Followers

Saturday, November 30, 2013

Hulurkan Bantuan anda kepada mangsa taufan Haiyyan Bersama Nuffnang

Assalammualaikum....

Hulurkan Bantuan anda kepada mangsa taufan Haiyyan Bersama Nuffnang...kalo korang perasan bila bukak nuffnang ada button ni kan

Haiyan Donation
Pinjam Nuffnang
Korang dah teka ker button tue...ka;au belum jom bersedekah mana yang mampu dengan hati yang ikhlas.....MV..kak aima dah....jom sama2 kita membantu.....

Jom bantu mangsa haiyan
Ni bukan entry riak takbur cuba entry perkongsian bersama..manalah tau dapat membuka hati orang diluar sana..walaupun nilai RM% itu kecik tapi kalau ramai nilaikan akan berganda..Insyallah..


Friday, November 29, 2013

Anugerah Skrin 2013(ASK 2013)

Assalammualaikum...


Sumber Dari SINI
Anugerah Skrin 2013(ASK 2013) akan berlangsung hari ni...29.11.2013 bersamaan jumaat....dan semestinya tengok ni sebab MV nak tengok Nad zainal first time jadi pengacara..lepas tue bergandingan pula dgn Faizal ismail(FBI).....tak kurang juga dengan Awal ashari...mesti mantop...

Last year dgn nealofa tak best sangat..amboi punya main banyak songgeh MV ni..pastinya malam ni peneman setia MV adalah My wani....sebab My HaikalAYu kat ranau....so layan ASK dengan wani lah..

PAstinya kita nak tau sape pemenangnya kan..SO jom tgk malam nnt k....kat TV3 jam 9.00 malam ni

Tarian Sumazau KAnak-Kanak Tabika Kemas KPKPS sabah 2013

Assalammualaikum...




Ni tarian sumazau...abang haikal jadi ketua untuk persembahan ni...persembahan time konvokesyen hari tue...berbakat juga anak sulung MV ni....

Hari tue janji nak up;oad video kan..so jom tengok video ni......mana tau korang suka..hehehe


**Mood rindu kat abg haikal & kakak AYu

Thursday, November 28, 2013

Simple GA - 3D Puzzle

Assalammualaikum..

Simple GA - 3D Puzzle
Syarat-syarat GA

1. Follow blog aku ni...
2. Like page facebook aku... ade kat blah kanan atas blog aku ni...
3. Follow instagram aku.. cari lan_careno dalam instagram... yg ni tak wajib pun... nak follow ke tak sukehati...
4. Buat entry tajuk : Simple GA - 3D Puzzle
5. Dalam entry tu, letakkan gambar sample puzzle yg aku bagi kat atas tu dan backlinkkan ke sini... kiranya gambar tu mcm banner rasmi utk GA ni laa... kononnya... aku malas nak creat2 banner lain...
6. Tinggalkan link entry korang kat entry ni...

TARIKH TUTUP ADALAH 29 NOVEMBER PUKUL 12 TENGAH HARI


Itu jer... simple kann... kalau boleh korang citer la skit dlm entry tu knape nak 3D Puzzle ni... korang dah biase buat ke belum atau tak pernah tgk pun 3D Puzzle ni mcm mana... kalau dah penah buat boh la gambar skali... ni juz optional la kalau nak citer... sajer la aku nak tau kot2 ade org yg sama hobi mcm aku ni... boleh share2 hobi ni kan... kalau mls sgt juz tempek banner rasmi GA ni pun dah cukup dah...

Hadiah dia adalah seperti gambar di bawah ni... Hadiah dah pun dlm simpanan aku... tunggu nak pos jer...

InsyaAllah kalau sambutan utk GA ni luar jangka, aku akan tambah hadiah puzzle...

Cara pemilihan pemenang utk GA ni adalah dipilih sendiri oleh Akiff... mcm yg pernah Akiff buat sebelum ni... nak tgk mcm mana Akiff pilih boleh tgk kat entry sini... tapi pemilihan kali ni aku rekod dgn keek skali sbb nak tunjukkan ketelusan aku dlm memilih pemenang... nnti boleh tgk video Akiff pilih pemenang melalui keek... haaaaa... alang2 dah sebut keek ni kannn... sape2 yg ade kik tu boleh la follow aku... hahahaha... try search lan_careno kat keek tu... mostly video keek aku citer pasal Akiff jer la kannn...

Okeh... tu jer... kalau korang yg berminat nak sponser hadiah utk GA ni boleh roger aku k... (ade ker?... hahahha...)... mane la tau kot ade extra gift utk korang kannn...


Daaaaannnnnnn... tibe2 ade idea baru ni... sesiapa yg joint GA ni aku akan masukkan dlm blog list khas yg akan aku buat nnti... bloglist tu akan stay kat side bar blog aku ni untuk selama mana yg aku nak... sesuke hati aku...

***BETUL2 copy dari penganjur..hehehe... MV nak puzzle 3d ni sebab MV nak bagi hadiah kat MY HAikalAYu...depa suka sangat benda mcm ni....lagipun MV sendiri pun excited tengok 3d puzzle ni..harap2 ada nasiblah kan.,...hehehe.....sebab due date nak dekatt dah ni..

Jom Join Ramai2 DI SINI

Sandiwara cinta-cover by wanrul puppet

Assalammualaikum....



Ni juara Mimpi Ke bintang yang pertama..wan rull puppet....suka tgk puppet dia nyanyi

Wednesday, November 27, 2013

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda

Assalammualaikum,,,

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Kulit Lebih Gebu Dan Flawless Dalam 14 Hari

Sana sini orang ramai heboh perkatakan kehebatan Ephyra. Ramai blogger yang sudah mencuba Ephyra dan rasa sangat berpuas hati dengan hasil bagus produk ini. Ephyra semakin dikenali dan diyakini oleh ribuan pengguna.

Tetapi apakah itu Ephyra? Ada yang bertanya, krim ke? Pil ke? Ephyra adalah produk minuman supplemen tambahan yang sangat sedap untuk  kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang bermula dari dalam. Ephyra didatangkan dalam bentuk serbuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul alam semulajadi di seluruh dunia, kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Dengan ribuan testimoni yang meyakinkan, telah menambat hati ramai pengguna Ephyra. Mengapa Ephyra sangat berkesan? Sudah tentu kerana formula hebatnya yang mengandungi 9 bahan alam semulajadi berkualiti tinggi bergred super AAA. Ephyra bukan hanya produk kolagen semata-mata, tetapi Ephyra adalah formulasi rumusan minuman antioksida yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda. Sesuai untuk semua peringkat umur, untuk lelaki  juga wanita semestinya. Ephyra disahkan selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia beserta disahkan Halal oleh JAKIM.

Testimoni boleh dicipta, pengalaman boleh direka, gambar boleh diubah dan pelbagai lagi. Tetapi testimoni dari pengguna setia Ephyra memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau anda google "testimoni ephyra" atau "review ephyra", anda akan lihat banyak review hebat perkongsian dari ribuan pengguna Ephyra.

Jika anda ada masalah kulit kusam, kedutan, jerawat, jeragat, sakit sendi, tumit merekah, kulit kering, rambut gugur dan sebagainya, jangan ketinggalan untuk dapatkan penyelesaian anda dengan Ephyra. Jom lihat apakah kelebihannya...
  1. Membantu menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.
  2. Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat. 
  4. Membantu memulihkan masalah kulit ekzema (kegatalan dan kemerahan).
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di wajah.
  6. Menghindari kita daripada penyakit barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit kerana ianya mengandungi supplemen anti oksidan Astaxanthin.
  7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban.
  8. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  9. Melancarkan sistem pencernaan dalam  badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan.
  10. Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhkan kita daripada risiko mendapat sakit jantung.
  11. Membantu seimbangkan tekanan darah.
  12. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  13. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
  14. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk faktor usia.
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
  16. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila klik Flyer, Website dan Fanpage.

Bagi memudahkan anda semua, jom kita klik link di bawah, antara testimoni Ephyra yang dipilih dari kalangan blogger.
  1. Masalah kulit muka dan jerawat - klik SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI
  2. Masalah period / haid - klik SINI dan SINI
  3. Masalah tumit / tapak kaki - klik SINI dan SINI
  4. Testimoni kuku dan rambut - klik SINI, SINI dan SINI
  5. Testimoni lelaki - klik SINI
  6. Testimoni menyusukan anak - klik SINI
  7. Pelbagai masalah lain - klik SINI
Kulit yang sempurna. Wajah yang jelita. Keyakinan tiada tandingan. Hasil yang nyata. Semuanya lengkap dalam satu produk kecantikan dan kesihatan. Ephyra terbukti berkesan. 


Jom dapatkannya sekarang...

Official Websitewww.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com


Giveaway ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 2,387.00. Sila klik SINI untuk join Giveaway ini.

54% wanita tidak bekerja???

Assalammualaikum...


Sumber Suami, Isteri & Doktor's Page.
Terjumpa artikel ni daripada Facebook...tertarik sebenarnya dengan tajuk artikel ni...dan bila baca komen kat bawah gambar ni dalam facebook..mmg macam2 komen ada...

Komen dari suri rumah..komen dari wanita bekerja pun ada...ada yang marah..ada yang setuju..tapi biasalah yang marah...bagi MV menjadi wanita tidak bekerja sebenarnya tak salah...

Bagi MV itu adalah terbaik...masa dengan anak2 terjaga..makan pakai anak2 terurus...MV ni bekerja...tapi pada masa yang sama MV risaukan anak2 yang ditinggalkan di taska...ya pengorbanan seorang ibu bekerjaya...

Bekerja @ tidak...kita tetap punya satu persamaan iaitu bila kita berada dirumah kita kena buat kerja suri rumah...dan bergelar isteri kepada suami dan ibu kepada anak2....

Jadi tidak timbul isu perlu atau tidak wanita bekerja kan...rezeki masing2...kalau ada kalau tak ada rezeki lain menanti..Insyaallah..

(**apa yang MV membebel ni..hehehe)

Tuesday, November 26, 2013

37 Weeks

Assalammualaikum...

Ingat lagi entry INI..di mana MV berkongsi tentang kandungan MV yang bermasalah....plasenta low type 1 & baby small(2.1 kg)...dan tadi jam 10.30 pagi MV ada temujanji di HOspital Likas bahagian Klinik Pakar O & G...

Alhamdulillah hasil dari pemeriksaan doktor kat O& G tadi...baby dah makin membesar...skg dah 2.4 kg....syukur alhamdulillah...dan plasenta pun dah upper(**tak tau istilah doktor)....

Sekarang boleh tarik nafas lega...sebab doktor cakap dah boleh bersalin ikut 40 weeks ataupun ikut tarikh due 21.12.2013..tapi sekiranya 19.12.2013 MV tak bersalin juga...MV kena pergi ke O& G semula sebab n masukkan ubat...

MV lena bersalin semula 21.12.2013 sebab MV ada Kencing manis..so...tak leh melebihi tarikh due date...apa2pun doakan MV & baby selamat...berdebar juga walaupun ni anak yang ke-4..

dalam masa yang sama excited juga..sebab tak lamalagi anak dah 4....dan masa umur MV 30 tahun nanti baby yang bakal lahir ni akan berusia 2 tahun......wow....mcm tak caya kan...

Doa semoga segala urusan MV dipermudahkan..amin...


Malam Pertama

Assalammualaikum...

Ini Kisah malam pertama!!!wow pasti ramai yang teruja..kan3X...tapi ini bukan cerita malam pertama suami isteri tapi ini cerita malam pertama My Wani....kisah bila MV free diapers untuk dia pada waktu malam....

HEhehehe.....saspen jer kan tajuk...nak gempak jer....sebenarnya ahad lepas MV hubby & wani ke Giant Kolombong...kitaorg pergi cari barang baby...cukupkan mana yang tak cukup..so masa cari2 tue jumpa dengan potty...terus rembat satu...

pinjam google
Tapi potty yang MV beli bukan yang ni..ada satu jenis lagi..alah yang dulu2 punya design...MV terus tanya wani...lepas ni malam nda payah pakai pampers k,,,dan tau apa wani jawab???

"boleh tapi mama jangan marah ani ar kalau kencing..." dui bah gia nda marah lah kakak wani...biasalah belajar kan...mesti ada salah silap....

dan semalam MV mula misi free diapers pada waktu malam untuk wani..then sangat membanggakan bila wani tak terkencing langsung kat seluar....sebab bila MV bangunkan dia untuk kencing kat potty dia bangun dan beri kerjasama...

Untuk itu tahniah & ciuman serta pelukan kasih sayang buat wani..yeah...malam ni malam kedua..harap2 semuanya berjalan lancar..amin..

Monday, November 25, 2013

Perunding Liabiliti

Assalammualaikum...


Adakah anda mempunyai masalah seperti di bawah?

  • Pendapatan tidak mencukupi?
  • Masalah bayaran ansuran rumah?
  • Sara hidup yang semakin tinggi?
  • Hutang yang tidak mampu dibayar?
  • Masalah bayaran ansuran kereta?
  • Pembiayaan rawatan kesihatan yang meningkat?

Mahukah anda bebaskan diri dari belenggu hutang? Tak kira berapa banyak hutang ANDA, dengan komitmen RM****  sekali seumur hidup, HUTANG ANDA KAMI URUS DAN BAYARKAN.....setiap bulan!!!!!


Jom...daftar percuma untuk log in

Orait....sesapa yang berminat klik link di bawah 

http://www.PerundingLiabiliti.com/PK2480 

Dan anda boleh daftar percuma seperti dibutton atas hujung sebelah kanan (rujuk gambar di atas) untuk mendengar dari wakil kami yang sah.

Penceramah akan MEMBIMBING anda BAGAIMANA MEMAKSIMUMKAN usaha anda dengan TEKNIK, CARA YANG BETUL & TEPAT, PANDUAN YANG PRAKTIKAL & mampu dilakukan oleh setiap orang. Teknik yang terbukti BERJAYA.

PPL MANAGEMENT & CONSULTANCY SDN BHD ialah sebuah syarikat PAKAR pengurusan liabiliti profesional yang sah dan berlesen serta mematuhi undang-undang dan piawaian syariah MENAWARKAN khidmat profesional bagi melunaskan SEMUA hutang bulanan anda meliputi HUTANG KERETA, HUTANG RUMAH, HUTANG KAD KREDIT, HUTANG PINJAMAN BANK DAN LAIN-LAIN.


Selamat mencuba dan BEBAS kan diri anda...anda...dan saya dari HUTANG, kita mampu mengubahnya :)



**Sekiranya tidak berjaya untuk daftar percuma sendiri, sila email ke salizahamid@gmail.com

**Korang juga boleh ke blog CIk Sally 

Saturday, November 23, 2013

Tangisanmu KelemahanKU

Assalammualaikum....

Kuat...
Tahan dan bersabar...
Ini dugaan buat kita Sayang...

Mengerti lah...
Tangisanmu adalah kelemahanku,,,
Setitis air matamu 
Umpama banjir di hatiku

Sungguh bukan sengaja ku pinta
Keadaan yang memaksa
Andai bisa ku elakkannya
Namun ku tak berdaya

Bertahanlah sayang...
Walau ku tahu sebenarnya!!
Situasi aku juga begitu..

AKu berpura-pura kuat
Kerna tidak mau kamu tau
Yang sebenarnya hati ini juga rindukanmu..

Kakak Ayu mama rindu....jangan nangis lagi..mama nda sanggup dengar kak nangis mcm semalam lagi..

kakak mesti kuat tau....



36 weeks~Plasenta Low & Baby Small~

Assalammualaikum...

Kemarin MV ada temujanji Doktor..biasalah bila dah kena detect kencing manis ni..mmg kena buat BSP 2 minggu sekali..Keputusan BSP alhamdulillah semuanya baik...

Cuma menjadi kerisauan bila doktor bagitau kedudukan plasenta yang low and baby small....MV skg dah 36 minggu...baby pula baru 2.1 kg....kecik katanya....kedudukan plasenta low pula type 1...berharap akan naik dalam 3 hari ni sebab 26.11.2013 MV ada temujanji dekat Hospital LIkas Bahagian O & G....

Kawan cakap biasa plasenta low ni tak le normal kena oprate...huhu..MV kalau boleh nak bersalin normalnya jer mcm 3 orang anak sebelum ni....tapi kalau itu yang terbaik MV terima jelah...

OH ya tahniah buat mama arina yang dah selamat melahirkan Baby boy seberat 3.7 kg semalam 22.11.2013 jam 5.00 petang...awal dari tarikh jangkaan...kalau ikut jangkaan sepatutnya 01.12.2013..apa2pun tahniah mama...

MV pula yang berdebar menunggu saat melahirkan...walaupun ni  yang ke-4 tapi debaran sama mcm yang pertam..APa2pun doakan MV yea kawan2..

Friday, November 22, 2013

Sakit Hati!!

Assalammualaikum,,,

Pernah tak korang terkunci dalam ofis sorang diri...lepas ni terkunci bukan atas kecuaian kita atau kawan tapi kena permainkan oleh orang...tambahan pula yang terkunci tue ibu mengandung,,,

Ini yang jadi pada MV kejap tadi..MV tinggal sorang sebab suami mmbr ofis pergi team building dekat Kota Belud..so MV dipertanggungjawabkan untuk kunci pintu pejabat....masa mula2 masuk mmmg scan card jer pintu dah bukak...

SO MV tinjau2 ofis...sebab ada seorang pegawai still tinggal kat ofis..Bila MV tengok takde orang MV call dia...dia cakap dia kuar jap..so MV pun turun semula Ke LIbrary sebab ada benda nak buat...

Alih2 masa nak kuar tue..bila imbas card..pintu tak terbuka..terus call pegawai tue tanya dia ada kunci pintu tak....dia cakap takde...tapi syukur dia tolong telefon staf gemilang...dan yang buat geram tue...pintu tue dikunci dari luar...


See kerja gila apa lah yang dorang buat...ibu mengandung depa kunci kalau ada apa2 jadi ,,,mmg sedap lah kena dgn hubby MV....kalau MV jumpa orang tue MV nak tanya..nape dia buat macam tue...hish geram sungguh.....



Thursday, November 21, 2013

Iklan Kekosongan Jawatan Universiti Malaysia Sabah November 2013

Assalammualaikum...

Sumber dari  I Love KK City's Page
Ni iklan kekosongan jawatan bagi pembantu pengurusan murid di UMS...Jadi sape2 yang berminat boleh mohon..tarikh tutup isnin depan 25.11.2013 sebelum jam 5.00 petang.,,.

Mana tau ada rezeki kamu orang menanti..MV kongsikan untuk kepentingan kita bersama...

Habis Hutang Tambah Hutang

Assalammualaikum...

BAru-baru sibuk dok cananga supaya kereta yang berusia 12 tahun ke atas dilupuskan..Orang yang bertanggungjawab atas idea yang Sangat bernas ni(Tangan kat bahu mata ke atas) adalah  Timbalan Menteri Pengangkutan, Aziz Kaprawi  dengan alasan mahu mengelakkan berlakunya kemalangan maut.

Adui bah mau ditegur menteri...berpendidikan...berpengalaman....andu bah.....macam MV viva tinggal  3 tahun bayar lagi....lepas tue habis...then tunggu 3 tahun dah kena lupus kereta....baru juga selesai bayar hutang bank..rehat 3 tahun lepas tue mula berhutang balik...

Andu bah..kamu yang bergelar menteri nda kamu fikir kami yang kuli2 ni..mana anak mau sekolah..taska makin mahal...barang makin mahal....ni mau lagi dibebankan dengan masalah kereta 12 tahun ke atas mau dilupuskan....

Nampaknya ini bukan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan tapi ni rakyat dibebankan...sudahlah beban sebagai Penjawat awam kena tanggung...menjadi mangsa bila barang naik...bila bonus diumumkan mulakan kami ni dikutuk...

Kononnya kerja tak seberapa tapi bonus melebih2....setakat bonus kami yang setangah bulan gaji dr gaji basic tue berapa lah sangat...kami juga ada tanggungan lain....jangan kerana kami bergelar penjawat awam kami dopersalahkan..huhu...

NAh ini entry luahan hati & perasaan,...kalau ada yang terasa ampun maaf dipinta...10 jari disusun memohon kemaafan...

Tapi tolonglah fikir balik cadangan lupuskan kenderaan 12 tahun ke atas....ianya bukan satu cadangan yang bagus tapi membebankan....


**sekadar meluah ketidakpuasan hati..dah pendam berhari2..dah berdebat dengan sang suami...hehehe..akhirnya tercetuslah entry ini

Wednesday, November 20, 2013

Wordless Wednesday#Lagi BE/Cpuv Baru #

Assalammualaikum,,

2 Lagi BE/CPuv BAru...
**lagi 2 BE/Cpuv baru...ni yang sayang kat NUffnang ni...

Cinta-D'Bagindas

Assalammualaikum,,



Berapa kali ku harus katakan cinta
Berapa lama ku harus menunggumu
Di ujung gelisah ini aku
Tak sedetik pun tak ingat kamu
Namun dirimu masih begitu
Acuhkan ku tak mau tahu

* luka luka luka yang ku rasakan
Bertubi tubi tubi engkau berikan
Cintaku bertepuk sebelah tangan
Tapi ku balas senyum keindahan
** bertahan satu cinta
Bertahan satu c i n t a
Bertahan satu cinta
Bertahan satu c i n t a
Pernahkah engkau sejenak mengingat aku
Pernah kau ingat walau seperti angin berlalu
Di setiap malam kini aku
Tak sedetik pun tak ingat kamu
Namun dirimu masih begitu
Acuhkan ku tak mau tahu
(credit untuk SINI)

Tuesday, November 19, 2013

Mama RIndu ABang!!!

Assalammualaikum...

abg with adik dyan

rindu pula

Mama rindu abg...walaupun mama selalu marah abg bukan sebab mama tak syang...tapi sebab mama mau abg jadi anak yang berguna....

Mama tau abg pun rindu mama kan...sebab kita kalau dekat mmg selalu berbalah tapi hakikatnya kita saling memerlukan...abg jangan nakal2 tau....

Nanti abg datang bawa kakak AYu pula pergi ranau..Mama sunyi..tinggal kakak ani jer....berat sebenarnya tapi apakan daya....cuti sekolah sudah bermula.....mama syang abang..

Lepas ni mama akan rindu kamu berdua pula...hari ni masih ada kakak Ayu lepas ni cuma ada wani di rumah....huhu...kalau bleh mama mau abg kakak ada dekat mama.....tapi!!!cuti sekolah ini merimaskan.....

**mood sedih tapi maksima...

Monday, November 18, 2013

Segmen Macam Cantik Je Macam Comel Je

Assalammualaikum...

Nampaknya hari ni..hari macam cantik je macam comel je...sebab MV nak join Segmen Macam Cantik Je Macam Comel Je by Mak Dara


Bicara Mak Dara
nak join klik sini 


Tertarik untuk menyertai segmen ini? Ikuti langkah yang mudah seperti dibawah.
1) Letak tajuk Segmen: SEGMEN MACAM CANTIK JE MACAM COMEL JE (utk wanita)/  Letak tajuk Segmen: SEGMEN MACAM HENSEM JE MACAM KACAK JER (utk lelaki)
2) Tak Perlu follow Blog Meroyan Mak Dara ni.. Tapi kalau sudi dengan rela hati Mak Dara tak halang hehehe
2) Tepek header Mak Dara dan linkkan ke blog ini.
3) Berikan sekeping gambar yang memperlihatkan gambar anda , anak anda , kawan kawan anda atau ahli keluarga anda yang cantik yang comel, yang hensem dan yang kacak itu. Kalau boleh dapat serlahkan ke arah mata tu ye kalau takde pon takpe hehehe"
4) Lepas siap tinggalkan url link di ruang komen dibawah ye..


mempertaruhkan kecantikan anak MV,...wakaka...
**JOm Join ramai2

Nasyid: Macam Cantik Jer Macam Comel Jer

Assalammualaikum...


Terbaca entry abah akif pasal lagu ni...terus click...terjatuh hati pula dengan lagu amar ni....best pula....nampaknya shasha tambah popular....

Bak kata amar royalti akan diberi kepada syasya sekiranya lagu ni dimainkan di radio atau dijadikan album....kalau lah dimainkan..ini namanya rezeki buat gadis tue..setelah dikutuk di maki...

apa2pun enjoy dengan lagu nasyid ni

Faizul Juara AF 2013

Assalammualaikum,,,

sumber Utusan Online]

Tahniah...selepas Stacy seorang lagi anak jati Sabah muncul juara Akademi Fantasia....Anak kelahiran Tawau..Faizul muncul juara...congratulation..

Mv tak tengok final AF ni..sebab MV tengok liga lawak superstar..tapi mmg minat kat Faizul...bukan sebab rupa tapi dari nyanyiannya..

Oklah tahniah yea...hehehe...dan tahniah juga buat kumpulan B liga lawak superstar sebab berjaya ke peringkat seterusnya iaitu OMG dan AKu diandra....lepas ni lawan dengan kumpulan A pula...

Mini Konvokesyen TAska/Tabika KPKPS KEMAS 2013

Assalammualaikum...

Pejam celik pejam celik tamat sudah sesi persekolahan Haikal dan AYu di Tabika KEMAS...selama 2 tahun sesi persekolahan..2012/2013 akhirnya selesai sudah sesi persekolahan dengan berlangsungnya sesi Mini Konvokesyen Taska/Tabika Kemas KPKPS pada 15.11.2013(jumaat) bertempat di Grandballroom 1B...


Sekali dengan dinner so kanak2 ada pertandingan pakaian beragam..MV just pakaikan haikalayu baju masa dinner Family Night ofis..malas nak keluar duit..sebab tak gaji lagi kan..hehehe

Tahun ni konvo hanya dibuat secara dalaman sebab tak join yang peringkat DUN sebab takde cikgu pengiring,,,,ALhamdulillah selamat sudah sesi konvokesyen...malam tue abg haikal ada buat persembahan tarian sumazau...

First time nampak abg pakai baju etnik dusun...mmg nampak kedusunannya...sebagai ketua untuk tarian tue..Abg haikal do a great JOb...nnt MV kongsi videonya...

Kakak AYu tak buat persembahan tapi kakak dapat No.3 untuk kedudukan pelajar paling berpotensi..tahniah MY Girl..keep it up....

JOm layan gambar2 yang MV mampu ambik khas untuk kamu semua...

haikal ayu in the house

suka tengok ayu macam cantik je macam comel jer

hero MV...ada mcm Sparta Kook

Ayu Syamirah...make up by MV..hahaha

My haikalAYu.....tahun depan darjah 1

kakak dengan piala tempat ketiga..& piala Konvo

abg with putri

abg dengan sijilnya


kakak dengan nisa & fatin
**oklah nnt kita sambung lagi..nak melawat kawan2 jap

Sunday, November 17, 2013

OST Playboy Itu Suami Aku - Encik Mimpi - Rindukanlah

Assalammualaikum..


**suka lagu ni..

Saturday, November 16, 2013

Five Minutes - Semakin Kejar Semakin Jauh ost Love You Mr. Arrogant

Assalammualaikum...


Best pula lagu ni..apa dah MV ni dah habis drama nya baru update lagu OST..hahahaha

Friday, November 15, 2013

LEPASKAN -Wanna Ali-

Assalammualaikum..



Ku jadi tidak tentu arah
Entah apa yang ku khuatir
Sejak terjadi cerita itu
Cerita itu


Makan minumku dah tak terjaga
Asyik memikirkan tentang kamu
Mungkinkah benar mengapa ku tidak menyedari

Lepaskanlah lepaskan semua
Tiada makna jika bersama
Dalam hidupku oh setiap hari
Yang kita pasti ada masalah

Lepaskanlah lepaskan semua
Tiada makna jika bersama
Dalam hidupku oh setiap hari
Yang kita pasti ada masalah dengannya

Ku jadi tidak tentu arah
Entah apa yang ku khuatir
Sejak terjadi cerita itu
Cerita itu

Lepaskanlah lepaskan semua
Tiada makna jika bersama
Dalam hidupku oh setiap hari
Yang kita pasti ada masalah

Lepaskanlah lepaskan semua
Tiada makna jika bersama
Dalam hidupku oh setiap hari
Yang kita pasti ada masalah dengannya

**Suka sangat lagu ni...masa tengok drama diandra....hehehe


Thursday, November 14, 2013

TSHIRT PRINTING IH GIVEAWAY BY HAZWAN HAIRY


ASSALAMUALAIKUM

Dengan ini saya Hazwan hairy ingin melancarkan satu lagi contest di penghujung tahun 2013 ni kepada korang blogger dan followers blog hazwanhairy.com ni.. Untuk GA ni saya di wakilkan oleh pihak Tshirt Printing IH untuk menganjurkan Tshirt Printing Ih Giveaway by Hazwan Hairy yang akan bermula dari 13/11/2013 sehingga 30/11/2013


SYARAT-SYARAT
1. Anda mestilah FOLLOWERS blog ini
2. LIKE page penaja : 
3. Tajuk : TSHIRT PRINTING IH GIVEAWAY BY HAZWAN HAIRY
4. Copy Paste kod dalam entry korang
5. Link kan entry anda pada post entry ini..

Simple saja kan..

HADIAH :
1 helai baju I Love Blogging
2 helai baju Geek
2 Fridge Magnet Krabi
5 Keychain Krabi

Pemenang akan di pilih melalui Random.org
Senarai peserta akan di list untuk korang BLOGWALKING 

Dengan harapan korang semua dapat support GA simple dari Tshirt Printing IH dan juga saya blogger Hazwan Hairy..


**menyempatkan diri join GA HH..hehehehe