Followers

Thursday, August 30, 2012

Teh + Kopi =???..


Semalam masa tengah tengok filem hindi "MY Name Is Khan"..Mr Velentine tanya soalan teka teki utk saya,,,So oleh kerana dia jarang2 buat teka teki makan Isterinya yg tercinta ni pun layan je lah..

Dia Tanya kalau Teh + Kpi Jadi Apa???So Mrs Velentine pun jawab lah"jadi Tepi lah" jawab dengan yakin..huhu...dan dia cakap salah...Saya cakap kenapa pulak salah...Teh + Kopi=Tepi sebab Teh kita ambil te,kopi kita ambil yg akhir pi...

Diam seketika.."ok betullah 2..lupa pula jawapan hehe(nah buli2 kasi teka teki tp lupa)...So saya teruskan tengok Hindustan...then my hubby bersuara lagi lagi.."kalau teh + kpi di terbalikkan jadi apa pula??"(rupa2nya soalan dia belum habis lagi)

Maka Saya terus jawab"tumpahlah"...Dan mau tau apa Mr Velentine jawab???ni Dia

Mr Velentine : "aik mcm mn cyg tau jawapan nya"
Mrs Velentine: " Cyg kan pintar..hahaha"mmg tergelak besar aka riak
Mr Velentine : "td pagi Abg tanya drg di ofis semua nda tau jawab..."
Mrs Velentine : " Itu maknanya bini abg ni pandai..."riak lagi"mana abg dpt soalan ni???
Mr Velentine : "HOT FM"

Nah aku kah yg pintar atau mmg soalan ni mengelirukan..wakaka..jan marah n muntah ok..bye...

*mesyuarat lagi...jumpa nnt k

Dapat Duit Raya Dari Says....



Alhamdulillah rezeki di Bulan MerdekaRaya kot..pagi tadi check Says.com...tup2 Tengok duit RM125.00..AikSS???semalam petang baru 24.00 takkan ramai yg klik pula..huhu...so klik lah  bahagian earning...

Dan barulah Mrs Velentine tau rupa2 duit RM 100 Admin yg bagi sebab hari 2 masa puasa ada ikut yg kalau kita share iklan mungkin berpeluang dpt duit raya Rm100.00...mmg Rezekilah...

Sorry gambar x jelas


Ehm dah boleh cashout ni..hahaha..apa kata korang..ada sesiapa dpt duit raya juga kah???

Wednesday, August 29, 2012

Bukan Semua Begitu

 IBRAH HABAIB:


(Suami Isteri > Mula-mula dan Lama-lama);
MULA-MULA Kawin makan besuap-suapan. Masyaallah romantiknya.
LAMA-LAMA hilang romantiknya. Ndada lagi besuap-suapan.

Bila masa suami atau isteri kena suapkan?


Tunggulah bila suaminya sudah sakit. Badan sudah nda begaya @ nda begerak.

Kena tahan lagi di Rumah Sakit.Bilang isteri, "Makan bagus-bagus bah... Jangan 

bejatuhan nasi...Telan nasi tu. Nah minum air ni... Ehh... betumpahan lagi". Kesian

lakinya nda begaya-gaya mau melawan. Tapi bagus lagi isteri mau lagi 

menyuapkan. Kalau isteri sakit, apa bilang suami, "Girl... tingu bah mami kamu tu. 

Kalau dia mau makan kasi suap dia. Dady sibuk ni" hehe kesian bininya. Laki... 

nama mau mengasi suap, emmm... 

Bagi suami yang sudah lama nda suapkan isterinya, fikir-fikir juga mau 

menyuapkan binimu selepas baca kemungkinan ana ini. Takut nanti binimu 

kekejutan. Tiba-tiba mengasi suap bini dan bini bilang, "Kenapa abg ni... tiba-tiba 

mengasi suap. Buang tabiat mau mati sudah...".

Nah... ana juga nanti dikasi salah, mengasi nasihat sudah kelambatan. he700x


"Sekadar Kemungkinan, Jadikan Peringatan, Jangan Sampai Jadi Kenyataan"


~ ambar habaib


Ayat Di atas Mrs Velentine copy dr FB seorang kawan Malai Ali Malai Ahmad ada 

benarnya kata2 beliau...kalau suami sakit seorang isteri akan jaga walaupun 

marah2 tapi kalau isteri yang jatuh sakit???sanggupkah suami menjga mereka..


Mungkin ada yang akan tinggalkan isteri mereka menangung kesakitan sendiri dan 

dia mencari pengganti utk teman hidup...Tapi bukan semua mcm 2..Masih ada lelaki 

bergelar suami yang masih setia menjaga seorang isteri yang sedang sakit.


Mungkin dikalangan kita ada yang mengenali beliau yg mesra dgn panggilan Abg 

ABil...dan di luar sana ada lagi insan yang seperti Abg Abil cuma kita taktahu 

jer..Buat Abg Abil saya respek dgn Abg,,,Sememangnya Kak Gee bertuah 

dikurniakan suami seperti anda.




Siapa Teror Bahasa Inggeris Tolong betulkan..


Mrs Velentine BI masa Spm 6c jer cukup makan org bilang ngam2 kredit..MUET pun cukup2 makan gak dpt Band 3...

So sapae yg teror tue tlg bagi tau berapa banyak kesalahan dalam ayat di atas....


Suami Buncit suami yang Baik!!!


Nah siapa2 yang ada suami yg buncit aka boroi(tapi tetap hensem di mata kita),,So berbahagia dan gembira lah kamu semua sebab suami yang buncit adalah seorang suami yang baik...

Habis 2 Mr Velentine kategori suami apa???hahahaha...biar dia kurus tapi dia still the best husband buat Mrs Velentine selamanya...

Pendek kata suami anda adalah yang terbaik di antara yang terbaik...Peace




Stay gorgeous all the time Here

Win a snazzy new air purifier and say goodbye to bad air!Here

#wordless Wednesday#Kentut Pun Bayar Ok..#


Kentut pun kena bayar ok!!argh mcm mn ni..wakakaka...kalau betul2 lah mcm ni bersih tandas awam sebab xda org nak pegi...semua org guna tandas rumah sendiri jer..

Jae-Sang Park@ Psycho@PSY??

Sumber From Google
Ni dia "virus" muzik 2012 dgn lagu Gangnam Style yang mencatat lebih 60 juta penonton di You TUbe....Jae-Sang Park@ Psycho@PSY..Taklah hensem tp cumil2 org bilang..


*Apasal Mrs Velentine harii ni..asyik Gangnam Style*

Terasa Dihargailah Pulak...



Entry ni buat SUE PELIK,,Kenapa???Sebab dia dalam senarai pengomen setia dia...Terima kasih lah dik...Terasa dihargai lah pula..ahaks!!!(alah baru masuk dlm senarai pengomen nak bangga..hahaha..Ada ku kesah??)...

Ada sape2 lagi nak menghargai Mrs Velentine kah???Hish apa punya solan lah..hehehe...tp tadi Mr Velentine bawa lunch...Nasi ayam Penyet...Pedas tp sedap...

Korang lunch apa tadi???

ORANG SABAH STYLE?????



Kalau tadi pagi Mrs Velentine buat entry tentang Gangnam Style...pas 2 GANGNAM (SUPER KAMPUNG) STYLE..dan tadi ada pula Orang Sabah Style....hahaha..tapi yg ni mmg lawak lah,,,

Kreatif juga budak2 ni..kalau ada yg ckap dorang ni buat keja bodoh abaikan jer..huhu...

Tapi yang penting drg ni buat ucapan merdeka lagi...video ni mmg mirip ngan video  yang korea punya,,,hahaha,,


Bihun Goreng + Ayam Goreng..Uwahhh...Lapar...


Sekadar Gambar Hiasan Pinjam dr cik google
Lapar..sedap jer kan Bihun Goreng kat gambar atas ni...uwahhhh...lapar ni....huhu..Sebenarnya Mrs Velentine ada bungkus bihun goreng + ayam goreng tadi...tengah2 sedap menikmati makanan tiba2 telefon berdering....

Nak Tau kenapa??PA Dato' call suru tukar satu kad jemputan utk speaker DUN  Sabah segera sebab nak kejar supaya Dato' sempat sain Surat 2...alih2 x sempat juga,,,huhu...oleh kerana kaunter kosong dan telefon asyik berdering maka Mrs Velentine pun duty lah kuanter jap mcm hari 2...BACA SINI...

Tengah jawab2 telefon perut berbunyi terus teringat kat makanan yang tak habis tadii..huhu...nnt mau sambung mkn balik...hoho...

Yea dtg sudah org yang jaga kaunter..boleh turun library mkn yeha...hahaha

*amboi Deqla Manjew banyaknye komen..tq dear..

GANGNAM (SUPER KAMPUNG) STYLE


Yang ni pula Gangnam Style versi Malaysia..senak perut Mrs Velentine ketwa..hahaha...breakfast pun x hbs gara2 tgk video..hahaha..terbaeklah,,,layanzz...




Everybody wants to come to the city
For the promise of bling and lots and lots of money
What they don't realize is that it's noisy and hazy
And a 5 minute trip becomes a 5 hour journey.

But in your kampong,
You can wear sarong
Anywhere you go oh
Everybody knows oh
In your kampong,
Lepak kat lorong
You can go
Everybody knows
You can pancing, pull the pacat, panjat pokok, gotong royong

Super kampong style

Ehhhh.... nenek molek eh eh eh eh eh
Ehhhh... sexy monyet ooh ooh ooh ooh

In Kelate, we say huk alohh bakpomu natebeghuk
But don't say that coz u might kena tumbuk

Wo mahder's from Kampo
And we got excellent Kai Chai Peng
They're funny looking biscuits made for humans out of chicken

Dei macha, Klang is our kampong in the city
Dei macha, we got cheap tires and great bkt
Dei macha, our kampong is as big as a country
Dei macha, say it, dei macha.

Coz in your kampong,
You can wear sarong
Anywhere you go oh
Everybody knows oh
In your kampong,
Lepak kat lorong
You can go
Everybody knows
You can mandi sungai, panjat kerbau, main lastic, gotong royong

I don't know, US is my kampong yo,
We eat burrito, what is sambal telor?
Naw I love Terengganno,
We eat k'ropok lekor

Super kampong style

Gangnam Style???


Gangnam Style???apa 2???hahaha...sebenarnya ni lagu korea yg tengah hot d You Tube skg ni..MRs Velentine bukan peminat K-Pop tapi ntah nape lagu ni ble di layan pula hahaha....

Mrs Velentine 3 -4 kali dengar lagu ni last week tp tak tau tajuk...So Semalam masa pegi unit ICT ofis nampak lagu mmbr tgk 1 video kat You Tube...tp x dengar soundnya...Dalam hati hish video apalah dia tgk ni..tarian mak ai...hahaha

So dijadikan cerita pagi tadi dengar Hot Fm..ada cerita tentang video gangnam Style yang tengah hangat di You tube...So dgn excited masuk jer ofis terus nak tgk video yang dimaksudkan..

Maka dengan yakin Mrs Velentine bukalah you tube..dan terus taip Gangnam Style...dan yang keluar video kat bawah ni:
Sumber from you tube

Bila dengar jer penyanyi tue nyanyi"oppa gangnam style,,,gangnam style.."terus Mrs Velentine tersenyum sendiri..Kenapa??sebab suka lagu ni tp x tau tajuknya..pas 2 siap kutuk org lagi tgk video ni..hahaha...apalah Mrs Velentine ni...

Perasaan tak tarian dlm video ni..semua gaya2 kuda kan???ke Sya jer yg terlebih excited ni..tp betullah kata2 pemanggil HotFM td 2..yg lagu ni menyindir masyarakat korea yg materialistik...

Apa2pun best lagu ni..hehe


Tuesday, August 28, 2012

Datuk Lee Chong Wei Rancang Kahwin 2013


Akhirnya Datuk Lee Chong Wei mengumumkan sudah sedai untuk mendirikan rumah tangga dengan bekas pemain perseorangan badminton no.1 wanita Malaysia...

So mesti ramai yang gembira dengan pengumuman ni termasuklah Mrs Velentine sebab dorang nampak sweet sangat...Perkenalan mereka bermula pada 2001 ketika sama-sama mengikuti kem latihan badminton negara.

Tapi tarikh dan tempat masih lagi belum diumumkan kerana semuanya masih dalam perancangan Datuk Lee Chong Wei..Sama2lah kita tunggu tahun depan sebab yang pasti kita sudah tahu siapa gadis pilihan hati beliau,,Sebelum ni Beliau pernah menyatakan hasrat untuk berkahwin pada tahun depan tetapi tidak mengumumkan siapa pilihan hatinya.

Nah ada dugaan juga kisah cinta mereka ni sebab beliau dan Wong Mew choo pernah berpisah pada tahun 2009 ketika beliau mengikuti latihan di Korea Selatan.Biasalah kan adat bercinta bergaduh sikit2 pasti ada.inikan pula pemain no.1 di Malaysia..

Semoga hubungan Mereka berdua sentiasa bahagia,,Amin..

Sumber dr cik google

Sumber dr cik google
Sumber dr cik google
Manakala Lin Dan pula akan mengadakan majlis resepsi perkahwinannya dengan xie xinfang yang juga merupakan bekas pemain perseorangan badminton china pada bulan depan.



Spent more than RM3,000 on your Mastercard this month? Here's a free RM150 Dome voucher for you...Click Here
Untuk sambutan Merdeka ke-55... Semua tiket flight berharga RMxx55! Klik Sini
Watch and see why this car is still precious after living through 3 generations of family.Click Here
Believe it or not, anything you buy this month, can win you a holiday trip.Click Here
Can our Malaysia teams beat other teams from Asia and Europe in 5-on-5 street football?click here

Si Dia Yang Terhebat!!!


Sekarang dah jam 3.05 pm...maka tamat lah sudah teka teki Mrs Velentine Tengok Sini..Terima kasihlah sebab ada juga yang sudi menjayakan teka teki yang tak seberapa ni...

Terima kasih buat Ayut Momo Are_lin@yu Cik YUYU Ahmad ahfiq Fara Cik NUr Masz Sidek Norain Ujang Ct Noraishah & dedeq..sokongan korang amatlah dihargai...

Banyak jugalah jawapan yg Mrs Velentine dapat..ada yg jawab 0,7,4,1,& 5....nampak senang kan soalan ni tp mengelirukan...Mrs Velentine pun mula2 keliru juga...So kalau korang salah pun bukan bermakna korang x pandai tau....

6-1x0+2/2=5

Mrs Velentine guna Teknik BODMAS iaitu :
Brackets ( Kurungan )
Orders ( adalah operasi seperti kuasa dan punca kuasa )
Division ( Bahagi)
Multiplication ( Darab )
Addition (Campur)
Subtraction ( Tolak )

6-(1x0)+(2/2)
6-(0+1)
6-1
5

Dan yang terhebat ialah Fara...Tahniah Fara dan seperti yang dijanjikan ada hadiah menanti Fara...Jeng2x...Dengan ini diumumkan anda akan menerima Top-up Rm5.00(sila tinggalkan no hp & bgtau line apa kat komen) & satu hadiah misteri(akan diposkan nnt sila tinggalkan alamat ok)..

So pada yang tak berjaya thankz sebab sudi join teka teki ni..love u all

Siapa Terhebat???



6-1x0+2/2=?

Sape yang teror matematik???argh sila jawab..Jeng2x...Siapa  dapat jawab dengan betul nnt Mrs Velentine bagi Hadiah..Hadiah apa???itu rahsia...Senang kan soalan ni...

SO siapa yang jawab dengan betul(org terawal) maka dialah pemenangnya...Mrs Velentine buka teka teki sampai jam 3.00 PM...keputusan akan diumumkan hari ni @ esok..

Ada yang nak join ke??


GAdis Pengiring @ Call Girl



Salam...korang pernah dengar pasal "Gadis Pengiring" @ "call Gilrs"...semalam Dalam berita harian ada pengakuan gadis2 yang merupakan pelajar IPTA tentang pengalaman mereka menjadi "Call Gilrs"..

Bukan Mrs Velentine mau cakap semua pelajar perempuan IPTA sebagai "Call Girls" tp ada yang terjerumus dlm kancah ni sebab desakan hidup di kota bagi membiayai pengajian selain mengejar keseronokan dan kemewahan dalam sekelip mata...

Mereka yang menjadi "Call Girls" ni mampu meraih pendapat sekitar Rm2,000 hingga Rm5,000 sebulan...Sehingga ada yang mampu memakai kereta mewah...Kononnya 10-15 penuntut IPTA Sekitar Lembah Klang terlibat dgn dengan gejala ini...

Bayaran dikenakan RM300-600 untuk teman berbual dan bermesra tp sekiranya ingin mengajak ke bilik tidur harganya akan naik sekali ganda....

Mrs Velentine bukannya apa...sebagai ibubapa Mrs Velentine takut sekiranya gejala ni tidak di bendung dengan segera gejala ni akan semakin berleluasa..Ya Mmg ajaran agama yg patut diberi tapi Siapa kita utk menentukan iman seseorang???

Diharap akan ada pihak yang mengambil langkah utk membendung masalah ni kerana pelajar2 inilah pelapis utk negara kita..

Monday, August 27, 2012

Kepala berdenyut & pandanganku berpinar

Ntah nape tiba2 kepala ni berdenyut..pandgn pula berpinar..dan aku nampak semua brg ada 2..bhaya ni..

Mungkin ni penangan sbb td d ofis terlalu lma pndg komputer..apa taknya dr jam 12 hngg jam 6,,sila jangan slh fhm k.bkn befb tp menyiapkn jmptn utk menteri & timb menteri sempena smbtn hari raya bersama TYT SABAH pd 6 sept 2012..

Harap2 xlh teruk skt kepala ni.sbb esok mau buat jemputn 2 lg.chayok2x.

POtret Raya 2012


Tue dia potret raya kami sekeluarga tahun ni...konon2 nak tema grey...tapi c adik dan kakak Mrs Velentine nda jumpa warna grey sebab habis...Kenapa habis??Sebab mamanya ni terlampau teror membeli persiapan yg last2 minit sdh...huhu..

Jadi ni lah hasilnya....Grey + cream....Ok apa..cute kan...mcm yg tudung pink..ahaks!!sila muntah..tp pastikan ada tempat utk muntah..hahaha..

Hari 2 sebelum raya Mrs Velentine ada update tentang baju raya yg tak siap kan..BAca SInI...tp alhamdulillah tukang jahit 2 siapkan juga baju Mrs Velentine...oklah juga walaupun jahitan x seberapa yg penting ada baju...

Mr Velentine dia x beli baju melayu tahun ni sebab dia kan mantain slim(bencinya)..hehehehe....ni jelah pic yang cantik yang lain ehm hancus...sebab anak2 ni sibuk gundah gulana....

Kamu suka pic ni??sa suka..hahaha

Jadi Pegawai Khidmat Pelanggan Pula


Salam...hari ni Mrs Velentine bertukar position jap...Dr Pembantu Perpustakaan ke Pegawai khidmat pelanggan....Kenapa???Sebab ofis kosong hari ni..pegawai yang jaga kaunter terlibat dgn raptai perbarisan sempena hari kemerdekaan 31.08.2012 ni...

Best kan jadi Mrs Velentine..hari 2 jadi Bos Baca SINI..skg jadi operator telefon aka penyambut tetamu..so dapatkah kamu membayangkan bertapa manisnya senyuman Mrs Velentine???ahkas!!tlg jan muntah..kalau mau muntah pun apakan daya,,,tekak masing2,,hahaha

Mencabar juga jadi pegawai khidmat pelanggan ni kan..suara kena merdu..cakap dlm telefon pun senyum walaupun org tak nampak..hahaha....tersenyum sendiri bila ingat Mrs Velentine jawab telefon dan bagi senyuman yg manis..hahaha...

Mood mau buat keja sebenarnya ada tp Library tak boleh bukak sebab ada kerja2 pembaikan jubin lantai..bayangkan habuk yang ada???huhuhu..

Kamu semua ok kah...mood Bw sambil clik churp2 ,nuffnang & sewaktu dgnnya..

Sunday, August 26, 2012

Cerita raya HaikalAyuWana


Salam raya kelapan..setelah seminggu blog ni Mrs Velentine x jenguk sebab busy menjaga permata hati yg excited beraya..insyaallah mulai mgu dpn blog ni akan kembali lah berupdate

Biasalah kalau raya sya akan blk umah mertua ngan family tercinta..tp thun ni sya ngan husbnd beraya pertama d Ranau..Penat mmg penat sbb kalau keluarga sblh suami drg ni jns bekunjung ke rumah saudara msa raya pertama..so secara automatiklh Mrs Velentine akn jd mastrchef x betauliah.sbb xda ipar perempuan biras2 pula rya tmpt lain,

Tahun ni raya pertama genaplh umur my wani 2thn..so buatlh smbtn skt utk majls c adk..Selamat hari jadi adik..cerita pasal raya..ni thn ke2 dia beraya.last year x excited bgni tp thn ni dia plg gumbira..kalo ada org dtg beraya dia pn ikut jg beraya.makan kuih minum air dan yg plg x thn bl Mrs Velentine mau bg budak2 duit raya.kenapa?sebab dia akn minta jg.huhu..dan kalau nmpk org main bunga api dgn excited dan yakin dia akan teriak"mama!tue abg main api bunga".hehe

Kalau abg haikal n kakak ayu pula lain lg ceritanya..Haikal antara org yg blk2 tny nape xda org beraya?dan masa buat persiapn raya dialh yg dok sbuk menlöng d dapur..tp ada feel yg x berapa sedap c abg ni.kmu mau tau apa?dia akan bukak duit raya yg dia dpt dpn2 org yg bg.buat malu kn?dan kalau dia dpt duit 5rgt dia akan ckp 1rgt jak?

Bukan 2 jak..kalau ada budak2 dtg raya.yg jns duduk kejap dan minum skt tp x mkn..lepas 2 kalau kena bg duit raya truz b£k..dia akan ckp bgni"hish,drg mau duit raya jak bkn mau beraya pn",huhu x baik kn

Kakak ayu pula..dok kecoh begaya dgn bju raya.yg pntng dia mesti mau cntk,dan hobi dia ni tkg kci hbs biskut raya..xda org beraya jd dia tlg beraya dgn mkn biskut2 yg ada,huhu..yg penat sa jugalh sbb tkg isi biskut.huhu

¤Esok keja sdh..alamak nda buli kh kalau cuti lg?¤

Friday, August 17, 2012

Abang seluar track bottom baju oren Datang Ke HotFm



Semalam heboh tentang panggilan hangit pasal seluar baju raya yang dipotong pendek dan FBI suruh dia pakai track bottom warna oren ngan baju melayu...mmg gelak gila dengar panggilan hangit ni semalam...Sape yang belum dengar lagi ble dengar kat sini..

Memang abg ni sporting betul...tak pena dengar panggilan hangit mcm yang abg seluar track oren ni...mmg penyabar betul...sepanjang panggilan hangit dia dok tergelak jer..untung isteri n anak dia...

Dan Hari ni dia dijemput ke konti HOtFM oleh amkrew...Nama abg ni  Adzaman...mmg tengok muka pun dah tau dia ni jenis kelakar,,,kalau masuk raja lawak konfirm menang ni..hehehe

Sumber dr  HOT FM

Photo: Kah..kah ahahahhaha.. inilah masanya utk anda gelak #gelaksakan bersama #amkrew . ( En.Adzaman ) atau lebih famous dikenali 
abang seluar track bottom baju oren ada bersama kami. 

( *masa gambar ni diambil kami tgh ketawa, tak tahan sgt dgn abng ni )
Sumber dr  HOT FM

Buat abg Adzaman aka Abg seluar track bottom oren..u r the best...hehehe...sekurang2nya terhibur juga hari Mrs Velentine..hehehe..

Last Day Kerja..Mood Raya...


Salam pagi jumaat yg indah...hari jalan raya damai jer...nda smpi 10 minit smpi sdh Mrs Velentine di ofis...Masih bekerja lagi hari ni tp mengharapkan ada sound2 dr big bos kalau2 ble half day ni hari...hoho..bos kita half day lah...

Tiada mood mau buat keja..sebab mood kerja sudah larik ke laut..skg ni mood raya sdh dtg..hahaha...semalam shopping beli selipar kakak ayu n abg haikal...tp Mr Velentine ngan Mrs Velentine x beli apa2 lagi..huhu..

Yang sedihnya tahun ni Mrs Velentine punya baju raya x siap..hoho..kesian kan...pakai baju raya last year lah..*tapi mengharapkan my mom mau tlg jahit baju utk sa...mau merayu dlu ni*harap2 mama kesian lah sama anaknya yg cun ni...hehehe..cun lah sgt..wakaka...

Petang lepas kerja mau balik Ranau sudah..tak sabar mau jumpa my HaikalAyu..rindu...huhu...

Utk kamu semua...Selamat Hari RAya AidilFitri..MAaf Zahir & Batin...

Thursday, August 16, 2012

Pandangan Serong Terhadap Ibu tiri datang semula


Dulu masa kecik2 time hingusan lagi...mama Mrs Velentine kalau marah selalu jer cakap mcm ni"kamu ni nda pandai dengar cakap bah,,kalau lah umur mama ni nda panjang...bapa kamu kawen lain lagi..baru kamu tau hidup sama mama tiri 2 mcm mn..masa 2 baru kamu menyesal"...

Lepas 2 tengok pulak lagi drama Bawang Putih Bawang Merah..di dlam drama ni betapa jahatnya ibu tiri,,tambahlah terset di kepala budak hingusan...smpi ada 1 masa kawan Mrs Velentine ada mama  tiri..terus Mrs Velentine check badannya ada kesan lebam atau kena pukul kah tidak...hehehe...punyalah semangat kan...

Bila tahun semakin bertahun pandangan masyarakat terhadap ibu tiri semakin berubah sebab kebanyakan ibu tiri sekarang baik2 belaka..menyayangi anak tiri mereka seperti anak sendri,,,

Tapi Hari ni mungkin pandangan itu akan berubah kembali..Kenapa???korang ada baca paper aka suratkhabar hari ni???Mrs Velentine baca BH yang tajuknya"Murid tahun 1 dipukul dengan penyangkut baju"

Kejadian ni berlaku di Kota tinggi JOhor,Seorang guru di SK Saujana sedih apabila melihat badan seorang murid tahun 1 dipenuhi kesan pukulan penyangkut baju,

Mangsa  dijaga oleh ibu tiri & ayahnya kerana ibunya seoarang mualaf sudah pulang ke negeri asalnya iaitu Sabah selepas bercerai.*Kesian budak ni sudahlah berjauhan dengan ibu kandung..tapi bila ibu baru yang diharap dpt memberikan kasih sayang teganya memukul mangsa hanya kerana dia telah mengotorkan baju.

Baju kotor boleh dicuci..tp hati yang bersih susah nak cari..korang ingat tak iklan yang ada mention tentang ayat ni,,huhu..Mangsa diugut akan dipukul lagi sekiranya dia  memberitahu tentang kejadian dia dipukul kepada ayahnya.

Dia juga pernah disuap beras dipukul dengan batang penyapu dan ditekup dalam mangkuk tandas,,hish kejamnya.mana naluri keibuan mu??takkan mau bapanya saja..anaknya tak???

Tapi bukan semua ibu tiri begitu..Mrs Velentine percaya masih banyak lagi ibu tiri yang baik dan penyayang di Malaysia ni..Kan3x....

 

Pelarian Rohingya:Malaysia perlu bantu.



Malaysia perlu membantu pelarian Rohingya kata bekas Perdana Menteri kita yang ke-4 iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad kerana beliau percaya Malaysia mampu memainkan peranannya sebagai rakan akrab negara Myanmar walaupun tindakan ini mungkin mengambil masa sedikit.

Baca tentang Rohingya di SINI & SINI ...Bekas PM ke-4 juga berkata pemimpin Malaysia perlu mengadakan perbincangan secara tertutup dengan Myanmar sebagai usaha menyelamatkan pelarian Rohingya daripda terus menjadi mangsa keganasan etnik..

Pemimipin kita harus membuat kenyataan peribadi bukannya terbuka dan mengharapkan publisiti kerana Tun Dr.Mahathir yakin pemimpin Myanmar Akan bertukar fikiran.Mungkin cara ni akan mengambil masa seperti mana ketika Myanmar menerima demokrasi sebelum ini.

Lebih 80 etnik Rohingya dilaporkan terbunuh bulan lalu akbiat keganasan kaum di Rakhine oleh penganut buddha di wilayah itu.Dan kira2 800,00 etnik rohingya menderita dan dinafikan hak untuk mendapatkan perlindungan nyawa @ harta benda dan ada yg menjadi pelarian di Bangladesh.

Harap2 Myanmar akan menerima pandangan @ cadangan drpd negara jiran seperti negara kita kerana kesian tengok penderitaan Rohingya ni...

Fizi & Ahmad(Iklan RAya Bernas) DiJemput Ke HotFm




Kamu semua sudah tengok iklan Raya Bernas???Mesti air mata mengalir kan tengok iklan ni... Dan yang paling menyentuh hati dan sanubari Mrs velentine bila part di tanah perkuburan..bila ahmad cakap mak ahmad mak Fizi juga..sedihkan..

Dan kenapa Mrs Velentine menangis tengok ilan ni,,sebab Fizi & Ahmad ni saling melengkapi 1 sama lain...Ahmad jadi penunjuk jalan dan FIzi jadi org utk bertanya..dlm video ni kita nampak masyarakat kita yang hanya melihat tp x menolong mereka yg kurang upaya..mcm di stesen keretapi...mereka tgk jer Ahmad & Fizi tp x pun bg mereka duduk..

Sama jugalah dengan driver teksi yg mengambil kesempatan dlm kesempitan org lain,,tp buka semua pemandu teksi mcm 2...

Dan ada part yg membuatkan Mrs Velentine tersenyum walaupun sedih..part cikgu mereka baca nota yg mereka tinggalkan..sweet sgt..

Hari ni Mereke berdua iaitu Fizi & Ahmad dijemput dtg ke HotFm...dlm segmen amkrew...Mrs Velentine x dpt dengar tp mengikuti update dr status dan komen2 yang ada di Facebook....

Ramai yang komen mereka menangis dengar panggilan telefon drpd pendengar di HotFM...sayu hati mereka...dan ada seorang pendengar daripada Sabah yang merupakan seorang doktor memberi tawaran terapi(nama terapi x berapa pasti) utk mereka secara percuma...Ya Allah!!mulia hati doktor ni..

Anak2 Mrs Velentine kalau tengok video ni mesti diam..sebab akan tumpukan perhatian dekat Fizi & Ahmad..Abg HAikal tanya kenapa drg naik lori...kesian dorang kan...

My Ayu pulak...mama drg sdh meninggal kah??jadi siapa jaga drg??Kenapa Mata dia 2 mama nda buli tengok kah 2???Mrs Velentine hanya mampu dia saja...Sebab perasaan sayu menyelubungi....

Tapi Mr Velentine mungkin sedikit kental hatinya menjawab segala pertanyaan Anak2..."Abg HAikal drg naik lori sebab bas sudah habis""Kakak ya mama dia tiada sudah..drg tinggal rumah anak2 yatim,,mata budak 2 tidak nampak sebab mmg dilahirkan begitu..Kesian kan"

Kadang2 bila part iklan ni Mrs Velentin etukar channel lain sebab nda mau nangis..huhu..sebab kalau nangis mesti di tandas..huhu..Kenapa??BACA SINI

Sumber dr  HOT FM

Hari Kedua Di Kampung Ayu pula Yang Cedera




Semalam Mrs Velentine call My HaikalAyu di Ranau...iyalah sebab hari pertama My Haikal Cedera di kepala sebab dok leka main alih2 kepala yg dpt bahagian...BACA SINI....Nasib baiklah semuanya ok...doktor pun cakap xda apa2.terima kasih pada yg sudi komen entry Mrs Velentine hari...

Ok Kita sambung cerita lagi...Masa call 2 Abg HAikal Yg angkat...Dia ceta lah mcm2..rindu lah...bila mama mau balik????dan tanya sudah beli kasut utk abg kah???Abg2 kasut abg n baju mama sdh beli..tinggal mau balik kampung saja ni abg....tunggu ar,,

So bila giliran si kakak yg bercakap...mula2 oklah dia report yg dia ada beli baju 1 warna orange...tiada jual selipar d RAnau ni mama...Kakak Kakak begitu besar Ranautiada selipar kena jual..hehehe...dan last yg dia cakap.."Tadi kakak Jatuh!!Hidung kakak bedarah"

Bila dengar jak dia cakap Jatuh N Darah...Nada Suara Mrs Velentine sudah berubah marah + risau..."Jatuh!!kan mama cakap jangan main!!banyak kah darah??""nda berenti sdh darah 2"amboi2 pandainya jwab...huhu....

Tinggal 1 hari lagi..esok lepas kerja mau terus ke Ranau..Risau dgn keaktifan dorang berdua ni...

Jom Klik2..

Does the 'connecting...' status on your iPhone/Android messaging app annoy you? Try WeChat, its smart, fast and free CLICK HERE
Ada iPhone/Android? Cubalah WeChat, applikasi mesej percuma yg terhangat di Asia dgn lebih 150 juta pengguna Masuk SINI
150 ipad utk kamu..daftar sini 
Vote lagu Alvin MY bertajuk ADELISE di SINI
Foto anda boleh masuk dalam iklan Hari Malaysia TM lah... Nak tau macam mana?Masuk SINI


Wednesday, August 15, 2012

Cuba buat bila jumpa psangan kekasih tengah bermesra depan anda...

SUmber google
Nampak pic kat atas ni...rasa2nya kamu berani kah mau buat mcm ni bilajumpa pasangan haram aka kekasih tengah bermesra dpt kamu???Nanti Mrs Velentine mau try buat lah..Kenapa??

Hari tue Mr Velentine bawa berbuka di luar...budak yg sebelah meja kami punya lah minta puji(mengada2)...Kenapa??sebab dok pegang bf dia..kejap2 dok peluk2..kejap lagi laga2 pipi..mak ai...bukan mengumpat tp kan bulan puasa....

Dah 2 pakai pulak baju Politeknik..dah rosak nama politeknik....mau tau apa Mr Velentine bilang???Hish bikin kurang pahala puasa ni tau...hahaha...iyalah kalau iya pun i2 Bf kau janganlah mcm kebaruan(excited)...org lain bersuami pun nda mcm 2..

Dan yang Spoilnya c gadis 2 bertudung lagi....cantik mmg tak dpt dinafikan.mmg cantik tp kalau rupa jer cantik tingkah laku x..xda gunanya...kerana segelintir yg buat mcm ni habis semua gadis2 yang bertudung..

So lepas ni kalau nampak lagi..Mrs Velentine mau buat mcm kucing kuning ni buat...kamu rasa apa reaksi dorang ar..hehe



Raya bakal tiba... Jom menang duit Raya dari NIVEA di sini!
Hanya ambil masa kamu 10 minit saja...dan RM 300 menjadi milik kamu..DISINI

#wordless Wednesday-Binatang kesayangan Rasulullah SAW#

Yeah!!Menang Mini GIveaway 6 by INtan Berlian.



IntaNBerliaN


Hari isnin hari 2 Mrs Velentine ada komen kat blog Intan berlian untuk mini giveaway 6 kat SINI..dan senarai nama utk peserta dikeluarkan selasa(kelmarin) di SINI..

Dan pagi tadi bila bukak blog nampak pengumuman pemenang DI SINI..Alhamdulillah Mrs Velentine menang mini giveaway ni tp bukan MRs Velentine punya hadiah tp utk My Ayu Syamirah..

Ayu Dapat duit raya Rm5 drpd Intan Berlian...syukur.sebenarnya mini giveaway 6 ni Intan suruh senarai anak2 yang umur bawah 9 tahun..Haikal Ngan Wana pun Mrs Velentine letakkan sekali nama mereka..Tp Hanya ayu yang bertuah..hehehe..

Dan nak say tq to QasehnyaRania inform pasal GA...

Berpura-pura Kadang-Kadang adalah yang terbaik.

Salam..kadang2 kita perlu berpura-pura utk kebaikan...Mcm ayat di atas...kadang2 kita berpura2 semuanya ok walaupun sebenarnya hati kita sakit..menghadiahkan sebuah senyuman walaupun kita dibebani masalah..

Pernah kamu alami situasi begini??MRs Velentine pernah...Dulu Mr Velentine kan x keja...dia jadi sura rumah...BACA SINI...selalu jer bila jumpa ngan kawan2 mesti isu suami yang tak kerja mereka bangkitkan..mcm2 juga org ckap..tp Mrs Velentine hanya menghadiahkan senyuman walhal dalam hati sakitnya TUhan saja yang tahu.

Dan kadang2 depan anak2 pun kita perlu tahan air mata supaya jangan gugur sebab takut nnt  perkembangan mereka terganggu...sebab 2 kalau Mrs Velentine sedih akan cuma tahan air mata ni..kalau mau nangis pun Sa nangis di dalam Tandas..Kamu Percaya kah???silalah tolong percaya..ni adalah pengakuan ikhlas...hehehe

Mcm juga dlm kes kalau kita kena bambu ngan bos @ big bos...xkan kita mau nangis d depan drg kan..paling tidak pun just senyum cover hati yang sakit..panas  & membara..bila sdh kuar dr bilik bos baru lah kita nangis sepuasnya..tp dlm tandas lah..hahaha..tandas lagi...

SO kamu pernah alami situasi ini???

Iklan Jap

Hanya ambil masa kamu 10 minit saja...dan RM 300 menjadi milik kamu..DI SINI
Pengguna Maxis..rebut peluang ni DISINI
Pemegang akaun RHB bank peluang utk anda di SINI

*Akan BW kamu semua & klik NUffnang,Churp2 & sewaktu dengannya sebagai duit raya utk korang semua..hehe

Tuesday, August 14, 2012

Baru Sehari Dah Cedera


PAgi tadi Mrs Velentine ada update tentang haikalayu yg balik kampung awal kan...BACA SINI ....bermacam2 pesan yang Mrs Velentine pesan kat depa berdua..jangan nakal-nakal..jangan main tanah...jangan main air,,,makan...tidur awal..nda boleh melawan nenek...kalau pg kedai nda boleh beli brg mahal2...

Banyak kan pesanan...tapi baru sehari d Ranau sudah cedera..Siapa yang cedera??Cuba teka??hehehe..siapa lagi kalau bukan hero ku Si HaikalFaiz...sudah dipesan jangan main jangan nakal2 tp nda dengar kan..

BUkankan kepala yg jadi mangsa..My Father In law call bgtau yg kepala abg haikal terkena paku...Haikal cakap dia x mau p hospital..luka besar @ tak Mrs Velentine x sure..risau juga ni..tp Atuk dia cakap luka kecil jer...

Harap2 lah xda apa2...sebab kepala haikal 2 dh pena terima 2 jahitan kat dahi..kalau nak kena jahit lagi..krang lah hensem anak ku tu nnt..ahahahaha...

mcm mana lah luka kat kepala abghaikal ni ar..hish risau betul..

KOrang Setuju KER??

 
"Kata org perempuan, 'semua lelaki sama jak, NO lah tidak sama! KECUALI perempuan yg berkenaan bawa balik sikap & cara dia yg sama kepada dua, atau tiga atau beberapa lelaki berlainan secara konsisten. begitu juga sebaliknya kalau lelaki ckp 'semua perempuan sama' tpi ni jarang didengar la...peace"
Ayat ni Mrs Velentine copy dr status kawan d FB..sebenarnya semalam lagi terbaca status dia ni...tp td sempat berbincang isu ni ngan ofismate...bincang tau...mcm perkara besar jak kan...hahaha
Mrs Velentine tertarik dengan pandangan @ pendapat kawan sya ni(*seorang cikgu & Dj Radio)...Kenapa???sebab selalu jer kita dengar orang perempuan cakap semua lelaki ni sama jak apabila putus cinta....kamu pernah dengar???Mesti pernah kan...
Bukan mau menyokong lelaki tetapi apa yg dia rasa ni betul juga...buka semua bekas teman lelaki seseorang perempuan 2 sama perangainya kecuali c perempuan membawa sikap & cara yang sama ketika dia bercinta dgn ex BF dia... 
Iyalah sudah namanya kita bercinta dgn lain org maka lainlah iramanya..nda kan sama dgnyg lama kan..hehehe....
Tapi Mrs Velentine mau bangkang juga pendapat dia ni sebab bukan jarang didengar lelaki cakap "semua perempuan sama jak"...sebab Mrs Velentine selalu jer dengar ayat lelaki menyalahkan perempuan apabila putus cinta atau berlaku pergaduhan,,
Pendek kata semua dtg dari diri kita...cuba buang perasaan yg selalu jak mau menyalahkan org lain di atas masalah yg menimpa kita(*ada kaitan kah)..hehehe...
*hari ni mood BW baik jer...sebab semua iklan Nuffnang kamu sya klik,,,hehehe,,
Iklan jap 
Pemegang akaun RHB bank peluang utk anda di Sini
Diskaun 30% MPHonline..DI SINI
Apa komen kamu tentang statment ni??jom kongsi dgn Mrs Velentine..(*buat GSF td sya call swetty..fulamak merdunya suara....)