Followers

Friday, June 29, 2012

Spain Vs Italy..

Salam....Euro 2012 sudah sampai ke Final...cakap2 awal yg kononnya Spain Vs Germany sekaligus ulangan final  world cup 2010 nampaknya jauh melesit apabila pagi tadi Germany kalah 1-2 di tangan Italy.

Nampaknya team yang Mrs Velentine pilih semua dah out..mula Croatia...lepas 2 team febret Mrs Velentine england....dan skg Germany....huhuhu....kenapaka???xda luck lah kot...

Mario Balotelli menjadi hero Italy semlam apabila menjaringkan kedua2 gol....haih...memang terbaek lah pemain Manchester City ni,,

Takpelah Peminat Germany, England dan semua yang sdh out 2...agak2 korang Final ni sape yang menang???Spain ada Torres...Italy ada Balotelli....dua2 sama hebat....

Opss...maaf yea kalo ada yang tak berapa nak masuk bila Mrs Velentine Sembang pasal bola sebab ni minat yang x boleh nak dilupakan..hehehe...

 VS
Mrs Velentine tgh fikir nak sokong sape???hahaha....korang pilih yg mana 1????jom kongsi

Segmen:Bloglist Julai Pecinta Pink



Salam...bukak blog di pagi jumaat ni ada pula jemputan utk bersegmen drpd


Apakah Blog pilihan korang?
Bunga Hati MaMa & Ahli GSF...BEN ASHAARI...& banyak lagilah..rata2 semua blog yng Mrs Velentine follow ada ciri2 ni..

Siapa yang berminat ble join sama2...hanya dengan Klik Sini



Thursday, June 28, 2012

Saya Seorang Silent Reader. Tapi Saya Suka Baca Blog Awak

Bicara Mak Dara



Salam....nampak tak tajuk entry ni..Saya Seorang Silent Reader. Tapi Saya Suka Baca Blog Awak....tiba2 terasa nak join pula segmen mak dara ni.....iyalah Mrs Velentine ni kalo BW kadang2 tak tinggalkan jejak langsung...tapi entry di blog 2 Mrs Velentine baca...bukannya tak suka tp kadang2 takde idea nak komen terutamanya kalo bab hiburan...lagi 1 kalo yg ada verification lagilah malas nak komen....


Tapi janganlah marah yea,walaupun tak tinggalkan jejak yang penting blog kamu sentiasa di jenguk...Mak dara minta senaraikan 5 list blog 5 blog yang sering anda kunjungi namun jarang tinggalkan komen/jejak(silent reader di blog itu).Berikut adalah blognya:



YAng lain tak tersenarai bukanlah bermaksud tak di jenguk  tp seingat Mrs Velentine...jejak n komen ada di tinggalkan...

Siapa nak join sama Klik SIni..

Disleksia 2..


Salam Mrs Velentine kongsi pengalaman Mrs Velentine ketika mengajar anak2....mula2 marah  juga bila My Ayu sebut 'b' jadi 'p' dan 'p' jadi 'q'....tapi 1 hari ada tengok drama melayu sempena hari guru...x ingat tajuknya tp yg ingat pelakon dia Elly Mazlien...


Dalam drama tue mengisarkan tentang budak lelaki yang mengalami disleksia...bermula dari situ Mrs Velentine...ambil inisatif utk ubah cara ajar HaikalAyu supaya tak terkeliru dgn huruf atau angka sebelum jadi lebih teruk...


Alhamdulillah skg,,,MyHaikalAyu terutama sekali Ayu dah x keliru lagi.....syukur sebab dapat mengatsi masalah ni awal2...


Mrs Velentine kongsikan ciri2 penghidap disleksia , punca2 & rawatan..


Ciri-ciri penghidap Disleksia
1. Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
2. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
3. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
4. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya ‘b’ dianggap ‘p’ dan ‘p’ dianggap ‘q’.
5. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
6. Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
7. Sering berlaku dalam kalangan lelaki.
8. Kerap berlaku dalam kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
9. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.
Punca-Punca Disleksia

Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.
Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.

Rawatan Kanak-Kanak Disleksia
Berikut adalah beberapa cadangan untuk rawatan kanak-kanak disleksia. Apa pun ia bergantung kepada kesesuaian keadaan kanak-kanak.
1. Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal.
2. Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.
3. Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi.
4. Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan.
5. Membacakan cerita untuk anak-anak dan sentiasa mendampingi mereka.
6. Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika.
7. Mengamalkan suasana kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan suasana harmoni.
8. Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik.
9. Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai.
Sama2lah kita berkongsi info ini....bye...

Disleksia



Apa itu Disleksia?
Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu disleksia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.
Mereka yang mempunyai disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang yang menghidap disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan penghidap yang lain.
Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi penghidap disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.
Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa.
Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan disleksia, antaranya ialah:
* Dyscalculia (Diskalkulia) – bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik;
* Dysgraphia (Disgrafia) – bermasalah dalam bahasa; dan
* Dyspraxia (Dispraksia) – bermasalah dalam koordinasi motor-mata-tangan.
Mrs Velentine kongsikan ini sebab kanak2 pra sekolah sering mengalami masalah ni...jadi jangan marah anak2 kita jika dia keliru huruf2 atau angka..

Jari-jari Kita



Rahsia Jari Kita

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. 
Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda.Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan 
angkatkan ke atas. Laungkan ...  "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam 
yang mesti dijunjung.

Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan 
solat lima waktu jangan diabaikan. Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. 
Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja 
akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.
Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula 
daripada kecil. Bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya". 
Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.
Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. 
Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan 
sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. Pada ketika ini, alam remaja 
menjengah diri. Awas!!
Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan 
taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.
Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. 
Bersediakah anda??
Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman 
remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta 
kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantuhantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu 
tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas 
terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti 
dilipatgandakan.
Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah 
SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia 
sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap 
usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang 
kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.
Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan 
dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan 
mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari.Kalau 
dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang 
tua atau yang berpengalaman. Mereka makan 'garam' terlebih dahulu dari kita. 
Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" 
sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas dan hayun ke 
hadapan.Itulah rahsia kejayaan anda.
Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah kita sekarang..?


Hi semua....dimana pun kita sekarang...cuba letakkan jari di meja kemudia angkat jari manis tanpa menggerakkan jari2 yang lain....

DApat Kah???tidak kan...sebab jari manis ni utk perkahwinan....perkahwinan itu sendiri perlu kekuatan pada diri individu tersebut untuk melaluinya....

Ada sesiapa yang setuju???

Wednesday, June 27, 2012

Wordless Wednesday



Jika seorang datang membuat kita marah, maka dia adalah ‘guru’ yang hendak mengajar kita erti sabar. Jika kita selalu ‘kesempitan’ wang maka itu tandanya kita harus bersedia belajar erti berjimat cermat. Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap.

SEGMEN : BLOGLIST JULAI 2012 NASZ



Salam...tgh blogwalking sana sini ternampak pula segmen ni di blog Yumida...so disebabkan sdh lama nda bersegmen..hari ni sekali lagi join segmen abg Nasz iaitu SEGMEN : BLOGLIST JULAI 2012 NASZ....


Senang jak mau ikut segmen ni cuma perlu jawab "Mengapa saya suka terjah dan baca blog Nasz?".
     = Sebab apa sya suka terjah blog Nasz sebab dia rajin sgt buat segmen2 yang membantu menambah follower bagi blog yang masih kurang follower mcm blog Mrs Velentine ni....


Ok..kalo siapa2 mau join just Klik Sini.. tarikh tutup hari ni iaitu 27.06.2012 jam 10.00 mlm...jom....

Kata-Kata Renungan




 “Diets don’t work if you’re constantly hungry.And a plan to cut spending won’t work if you have to say no to buying things you really want.The goal is to realocate spending to satisfy all your needs and many of you wants.”


Kacukan ker?????


Asslammualaikum semua..siapa diantara kita yang berdarah kacukan??????Siapa angkat tangan tp jan tinggi2x..hehehe...(*mcm lah boleh nampak)..Kenpa Mrs Velentine buat entry ni???Kenapa???Sebab ada yang bertanya DI SINI...Sangat menghargai komen2 yang korang beri...

Terharu sebab rata2 semua cakap anak2 Mrs Velentine comel2x tp xda yang puji pun Mrs Velentine cantek....huhu...pujian utk  Mr Velentine pun ada...(*nampaknye Mrs Velentine kalah ngan hubby n anak2 sendirilah nampaknye..hahaha)

Tq semua yg memberi komen....Deq's Qienz & wan nurul hezrina...utk soalan korang adakah yang bertanya ada darah kacukan ker??? Jawapannya Ya...

Tersebutlah kisah..hahaha....jan marah ar....sebenarnya Mrs Velentine Kacukan Cina + Bisaya....Jodoh pula dengan jejaka berbangsa Dusun...Jadilah anak2 Dusun+Cina+bisaya...So itulah jawapan kepada persoalan anda...

Muka mcm cina..mcm korea...mcm jepun dah biasa Mrs Velentine dengar tp hakikatnya kacukan yang ada cuma Cina...kalo ada mcm korea mungkin disebabkan pembawaan masa mengandung....Kenapa???sebab Mrs Velentine hantu drama korea,cina & jepun...ehehe...

Adakah antara kawan2 blogger Mrs Velentine yg Berdarah kacukan juga...jom kongsi...

Tuesday, June 26, 2012

Ceritera HaikalAyuWana


Burung kakak tua...
Hinggap di Jendela..
Nenek Sudah tua...
Giginya tinggal dua..
ancum ancum ancum olala...
burung kakak tua...

Hi semua...Assalammualaikum....lagu kat atas 2  My Wana selalu nyanyi....lama x story tentang anak2 Mrs Velentine kan...so sudi tak kalo nak story tentang depa kat u ols...

inilah dia c penyeri rumah Mrs Velentine


Nak Tau Kenapa Mrs Velentine cakap dia penyeri di rumah...sebab dia ni pantang dengar muzik...dgr muzik je teruz menari....tarian boleh tahan tau kalah mama dia ni...hehehe....kalo dia ni marah senang je nak pujuk....Mrs Velentine nyanyi je lagu chiki Boom..ala rancangan kanak-kanak kat Tv 2...

My Wana ni juga pandai buat senamrobik tau...ahaks!!jan makan hati yea auntie2 sekalian....nak ikut sesi senamrobik adik wana jom...

angkat tangan...turun..picit3x....tangan letak di pinggan goyang4x..pusing2x...(argh ni lah yg Mrs Velentine kena ikut tiap2 hari...hahaha)



yang ni pulak kawaan gaduh kami
My Haikal ni mmg kuat menyakat so adik dia mmg bergabung lawan ngan dia termasuklah mama dia..nak tau kenapa,,,sebab dia power sgt kalo berkata2..smpi mama dia ble terdiam...tp kalo kitorg bergabung pun dia ada backup tersendiri siapa lagi kalo bukan men power(Mr Velentine)....so kira mcm perang jugalah..hahaha...1 lagi tentang hero ni,,dia kalo menyanyi,,,lagu nak tau lagu apa???jan terkejutzzz ya awak semua...

tuhan berikanlah aku cinta...
utk temani ku dlm sepi....

sdh cukup2x sdh
cukup smpi d sini saja...

Nah ambik ko...lagu dia lagu cinta 2...kalah2 lagi mama dia tp mau salahkan siapa??salah mama dia gak sebab pasang lagu2 cinta kat keta..hish2x.....apa dah....

yang ni kakak ayu yg paling kuat makan...


And then yg ni c kakak ayu yang asyik2 fikir makan2x...nak pegi sekolah kena ada makanan..balik sekolah pun makanan...kat keta pun makan...kat rumah jan hairanlah....roti2 kena senantiasa ada...sebab dia kalo bosan asyik nak makan...tp badannya mcm 2 jak..nda juga gendut2x...hehehe


jan marah yea semua...tq sape yang sudi baca...ni hadiah utk kamu semua...
Kami yg senyum utk anda....

and 1 lagi hadiah....
Mr & Mrs VElentine..(ahaks!!jan marah ar)

Bye...senyum tau..tak perlu kata apa2


Cinta Kerana Paras Rupa????


Salam semua...sejuk sgt pulak kat library hari ni..mau beku sdh Mrs Velentine..huhuhu....

"" Ko kasi tggl aku ats alasan yg nda bulih d terima ole akal ! Tp ada ku kesah? aku mencari llki utk di buat suami yg bole bimbing aku ke jln yg bnr. Tp ko nda layak pooooon.. Sdgkn dri ko nda tbimbing mcmna mo bimbing ank urg kn. Ucap Assalamualaikum pn nda pena btl ..huhuhu. Aku mncari llki yg melamar aku dgn Bismillah dgn niat mmg mo ambil aku sbgi suri dlm rumahtgga n mnyayngi n trma aku ikhlas kerana Allah . Bkn llki mcm ko yg mngurat2 tepi jln... Ko tnya aku soalan yg SUPER STUPID .. "KNP AKU X CUBA BGAYA MCM PPUAN LAIN ? KNP AKU PKI TUDUNG DGN BAJU YG BSR ?" <-- apa aku kesah nmpk buruk d mata org ? yg pnting aku JDI DIRI SENDIRI ok . Aku lbh takut azab di akhirat drpd takut d kutuk ole org la... Last warning dr ko , " JGN CARI AKU LG SELAGI KO X UBAH DRI KO JD PPUAN YG BGAYA N RUGGED " hahaha .. WHTEVER la llki .. Teda untung jg aku mo cri ko balik .. Last dr aku , JGN CRI AKU LG SELAGI BLM SEMPURNA IMAN DAN AKAL KO !!. ok assalamualaikum.. ""


Mrs Velentine copy ayat ni dr status one of my friend di Facebook...mungkin bukan semua mcm ni..tp percaya tau tidak kebanyakan lelaki dan perempuan mencintai seseorang kerana paras rupanya..Bak kata dalam file HOore Hoore(betul ke ejaanya?jan Saman ek kalo salah) cinta kerana paras rupa akan hilang dengan pudarnye kecantikan itu..lebih kurang mcm 2 lah....


Bagi Mrs Velentine cantik d luar tak semstinya cantik didalam...yang penting niat kita untuk mencintai orang 2.....ikhlas atau hanya untk menayang sebab ada pakwe @ makwe yg cun seperti Izara Aishah @ Aiman Ridza...tapi harus ingat harga yang perlu anda bayar sekiranya memilih cinta kerana paras rupa kerana risiko anda utk kehilangan mereka adalah tinggi...Kenapa????sebab dah org cantik n hensem mesti ramai yang tertarik kan????


Tapi bukanlah Mrs Velentine menidakkan jodoh itu di tangan Tuhan...kalo benar jodoh anda orang yang rupawan takkanlah pulak sya nak menidakkan...Berdosalah sya melawan ketentuan takdir..tp yang Mrs Velentine mau tekankan disini ialah kalo benar kita cintakan seseirang nilailah ia dr segi lain jan menjadikan paras rupa adalah faktor penarik utama...Ok....


Siapa yang setuju 2 terima kasih...Dan siapa yg kurang senang dgn pendapat Mrs Velentine bolehlah tinggalkan komen tp janlah kasa2 ok(hehehe....takut nnt Mrs Velentine nangis)


Ok lah Bye

Monday, June 25, 2012

Jangan Cari salah tapi ajarlah


Salam...menyejukkan perut yang terkejut dengan kepedasan lunch Mrs Velentine hari....hehehe....ops...ok mulai saat ni saya akan gunakan Mrs Velentine....sebab apa???sebab tak mau org keliru...n takmau menimbulkan fitnah..ialah Buat Ms tp anak dh 3...takut nnt ada yg ckp Mrs Velentine x sedar diri..hehehe

Pernahkah kita terfikir  bila kita mencari salah seseorang tapi padahal dia nda salah...apa perasaan org yg kena buat begitu????Iya mungkin sebab kamu benci tp cuba bayangkan 1 hari kita kena buat mcm 2...malu kah kita apabila disalahkan dihadapan orang lain....


Mrs Velentine bukannya apa...selalu sangat tgk situasi begini dan selalu alaminya....tolonglah wahai pencari salah...Ingatlah manusia ni xda yang sempurna...pasti ada kelemahannya...kalo pun tahu benda itu salah..tolong ajar...n perbaiki..jangan biarkan dan terus blame habis2an..itu namanya hipokrit...


Cuba letakkan diri kamu sebagai diri org yg ditengking dan diherdik,,,bayangkan perasaan sedih,,,,kecewa malu dan marah mereka yg tak boleh drg luahkan....


Sebelum kita menjadi yang terbaik antara semua sebaiknya kita berikan yg terbaik yg kita ada...peace..asslammualaikum....bye

Ops...JAngan Salah Faham Yea...

Salam...sebelum mula menyibukkan diri dgn buku2 yg nak di settlekan...sempat menjengukkan mata ke blog Ms Velentine yg x seberapa ni...hehehe....agak terkejut juga dgn komen kat blog Ms Velentine tentang Yang INI...maaf sekiranya ada yg salah tafsiran....

Sebenarnya entry 2 bukanlah tentang perasaan atau pun tragedi yang berlaku terhadap Ms Velentine..Tq pada yg sudi memberikan komen yg sgt baik...sebenarnya kalo nak tau Ms Velentine ni belajar aliran sastera so mmg x lari dr mau buat sajak..novel atau cerpen...

Hehehe....enrty itu hanyalah sebuah sajak yg belum ada tajuk...so ada siapa2 yg sudi bg tajuk yg terbaik...hehehe...

Oklah bye..

Friday, June 22, 2012

Mungkin kah???

Lembut sapaan angin
Burung2 bersiulan sahut-sahutan
Manik2 jernih mula berguguran
Mengiringi perpisahan...

Walau berat utk melepaskan 
Namun kata tak terluah 
Hanya mampu bersembunyi dlm hati yang keras...

Egokah sang Adam???
Tabahkah Sang Hawa???
Mampukah tembok yang wujud!!!
Runtuh dengan perpisahan yang sengaja dicipta....

Akan kembalikah perasaan cinta yang dlu????

Thursday, June 21, 2012

Touching!!!

Salam...touching tgk pic ni...mcm mna perasaan korang bila tgk pic ni...jom kongsi ngan Ms Velentine

Biar Putus Cinta...Jangan Putus Selipar Dekat Centre Point!!!!



Salam...hehehe,,mesti ada yg makan hati ngan tajuk entry Ms Velentine kali ni..jan marah ar....hehehe.....kenapa Centre Point???jeng3x....Sebab kiranya Centre Point shopping mall yg org Sabah selalu pg selain 1Borneo...hehehehe

Kenapa Ms Velentine fikir mcm 2????Dlu masa mula2 nak lapor diri kat Matrik Johor....Sya ngan husband tercayang bermalam kat KL semalam....kenapa kat KL????sebab first time dtg Kl xtau jalan so tggl kat umah abg ipar,,,,Esoknya kami naik bas dr Wangsa Permai ke Puduraya..masa n i semua smooth...tiada apa2 yang jadi...tp malang 2 nda berbau(chewah ayat power..) dlm perjalanan menyeberang ke Puduraya lagi sikit mau sampai tup2 selipar putus...nah kamu orang dpt bayangkan betapa malunya timeni..huhu....semua org tgk...

Dan Ms Velentine dgn muka nda tau malu buka selipar yg putus 2 dan teruskan jalan smpi puduraya...huhu,,,sebab 2 putus cinta 2 lbh baik dr putus selipar di tempat yang ramai org....Sebab kalo putus cinta lepas 2 kita diam2 jak org nda tau...lagipun org nda akan ketawakan kita..paling2 org simpati n then terus belanja makan...tp bayangkan kalo putus selipar di tempat yang ramai org..sdhlah banyak mata memandang lepas 2 kena bagi ketawa lagi...

Hish3x,,,hehehe...benda ni Ms Velentine nda pena ceta ngan siapa2 tp hari mau kongsi ngan kamu semua.hehe...biar kita putus cinta sekalipun ingat yg kita masih ramai lagi orang yg ambil berat tentang kita...bukan berat badan tau..hehe


Ok utk hadiah tgk pic d bwah..hehehe...bye..jan marah ar...
tp masa 2 selipar Ms Velentine cantik sikitlah dr ni//hehe

Terkejut...Sedih....Happy....& Sakit lagi...

Salam semua....hari ni ada 2 event besar jugalah..first perhimpunan pejawat awam persekutuan & badan berkanun di sabah....yang ni...kira happy punya story lah..sebab kalo event mcm ni Ms Velentine akan jadi penyambut tetamu(wajib walaupun x cute..hahaha)...Ok jangan nak terkejut..hehehe.....

Yang Sedihnya pulak...sebab hari ni last day Dato' SUP(setiausaha persekutuan Sabah) sebab beliau naik pangkat ke turus 3 sebagai ketua pengarah kastam Malaysia...ni yang mengejutkan Ms Velentine sebab beliau merupakan SUP yang paling singkat pernah berkhidmat iaitu selama 9 bulan 6 hari....macam x percaya..rasa baru je nak mesra dgn Dato' tp dah kena berpisah....

Sedih mmg sedih..teringat waktu family day...time tarik tali hari 2,,apa2pun always remember Dato' & Datin...Semoga terus berjaya dalam hidup dan ingat2lah kami warga PSUPS disini.....


kenangan bersama Dato' n Datin...


Dan sorry buat semua kawan2 blogger yg Ms Velentine nda jenguk 2 hari sebab Ms Velentine demam...jangkitan dekat tekak....kejap lagi akan jenguk kamu semua..bye

Monday, June 18, 2012

Pilih yang kedua...

Jika jatuh cinta dgn 2 org, pilih org kedua krna jika kita benar2 cintakn yg prtama, kita tk akn jatuh cinta yg kedua. #UstAzharIdrus”


Salam Ms Velentine nak kongsikan apa yg #UstAzharIdrus” sampaikan....bila fikir logik betullah apa yg disarankan...jika kita jatuh cinta dengan dua orang..pilihlah orang yang ke-2 sebab kalo kita betul2 cintakan yg pertama kenapa harus hati kita membri ruang pada yang kedua.....


Sedangkan dalam percintaan itu sendiri...kita kena menerima si dia apa adanya tak kisahlah jika dia  mempunyai kekurangan....bukannya menjadikan kekurangan itu sebagai batu loncatan utk membuka hati utk orang kedua....


Ni hanya pendapat Ms Velentine...sape yg setuju ngan Ms Velentine tq...tp yg x setuju jan marah atau kutuk Ms Velentine ok...sebab cukup sedih sdh ngan yang ni,,,hehehe....

ok bye...mau sambung keja...tp flu ni amat menganggu...nasib ada hot fm....bye

Insyallah....Boleh!!!

‎Salam...Ms Velentine rasa tips di bawah bagus utk hilangkan rsa kecewa marah...sedih...hehehe..mesti ada yg rasa tajuk nye agak out dgn isi yg nak disampaikan..hehehe...sebenarnya tak tau mau letak apa...so itu yang jadi lagu 2...hehehe...bole layan bah kan...




=>Jadikanlah yang Lembut itu HATI....
=>Jadikanlah yang Tipis itu BENCI.....
=>Jadikanlah yang Tebal itu IMAN.....
=>Jadikanlah yang Tajam itu AKAL....
=>Jadikanlah yang Baik itu SIFAT.....
=>Jadikanlah yang Manis itu SENYUMAN.....

=> Baik buruk ketentuan TUHAN....
=> Telah ku terima penuh KEIKHLASAN....
=> Andai buruk ku anggap DUGAAN...
=> Andai baik ku anggap PEMBERIAN TUHAN...

Insyallah...



Bye renung2kan ...

Sabah Oh Belanda!!!!

Salam....hari isnin yang agak2 suram..hahaha...nak ambik mood keja punya lah lma...dlm jam 11 baru dtg mood...huhu...itupun setelah menyiapkan laporan kursus...isi borang taska My Wana....isi teka silang kata....hahahaha....ini mmg pengakuan ikhlas drpd Ms Velentine.....tambah pulak dgn Flu....ambik ko...mood malas menyerang2..hahahaha

Nampak tak tajuk entry ni...sape yg kaki bola mungkin ble agak apa yg Ms Velentine nak ulas....chewah.....semua orang tahu...ops nak nyanyi plak...hehehe....pada 16.06.2012 adalah hari paling vuruk bagi peminat bola sepak sabah(saya antaranye) apabila Sabah dibelasah(bukan belasah kot kenduri agaknye...huhu) 9-0 oleh Lion XII....aduyai....sedih lah...huhu..nape jadi mcm ni....tambah sedih lagi apbila ada stesen tv yg mengatakan sabah memalukan Malaysia....huhuhu....

Buka tv...buka radio...log in FB....semua update pasal sabah kalah..yg sakit hati tue bila rata2 semua kutuk...huhu...sangat sedih.....mungkin nasib ni sama dgn peminat2 Belanda.....terkeluar dr saingan Euro tanpa memenangi apa2 perlawanan dlm kumpulan....

Buat Sabah Dan Belanda....Jan kamu sedih2 ar...jom makan kita....hehehe....ok cau dlu mau p beli lunch...bye

Friday, June 15, 2012

5 Cara hilang Stress


Salam semua...hari ni Ms Velentine mau kongsi tips hilangkan stress yang Ms Velentine dapat daripada penceramah time kursus Excellent Customer Services d JPM 13.06.2012...Jom mari cuba...

    1. Tepuk Tangan - Rapatkan jari2 kanan dan kiri....letak paras dada....kemudian tepuk kuat2 sebanyak 30 kali....
    2. Gelak dari dalam perut - Gelak kuat2 tp pastikan gelak itu dtg dr dlm perut.
    3. Teknik halauan tangan - Letak kedua2 tangan di paras dada kemudian buat gaya kita halau org tp pastikan kedua2 tangan bergerak sekali,...
    4. Tarik nafas - Selalunye kita tarik nafas dari bawah ke atas...tp yang ni lain...lurus kan tangan....tarik tangan ke dalam kemudian tolak ke luar..buat gaya macam tai ci...
    5. Tulis dalam kertas- Tuliskan apa siapa kenapa kita marah..lepas 2 keronyokkan kertas tue pas2 buang atas lantai and then pijak sehabis mungkin,,,
ok bye selamat mencuba...

Monday, June 11, 2012

England Vs France???

Salam..skg euro tgh rancak berlangsung,.,,,dan semestinya tak sabar  tgu England main...rasa2 sape menang????France pun ble tahan ooo......Tp Ms Velentine sokong England..hahahaha.....kalau Malaysia ble maian euro Ms Velentine pilih Malaysia(teringat pula pemanggil Hot fm yg ckp pasal Brazil Main euro..hahaha..kelakar siot)

Apa2pun kita tgu mlm ni sape yg menang???eh malam ke pagi esok..hahaha....nampak sgt tak tgk jadual kan..wakaka...tp esok nak fly g Putrajaya...ada kursus...alamak tak penah berpisah ngan My Wana...sebab dia msh BF....Ms Velentine kena tahan sakit sikit lah....huhuhu...nasib 1 hari je..kalo x...mampus..hehe

bye

Tak Menang PUn Takpe..Tahniah!!!!

Salam...ah sape yg belum bangun lagi....mesti semalam ada yang tido lewat sebab tgk final Mentor 6 kan3x....termasuklah Ms Velentine sendiri,....tp syukur dpt gak bangun awal...5.40 dh siap mandi dh....My HaikalAyu pun jam 6 dh siap2 mau pg sekolah...

Ops...melalut pula...semalam Puteri Caroline Menang Mentor 6...So dia dan Mentor dia iaitu Ratu Rock kita pun dptlah duit Rm100 000 seorang...tahniah lah....duit 2 nak buat apa????sedekah lah sikit pada yg memerlukan...ahaks...jan marah ar nnt kena jual...

Oleh kerana Caroline menang..mesti lepas habis je final semalam...ramai lah yg update kat FB...twitter..blog dan sebagainya utk mengucapkan tahniah kat dia...memuji dia...dan berapa kerat kah yang ucap tahniah kat Anas dan zatul?????

TAhniah Anas dan Zatul ..walaupun kamu nda menang tp sya paling enjoy tgk persembahan kamu,,,mcm zatul dlu sya nda minat betul ngan dia..tp lepas 2 dia banyak peningkatan....sama juga ngan Anas...msa mula2 dia nyanyi lagu Adira mak ai...benci sa tgk tp akhirnya bertukar suka....

Walaupun kamu berdua nda dpt 100k...tp sa suka semangat kamu..teruskan berusaha utk menjadi penghibur yang terbaeekkk di Malaysia....Utk kak Ogy Dan Faizal Tahir..tahniah!!!!! kamu berdua telah melakukan tugas yang terbaek......

Utk Ratu rock kita....congratz....bah patak2(kongsi2) tue duit...blekah?????hehehe...bye bah mulakan hari anda dgn semua.....

Friday, June 8, 2012

Kalau Binatang Ada Facebook?????

Salam...dapat membayangkan kah sekiranya binatang ada facebook...apakah status FB mereka...jom baca...Ms Velentine dapat dr FB member....kelakarlah....aramaiti betull.hahahaha

NYAMUK : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah…

CICAK : isteriku tersepit pintu!

KUCING BETINA: “Anak I yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”

AYAM : Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa

NYAMUK: Siot, sekali drug addict gua hantam. Gua positif HIV AIDS… uwaaaaaaa

KUCING: Baru je add awek sebelah umah… keturunan PARSI beb!!!

ANJING:hari ni aku takde suara.alaahh tuan aku bukan kisah pun.dia je tdo aku kena jaga umah dia.rumah kecik bajet ada orang nak masuk,hampeh btul!!malam ni aku nak tdo puas2 haha.

IKAN EMAS:bilala bley makan mknn yg sedap skit.asyik2 biji2 kecik warna warni tu je kasik.hello,i muak okeyyyy!!

KATAK:harap2 malam ni hujan,lama btul x main air hujan,rinduuuu~~

KAMBING:gatalnya badan ni,hmm japgi la mandi.malasla plak ngeee~

BABI : Aku bengang btol la…die gi pijak taik kucing tapi nama aku yang
disebutnye…wei bro! len kali siasat dlu la sape yang berak kt depan umah kaw… tension2!!



*Semua diatas adalah rekaan semata2 ok...kalo ada yg x suka sorry..tp just utk suka2...peace yo bye...

Cinta..Istimewa...Wanita


Hi Semua...bosan menekan no2 kat telefon....semalam baru je hbs buat follow up...hari ni kena buat lagi utk maklumkan majlis ditunda mak ai...So Jom layan Ms Velentine nak rilex2 jap..hehehe



Apa Komen korang tentang pic kat atas....Bg Ms Velentine bila kita cintakan seseorang tue kita kena terima kelemahan kekurangan dia....So sebab 2 Smpi hari menerima Mr Velentine apa adanya....walaupun dia bukanlah kaya..keja pun biasa2 je..yg penting kami bahagia...terutamanya dengan kehadiran My HaikalAyuWana




Seseorang yg dekat dgn kita tak semestinya istimewa..kan3x...yang penting siapa dia d hati kita...biarpun jarak atau kedudukannya di mana sekalipun...



Percaya atau tidak terpulang tp sibuk mcm mn pun seorrang wanita terutamanya yang bergelar isteri dan ibu pasti mereka akan mengingati suami dan anak2x mereka...penat mcm mn pun balik dr kerja mesti akan siapkan makanan utk anak2 dan suami...

Ada siapa2 yang nak kongsi pandangan ngan Ms Velentine....ok bye..




Sharing Is Caring

Pada sesiapa yang menggunakan google chrome...nak berkongsi taupun mungkin ada yang tau sdh tentang shortcut pantas google chrome......Opppssss.....lupa bagi salam...Assalammualiakum semua.....dan selamat pagi( x jwab dosa)..hehehe....ok tgk shortcut dibawah:

1. Buka tetingkap baru - Ctrl + N
2. Buka tab baru - Ctrl + T
3. Beralih ke tab terakhir - Ctrl + 9


Info ni Ms Velentine dpt drpd majalah PC jun 2012....ok bye....

Thursday, June 7, 2012

Percayalah!! Kita Semua Punya Kelebihan masing...

Peribahasa Parsi berbunyi “saya terlalu meratapi ketiadaan kasut,sehinggalah saya menemui seseorang yang ketiadaan kaki”. Sudah menjadi sikap manusia selalu memikirkan kelemahan sehingga terlupa dirinya juga memiliki kekuatan, kelebihan , potensi dan bakat semulajadi yang boleh ditingkatkan.


Salam khamis warna warni batik,,,,ditemani rasa rindu yang teramat dekat Haikalayu yang skg d kg sempena cuti sekolah....first time berpisah begini lama....sunyi je rumah ketiadaan drg...tp tia apa sebab esok lepas keja terus balik ranau pg ambil depa...


Bah sambung ceta kita....mendalam kan peribahasa parsi di atas...kita selalu fikir yang kita ni banyak betul kekurangan apabila kita nampak orang lain yg lebih berjaya drpd kita...sedangkan sebenarnya kita lupa yg drg pun sebenarnya punya kelemahan juga cuma kita tidak nampak sebab terlalu fikirkan kelemahan sendiri....


Jadi lepas ni...janganlah terlalu fikirkan kekurangan yg ada tp fikirkan apa kelebihan yg kita ada dan gunakan utk terus berjaya....


Peribahasa ni Ms Velentine dpt masa buat ulasan buku yang bertajuk "Positif untuk berjaya" masa mesyuarat pengurusan pejabat bulan lepas...


Saja Ms Velentine kongsikan dengan kamu semua supaya kamu tau yang sebenarnya kita semua ada kelebihan masing-masing,...oklah bye...

Wednesday, June 6, 2012

Siapa Yang Suka BergosiP??Lelaki @ Wanita????

Salam...penat sdh call sana sini...so merehatkan diri jap lagipun time2 jam mcm ni jarang2 org mau angkt hp sebab mau rehat dh kan..thankz pada yg bagi respon entri ni.....respon anda semua amat dihargai...

Ok balik ngan tajuk entri kita.....Siapa Yang Suka BergosiP??Lelaki @ Wanita????.....jeng2....ada tgk Apa Kata Wanita last week..tertarik ngan isu ni....pasal bergosip...kamu rasa siapa yang paling suka bergosip?????mesti rata2 atau majoriti akan pilih wanita...tapi sebenarnya lelaki dan wanita sama2 suka bergosip....

Kalo diberi pecahan kepada peratusan....perempuan 65% dan lelaki 55% suka bergosip...nah kamu nampak kan..nda kurang bezanya....cuma tajuk gosip tue yang berbeza...kalo perempuan lebih pada hiburan,hal2 berkaitan org sekeliling...manakala lelaki pula kalo bergosip isu lebih pada sukan,politik,isu semasa...dan percayakah korang kalo lelaki ni kalo bergosip mesti pasal perempuan n kereta..tak semua tapi iya kan....kepada kaum adam jan marah ar...hehehe


Nah lepas ni kepada kaum hawa jangan malu2 ok kalo ada yang cakap kita suka bergosip sedangkan kaum adam juga sama...hehehe....terpulang pada orang utk menilai tapi yang yakinnya melalui pengalaman Ms Velentine sendiri sa rasa Wanita dan lelaki mmg tidak akan lari dari bergosip cuma pandai2 kita lah...yang penting jangan mengaibkan dan menjatuhkan maruah org lain...

Ok jaga diri..tingkatkan produktiviti jauhkan kontrovesi....opsssssss macam melodi pula tau..hahaha....bye



Keliru...GSF berapa ahli dah?

Salam pagi rabu yang mendung di KK ni....pagi2 BW jap mana yg sempat sebelum memulakan tugas untuk buat follow-up utk majlis perhimpunan anggota perkhidmatan awam sabah bil 2/2012.....so lepas ni tunggulah panggilan dr Ms Velentina yea wahai PA2 kepada pengarah2 jabatan persekutuan dan badan berkanun di sabah...hehehe

Diteruskan ceta....Ms Velentine sebenarnya keliru ngan jumlah GSF sekarang....ada siapa2 yang ble bantu????sebab tgk dah smpi 30 lebih org....tp bila tgk list nama Ms Velentine tiada pula..adakah Masi lagi bergelar ahli atau telah digugurkan sebab tak segar selama 2 bulan....

Sesiapa yang buli tlg Ms Velentine leraikan kekusutan sa sekarang ni.....Pleaseeeeeeeeeeeee.................tq

Tuesday, June 5, 2012

Tue dia Gambar2 utk Tatapan

Assalamualaikum....mulai hari ni...Ms Velentine akan sentiasa mejenguk rumah anda hehehe.....yeah internet dah ok...suka tak...hehehe..yang penting sa sangat suka...tahap gaban sdh..hehehe...

Hari 2 ada update kan tentang family day...ramai yang nak tgk pic..so hari ni Ms Velentine kongsikan sedikit pic utk anda semua...jom tengok...












Renung2kan...


Jangan tertekan bila lihat rakan-rakanmu sudah bernikah, biar tertekan bila lihat rakan-rakanmu bergomol (berpeluk dengan erat sekali) SERUPA sudah bernikah. -Kitab Terfaktab 


Selamat bergomol kepada yang halal, Selamat menjarakkan diri bagi yang belum bernikah. ;)