ok..beli yang gred jak ...bawah 50..al-kisahnya beli konon2 mau pakai lah ni..sekali si kakak AYu bilang mari kakak test dulu...

Testnya smpi bawa ke sekolah..balik sekolah terus cakap..wah best pula jam ni...kakak ambillah...jadi mama mengalah..nda apalah nak..ambik lah..nnt mama cri yg lain untuk mama...

Janji rajin2 belajar..tiba2 kan terminat pula dengan koleksi jam g-shock ni...mau cari yang hijau lah ...mcm cantik jak...

Thursday, August 4, 2016

Gigi Susu dah tanggal

Assalammualaikum...

dah tercabut giginya
ingat lagi kat entry ni  ...gigi susu wani tak patah lagi tup tup tumbuh gigi kekal..maunya mama dia nda gelabah..iyalah sebab gigi kekal tue tumbuh ke belakang....ahad lepas mama terus tengok gigi dia..mama cakap lah.."mama check dulu ",,tapi sebanrnya mama kasi goyang,,

mama perasan gigi memang tinggal sikit lagi dah tanggal...so mamatolak terus patah..mak ai dia punya drama..nangis macam sakit sangat..di tambah lagi dengan ejekan abang dan kakak tambah lagi lagi tangisnya...

risau juga sebab gigi baru tue di belakang tapi ada yang cakap nanti gigi tue akan ke depan...harap2 lah..sekarang ada lagi gigi yang mau tumbuh tp gigi susu belum patah....huhu